Sunday, August 1, 2010

masih menadah telinga?

Melayu malas
janJi Melayu

selalu ungkapan ini meniti di bibir sebahagian kita
bukan nak menidakkan kebenaran

tapi
tegarkah kita untuk terus menadah telinga ?

tujahan-tujahan
tohmahan-tohmanan negatif

melayu mundur
melayu tak boleh maju
melayu 'me-layu'

semua ni bukan berlaku pada semua org Melayu
yang nyata akibat nila setitik rosak susu sebelanga

kita masih dihantui streotaip
dan pandangan-pandangan negatif orang lain

sudah tiba masa kita untuk bangkit
untuk membuat perbezaan

membuktikan pada dunia
kita bukan yang dulu
bukan
bukan sama sekali

kita perlu bangun untuk maju
bersaing dengan semua
sama ada dalam konteks ilmu, dan ekonomi

mengerah keringat
agar bukan jadi baik-baik sahaja
tetapi menjadi yang terbaik !

(jika berdoa juga kita disaran agar memohon Syurga yang tertinggi makamnya
iaiti Syurga Firdaus, nah dalam cita-cita juga perlu begitu )

dan yang paling penting
dalam konteks kita sebagai seorang mukmin yang bukan sekadar muslim

agar menjadi seorang mukmin yang profesional
iaitu mukmin yang sempurna dari segi dua perkara

1) fardu ain = rukun Iman dan rukun Islam
2) fardu kifayah = bidang pekerjaan, ekonomi, perubatan dll

tidak mustahil
untuk kita meraih kejayaan

dan untuk mencapai impian yang diimpikan
ia butuh usaha yang berterusan

sama juga jika ingin dapat redha Allah
kita perlu istiqamah kan? :)

dan sekali lagi soalan ku lontarkan kepada kalian

tegarkah lagi untuk sekadar menadah telinga ?


No comments: