Saturday, November 28, 2009

ingat mati

jika kita lihat dan perhatikan pada tahun ini, ramai yang meninggal dunia.. terutama artis-artis yang terkenal seperti Micheal Jackson, Yasmin Ahmad, Ustaz Asri (rabbani) dan ramai lagi..

tetapi, kita tidak sedar sebenarnya setiap hari pasti ada kematian dan kelahiran di seluruh dunia.

dan mungkin, selepas anda membaca post ini.. anda akan menemui ajal.. tiada sesiapa yang tahu waktu yang tepat mereka akan meninggalkan dunia ini..

oleh itu, apa yang penting bagi kita yang masih hidup ini adalah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk mati..

sungguh mati itu tidak cepat atau lambat walaupun sesaat

dan pasti tiap yang bernyawa akan merasai mati..

teringat aku pada satu lagu yang bertajuk "Selimut Putih"

Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal dan taqwa
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berjuanglah hidup sepanjang zaman
( 2X )

( ulang 2 )

Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya


Allahu Akbar !!
oleh itu wahai sahabat-sahabatku..

marilah kita bersama-sama memperbaharui syahadah kita :
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Al- Fatihah...


Istighfar 3x


Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas..


Semoga kita semua dapat hidup dan mati kerana Allah

3 comments:

khaliesahkamal said...

mati..
bnde pling hmpir..

Anonymous said...

aten lak t'ingat lagu Menanti di Barzakh..
d 1st nasyid dat caught my ears..
d 1st nasyid dat goes deep into my heart..

Nurul Athirah said...

> khaliesah

yup2..
mati paling hampir..
kiamat kian dekat..
cuma manusia y x sedar2..
astagfirullah al azim


> valeria

hmm.. aah..
kita ingat nak letak lagu tu gak tapi tak silap kita, kita da pernah post lagu tu..

x pe la ye..
lagu ni pun sbgai ingatan gak buat kita semua !!