Tuesday, November 24, 2009

sedikit petua..

salam semua..

hmm, sekarang aku dapat idea untuk share petua-petua yang aku tau dengan anda semua..
semoga dapat dimanfaatkan ye.. (n_n)v

peTua-peTua :

1) cara menghilangkan parut jerawat

~ ambil satu daun lidah buaya (aloevera), kerat sehingga menjadi kecil-kecil dan sapukan getah lidah buaya ke bahagian parut tersebut.. mungkin selepas itu anda akan merasa sedikit gatal, tetapi jangan risau itu adalah disebabkan getahnya..

~ sekiranya anda tidak selesa dengan cara diatas, maka anda boleh memilih untuk memakai bedak sejuk.. mungkin kelihatan agak tidak cantik, tetapi sebenarnya dengan memakai bedak sejuk, ia dapat menyejukkan wajah anda selain memudarkan warna parut.

~ satu lagi cara, terdapat banyak produk-produk kesihatan yang dijual berkaitan pemulihan parut-parut ini.. aku cadangkan kepada anda semua untuk mencuba bio-oil. Ia hanya dijual dengan harga Rm 3o. Bio-oil juga bertindak meratakan tona warna kulit.. anda juga boleh mencuba produk lain cuma hati-hatilah ketika memilih ya..

2) cara melangsingkan badan

~ senang sahaja, amalkan pengambilan air limau nipis setiap hari. Sebelum minum, bacalah selawat dan hembuskan kepada air limau tersebut. Insya-Allah, berkesan.

~ tidak lupa juga, anda boleh melakukan sit up 100 kali sehari..

~ selari dengan dunia yang maju, maka terdapat banyak kaedah-kaedah moden yang mula diperkenalkan.. tetapi masih ada yang mengamalkan jamu.. hmm, aku tak minat sangat makan jamu-jamu ni.. so, tak banyak sangat yang aku tau.. tapi katakanlah anda tersalah memilih jamu, maka ia hanya mendatangkan mudarat kepada anda..

~ sekiranya anda ada wang lebih, bolehlah anda mendaftarkan diri di gym.. di situ, anda akan mendapat seorang penasihat yang akan mengajar anda teknik-teknik senaman yang betul. maka anda akan memperoleh apa yang anda hajati dengan natural tanpa suntikan atau pembedahan..

3) cara untuk menegangkan kulit wajah

~ anda cuma memerlukan satu telur ayam. pecahkan dan asingkan telur kuning dan telur putih.
sapukan telur putih keseluruh muka anda. amalkan cara ni cuma sekali seminggu sahaja ya..
(eei, cara ni lagi aku tak sanggup nak buat.. so, bagi anda yang berani, cubalah.. it's worth trying, right ! )

~ bagi anda yang sama dengan saya, anda boleh mencuba untuk menggunakan tomato sebagai alternatif lain. Ambil satu tomato kemudian belah dua. Gosokkan isi tomato ke muka anda sebelum tidur dan buangkan bijinya.. basuhlah wajah anda keesokan paginya. Amalkan cara ini seminggu sekali juga.. dengan cara ini juga anda dapat memerahkan wajah anda.. Tahukah anda, dengan memakan tomato, kulit kita juga akan menjadi lembut ?..begitu banyak rahsia tumbuh-tumbuhan yang belum kita ketahui lagi..

~ perlu diingat bahawa amalan susuk dan suntikan botox adalah HARAM disisi Islam ! Kita sebagai ummat Islam ditegah daripada melakukan perkara yang mengubah ciptaan Tuhan. Dahulukan agama daripada hawa nafsu. Biarlah akal yang waras yang memandu nafsu dan bukan sebaliknya..

4) cara untuk mendapatkan wajah berseri

~ selalulah berwuduk dan jangan tinggal solat 5 waktu ya.. jika kuat, maka bangunlah untuk solat malam (qiammulail)

~ bacalah Al-Quran selalu, maka hati anda akan menjadi tenang. Hati yang bersih dan tenang akan terpancar melalui wajah yang sentiasa berseri dan bercahaya serta murah dengan senyuman.. tetapi senyum pada orang tertentu je tau..

~ kawallah kemarahan anda. Saat anda marah, ketahuilah bahawa syaitan telah berjaya menghasut anda. Wajah ketika marah sangat tidak cantik, kening berkerut-kerut dan mulut muncung sedepa.. ish, ish.. cuba bandingkan pula dengan wajah anda ketika tersenyum dan memberi maaf kepada orang..haa, itu lebih baik!

5) cara untuk menjaga mata

~ potong timun secara nipis (hanya 2 helai) dan letakkan atas mata anda. Dengan cara ini, timun tersebut dapat menyejukkan mata anda selepas seharian bekerja atau belajar.. selalunya orang akan pakai masker di muka dan letak timun ni. Tapi masker mahal, so bertepek je la dengan bedak sejuk, okay.. huhu

~ perbanyakkan makan lobak merah (carrot) kerana ia baik untuk mata anda.

~ elakkan daripada memandang perkara-perkara maksiat kerana ia bukan sahaja merosakkan mata malah hati anda akan menjadi gelap, hitam, penuh dengan dosa.. gunakanlah nikmat Allah itu sebaiknya..

~ kalau masuk habuk, guna je eye-mo.. he.. sekarang ni da ada produk permata hijrah.. produk ni katanya dapat membuatkan seseorang itu dapat melihat tanpa perlu memakai kaca mata.. sejauh mana kebenarannya?..aku pun tengah cuba produk ni..so, tengoklah dulu..


perlu diingat bahawa semua cara yang kunyatakan adalah ikhtiar semata-mata, Allah jualah penyembuh segala penyakit..


p/s : setakat ini sahaja perkongsianku yang bertumpu kepada wajah untuk anda semua.. mungkin, pada masa yang lain, aku boleh berkongsi tentang perkara lain pula ..

anda ingin berkongsi petua juga ?.. silakanlah.. SELAMAT MENCUBA ~~!!

6 comments:

Hidayat Ibrahim said...

petua nak hilangkan lingkaran gelap bwh mate ad x??hahahah

Anonymous said...

athirah kne jge mata..jgn bce buku dlm gelap taw..

>dayat
hmm..wat if i recommend fair n lurvely..???

Nadiene said...

uyooo.. ade x care nak jadi tembam? he

Nurul Athirah said...

> hidayat

lingkaran gelap bawah mata?..
hmm, kena la jaga masa tidur..
jangan tidur lewat sangat..

lagi satu,
jangan cari pasal ngan dak2 gangster,
nanti bukan lingkaran gelap bawah mata je y ko dapat.. it's more than that.. haha

ikutla pesan cik aten kita,
guna fair n luvly..he


> valeria

ai ai kapten..

kita duk mengulang novel hlovate ni..
hee..


> fid

erm, cara nak jadi tembam ?..

u mean tembam badan ke tembam pipi ?..
klu nak tembam pipi senang je makan banyak2..
maksudnya ko wat exercise kat pipi tu biar jadi tembam.. tapi sekaligus badan pun tembam lor..

tapi, ada certain orang yang memang pipi je yang naik tembam tapi badan kurus je..

ciptaan Tuhan, penuh dengan rahsia..

Hidayat Ibrahim said...

thanks 4 da suggestion..

crk pasal ngan gengster??

xkan kott,,hehehe

Nurul Athirah said...

> hidayat

ek?..

lupa lak ko bakal askar..
askar2 x cari gaduh en..
dia jaga keamanan negara..

:P