Tuesday, November 10, 2009

berus bulu babi ?


Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai 'Pure Bristle'.Untuk membuat berus,bulu babi hutan digunakan kerana ia mempunyai daya lekatan yang lebih baik jika dibandingkan dengan bahan sintetik seperti nilon.

Selain berus lukisan,berus cat,berus menggosok kasut dan songkok dan berus gigi dikhuatiri mengandungi bahan haram ini.Umat Islam dinasihatkan supaya memeriksa label pada berus untuk memastikan ia tidak diperbuat daripada bulu babi.

Selain daripda berus,barangan kulit juga ada yang diperbuat daripada kulit babi.Antaranya seperti jaket,kasut,dompet dan tas tangan.Kulit babi banyak digunakan dalam barangan kulit daripada China serta lain-lan negara membangun.

Kulit babi digunakan kerana ianya murah berbanding dengan kulit binatang-binatang lain.Ia juga mudah diperolehi di banyak negara.Kebanyakan kulit babi kelihatan seperti suede sebenar tetapi ia lebih nipis dan berbintik di atasnya seperti lubang-lubang kecil. Ciri utama untuk mengenali kulit babi ialah terdapat tiga bintik .

Para pengguna dinasihatkan supaya meneliti dahulu barangan yang hendak dibeli supaya terhindar daripada membeli barangan yang diperbuat daripada kulit babi.

Sumber: Persatuan.Pengguna P.Pinang


2 comments:

SyAKir uZaiR said...

thnx 4 posting,telling n reminding=D

Athirah said...

athirah > syakir

you are welcome..

share share la ye.. benda ni penting untuk umat Islam..