Monday, August 30, 2010

heal my heart

sedih tiba-tiba.. mengapakah?

Healing Lyrics- Sami Yusuf

It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it’s ok
لكن اعتقادي

Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني

There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that’s calling
ينادي

It’s calling you and I
يناديني ويناديك

It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It’s Nature’s order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi

Friday, August 27, 2010

syukur

segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

syukur, syukur..Allah sangat baik
walaupun aku selalu buat salah,
selalu buat dosa.. kadang tu lalai.. leka
tapi tak pernah ditariknya nikmat2 sebelum ni
Baikkan Allah?

sayaanng Allah
dan Allah Maha Pengampun

Allah suka hambanya yang bertaubat melebihi rasa suka seorang hamba apabila dia bertemu dengan barangnya yang hilang..

rindu Allah

ada seorang akhawat ni..
beliau bertanya

bilakah seorang daie itu berehat?
ans= seorang daie itu mula berehat saat dirinya bertemu dengan Tuhannya

macam mana nak masuk syurga?

ans= ya, kena mati dulu kan?

sedia tak nak mati ni? bila2 masa je Allah boleh panggilkan.. even kalau kita tgh baca buku sekalipun..

umat Islam tak takut mati..
kita takut Allah
kita kena sedia untuk hadapi kematian tu..

Allah, bersediakah aku untuk bertemu denganmu ?

terima kasih Tuhan atas nikmat yang tak terkira ini..
dalam sedar atau tidak.. aku masih bergantung pada-Mu
menagih kasih-Mu
menagih sayang-Mu
menagih keampunan-Mu
menagih cinta-Mu

dan

menagih redha-Mu..

alhamdulillah, i got jpa..
and i am still alive..
once again
alhamdulillah

May Allah Bless Us

Monday, August 23, 2010

ramadhan

assamalamualaikum w.b.t..

lama rasanya tidak menaip aksara2 di ats laman ini..

sekarang, saya nak kongsi tentang Ramadhan

ya, setiap tahun akan ada satu bulan..
bulan yang mana kita diwajibkan berpuasa...
tiap-tiap tahun berpuasa...
adakah kita masih mahu berada di takuk yang lama?
pada tahap iman yang lama?
sikap yang lama?

bulan Ramadhan ..
Allah bagi sebagai satu madrasah
agar kita koreksi diri kita ..

siapa tahu bila diwajibkan berpuasa ??












okay..

sebenarnya Allah telah mensyariatkan beberapa perkara pada
------> bulan syaaban, tahun ke-2 hijrah,..

setelah Nabi Muhammad sallalahu alaihi wassalam menyiapkan Piagam Madinah dan menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah..

Allah telah menetapkan beberapa syariat penting pada bulan Syaaban,tahun kedua hijrah ni..

first, ibadah puasa..
selain menahan lapar dan dahaga..
kita juga dituntut untuk menahan segala pancaindera kita daripada melakukan apa yang diharamkan Tuhan..

sedar tak sedar,,
berpuasa pada bulan Ramadhan ini juga adalah merupkan salah satu daripada Rukun Islam yang lima..

ingat tak hadith tu?
Islam dibina daripada lima perkara..

termasuklah puasa

mari kita hayati sejenak..
mengapa puasa?

sebab Allah nak latih kita tahan nafsu..
nafsu boleh ditahan dengan rasa lapar..
dengan rasa lapar, baru kita rasa kita bertuhan..

andai diri sering kekenyangan..
kita akan lupa untuk bersyukur nikmat yang selama ini kita terima
dari Tuhan..

then, kenapa puasa 30 hari @ 29 hari?
bukan puasa setengah bulan, dua minggu atau 25 hari sahaja

maksudnya kat sini,
Allah nak kita masuk Islam secara menyeluruh
bukan sekadar perlakuan kita
bukan sekadar solat kita
bukan sekadar pakaian kita
tetapi semuanya... semuanya

Islam itu syumul
Islam itu indah
dan lebih indah lagi
jika Islam yang sebenar itu kita praktikkan bersama..

* * * * * * * *

second, dalam bulan syaaban, tahun kedua hijrah ni jugalah
Allah mensyariatkan zakat..

sebab tu dalam bulan Ramadhan kita diwajibkan membayar zakat fitrah..

cuba kita renung kembali..
pensyariatan puasa dan zakat diturunkan pada bulan syaaban

then, pada bulan Ramadhan tu,
terus Nabi dan ummat Islam kena puasa dan kena zakat..

bayangkan..
kena terus puasa 30 hari..
kalau kita time kecik2 dulu..
awal2 puasa pun.. liat.. susah ..

lagi satu,
cara kita makan tak sama dengan para sahabat masa dulu..

kita kalau puasa kat sini,
makanan buka puasa tu terjamin ada..
ada duit, senang nak beli..

tapi, kalau para sahabat
makanan mereka kurma..

bukannya macam kita

makan nasi,
dengan lauk ayam , telur,ikan, daging
tu tak campur lagi dengan kuih-miuh
tepung pelita, murtabak dll

tapi..
dengan nikmat2 yang begitu banyak ni.
mengapa kita tak buktikan rasa bersyukur kita
dengan menjaga kualiti puasa kita..

puasa yang Allah sendiri akan nilai..
satu-satunya ganjaran yang ditetapkan oleh Allah
bukan para malaikat kiri dan kanan ..

* * * * * * * *

yang ketiga,
Allah membolehkan kita untuk "qital"..
maksudnya berjihad melawan musyrikin yang mengganggu kita

tapi kalau nak berperang pun..
tak boleh la dengan kanak-kanak, wanita dan orang tua
mereka ni golongan yang lemah..

cantikkkan Islam ni?
dengan detail Allah tunjuk kita cara untuk menjalani kehidupan
even cara2 untuk berperang sekalipun..

Perang yang paling besar dalam sejarah Islam ni adlaah perang Badar..
perang yang disyariatkan dalam bulan Ramadhan
kat sini, nak tunjukkan yang bulan Ramadhan ni bulan untuk kita berjihad..

dalam keadaan ummat Islam yang sedikit,,
minoriti 313 orang untk berlawan dengan majoriti 1000 orang
kalau nak fikir logik akal..
memanglah kaum muslimin akan kalah..
tapi dengan kuasa Allah, tiada apa yang mustahil..

dan
kalau nak ikutkan
boleh je Allah turunkan bala tentera malaikat untuk kalahkan kaum musyrikin..
tapi nak tunjuk kat sini..
Allah nak kita usaha..
only then, Allah akan tolong kita..

dan dalam Perang badar pun
hanya 14 sahabat yang gugur syahid

beruntunglah tentera-tentera Allah dalm perang Badar ni,
sebab Allah janjikan syurga buat mereka..

so, pengajaran yang kita boleh ambil kat sini..
bulan Puasa ni bukan bulan untuk kita berehat-rehat
bukan bulan untuk kita bermalas-malasan..

tetapi bulan Ramadhan ni
adalah bulan untuk kitaberjihad
melawan hawa nafsu
melawan sikap2 negatidf yang ada dalam diri
'versus' memang sakit..
tetapi itulah yang penting untuk membentuk diri menjadi lebih baik.. :)

* * * * * * * *

dan keempat, Allah mensyariatkan pertukaran kiblat dari masjidil Aqsa ke arah Kaabah yang terletak di Makkah

saat hati Nabi Muhammad gusar kerana kiblat kita di Masijidil Aqsa sama dengan kiblat orang Yahudi, Allah mendengar detik hati Nabi..

kemudian berlakulah peristiwa tahwilul kiblat (pertukaran kiblat) ini ketika Nabi sedang solat..

dan sebab itulah wajib keatas kita untuk mempertahankan Palestin..

for your info,
solat menghadap kaabah ni
menjadi pembeza antara kita dengan Agama lain..

begitu juga dengan ibadah puasa
belum ada satu agama pun yang mensyariatkan agar ummatnya berpuasa sebulan
melainkan ummat Nabi Muhammad sallalahu alaihi wassalam..


* * * * * * * *

so, sama-sama kita generate diri
dan perindahkan peribadi agar objektif utama Ramdhan tercapai
yakni menjadi hamba Allah yang bertaqwa

semoga usaha kita diberkati
dan doa kita didengari
oleh Tuhan Yang Maha Pemberi


May Allah Bless..

Thursday, August 19, 2010

bussyyyyyy




lebih baik

hidup kesibukan


daripada

mati kebosanan








aku harap ada keajaiban

Tuesday, August 17, 2010

kata2 hikmah baru

hari ni kelas arab
ustazah hanilah berkongsi satu kata-kata yang perlu kita hayati bersama

" jadilah hamba Allah

jangan jadi hamba Ramadhan"

maksudnya kat sini, Allah bagi kita bulan Ramadhan untuk kita tarbiyah diri kita.. dan untuk menjaga diri kita untuk 11 bulan yang akan datang.. insya-Allah

so, bukan bermakna Ramdahan je bulan ibadah
tapi Ramadhan ni kira kem motivasi diri agar menjadi lebih baik

let's worshiping Allah together..





p/s : pray for me.. nak jadi transformer ni susah rupanya..

Sunday, August 15, 2010

buang

macam hari-hari
berita, orang buang bayi
sedih.. pilu.. menyayat hati
zina pun da dosa
sanggup lagi nak tambah dosa?

buang nyawa anak sendiri mcm buang sampah je
ape nak jadi ?

pandai buat, pandai-pandai la tanggung
ada yang nak wujudkan pendidikan seks
serasa ku x payah..
itu ilmu pandai sendiri

dunia siber bagai menelanjangkan segala..

pendidikan apa yang perlu sebenarnya ?

pendidikan agama..
akidah dalam diri perlu dimantapkan dulu

barula namanya
prevention is better than cure

sekarang, orang nak buat
sekolah menengah untuk ibu2 hamil

benda ni ada pros n cons
klu wujud satu,
lama-lama.. banyak pula sekolah yang wujud

then,
ada ke yang nak attend sekolah ni
maruah diorang,
maruah parent..
raudhatus sakinah lagi baik..

macam aku cakap tadi
kena mantapkan dari basic agama
syahadah, solat dulu
bina tapak yang kukuh
insya-Allah,
apa ujian yang datang
dugaan yang datang menerjah
kita tetap teguh dengan agama

contoh
kita bina rumah batu
even hujan lebat ke,
panas terik ke,
kilat sabung menyabung ke
orang dalam rumah tu still terlindung
still selamat
dengan izin Allah

maksudnya
bagila apa pun ujian
kita dapat hadapinya dengan rasional

buat remaja, sahabat-sahabatku sekalian
jagalah maruah diri
jangan sampai nasi menjadi bubur
menangis air mata darah pun tak guna

tak dapat ubah apa-apa
aku faham gelojak perasaan kalian
ingin selalu mencuba apa yang baru
tapi biarlah ianya selari dengan syariat

kalau x dapat nak jaga diri,
berpuasalah..

but then,
kalau x mampu jugak
mintak parent suruh nikahkan korang

sebab hidup x lama
mati datang tiba-tiba
senggup hidup tanpa redha-Nya?


p/s: bulan ramadhan.. bulan tazkiyatun nafs..
mari sama-sama koreksi diri.. bina peribadi ..agar diredhai illahi
salam mujahadah buat semua


Wednesday, August 11, 2010

sindir rella

aku bukan sinDIR rella

BUKAN JUGA CINDERELLA

ini realiti

buKan Fantasi .........bukan fantasiaaa


certain orang cakap

"elleh ko tira, tak yah la baca buku, ko en da pandai"

da pandai ? cukupkah ilmu aku yang tidak sampai nisbahnya dengan setitis air di lautan ini ?

masih tidak cukup..

begitukah pandangan kalian terhadap aku..

ouh, please don't over estimate me !






dan lagi satu

aku paling tak suka kalau ada yang berkawan n then, take things for granted
kan.. sape suka? haaah

aku tanya nih.. jawab ar..
okay fine,, just shut up..

maksud aku kat sini
berkawan sebab ada hidden agenda

tetiba datang dekat just nak ambil advantages
contoh ; orang tu popular ke, comey ke, kaya ke, pandai ke..

benda ni semua, satu hari nanti akan hilang..
populariti ? sekejap jek
comey ? nanti tua da kedut
kaya ? 'pama' je kot buat masa ni
pandai ? .. fikir ar sendiri !

bukan aku nak cakap aku ni sempurna
semua orang ada kekurangan ..

tapi jangan berkawan hanya kerana kelebihan seseorang
khuatir jika kau menemui kelemahannya,
kau pun akan meninggalkannya..

nah..
fikir lagi..
ikhlas ke korang dalam berkawan ni?

so, berkawan
terima seadanya

jangan demand lebih

sebab tu bila fikir balik,
kita ni diciptakan ada kekurangan
supaya orang y ada kelebihan tu ..
bley supply apa y kurang..

then, you will become better person..






lastly,tolong ar jaga lidah, mata n hati korang

benda ni semua ada hisabnya nanti..

n tolong jaga hubungan dgn Allah, supaya hubungan dengan manusia turut terjaga



p/s : actually, kalau bley x nak luahkan emosi2 kat sini.. it's just not me.. but then, untuk tegur orang direct en payah.... aku just cakap apa dalam hati.. n aku nak orang tau aku pun ada perasaan.. semua orang ada perasaan.. walaweyh, behave yourself.. mind your manners !!!

Monday, August 9, 2010

Saturday, August 7, 2010

suicide

assalamualaikum w.b.t

baru-baru ni, ana ada dengar cerita ..

ada orang nak bunuh diri.. sebab frust bercinta
well, memang banyak kes ni berlaku
bunuh diri ni sia-sia
dosa besar
mati katak je

susah-susah ummi kandungkan 9 bulan
senang-senang je nak toreh nadi tu dengan pisau?
senang-senang je nak telan pil tidur banyak-banyak?
senang-senang je nak terjun bangunan?

bawa-bawalah beristighfar
mohon diampunkan dosa oleh Tuhan

kalau pun tak sayang diri,
ingat !
masih ramai lagi yang sayangkan kita

dan bukan seorang lelaki je yang wujud kat atas muka bumi ni
jangan rigid sangat
luaskan pandangan
sampai masa
akan ada orang yang sayangkan anda

buat masa ni
tidak cukupkah kasih sayang Allah, Rasul, keluarga dan sahabat-sahabat untuk anda?

redhalah dengan apa yang anda miliki, nescaya andalah orang yang paling kaya - Dr. Aidh Al-Qarni

jaga iman dan hati anda..
pupuk ia agar sentiasa berseri bak bulan purnama
agar teori sentiasa diamali
agar iman itu sentiasa dibajai dan bercambah setiap hari
insya-Allah, anda akan temui bahawa
bunuh diri bukanlah satu solusi
tapi ia pembawa kepada Jahannam yang hina sekali !

wallahu a'lam

Thursday, August 5, 2010

opportunity cost

everyday, we need to make a decision

whether we are conscious or not

nasi ayam or laksa penang
studying or sleeping

and lately
i am ought to make a lot of decisions ..
i mean.. in a hurry...

this Friday is my *****
well, you know it's girl stuff or something
for me, or other girls outside there,
they felt it is crucial to memorize some historical date..
me too.. :)

so i have plan.. nak balik rumah

yeah, instead of celebrating my *****,
home is the most safest place
where you could escape from all problems..
escapism for a while should not be a problem, right?

but then
suddenly i have been chosen as one of SIFE's member
SIFE stands for - Student in Free Enterprise
the interview?.. i did it.. did i?.. haha

This Saturday,
all of us have to attend a ceremony at Banting..
erm, some welfare stuffs..
to encourage the villagers to plant on their abandoned land..
i am into this kind of program
because i could interact with the society

so, I have to cancel my plan to went back home.. ahh,tidakkkkk
I feel sad... because i had informed ummi excitedly about my plan
to celebrate... yada yada yada

tomorrow, we have our rehearsal @ Banting
that mean
i can't attend three classes .. three
one lecture and two tutorial classes

once again,
I am in dilemma..

opportunity cost - what you have to forgone in order to pursue the more attractive choices...

what i have to forgone?
1) balik rumah, for sure... (heh, jgn nak komen pasal ni eh )
2) 3 classes.. ( i tak pernah miss class tau....penerangan lecturer dgn kwan punya explanation tak sama) =(

celebrate my ****** @ Banting.. ..i thought nobody knows...
but i knew.. haha ( gembirakan hati sendiri dgn senyum tawar)

eh.. hello..i got to go

saya nak jumpa orang kampung ni !!
semoga ada hikmah di sebalik pengorbanan yang kecil ni..

Sunday, August 1, 2010

masih menadah telinga?

Melayu malas
janJi Melayu

selalu ungkapan ini meniti di bibir sebahagian kita
bukan nak menidakkan kebenaran

tapi
tegarkah kita untuk terus menadah telinga ?

tujahan-tujahan
tohmahan-tohmanan negatif

melayu mundur
melayu tak boleh maju
melayu 'me-layu'

semua ni bukan berlaku pada semua org Melayu
yang nyata akibat nila setitik rosak susu sebelanga

kita masih dihantui streotaip
dan pandangan-pandangan negatif orang lain

sudah tiba masa kita untuk bangkit
untuk membuat perbezaan

membuktikan pada dunia
kita bukan yang dulu
bukan
bukan sama sekali

kita perlu bangun untuk maju
bersaing dengan semua
sama ada dalam konteks ilmu, dan ekonomi

mengerah keringat
agar bukan jadi baik-baik sahaja
tetapi menjadi yang terbaik !

(jika berdoa juga kita disaran agar memohon Syurga yang tertinggi makamnya
iaiti Syurga Firdaus, nah dalam cita-cita juga perlu begitu )

dan yang paling penting
dalam konteks kita sebagai seorang mukmin yang bukan sekadar muslim

agar menjadi seorang mukmin yang profesional
iaitu mukmin yang sempurna dari segi dua perkara

1) fardu ain = rukun Iman dan rukun Islam
2) fardu kifayah = bidang pekerjaan, ekonomi, perubatan dll

tidak mustahil
untuk kita meraih kejayaan

dan untuk mencapai impian yang diimpikan
ia butuh usaha yang berterusan

sama juga jika ingin dapat redha Allah
kita perlu istiqamah kan? :)

dan sekali lagi soalan ku lontarkan kepada kalian

tegarkah lagi untuk sekadar menadah telinga ?