Saturday, May 8, 2010

dak2 nih

assalamualaikum..

nak citer pasal experiences..
sepanjang cuti ni, ingatkan nak rilek2 jek
tapi fikir2 gak nak kerja...

bila ummi tanya nak kerja tak?
punyala berkoyan-koyan aku jawab.. bosan la duduk rumah
tak de sapa nak teman..
asek2 masak n then alih2 aku jugak yang habiskan makanan
sume orang pergi kerja, pergi sekolah..
tv tak best laa..

then, bila ada yang offer..
berbelah bagi gak ar aku nak menerima offer itu (ayat x bley blah)

mengajar dak2 tadika beb..
dak-dak kecik plak tu..

aisey man..
aku ni x de la anti dgn bdk2..
just suka tgk jekk..heh
tp bila da start nangis tu..
lari je la.. haha

adik aku yang last ni pun darjah 5..
da besau panjang da..

anak buah ?
jangan harap! aku anak 1st tau :P

so, memang hidup aku ni x de la dikelilingi dak2 kecik laa
semua da besau2

n bila datang tadika tu..
suara dak2 tu semua bingit2..
macam tarzan baru masuk bandar..
memang cari nahas ar ko ni tira oii

ketenangan masa cutiku diragut ! hampeh dak nih

hari pertama je
da berbinar-binar mata aku..
bley plak aku mengantuk time diorang blaja?
haha

balik rumah je..
kepala berdenyut-denyut..
pening tahap tak ingat,.
memang menduga iman tol..

nasib baik ar aku tak bertukar jadi ketam ..phuii

masuk hari kedua..
letih da kurang r..y
as ummi cakap, nanti biasalah tu..
*yelah umi, harap2 cenggitu

pasal gaji ?
naaa... aku ni x de la berkira sangat...
tak kisah ar berapa2 pun..
it's not about wages..
it's all about experiences.. (*bajet tol..hehe)

tapi ada satu benda yang buat aku tersentuh datang kat tadika tu
pagi2 je..
ada sorang cikgu tu akan cakap
"angkat satu jari"
then, semua dak2 akan memperbaharui syahadah

bagi aku tarbiyyah kat tadika ni memang bagus..*thumbs up
even 10 hadith pun diorang da hafal.. superb ar

yelah,, dak2 kan macam kain putih..
lagi la putih bercampur clorox bila diasuh mcm tu..

dak2 ni kalau meninggal pun..
dosa tak de..
belum mumaiyiz pun lagi..

rasa cam i am not belong to that place
bila diri yang kotor ni, yang penuh dengan dosa2 dikelilingi dengan hati-hati yang suci dan bersih..
Ya Allah.... benda ni memang buat aku sedar
satu pendidikan daripada dak2 kecik..
diorang memang jujur..
muka bersih tiada calar2 noda ..

ya.. dulu aku juga pernah berada dalam situasi begitu..
pernah merasa kecik dan tak tau pape..
tidak bergelumang dengan dosa2..
dosa mata, dosa tangan, dosa lidah n dosa hati..

dan sekarang ni
adakah hatiku sebersih dahulu ??

to speak without action is useless kan ?
bawak banyak2 la istighfar wahai diri..

semoga kita semua dapat menyucikan karat2 hati yang sebenarnya cuma menambah nanah di hati..

okay, dengar ya.. nak nyanyi lagu opick sket ;

Ubat hati ada lima perkaranya;
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam berpanjangan

May Allah Bless Us

3 comments:

matadore said...

:'( entry yang berbaur emosi

dAk aDaB said...

sabar jela ye melayan kerenah dak2 tu..
ustzh tra..ustzh tra..

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

> matadore

yeah.. emosi sket


> dak adab

haha..
kita bukan ustazah laa
kita cikgu jek