Tuesday, May 25, 2010

wanita, masihkah kau hiasan dunia?

dunia hari ini, banyak memaparkan wanita seperti dieksploitasi

dengan iklan syampu sehinggalah ke iklan sabun pencuci, wanita yang ditayangkan.. seolah-olah mereka pula produk tersebut..

kalau dalam filem, cengkerama mahupun drama, wanita seperti murah... rela dengan sentuhan2 asing si ajnabi, malah seperti suka pula.. malu aku melihatmu... kita sama-sama wanita.. sama-sama Islam.. janganlah letakkan Islam itu pada nama semata, buruk padahnya..

malah, di dalam fb, myspace, fs.. semuanya gambarmu ditempelkan sebesar mungkin.. tidakkah engkau tahu bahawa sikapmu itu akan mengundang bahaya.. aku yang memandangmu turut merasakan engkau cantik, apatah lagi lelaki !..

lagi hebat,

Rima Fakih (Arabic: ريما فقيه‎) (born October 2, 1986) is an American beauty pageant participant and holder of the 2010 Miss USA title.

A native of Lebanon and a Muslim, Fakih is reputed to be the first person of her nationality, ethnicity or religion to win the Miss USA title. (source ; wikipedia)

sedarlah wanita.
jangan engkau menjadikan dirimu semurah dan serendah itu..
apa yang engkau kejar sebenarnya akan memakan dirimu sendiri..
relevankah engkau untuk menayangkan segala perhiasanmu kepada seisi dunia?
maka, silap besarlah engkau jika beranggapan demikian !

* * * * *

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
Memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali!

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik,
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu,
Serta pandangan dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,

Bersyukurlah atas apa yang ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam mujahadah buat semua

May Allah Bless Us

3 comments:

Nadiene said...

isu ini pernah dibangkit dahulu, tp, hmm, entahlah...

Nurul Athirah said...

sekadar peringatan
buat diriku dan kalian
yangs sering lupa..

Cikgu Fasiha said...

Izinkan saya copy artikel ini..