Monday, May 31, 2010

mari sebarkan doa

assalamualaikum w.b.t

berita tergempar !!
mengenai pro-palestina yang menaiki kapal, dengan harapan agar bantuan dapat disalurkan ke Gaza

konvoi ke Gaza 30 Mei 2010 (sila baca)

lihat pula respon Israel laknatullah

Israel bersumpah akan gagalkan bantuan ke Gaza (sila baca)



kita yang masih disini..
marilah sama-sama berdoa agar bantuan itu selamat sampai ke Gaza

pihak Hamas sudah pun menunggu ketibaan kapal tersebut..

malah,
salah seorang ahli Hamas menyatakan bahawa umat Islam telah menang kerana mereka menunjukkan rasa prihatin dan bersatu-padu dalam menyalurkan bantuan kepada Gaza

dan seandainya mereka syahid dalam perjalanan itu, mereka juga telah menang sebenarnya kerana berhasil membuat pihak Israel tidak senang duduk..

kita mampu untuk menghulur bantuan,
kelak, kita juga mampu untuk sama-sama berjuang

Kebenaran pasti mengalahkan Kebatilan

p/s : minta doa daripada semua dan sentiasalah update dengan keadaan saudara2 kita di Gaza, Palestin.. takbir 3x !!

Saturday, May 29, 2010

Wednesday, May 26, 2010

buum

assalamualaikum w.b.t

hari ni aku accident (bukan nak meraih simpati sesapa ek!)
aku naik basikal berlanggar dengan kereta kancil

alhamdulillah,
x de luka teruk sangat,,, sikitlaa

cuma memang terkejut,

act, dalam perjalanan nak pergi tadika..

sampai tadika, baru leleh...

budak2 pun perasan
"eh, cikgu nangis ey?"

"takdela, cikgu sakit mata je"

am i that readable?

kadang-kadang,
kita merasakan musibah yang tertimpa kat kita tu
sakitnya tak tertanggung

sehingga kita tercari-cari
siapakah yang dapat menjadi pendengar yang paling setia
penyembuh luka yang mujarab

mungkin,
kita berasa lemah, kita berasa sakit

tetapi sakit itulah yang akan mengingatkan kita
adanya Dia.. Tuhan yang Esa

mungkin,
kita terlalu gembira dengan dunia yang kita diami ini
sedang kita tak sedar kita boleh mati bila-bila masa..

bila diuji dengan keperitan,
ia ternyata mengingatkan..

tetapi bila diuji dengan kesenangan
diri seakan mudah melupakan .. Dia yang memerhatikan

ummi cakap :
aku patut bersyukur sebab masih hidup, masih terselamat,
kalau kereta tu langgar kuat, maybe aku da tak bernyawa da sekarang,
masuk icu ke atau cacat..

and baru aku sedar
Allah sayangkan aku
dan masih sayangkan aku..

say what.. alhamdulillah

selagi hidup ni,
aku ingatkan diri dan kawan2
beramallah selagi mampu
sebab bila-bila masa je kita boleh mati

sanggup hidup di dunia tanpa redha-Nya ?

May Allah Bless Us

Tuesday, May 25, 2010

wanita, masihkah kau hiasan dunia?

dunia hari ini, banyak memaparkan wanita seperti dieksploitasi

dengan iklan syampu sehinggalah ke iklan sabun pencuci, wanita yang ditayangkan.. seolah-olah mereka pula produk tersebut..

kalau dalam filem, cengkerama mahupun drama, wanita seperti murah... rela dengan sentuhan2 asing si ajnabi, malah seperti suka pula.. malu aku melihatmu... kita sama-sama wanita.. sama-sama Islam.. janganlah letakkan Islam itu pada nama semata, buruk padahnya..

malah, di dalam fb, myspace, fs.. semuanya gambarmu ditempelkan sebesar mungkin.. tidakkah engkau tahu bahawa sikapmu itu akan mengundang bahaya.. aku yang memandangmu turut merasakan engkau cantik, apatah lagi lelaki !..

lagi hebat,

Rima Fakih (Arabic: ريما فقيه‎) (born October 2, 1986) is an American beauty pageant participant and holder of the 2010 Miss USA title.

A native of Lebanon and a Muslim, Fakih is reputed to be the first person of her nationality, ethnicity or religion to win the Miss USA title. (source ; wikipedia)

sedarlah wanita.
jangan engkau menjadikan dirimu semurah dan serendah itu..
apa yang engkau kejar sebenarnya akan memakan dirimu sendiri..
relevankah engkau untuk menayangkan segala perhiasanmu kepada seisi dunia?
maka, silap besarlah engkau jika beranggapan demikian !

* * * * *

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali!

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik,
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
Serta pandangan dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,

Bersyukurlah atas apa yang ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam mujahadah buat semua

May Allah Bless Us

Friday, May 21, 2010

kids ~ aiyaii, sweetie pie

i didn't realize that the presence of kids somehow changed my life.. a little bit =)

at first, i dunno what the heck i am going to do at the kindergarten..
i marched in to the center of the class, glancing to all the noisy, feeling dizzy and then i shouted at them
'shut up'..

they just keep silent for five seconds and then, things turned to upside down again..

well, sometimes i lost my tempered okay, it's natural..heh

*sigh..
how could i face this for extra one month?

then, my perception change..

when a boy named azril hugged me from back tightly,
he doesn't have to say that he loves me,
action speak louder than word, aite?
saayaang cikgu tira

i just keep smiling on him..
wow, such an adorable kid.. :)

then, some incidents happen made me even happier
danial and harith were fighting over each other ..
just because they want to sit beside me.. hahaha..
okay, it's a little bit of nasty to laugh in front of them..
but my eyes keep laughing..

the way they grab my hand slowly,
to seek for help, to support them, to lead them..
it's showed how sincere they are

and their sparkling eyes told me everything
aiyyaii, i felt in love with them..

plus the small Ainun, which is 4 years old girl
running toward me
and kissing me on my cheek .. * blushing..
haha

it's feel good okay..
when you know that there are someone else loves you instead of yourself..
to love people n being love back

@)--------------@)--------------@)----------------@)--------------------

take 2 minutes, to think for those people
-who you used to hate them..
it's not late to start loving them
life is too short, for all hatred and revenge..
ye know !!


this is ainun's drawing, cute right?
life is full of colors
so, live your life to the fullest




unexpected gifts
i do not asked for this
a bunch of thanks dear
cikgu tira will always keep you in her heart
once i love you, it's remain always :)



May Allah Bless Us

Thursday, May 20, 2010

thomas n uber cups

assalamualaikum w.b.t

piala thomas n uber da lama berakhir en..
since blogger2 yang aku kenal x de pon post pasal mende tu, so biar aku yang buat.. :P

okay,
kita mula dengan piala uber dulu..

for those who interested, piala Uber ni just melibatkan pemain badminton wanita sahaja..
Malaysia memang tak dapat masuk semi-final..
kalau tengok cara diorang main, memang tak cukup preparation..

fizikal dan mental..

tapi, kalau tengok semangat..
memang berkobar-kobar..

wa salute sama lu..
tapi kalau tak sedia, tak jadi jugak en?

tak pe lah,
tak menang sekarang,
menang yang akan datang punya game..
okay?

kalau semua orang nak menang,
sape nak kalah en?.. beralah sket..

sekali kalah, tak bermakna kalah selamanya kan?

ia bukan pasal berapa kali anda jatuh,
tetapi berapa kali anda bangkit daripada kejatuhan itu..
that's matter.. ;)

pemenang Piala Uber - Korea

Korea bertanding dengan juara bertahan iaitu China dan dapat mengalahkan mereka dengan straight game .. 3-0..

suatu kemenangan yang mengejut, malah Korea x expect pun diorang boleh masuk final..

yang menang tak selamanya menang.. betul tak?

even, bila tengok Wang Yihang (China) yang diangkat menjadi pemain badminton no 1 dunia dikalahkan oleh pemain Korea ( x ingat nama ) yang hanya mendapat ranking ke-16 dunia..

see?.. expect the unexpected :)

* * * * * * * * * * *

next, piala Thomas

expectation rakyat Malaysia sangat tinggi untuk menang piala thomas..

sebab apa?.. sebab piala thomas n uber berlangsung kat stadium bukit jalil, Malaysia..
so, pemain2 badminton dan rakyat Malaysia berharap dapat mengulang sejarah kemenangan piala Thomas pada tahun 1992..

yeah.. mereka dapat masuk semi-final dengan mengalahkan Denmark 3-2

tapi dalam semi-final, Malaysia bertembung dengan China..
*musuh sejak azali dalam arena sukan badminton ni..

Lee Chong Wei (Malaysia) terpaksa tunduk kepada Lin Dan (China)..
ini adalah pertembungan mereka yang ke-32..
4 kemenangan berpihak kepada Chong Wei, manakala selebihnya milik Lin Dan..

ternyata Malaysia kalah straight game dengan China .. 0-3

Pemenang piala Thomas - China

tapi, Lee Chong Wei has mentioned earlier, they have been prepared from the early years..
credits to them..

aku ?

terkilan..
bukan dengan pemain2 badminton..

tetapi dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia..
sorak bila menang,, boo bila kalah ??

apa ni ?
kita sepatutnya terus menyokong mereka supaya bangkit dari kekalahan dan tidak berputus asa untuk terus meraih kejuaraan demi kejuaraan..

kadang2, kita terlupa bahawa mereka telah berhempas-pulas membuat preparation, bermandi peluh, bernanah telinga terpaksa dengar 'lecture' coach2 mereka.. kita seperti tidak kisah, malah boo pula bila mereka kalah?,.. aiyaii.. tak baik laa


Majulah Sukan demi negara

psst : from my vantage point, we ought to have the second Sidek in order to bring back the 'victory'.... *grinning

Wednesday, May 19, 2010

blur n lost

sometimes, we will appear blur n lost especially when some people asked you about this;

- da 'ada' yang punya ke ?


- bila nak bertunang ?


- haihh.. tak lama lagi dapatla kad jemputan kan ?


p/s : i hate it when i'm turning 20...when actually, i'm still 18 :P

i used to be single but not available.. ey, i do mingle around okeh !!

Tuesday, May 18, 2010

virus CiNta

assalmualaikum w.b.t

Sudah beberapa generasi adik-adik yang berusrah bertanyakan soal hati. Lazimnya mereka ini menjaga batas pergaulan seberapa yang boleh.

Namun, semasa tempoh berurusan itulah, tiba-tiba hati berdetup-detap pada seseorang. Hati itu sensitif pada individu tertentu sahaja dan bukan pada semua orang yang berurusan dengannya. Kalau dengan semua orang atau lebih seorang, hati mahu dup-dap…dup-dap… ini kes tidak normal pula. Harus jumpa doktor kalau begitu. Lelaki tidak mengapalah sebab dia ada kuota sampai empat.

Jika individu yang dilamun ‘jatuh hati’ ini berlatar belakang pendidikan agama dan keluarga juga menitik beratkan amalan agama. Dia ada ‘imunisasi’ jugalah sedikit sebanyak. Dilawannya ‘cinta’ itu dengan istighfar dan zikrullah. Namun… aduh… teringat-ingat juga pada si dia. Susahnya mahu dilawan perasaan halus yang datang.

Tidaklah salah jika kita meminati seseorang kerana agamanya. Ini untuk gadis yang belum kahwin. Dalam masa yang sama kita punya hasrat serius mahu menikahinya. Bagi kes ini; solat hajat, solat istikharah dan bincang dengan ibubapa adalah ikhtiarnya.

Biasanya, perasaan yang benar itu tidaklah pula membuatkan empunya diri angau dan lagha dari Allah. Suka, suka juga namun rasional masih ada.

Cinta itu pula tidaklah boleh ditafsir sesuka hati berdasarkan amalan orang awam. Cinta itu sudah disebut oleh Allah dalam al-Quran dengan segala konsep dan amalannya yang indah dan murni.

Tip yang dilakarkan di bawah ini adalah untuk kes ‘lamunan hati’, ‘jatuh hati’ dan ‘cinta’ buatan iblis. Cinta karya iblis inilah yang dinamakan ‘cinta itu buta’. Buta dari melihat reda dan murka Allah. Buta dari melihat panduan-panduan Islam sebagai pedoman. Sasaran utama virus ‘cinta buta’ ialah remaja yang tidak faham Islam, individu yang membelakangkan Quran dan Sunnah walau dia faham Islam. Justeru timbullah kisah jijik dan sampah antara isteri A dengan suami B, lelaki dan lelaki, cinta dengan ipar dan pelbagai spesis lagi.

Mereka yang sedar sedang dihinggapi virus ‘cinta buta’ ini bolehlah cuba-cuba vaksin berikut:

Tip menyisih cinta yang tidak diundang.

1. Yakin pada Allah Yang Maha Memahami.

Kasihan adikku yang sedar akan gangguan hati yang datang. Ketahuilah adikku… Allah memahami perasaanmu. Allah Yang Maha Mendengar tahu engkau bersungguh-sungguh datang kepadaNya… mengabdikan dirimu padaNya seluruh jiwa raga… namun apakan daya… engkau hanya insan lemah.

2. Tipu daya syaitan sangat lemah sebenarnya.

Allah memberitahu kita bahawa syaitan dan tipudayanya itu lebih lemah selagi engkau berterusan menyeru namaNya. Allah berkata dalam surah al-Nisa’, ayat 76,

اِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيْفًا
Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Justeru jangan berhenti dari mujahadah. Meskipun engkau sering keletihan melawan perasaan.

3. Menjauhkan diri dari si dia yang menjadi wasilah iblis untuk melalaikan hatimu.

Jauhkan diri dari bertemu si dia selagi boleh. Kalau terpaksa bertemu kerana ada urusan, maka berusahalah meringkas- padatkan perbualan pada perkara-perkara penting sahaja. Usah dituruti nafsu remajamu yang sedang mekar dipermainkan nafsu dan iblis. Niatkan kerana Allah, Allah pasti membantu.

Allah menukilkan ejekan syaitan kepada manusia dalam surah Ibrahim, ayat 22,

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Apa yang kita fikirkan setelah meneliti ayat ini? Syaitan menyatakan bahawa kuasanya hanya dapat mengajak kita sahaja. Dia langsung tiada kuasa memaksa kita melakukan menurut kehendaknya. Kita sendirilah yang berkuasa menentukan apa yang kita mahu.

Jika kita memilih ‘mahu’ menurut kehendak dan reda Allah, maka mohonlah kekuatan kepadaNya.
Sempitkan jalan nafsu dengan berpuasa sunat. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kita yang lebih banyak dari waktu yang ada. Insya Allah, apabila kita fokus pada sesuatu perkara, kita akan dapat melupakan perkara lain. Insya Allah.

Allah berkata dalam surah Al Ahzaab, ayat 4,

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.

Maksudnya kita tidak mampu menumpukan dua perkara dalam satu masa. Bila hati sedang khusyuk ingat Allah, mustahil hati boleh pula ingat perkara-perkara lain.

Lidah yang berzikir belum tentu hatinya turut berzikir. Tapi hati yang berzikir akan membuatkan lidahnya turut berzikir. Jadi beri tumpuan pada hati.

4. Maafkan diri sendiri atas perkara yang tidak disengajakan. Sedangkan Allah tidak mengambil kira perbuatan yang tersalah.

وَ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيْمَاۤ اَخْطَاْتُمْ بِهٖۙ وَلٰكِنْ مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوْبُكُمْ‌ؕ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا
Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ahzaab, 5

5. Usah jemu bermujahadah.

Ingatlah adikku, setiap mujahadahmu diberi perhatian oleh Allah. Ganjaran pahala sedia menanti. Justeru untuk apa engkau merasa jemu?

Allah berkata dalam surah Al-Naazi’aat, ayat 40 dan 41,
Sesiapa yang takut akan kedudukan Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.

Iya adikku, kalau kita lakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah maka Allah menjanjikan syurga buat kita. Menangislah syaitan dan iblis apabila kita terus bersemangat bermujahadah agar mendapat jiwa yang tenang.

6. Bertaubat dari kesalahan yang kita sendiri usahakan dengan sengaja.

Jika terdapat unsur-unsur derhaka kepada Allah sehingga kita ditimpa ‘bala perasaan’ itu seperti tidak menjaga batas pergaulan, maka pahitnya mujahadah itu adalah sebagai kaffarah dosa-dosamu. Teruslah menuju Tuhanmu. Jangan berputus asa. Allah Maha Mendengar rayuan dan keluhanmu.

Tatkala dosamu diampunkan Tuhan, insya Allah, Allah lapangkan dadamu dan melepaskan dirimu dari belenggu perasaan yang menyiksa.

7. Beri tempoh untuk diri sendiri.

Berilah juga masa untuk perasaan itu hilang dari dirimu. Usah dilayan dan juga usah dipaksa pergi.

Perasaan adalah suatu hal yang sungguh halus dan bergantunglah kejap-kejap pada Yang Maha Memahami. Allah pasti membantu.

Ingatlah janji Allah yang dinukilkan dalam Surah Al-Ankabut, ayat 69,

وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ‌ؕ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, pasti Kami akan pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

insyaALLAH dgn sedikit pkongsian ini dpt mmbntu adik2x yg mmpnyai mslh dlm situasi ini...amin...

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WAALA ALIHI MUHAMMAD..

p/s : this post was actually a message from Berusrah Bersama ( FB )..i hope u will gain some benefits as much as i do =)

May Allah Bless Us

Monday, May 17, 2010

award aini punya

assalamualaikum semua..

actually, aini ada bagi award..
layan je la ey..
by the way, thanks a lot sebab masih ingat lagi kat teman..
blogger lain pun ramai jugak en ? :)
kita gak yang dipilihnya.. ha3
it's not a crime ey..

cantik ke?.. rasa macam x jek.. lalala~


I. Thank and link the person that give you the award

yeah.. kan da cakap terima kasih tadi ? ..
okaylah .. syukran, toce, che che.. hehe.. cukup tak?
the person is -------> qurratu' aini


II. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

haha.. ramai sangat laa..
and i tak rasa yang diorang nak buat..

tapi tag je la en?
kepada sume adik-beradikku..
3 orang je.. cukup ar..
x nak buat x pe.. kak long x kisah.. heh

ok, lagi dua orang ..
taraa .. matadore, which is farha jalila..
hehe, akak tau awak bosan duk umah.. :P

the special one..
fathinqila..
nanti bosan study n rasa boring nak jawab exam tu,
buatla ey?..
smile always tau.. nanti balik mesia jumpa kita kat rumah..


III. Contact said blogs and let them know they've won the award

yelah2..


IV. State 7 things about yourself

1) this is my blog..
2) saya garang.. nape ?.. takut ?.. lalala~
3) coklat itu sedap
4) membaca itu manfaat
5) trying to change myself .. to become a better person..
6) pakai spek
7) umi cakap i semakin berisi.. ahah.. duk umah banyak kerja.. makan pun kena banyak ke??..heh.. psst: tadi pergi pasar tani, walaweyh, ada putu mayam.. hahaha

Saturday, May 15, 2010

tadika's moment

kehadiranku bagai asing di situ..
tiap mata yang memandang seperti 'curios' ingin mengetahui siapakah diriku..

malah,
ada yang berbisik..
' ada cikgu baru laa'.. haha
style bisik apa tu kalau aku yang nun jauh di sana boleh dengar...heh

aku ?
ketawa je la.. penghibur betul budak2 ni !!

* * * * * * * * * * * *

beberapa budak2 mendekatiku..

' nama cikgu siapa ?'

"cikgu tira"

'haa? apa ?.. cikgu lia?'

"bukanlah, cikgu tira .. ti-ra"

'oo, cikgu tiaa'

pergh, pelat laa.. lupa pulak yang aku ni tgh bercakap dengan budak2..
haha..

* * * * * * * * * * * *

uh, hari ni sakit perut plak.. sesekali dahiku berkerut-kerut menahan sakit..

liyana datang mendekatiku..

"cikgu kenapa?"

"cikgu sakit perut laa liyana".. ceh, mengadu kat budak2.. haha.. mana la diorang faham..

"ooo, kalau saya sakit perut, nak bagi perut tu baik, saya makan ubat kici kici onn"

"haa?.. ubat apa tu .. cuba cakap lagi sekali?"

"ki-ci ki-ci onn".. satu satu dia menyebut kepadaku.. kelihatan bersungguh-sungguh sekali..

ceh, pil chi kit teck aun rupanya.. hahaha.. cikgu mana la paham yana oii..


* * * * * * * * * * * *

okay semua.. cuba sebut binatang yang boleh terbang

"gajah"

"burung"

"namukk"

haa? namuk ?...
haha, nyamuk rupanya.. adoyaii

* * * * * * * * * * * *

teacher asmaa membawa anaknya ke tadika..
tiba-tiba..

"cikgu, saya nak tanya laa"

"iyee, apa dia hafiz ? "

"cikgu ada baby tak ?"

!@#$%^&*().....
what a question !.. hahaha


p/s : minggu depan diorang periksa.. haihh, apala soalan nak tanya budak2 nih.. harap-haraplah tak ada yang menangis ...

chill, take care..
May Allah Bless Us

Friday, May 14, 2010

NTG - charice



watch the video.. okay?!
a stunning performance from charice..
plus, the lyrics was so meaningful..

but she said
' if i wrote a note to God'..

we, as a mosleem..
we could pray everyday, every time, every second, every where..

we can ask anything from our God aite?
so, keep praying and gain our faith toward Him..

He will helps us.. no matter what..

Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesungguhnya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.

Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.

Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.

Tuesday, May 11, 2010

Iman, yuk tingkatkan ia !

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah sahabat-sahabat, pada hari ini kita masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam..

dua nikmat yang terbesar yang dalam hidup kita..

tapi kadang-kadang...
rasa malas menyelinap di dalam diri..
even nak bangun qiam pun liat (x de orang lain da ni)..

sebenarnya..
syaitan sudah mula menyuntikkan racunnya..
kita mula merasakan yang kejahatan itu indah dan kebaikan itu tidak perlu

dunia da terbalik
orang jahat dianggap sebagai mulia
orang baik pula dipandang hina..

sahabat-sahabat,
kalau kita rasa down..
rasa tak mampu nak menghadapi hari esok..
rasa sedih ke hapa..

INGATlah !!
...PERTOLONGAN ALLAH itu DEKAT...TERSANGATLAH DEKAT

so, kat sini
aku nak hadiahkan satu nasyid kat sahabat-sahabat..
terutama yang rasa sedih2 tu..

nasyid yang selalu aku pasang bila rasa down..
bersemangat terus bila dengar nasyid ni
sampai meremang bulu roma..

terimalah..




rasa bersemangat x ...nak beribadah ?
nak perjuangkan Islam
nak mengamalkan Islam tu sebagai cara hidup Ad-Deen..

sebab apa?

sebab segala yang dilakukan terasa indah..
bila diniatkan kerana Allah..
hanya kerana-Nya..
Tuhan Yang Maha Esa..

Dialah ... Satu CINTA

*satu tips nak dengar lagu seterusnya.. press 'play'... tutup mata.. dan hayati maknanya dalam-dalam.. okey?!..




May Allah Bless Us

Monday, May 10, 2010

dengan izin-Nya

assalamualaikum w.b.t

kita sebagai orang muslim yang mukmin mestilah mengakui keesaan Allah kan?
yang bermaksud Allah itu Esa pada Dzat-Nya dan sifat sifat-Nya..

semua yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan kehendak Allah

- nasi tidak mengenyangkan, tetapi Allah lah yang memberi kita rasa untuk kenyang

- air tidak menghilangkan dahaga, tetapi Allah lah yang menghilangkan dahaga kita

ada manusia yang makan tetapi tak kenyang, dan ada pula manusia yang tidak makan tetapi kenyang

- pisau tidak tajam tetapi ia menjadi tajam dengan izin Allah

cuba kita imbas kembali sirah Nabi Ibrahim a.s tatkala baginda ingin mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail a.s.. walaupun pisau yang dibawa baginda telah diasah sehingga tajam, tetapi pisau tersebut tak lut walau sedikitpun pada badan Nabi Ismail a.s.. Lihatlah kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa.. Subhanallah..

- api juga tidak panas membakar, tetapi Allah lah yang menjadikan ia panas.. bukan sebab Dzat api itu, tetapi sebab kehendak Allah..

lihat pula pada kisah Nabi Ibrahim juga.. tatkala Namrud mengarahkan supaya Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api yang menjulang marak, maka Allah berfirman kepada api supaya menjadi sejuk.. akhirnya, Nabi Ibrahim a.s berjaya keluar dari api yang marak itu tanpa luka dan terbakar walau sedikit pun.. see ??

kenapa aku cakap semua ni ?

sebab aku nak ingatkan diri aku dan sahabat-sahabat semua...
segala apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t

ini soal akidah..
jangan buat main2

aku masuk usim bukan sebab aku tak layak nak fly, tapi sebab Allah dah tetapkan macam tu..

so, kena ingat apa yang Allah pilih untuk kita adalah yang terbaik untuk kita..

kita kena redha dengan ketentuan-Nya..

Allah adalah pencipta manusia.. maka sudah semestinyalah Allah tahu apa yang terbaik dan yang diperlukan untuk manusia tersebut..

semoga kita tidak lupa bahawa rukun iman yang ke-enam adalah beriman kepada qada' dan qadar

May Allah Bless Us

Sunday, May 9, 2010

ummi

assalamualaikum

nurul tak tau nak cakap apa..
nurul tak pandai bermadah pujangga
nurul tak reti berpuisi segala

tapi satu benda yang nurul tau
nurul sayang ummi
sangat sayangkan ummi..

memang nurul tak reti nak meluahkan perasaan
sebab nurul memang tak betah begitu

even nurul kaki novel sekalipun
but still tak mampu nak ucap

Now..
i want to make a big confession
n i want to say it out loud

I love you, ummi
deeply in my heart, i hope i will always be your beloved daughter..

nurul juga akan cuba buktikan
ini bukan sekadar kata-kata
bukan juga omongan kosong semata

kasih dan sayang nurul pada ummi adalah benar
dan nurul akan pastikan kebenaran itu kan terus menyala



p/s : kepada semua ibu di seluruh dunia..berbahagialah kamu kerana kamu telah terpilih untuk menjadi seorang ibu yang tidak semua orang mendapat anugerah itu.. dan buat anak2, apalah yang lebih membahagiakan ibu selain anak2 soleh yang sering mendoakan kedua orang tuanya..

May Allah Bless Us

Saturday, May 8, 2010

dak2 nih

assalamualaikum..

nak citer pasal experiences..
sepanjang cuti ni, ingatkan nak rilek2 jek
tapi fikir2 gak nak kerja...

bila ummi tanya nak kerja tak?
punyala berkoyan-koyan aku jawab.. bosan la duduk rumah
tak de sapa nak teman..
asek2 masak n then alih2 aku jugak yang habiskan makanan
sume orang pergi kerja, pergi sekolah..
tv tak best laa..

then, bila ada yang offer..
berbelah bagi gak ar aku nak menerima offer itu (ayat x bley blah)

mengajar dak2 tadika beb..
dak-dak kecik plak tu..

aisey man..
aku ni x de la anti dgn bdk2..
just suka tgk jekk..heh
tp bila da start nangis tu..
lari je la.. haha

adik aku yang last ni pun darjah 5..
da besau panjang da..

anak buah ?
jangan harap! aku anak 1st tau :P

so, memang hidup aku ni x de la dikelilingi dak2 kecik laa
semua da besau2

n bila datang tadika tu..
suara dak2 tu semua bingit2..
macam tarzan baru masuk bandar..
memang cari nahas ar ko ni tira oii

ketenangan masa cutiku diragut ! hampeh dak nih

hari pertama je
da berbinar-binar mata aku..
bley plak aku mengantuk time diorang blaja?
haha

balik rumah je..
kepala berdenyut-denyut..
pening tahap tak ingat,.
memang menduga iman tol..

nasib baik ar aku tak bertukar jadi ketam ..phuii

masuk hari kedua..
letih da kurang r..y
as ummi cakap, nanti biasalah tu..
*yelah umi, harap2 cenggitu

pasal gaji ?
naaa... aku ni x de la berkira sangat...
tak kisah ar berapa2 pun..
it's not about wages..
it's all about experiences.. (*bajet tol..hehe)

tapi ada satu benda yang buat aku tersentuh datang kat tadika tu
pagi2 je..
ada sorang cikgu tu akan cakap
"angkat satu jari"
then, semua dak2 akan memperbaharui syahadah

bagi aku tarbiyyah kat tadika ni memang bagus..*thumbs up
even 10 hadith pun diorang da hafal.. superb ar

yelah,, dak2 kan macam kain putih..
lagi la putih bercampur clorox bila diasuh mcm tu..

dak2 ni kalau meninggal pun..
dosa tak de..
belum mumaiyiz pun lagi..

rasa cam i am not belong to that place
bila diri yang kotor ni, yang penuh dengan dosa2 dikelilingi dengan hati-hati yang suci dan bersih..
Ya Allah.... benda ni memang buat aku sedar
satu pendidikan daripada dak2 kecik..
diorang memang jujur..
muka bersih tiada calar2 noda ..

ya.. dulu aku juga pernah berada dalam situasi begitu..
pernah merasa kecik dan tak tau pape..
tidak bergelumang dengan dosa2..
dosa mata, dosa tangan, dosa lidah n dosa hati..

dan sekarang ni
adakah hatiku sebersih dahulu ??

to speak without action is useless kan ?
bawak banyak2 la istighfar wahai diri..

semoga kita semua dapat menyucikan karat2 hati yang sebenarnya cuma menambah nanah di hati..

okay, dengar ya.. nak nyanyi lagu opick sket ;

Ubat hati ada lima perkaranya;
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam berpanjangan

May Allah Bless Us

Thursday, May 6, 2010

minda kritis

assalamualaikum wbt

bagi merehatkan minda anda pada hujung minggu ni ..
silalah jawab teka teki berikut ;
ahah~

1) Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

2) Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

3) Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam. sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam.
Seluruh lampu di lorong itu padam.
Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong.
Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti.
Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu ?

4) tiada ibu, tiada bapa

5) ada ibu, tiada bapa

hehe.. jawab jangan tak jawab
all the best ya ^_^

psst: dak2 tac yang da tau, x payah jawab la ey..haha.. buang karan je..

remote control 1


assalamualaikum w.b.t

tadi berlaku suatu perkara yang tak dijangka..
peh.. tetiba tangan terasa licin..
masa tu tengah menggawangkan remote di tangan..
niat di hati untuk 'switch on' kipas..
dengan slumbernya remote tu jatuh..

pap.. pecah berderai.

habis berselerak + bercerai-berai alat-alat elektronik remote tu..
dengan bateri-bateri, lampu LED dan wayar-wayar yang berkenaan..

adik aku, ajik pula sibuk duk men'cuak'kan kakaknya yang kalut..

"ha ha.. tak tau.. kak long buat" .. perlu ulang ayat ni tiga kali ?? cheh..

dengan penuh sabar.
tangan pantas menyambung semula semua alat yang tercabut dalam remote..

eishh.. x kena ni..
macam mana bateri nak masuk ?
lampu LED ni nak letak kat mana sebenarnya?
betul ke aku susun ni sebenarnya?

dan betullah..memang ambil masa ..tapi x sampai 5 minit pun @ lebih.. :P

alhamdulillah..
remote itu berfungsi semula..

remote ni ibarat raja si kipas..
bila diberi arahan.. anak-anak kipas pun mengganggukkan kepala..
bilah-bilah kipas mula memberi tindak balas..
lama kelamaan, ia berputar dengan laju..

apakah kaitan remote ini dengan kita semua ?
ya.. sudah tentulah tiada kaitan.. hehe

tetapi ada satu persamaan yang terdapat pada remote n salah satu anggota manusia..
peranan remote - mengawal tv, kipas dll

tentu ada yang tertanya-tanya apa salah satu anggota manusia yang mengawal segala-galanya bukan ??
dan mungkin juga ada yang sudah mampu menduga..

anggota yang terpilih itu adalah -----------------------> HATI

hati adalah raja untuk seluruh tubuh badan kita..

sahabat-sahabat,
sebenarnya ada 3 jenis hati dalam dunia ni

1) Hati yang Mati

apakah yang dikatakan sebagai hati yang mati ? mereka adalah yang hidup di atas muka bumi hanya untuk hidup.. dan mereka tidak pernah kisah tentang kematian yang bakal menemui mereka. . mereka bersuka ria dan melakukan maksiat serta mengabaikan soal dosa pahala.
Nauzubillah,, (jauhkan kami daripada memiliki hati yang mati, Ya Allah)

2) Hati yang Sakit

mereka ini adalah orang yang tertimpa penyakit riya', ujub, sombong, takabbur.. malah ada yang suka mengadu domba, mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain..

kehidupan mereka yang memiliki hati yang sakit ini tidak tenang.. mereka tidak pernah berasa puas dan bersyukur atas apa yang mereka miliki... malah mereka juga tidak berpuas hati dengan kebahagiaan dan kenikmatan yang dirasai oleh orang lain..

3) Hati yang Hidup

mereka ini adalah hati2 yang memilih hidup untuk mati.. mereka menjadikan dunia sebagai ladang bercucuk tanam, dan mereka yakin dapat menuai hasilnya di akhirat.. (semoga kita semua tergolong dalam orang yang memiliki hati yang hidup, sentiasa subur dengan cinta kepada Allah Azza Wajalla )

dalam bahagian manakah hati kita tergolong ?.. nantikan post berikutnya.. :)

to be continued..

May Allah Bless Us

Wednesday, May 5, 2010

kerja ke menggangur ?

assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ni aku start kerja..

masuk pukul 8.00 pagi,,
sekarang pukul 7.14 pagi..
hehe

lepas ni nak kena jalan kaki..

aku kerja kat tadika Pasti Insaniah..

n aku tak tau pun tadika tu kat mana ??.. heh

but don't worry, ummi da kasi peta ..
lepas ni kasi redah je la..

tak sabar nak jumpa teletubbies yang comel2..
hee

okay athirah,,
enough !
stop !

ok, i'm off :P


May Allah Bless Us

Saturday, May 1, 2010

ukhuwah dan hak-hak muslim

assalamualaikum w.b.t.

sahabat2 yang dimuliakan Allah s.wt.
dalam mengisi hari-hari yang mendatang dalam hidup kita, seharusnya ia diisi dengan penuh manfaat dan faedah..



kali ini, ana ingin berkongsi hadits ke-35 daripada Hadits Arba'in An-Nawawiyah

Tajuk : Ukhuwah dan Hak-hak Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda ;

" Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan membohonginya dan jangan merendahkannya, Takwa itu disini, (baginda mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulanginya sehingga tiga kali). Cukuplah seseorang dikategorikan jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Darah, harta dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain. "

(Hadits Riwayat Muslim)








May Allah Bless Us