Saturday, November 28, 2009

ingat mati

jika kita lihat dan perhatikan pada tahun ini, ramai yang meninggal dunia.. terutama artis-artis yang terkenal seperti Micheal Jackson, Yasmin Ahmad, Ustaz Asri (rabbani) dan ramai lagi..

tetapi, kita tidak sedar sebenarnya setiap hari pasti ada kematian dan kelahiran di seluruh dunia.

dan mungkin, selepas anda membaca post ini.. anda akan menemui ajal.. tiada sesiapa yang tahu waktu yang tepat mereka akan meninggalkan dunia ini..

oleh itu, apa yang penting bagi kita yang masih hidup ini adalah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk mati..

sungguh mati itu tidak cepat atau lambat walaupun sesaat

dan pasti tiap yang bernyawa akan merasai mati..

teringat aku pada satu lagu yang bertajuk "Selimut Putih"

Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal dan taqwa
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berjuanglah hidup sepanjang zaman
( 2X )

( ulang 2 )

Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya


Allahu Akbar !!
oleh itu wahai sahabat-sahabatku..

marilah kita bersama-sama memperbaharui syahadah kita :
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Al- Fatihah...


Istighfar 3x


Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas..


Semoga kita semua dapat hidup dan mati kerana Allah

balik ~~!

esok da kena paksa balik kampus balik..

perasaan bercampur-baur..

= ) campur = ( sama dengan = )(

Friday, November 27, 2009

ukhtiku..

ukhtiku,

perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,

Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya
walaupun hatinya...

kerana Allah teramat mencintainya...


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,

Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita
kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita..


"Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta lelaki,
bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga-Nya"


Mengapa masih ragu-ragu ?

kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari.

Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan
ketika kita rasa berdosa melakukannya"
-Imam Ghazali-



ukhtiku,

Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan...
dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

ukhtiku,

Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..

Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
dari hidup dalam kesesatan..

kerana jangan lupa ukhtiku..

Muliamu bukan pada harta, paras rupa mahupun harta..
Tetapi kerana ISLAM..

Wednesday, November 25, 2009

anda bosan ?

ide = idea

anda bosan ?
ingin mencuba sesuatu yang baru ?..
hehe..

1) inovasi sebuah telefon bimbit..


apa yang anda perlukan hanyalah:
- sebuah telefon bimbit lama
- spray (gold)
- sedikit pelekat (stickers)





kalau nak mencuba pun.. anda perlu berani untuk tanggung risiko, okay!!..
hehe.. hobi terbaruku ~ memusnahkan handfon kak ngah.. hehe

2) cubalah permainan baru.. (cube)

actually, 'cube' ni bukanlah permainan baru..
ia agak mencabar dan memerlukan ketelitian yang sangat tinggi..

ok, game ni akan diajar oleh Master Azfar Hakimi (adik ketigaku)


perhatikan ketangkasan tangannya..



kelihatan azfar bersungguh-sungguh menyiapkan cube dalam masa yang terpantas..
walaupun begitu, 2 minit terasa lama bagiku..

ceh, diri sendiri pun x dapat buat..wawawa


3) cuba resepi baru..

since kat dalam internet ni, banyak resepi yang kita cari..
why not, kita semua tak cari n cuba resepi kfc?..huhu

so, aku yang bosan ni telah mencuba..he


taraa..
nak kata sedap kang, ada yang mengutuk coz korang tak dapat rasa en..
so, cubalah buat sendiri !!.. (n_n)v


lagi satu resepi..
ia sangat mudah..

anda hanya memerlukan :
- coklat bar
- emping jagung (cornflakes)

cara membuatnya:
1- cairkan coklat. and then, gaul dengan emping jagung..hidangkan..


.. simple je coz nak buat yang lagi complicated, tak reti sangat.. hehe

p/s : harap-harap cadangan-cadangan yang aku usulkan dapat membantu anda mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah..

yang benar,
@thir@h

Tuesday, November 24, 2009

sedikit petua..

salam semua..

hmm, sekarang aku dapat idea untuk share petua-petua yang aku tau dengan anda semua..
semoga dapat dimanfaatkan ye.. (n_n)v

peTua-peTua :

1) cara menghilangkan parut jerawat

~ ambil satu daun lidah buaya (aloevera), kerat sehingga menjadi kecil-kecil dan sapukan getah lidah buaya ke bahagian parut tersebut.. mungkin selepas itu anda akan merasa sedikit gatal, tetapi jangan risau itu adalah disebabkan getahnya..

~ sekiranya anda tidak selesa dengan cara diatas, maka anda boleh memilih untuk memakai bedak sejuk.. mungkin kelihatan agak tidak cantik, tetapi sebenarnya dengan memakai bedak sejuk, ia dapat menyejukkan wajah anda selain memudarkan warna parut.

~ satu lagi cara, terdapat banyak produk-produk kesihatan yang dijual berkaitan pemulihan parut-parut ini.. aku cadangkan kepada anda semua untuk mencuba bio-oil. Ia hanya dijual dengan harga Rm 3o. Bio-oil juga bertindak meratakan tona warna kulit.. anda juga boleh mencuba produk lain cuma hati-hatilah ketika memilih ya..

2) cara melangsingkan badan

~ senang sahaja, amalkan pengambilan air limau nipis setiap hari. Sebelum minum, bacalah selawat dan hembuskan kepada air limau tersebut. Insya-Allah, berkesan.

~ tidak lupa juga, anda boleh melakukan sit up 100 kali sehari..

~ selari dengan dunia yang maju, maka terdapat banyak kaedah-kaedah moden yang mula diperkenalkan.. tetapi masih ada yang mengamalkan jamu.. hmm, aku tak minat sangat makan jamu-jamu ni.. so, tak banyak sangat yang aku tau.. tapi katakanlah anda tersalah memilih jamu, maka ia hanya mendatangkan mudarat kepada anda..

~ sekiranya anda ada wang lebih, bolehlah anda mendaftarkan diri di gym.. di situ, anda akan mendapat seorang penasihat yang akan mengajar anda teknik-teknik senaman yang betul. maka anda akan memperoleh apa yang anda hajati dengan natural tanpa suntikan atau pembedahan..

3) cara untuk menegangkan kulit wajah

~ anda cuma memerlukan satu telur ayam. pecahkan dan asingkan telur kuning dan telur putih.
sapukan telur putih keseluruh muka anda. amalkan cara ni cuma sekali seminggu sahaja ya..
(eei, cara ni lagi aku tak sanggup nak buat.. so, bagi anda yang berani, cubalah.. it's worth trying, right ! )

~ bagi anda yang sama dengan saya, anda boleh mencuba untuk menggunakan tomato sebagai alternatif lain. Ambil satu tomato kemudian belah dua. Gosokkan isi tomato ke muka anda sebelum tidur dan buangkan bijinya.. basuhlah wajah anda keesokan paginya. Amalkan cara ini seminggu sekali juga.. dengan cara ini juga anda dapat memerahkan wajah anda.. Tahukah anda, dengan memakan tomato, kulit kita juga akan menjadi lembut ?..begitu banyak rahsia tumbuh-tumbuhan yang belum kita ketahui lagi..

~ perlu diingat bahawa amalan susuk dan suntikan botox adalah HARAM disisi Islam ! Kita sebagai ummat Islam ditegah daripada melakukan perkara yang mengubah ciptaan Tuhan. Dahulukan agama daripada hawa nafsu. Biarlah akal yang waras yang memandu nafsu dan bukan sebaliknya..

4) cara untuk mendapatkan wajah berseri

~ selalulah berwuduk dan jangan tinggal solat 5 waktu ya.. jika kuat, maka bangunlah untuk solat malam (qiammulail)

~ bacalah Al-Quran selalu, maka hati anda akan menjadi tenang. Hati yang bersih dan tenang akan terpancar melalui wajah yang sentiasa berseri dan bercahaya serta murah dengan senyuman.. tetapi senyum pada orang tertentu je tau..

~ kawallah kemarahan anda. Saat anda marah, ketahuilah bahawa syaitan telah berjaya menghasut anda. Wajah ketika marah sangat tidak cantik, kening berkerut-kerut dan mulut muncung sedepa.. ish, ish.. cuba bandingkan pula dengan wajah anda ketika tersenyum dan memberi maaf kepada orang..haa, itu lebih baik!

5) cara untuk menjaga mata

~ potong timun secara nipis (hanya 2 helai) dan letakkan atas mata anda. Dengan cara ini, timun tersebut dapat menyejukkan mata anda selepas seharian bekerja atau belajar.. selalunya orang akan pakai masker di muka dan letak timun ni. Tapi masker mahal, so bertepek je la dengan bedak sejuk, okay.. huhu

~ perbanyakkan makan lobak merah (carrot) kerana ia baik untuk mata anda.

~ elakkan daripada memandang perkara-perkara maksiat kerana ia bukan sahaja merosakkan mata malah hati anda akan menjadi gelap, hitam, penuh dengan dosa.. gunakanlah nikmat Allah itu sebaiknya..

~ kalau masuk habuk, guna je eye-mo.. he.. sekarang ni da ada produk permata hijrah.. produk ni katanya dapat membuatkan seseorang itu dapat melihat tanpa perlu memakai kaca mata.. sejauh mana kebenarannya?..aku pun tengah cuba produk ni..so, tengoklah dulu..


perlu diingat bahawa semua cara yang kunyatakan adalah ikhtiar semata-mata, Allah jualah penyembuh segala penyakit..


p/s : setakat ini sahaja perkongsianku yang bertumpu kepada wajah untuk anda semua.. mungkin, pada masa yang lain, aku boleh berkongsi tentang perkara lain pula ..

anda ingin berkongsi petua juga ?.. silakanlah.. SELAMAT MENCUBA ~~!!

Sunday, November 22, 2009

seminggu di kampung

salam semua..

i am home... heyya homey ~~!
well, actually aku ni tak de la duduk kat kampung tu seminggu tapi ....lebih
tau x?...waa... 9 hari tau.. peh, sedih aw tinggalkan notebook ni lama-lama..
hehe.. tapi x pe.. sekarang aku da balik !!!

maksudnya aku da berjaya pergi n balik naik flight sorang-sorang..
ahha.. ayah, len kali kalau nak suruh orang pergi pun, kena la ajak adik-adik aku sekali..
sorang-sorang kat kampung x bestlaa..

nak kawan dengan kambing ngan lembu pun..
kat sini hujan.. musim tengkujuh kat pantai timur ni..
so, x nampak la spesies tu keluar kandang..haha

aku ada banyak sangat citer..
nanti terpanjang lak, jadi cerpen.. x de orang nak baca..
so, aku ringkaskan je la ey ?

kat kampung, aku belajar banyak nilai-nilai murni..
mungkin situasi yang berbeda tetapi menuntut kepada nilai murni yang sama..

= = sabar = =

~ aku teman mak ( i called my nanny -mak) pergi klinik kerajaan. ambil ubat coz mak ada penyakit darah tinggi. so, tiap 2 bulan sekali kena datang sini. aku jejak je langkah kat klinik tu semua mata memandangku.. aik, tudung aku senget ke?. maybe diorang pelik coz x pernah nampak aku datang kat situ en..haha..tunggu punya tunggu, daripada pukul 9.30 kitorang datang.. pukul 11 baru keluar dari situ..

mak aii.. berejam-jam duk dalam klinik tu.. apa aku buat?.. disebabkan aku ni pemalu la bagai.. aku duk je la diam-diam kat kerusi.. mata kelip-kelip pandang dinding yang x de tulisan.. ahha..
ni yang mengajar aku erti sabar... sabar coz orang lain ada turn masing-masing, sabar sebab pekerja tak de la ramai sangat, tapi patients berpuluh-puluh orang, sabar sebab klinik tu punya sistem agak x sistematik.. sabar, sabar

tapi en.. rasa sayu menyelinap dalam hatiku.. kala melihat warga tua menghabiskan sisa umur mereka di klinik-klinik kerajaan. menunggu giliran untuk dipanggil oleh doktor dan dengan sabar, beratur untuk mengambil ubat-ubatan..

sehingga aku terfikir..
apakah aku akan menjadi seperti mereka juga ?

~ selesai je urusan kat klinik tu, aku dengan mak pun nak pergi la ke pasar pasir puteh.. nak pergi pasar ni kena tunggu prebet sapu, kalau nak naik teksi mahal ( tu kata nenek aku la)..so, aku ikut je walaupun duit aku sebenarnya cukup je kalau nak ambil teksi tapi mak kan lebih biasa dengan tempat ni..

lama la gak nak tunggu kereta prebet tu sampai. lagi sekali aku diuji yang memerlukan aku untuk sabar.. kening ni da nak bercantum, punya la berkerut-kerut.. kaki hentak2 tanah perlahan.. mata membuang pandang ke arah sekeliling kawasan.. snap.. cantik! bumi yang masih bermandikan warna hijau.. kawasan padi.. rasa tenang mula mengalir di dalam hati menghalau perasaan resah menunggu menjauh pergi.. ( pe hal ayat camni ni? )

= = berani = =


~ habis je balik dari pasar tu, aku terus jalan melulu ke pintu pagar rumah.. tangan kiri dan kanan sarat memegang beg-beg plastik yang berisi t-shirt, keropok n sos cili.. guess what?.. aku ternampak seekor binatang yang panjangnya lebih daripada pacat yang aku geli tetapi spesies ni memang digeruni ramai.. ular tau x ?...waaa, ular tu merayap menyelusuri longkang si sebelahku. alhamdulillah la, dia x naik atas tanah n kejar aku..

aku pelik.. asal aku x menjerit or lari je time ternampak ular tu ?.. maybe sebab letih sangat kot but until now i am still weird why my reaction is just like that .. macam la berani sangat.. aha..
tapi sebenarnya kaki aku da menggigil, muka x payah cakap r, terus pucat.. kemudian, aku mengalihkan pandang ke arah mak yang tinggal hanya beberapa meter dariku..

menyedari tingkahku yang pelik, mak segera bertanya :

mak : kenapa?.. ada ular ke?

aku mengangguk perlahan.. mata da macam nak berair tapi tahan je... ni bukanlah kali pertama aku berjumpa dengan ular dengan mata kepala sendiri tapi serius ar aku cakap, kalau boleh aku da x nak jumpa dah dengan engkau.. geli, gerun, takut bertukar menjadi satu - gegetak .. haha

~ hmm.. aku yang berjaya pergi n balik sorang-sorang naik flight kira sebagai berani gak en ?.. aku yang x tau apa-apa pasal martial art.. n then ambil cab daripada lapangan terbang menuju ke rumah mak yang mengambil masa kira-kira satu jam, aku rasa tingkahku yang amat berani..

ingatanku kuat mengingat.. pesan ayah, jangan lupa tengok plat kereta teksi tu.. takut apa-apa jadi nanti susah pula.. so, tu perkara pertama yang aku buat..

dalam cab tu, aku memilih untuk duduk di belakang.. dekat dengan pintu.. apa-apa hal, boleh lari dulu.. bukan sebab tak percaya, tapi lebih kepada waspada.. sedangkan haruan ada yang memakan anak inikan pula orang lain..

hampeh, dalam cab tu plak sempat aku tertidur..waa, bila terjaga tu memang tekad ar x nak tidur balik walaupun mata kuyu semacam.. haha..

jaga diri, athirah
.. hati sempat memesan..

= = syukur = =


~ syukur sebab aku masih punya mak.. walaupun seorang.. nenek yang lagi satu da meninggal masa aku form 2 .. kalau atok plak, dua-dua belah da meninggal sebelum aku lahir ke dunia lagi... so, kena la appreciate yang masih ada lagi, betul tak ?

~ actually, result exam da keluar time hari jumaat.. masalahnya kat kampung aku ni x de internet ( i mean kat rumah nenek ar).. so, kena la tunggu sampai hari ahad, balik rumah and then baru tau keputusan..

walaupun 2 hari aku menunggu, terasa seksa yang amat bila menerima mesej :

"athirah, ko dapat berapa ?"

waa, aku tak tau ar result aku berapa..

so, bila balik rumah je, first thing first buka web usim dulu ( itu pun setelah membersihkan diri n solat maghrib dulu.. punya la saspen )..

alhamdulillah..
result aku okla..
x perlu dinyatakan disini..

aku bersyukur coz memang tu yang aku usahakan ..
korang nak cakap aku dapat 4 flat memang silap ar..

aku x de la study gila-gila,
time study, study..

pukul 11.30 malam tepat je..
aku terus masuk tidur..

aku x de ar stay up macam orang lain ..(kadang-kadang terpaksa stay up gak)
kira cara orang belajar kan berbeza-beza..

yang penting kena uruskan masa dengan baik n buat jadual..

(n_n)v

itu sahaja yang mampu kucoretkan buat kali ini.. terima kasih buat yang sudi membaca..

-seKian-

Thursday, November 12, 2009

berdikari..kari?

hmm.. nampaknya by hook or by crook..

i have to fly.. selamat tinggal, semua !! waaa..

kalau nak diikutkan, dulu masa form 2 n form 3 selalu gak la berdikari..
bila balik asrama, selalu naik ktm..
jarangla ayah ambil..

tapi bila pindah sekolah baru,
lagi dekat dengan tempat kerja ayah..
nak balik ke, pergi mana-mana ke dengan ayah..
kira memang sangat bergantung dengan ayah.

n now,
masuk usim pun..
jarang la balik rumah,
bila nak balik rumah..
telefon ayah juga..

ade satu hari tu memang terpaksa sangat naik ktm,
so, naik la ktm dengan maryam..
tapi kena berpisah dengan dia dekat kl sentral..

haish..memang cuak betul..
you know what, aku kena berdiri dekat dengan peta
supaya tak sesat..
waa, cuak sungguh...
nampak je muka macam matured la bagai,
dalam hati dub dab dub dab,
tuhan je yang tahu.. betapa takutnya aku waktu tu..

n esok..ya, esok...
aku kena pergi balik kelantan sorang-sorang..
ayah yang suruh, pergi teman my nanny..seminggu pula tu..

tapi naik flight..

waa, apakah yang akan terjadi ?
kalau naik ktm pun da cuak sbb lama x naik..
ni kan pula naik flight yang da bertahun-tahun x naik..

kepada semua yang baca post ni,
tolong ye doakan keselamatan aku pergi dan balik..
ameen..

mungkin,
dah tiba masanya untuk aku berdikari
dan tidak bergantung harap pada sesiapa lagi..

since i was the eldest daughter ?..oh, please..


p/s : i wonder, siapa yang akan duduk sebelah aku dalam flight nanti..argh, x nak fikir..

Wednesday, November 11, 2009

bila langit mula mendung

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.." (Surah Hud : 123)


So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Bismillahirahmanirr ahim, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.dan keluarganya , sahabat, para salafusoleh, syuhada' dan para ilmuan. Semoga dianugerah rahmat dan keberkatan kepada para Rasul dan mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat

Dengan Keagungan namaMu Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Latiff, Ya Fatah, Ya Razak, Ya DzalJalalli- Wal ikram

Ya Allah ya Rabbku,

Moga engkau merahmati kami dan menganugerahkan kami sebagaimana banyaknya hujan yang turun di dilangit hari ini.

Ya Allah,

Kayakan lah kami dengan Iman,

Kayakan lah kami dengan Islam,

Kayakanlah kami dengan hati yang tunduk dan patuh kepadaMu,

Kayakanlah kami dengan nikmat syukur

Kayakanlah kami dengan persahabatan yang ikhlas

Kayakanlah kami dengan pertolongan menegakkan syiar Islam

Kayakanlah kami dengan Kasih SayangMu.

Kayakanlah kami dengan kekuatan amal agar Engkau Redho kepada kami

Kayakanlah kami dengan harta yang digunakan untuk mendekatkan diri kepadaMu

Kayakanlah kami dengan kekuatan untuk membangunkan ummah

Kayakanlah kami dengan cahaya di hati untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai orang yang Engkau cintai

Kayakanlah kami dengan rumah rumah di syurga yang Engkau janjikan.

Kayakanlah kami dengan kekuatan zahir dan Batin untuk menyampaikan seruan Dakwah untuk menegakkan agamaMu.

Kayakanlah kami dengan rahmat agar dapat bersama sama Nabi Muhammad S.A W dan para hamba yang engkau cintai di syurga kelak

Kayakanlah mukmin dan mukminat di seluruh dunia dengan kekuatan jihad dan pertolongan untuk bangun dari kesusahan, kesengsaraan dan penindasan dari musuh-musuhMu.

Dan kayakanlah kami dengan pertolonganMu dalam urusan hidup dan mati kami di dunia untuk menuju akhirat yang pasti.

"Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat dhalim)"

Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu ini. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Mutiara kata:

Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

Tuesday, November 10, 2009

only happens in malaysia

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!


Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!


Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!


Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!


Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!


Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!


Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

kartun betul !

sejak kecil, kita biasa menonton kartun en ? tipu la kalau time kecik-kecik terus pi tgk hindustan n then leleh en ?.. haha

ok, sekarang.. aku nak jadi pengulas kartun x bertauliah la pulak..hu

first n foremost, kartun sailormoon..

seingat aku, ni la kartun first yang aku suka sejak 5 tahun lagi..
waa, kenapa aku suka ? let it be a secret..haha

x de la.. maybe sebab semua sailor-sailor ni guna nama-nama planet en..
so, macam best je bila sebut nama diorang..
lagi satu.. semua kartun dalam citer ni memang cute + cantik + hensem..he

dalam sailormoon ni,
dia menekankan aspek persahabatan yang tinggi..
macam mana susah ke senang ke.. still bersama..
well, x de la tengok kartun n x dapat apa-apa input en..huhu

kartun kedua yang terpilih ialah dragon ball


dragon ball best la gak.. boleh kasi 3 bintang..
gambar yang cantik-cantik..

kira bila berlawan dengan musuh, imej2 x nampak kaku..
nampak macam real..

klu dragon ball, dia menceritakan kisah hidup Goku yang bertekad mencari 7 dragon ball..
tujuan Goku adalah untuk bertemu dengan naga dan memohon 3 hajat..haha

memang mengarut, awal-awal lagi memang gelak je..
ade ke pegi cari bola-bola macam guli sebab nak tunaikan hajat ?.. sesat betul..
tapi aku tengok jugak..adeh

pandang je gambar ni.. semua orang mesti kenal en.. doraemon

ceh, tujuan doraemon dihantar ke dunia sebab nak tolong nobita..
but i wonder.. doraemon tu tolong ke lagi merosakkan nobita yang sedia pemalas tu..
nobita.. nobita.. =P

tapi melalui doraemon juga,
kita dapat melihat pelbagai inovasi dan alat-alat untuk membantu manusia..
x mustahil bukan untuk kartun ini menjadi ilham bagi syarikat-syarikat elektronik dan komunikasi ?..

satu rahsia..
kenapa doraemon x de telinga ?.. ahha
sebab telinga doraemon kena makan dengan tikus robot sebab tu la doraemon tu takut sangat dengan tikus.. fobia agaknya..

kalau detective conan pula.. aku suka sangat !

credits to Gosho Aoyama..
conan memang best..

cerita kartun yang matang..
konflik dan masalah yang ditimbulkan oleh penulis dapat diselesaikan dengan sangat baik..
jalan cerita pun suspen je memanjang, tu yang buat conan unik dari kartun-kartun yang lain..

bila conan bertukar je Shinichi Kudo.. saat yang paling best n romantik sebab Ran da lama tunggu.. haish ( kartun pun romantik athirah ni )..haha

sebenarnya.. lukisan komik menggambarkan penulis yang sebenar..
dalam conan, kita boleh tau yang penulisnya sangat kreatif..

kartun yang terakhir ialah ...jeng jeng jeng
Crayon Shin Chan.. haha

cerita ni pasal shin chan yang selalu blur n salah faham.. adeh.. budak yang susah diajar..
pemikirannya pun sangat teruk.. ada ke patut ***

so, citer ni menggambarkan pemikiran penulis dalam menggarap idea..
n sebenarnya agak tak sesuai untuk kanak-kanak..

x dapat banyak sangat pengajaran tengok citer ni..
tapi untuk 'relaks'kan minda.. boleh je

p/s : this post is just for fun.. take it or leave it !.. haha ~

berus bulu babi ?


Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai 'Pure Bristle'.Untuk membuat berus,bulu babi hutan digunakan kerana ia mempunyai daya lekatan yang lebih baik jika dibandingkan dengan bahan sintetik seperti nilon.

Selain berus lukisan,berus cat,berus menggosok kasut dan songkok dan berus gigi dikhuatiri mengandungi bahan haram ini.Umat Islam dinasihatkan supaya memeriksa label pada berus untuk memastikan ia tidak diperbuat daripada bulu babi.

Selain daripda berus,barangan kulit juga ada yang diperbuat daripada kulit babi.Antaranya seperti jaket,kasut,dompet dan tas tangan.Kulit babi banyak digunakan dalam barangan kulit daripada China serta lain-lan negara membangun.

Kulit babi digunakan kerana ianya murah berbanding dengan kulit binatang-binatang lain.Ia juga mudah diperolehi di banyak negara.Kebanyakan kulit babi kelihatan seperti suede sebenar tetapi ia lebih nipis dan berbintik di atasnya seperti lubang-lubang kecil. Ciri utama untuk mengenali kulit babi ialah terdapat tiga bintik .

Para pengguna dinasihatkan supaya meneliti dahulu barangan yang hendak dibeli supaya terhindar daripada membeli barangan yang diperbuat daripada kulit babi.

Sumber: Persatuan.Pengguna P.Pinang


Monday, November 9, 2009

penghargaan

post ini ditujukan khas untuk someone special di hati saya..


dia seorang sahabat dalam erti kata sebenar
dalam suka, dalam suka..

bila aku tersilap, kau menegurku,
dengan cara yang paling berhemah

kalau tiba-tiba aku menangis sbb tension time form 5 dulu,
kaulah yang selalu berada di belakangku..
memberiku kekuatan untuk terus berdiri..

bila hati ini ibarat kaca yang pecah berderai
dek kerana manusia sekeliling.. fitnah dunia..
kau cuba untuk mencamtumkan kembali hati ini..

kalau dulu,
kita berdua sama-sama cintakan bahasa arab,
aku ingat lagi saat itu,
dan kau diberi peluang utk menyambung belajar bahasa syurga ini,
aku sangat gembira..
walaupun aku tidak berada dalam bidang yang sama denganmu,
at least,
kau menjadi wakilku dalam bidang bahasa itu..

mengenalimu,
aku dapat membezakan mana satu kaca
dan mana satu permata..

kau memberiku persepsi baru tentang bersahabat,
sahabat bukan sekadar pada nama,
bukan hanya bila bergelak- tawa,

tapi yang penting,
sahabat itu hadir di saat sehabatnya yang lain amat memerlukannya

jika kau beranggapan kau bertuah mengenaliku,
tidak..
sebenarnya aku yang bertuah dapat berjumpa dan mengenalimu..

special for :


Norashikin bt Isa
University of Yarmouk, Irbid, Jordan


terima kasih sebab menjadi kawan, sahabat dan teman saya

terima kasih sebab sudi menerima saya seadanya

terima kasih atas segalanya.......


p/s : actually nak wish birthday.. selamat hari lahir ke-18.. semoga panjang umur, murah rezeki.. baca post ni, jangan nangis-nangis pula.. tau sangat dia tu.. hehe

athirah says

tau x apa itu kesetiaan ?

still bersama buku walaupun masa tidur..

tau x apa itu kebahagiaan ?

bergolek
atas katil bersama buku-buku..

tau x apa itu kesungguhan ?

stay up sepanjang malam terutama pada malam-malam terakhir..

tau x apa itu pengorbanan ?

melepaskan buku pada waktu paling genting..

tau x apa itu keberanian ?

masuk dewan exam walaupun x habis baca buku..


p/s : dedicated to all my friends, especially y tgh final - roza ain, khaliesah, afiqah razali n sume laa.. betulkan niat ye..
ALL THE BEST

@))--------^-----------

...

ukhuwah doesn't always need togetherness,

doesn't need everyday conversation,

as long as the friendship live in the dua'a,

it remains abadaa..

word to ponder

kita sememangnya manusia biasa..

lemah dan mudah runtuh..

adakalanya kita diberi kekuatan..

dapat membantu, menasihati dan membimbing orang lain..

adakalanya juga kita tiada kekuatan..

perlu bantuan, nasihat dan bimbingan daripada orang lain..

begitulah kita..

hamba yang diciptakan dengan kelemahan..

saling bergantung antara satu sama lain..

kerana itulah nilai ukhuwah terlalu tinggi =)..




Sunday, November 8, 2009

adakah sekadar tudung ?

ini realiti ummat islam masa kini.. sifat malu da hilang dari diri..
padahal malu itulah yang membentuk peribadi malah sebahagian daripada iman..
ikuti bicara ym ini


supernovacomy: hi
supernovacomy: m
supernovacomy: u

uyu6890: hipe
uyu6890: i am just a kid

supernovacomy: soory

uyu6890: who just hanging around

supernovacomy: ok

uyu6890: okay then

supernovacomy: age pls

uyu6890: 18

supernovacomy: 18 is not kid

uyu6890: hmm

supernovacomy: who is in the pic

uyu6890: it just me

supernovacomy: is tht yr mother
supernovacomy: carrying u

uyu6890: haha
uyu6890: what a comment

supernovacomy: u dnt hv yr new pi

uyu6890: do i look to old ?

supernovacomy: can i c yr current pic
supernovacomy: nope

uyu6890: that pic
uyu6890: is the latest one..
uyu6890: are you crazy?

supernovacomy: the one in tudung
supernovacomy: is tht u

uyu6890: yup
uyu6890: that's me

supernovacomy: are u 18 still
supernovacomy: i dnt belive

uyu6890: so what?

supernovacomy: nothing
supernovacomy: whr u frm

uyu6890: i don't see any problem to wear tudung like that

supernovacomy: yaa
supernovacomy: im too

uyu6890: ok

supernovacomy: wht is yr real age

uyu6890: huh?
uyu6890: are you nuts ?
uyu6890: i am just 18
uyu6890: and you are 32

supernovacomy: yup
supernovacomy: ok
supernovacomy: u told me nut

uyu6890: yeah
uyu6890: u keep asking me the same question

supernovacomy: whr does u work

uyu6890: i am not the one who keep lying even in chatting
uyu6890: i am a student okeh

supernovacomy: whr are u knw
supernovacomy: at home or cc

uyu6890: my home

supernovacomy: whihc state

uyu6890: is it so important ?
uyu6890: can you talk about something else?
uyu6890: everybody keep asking the same question

supernovacomy: wht is yr opinion abt the girls who made love at public place wear tudung

uyu6890: you are malay n islam rite?

supernovacomy: nope

uyu6890: ouh
uyu6890: ok,

supernovacomy: i face a case at near beach
supernovacomy: last 2 days ago

uyu6890: ok, then ?

supernovacomy: can i tell in malay

uyu6890: yeah
uyu6890: sure do

supernovacomy: sbnrnya sy disana dan mrk tak perasan
supernovacomy: lalu dihdpan sy
supernovacomy: seperti biasa berdua2 an
supernovacomy: sy pun buat tak tahu

uyu6890: lepas tu?

supernovacomy: tiba2 keterlaluan

uyu6890: oo
uyu6890: awak cina ke?

supernovacomy: tak india

uyu6890: ok..
uyu6890: pom tu pakai tudung en?

supernovacomy: tulah yg sangat

uyu6890: ok
uyu6890: dengar baik2

supernovacomy: buat diri sy ingin tegur

uyu6890: apa yang saya nak cakap
uyu6890: pakai tudung adalah luaran
uyu6890: apa yang penting adalah hati
uyu6890: luar dan dalam sama penting
uyu6890: dalam agama kami, Islam..
uyu6890: semua perempuan perlu menutup kepala sehingga ke paras dada

supernovacomy: ok

uyu6890: dan juga mereka perlu memelihara pergaulan
uyu6890: tapi orang y awak tu x faham sangat tentang agama
uyu6890: tu yang buat dia just pakai tudung n buat benda yang nonsense gak

supernovacomy: takpi salah ke bukan islam
supernovacomy: tegur mrk

uyu6890: x salah
uyu6890: kita sesama manusia perlu tegur menegur kerana manusia tu lemah
uyu6890: perlu ditegur..

supernovacomy: takpi u tahu tak sy kena halau

uyu6890: kdg2 manusia ego untuk menerima teguran
uyu6890: sabar la
uyu6890: semua orang ada buat salah
uyu6890: kira ok la awak tegur..
uyu6890: it means awak tau benda tu salah

supernovacomy: pom tu bsing i sengaja dekat utk lihat dia

uyu6890: i see
uyu6890: but after that.
uyu6890: awak buat apa ?
uyu6890: blah je la

supernovacomy: laki tu pulak angguk

uyu6890: bukan semua macam tu ye
supernovacomy: bila dah mrk keterlaluan
supernovacomy: i semakin dekat
supernovacomy: takpi malangnya mereka
supernovacomy: tak sedar sy sebelah
supernovacomy: dan pulak dlm keadaan teruk

uyu6890: ooh..

supernovacomy: lepas tu i dah peranjat lalu pusing blkng
supernovacomy: dan tidak dpt cakap apa2
supernovacomy: lepas tu baru i sentuh laki2 tu

uyu6890: pastu ?.. x tegur ke lelaki tu?

supernovacomy: dia terus buat mcm kena elektrik
supernovacomy: dan terus tak cakap apa2

uyu6890: i see

supernovacomy: dan terus tanya dah lama ke sy disana
supernovacomy: takpi mrk marah yg sy dah lihat dlm keadaan mcm tu
supernovacomy: i kata tak nmpk

uyu6890: hmm..
uyu6890: mereka itu keterlaluan..

supernovacomy: ermm

uyu6890: tapi awak jangan terus negatifkan pemikiran tentang girl y bertudung

supernovacomy: i sendiri pun terkejut

uyu6890: bukan semua macam tu

supernovacomy: tak sbnrnya cerita mddcm ni
supernovacomy: budak tu nmpk muda dari jauh
supernovacomy: lalu kecil orngnya

uyu6890: i see

supernovacomy: laki ni mcm paksa
supernovacomy: i dngr budak pom tu mcm tak nak
supernovacomy: kasihan budak tu hanya tinggal tudung

suatu kisah

renungi kisah masyarakat ini..

di suatu petang yang damai, seorang anak terdetik untuk menanyakan hasrat hati yang sudah lama terpendam kepada ibunya..

Anak : ibu, orang ada benda nak mintak pandangan ni..

Ibu : apa dia ? cakaplaa

Anak : orang rasa, mulai hari ini, orang nak ubah penampilan.. ermm, orang nak pakai tudung..

Ibu : haha, da buang tabiat ke apa anak aku ni..

Anak : apa pula buang tabiat. Ibu, orang serius ni. Orang nak berubah.

Ibu : berubah apa kau merepek ni ? Dah, jangan ngada-ngada. Ibu tak benarkan !

Anak : Ya Allah ! Merepek apanya.. orang tak kira, orang tetap dengan keputusan orang.

Ibu : Kau ni kenapa ha ? Ibu cakap tak boleh ! Malu la ibu kalau kawan-kawan tau. Jangan degil ya !

Anak : Tapi kenapa ? Ustaz kata tuntut aurat amalan yang dituntut agama. Salah ke orang nak bertudung ?

Ibu : ibu tak akan benarkan kau buat macam tu.. Malu ibu nanti, belum ada dalam sejarah family kita !

Anak : Kalau orang nak pakai juga ?

Ibu : Ibu tak akan mengaku kau anak ibu ! Ingat tu !

* Setelah 6 jam, 6 minit...

Anak : Baiklah, kalau ibu boleh bagi satu sebab konkrit kenapa ibu tak bagi orang pakai tudung, orang akan mengalah.

Ibu : kau tu LELAKI, kenapa pula nak pakai tudung ?.... kua3

Wednesday, November 4, 2009

dari dapur bersama kak long

kak long ?.. entah siapa entah.. heh

okay, since appa da balik dari SAMER sebab dia sakit mata n dapat MC 3 hari.. whoaa
kena la buli sket.. hahak..

bila aku terfikir balik,
alhamdulillah selama aku bersekolah dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah,
x pernah pun dapat MC..

rekod kehadiran pun penuh je.. weee..
even rasa nak demam sket2 pun, kugagahkan jua tulang empat kerat ni..
haha.. ok, tu cerita dulu..

back to the story,
kak long paksa appa masuk dapur..
well, x de la sampai kena cubit or kena kejar baru nak masuk dapur,
en appa??.. haha

actually,
aku x nak appa membesar dengan pemikiran masuk dapur n memasak ni kerja orang perempuan je..

amboi-amboi,
sedap je nak goyang kaki n tanya umi or kak long :
"umi, laparlaa..makan apa hari ni" or
"kak long, cepatla masak"

heh, jangan harap.. okay !!

x kisah la setakat potong-potong bawang n sayur-sayur tu,
at least tolong ar gak en..
dari ternganga je tengok tivi tuh..

nanti bila besar nanti,
boleh la tolong ummi n orang rumah wat keje..
aik, orang rumah?..haha, apa-apa la

okay,
hari ni masak cincai je..
udang masak lemak cili padi n sayur campur..
haha.. x tau la sedap ke x, kena tunggu umi balik, makan n komen..

masa balik cuti sem hari tu,
aku ingat lagi,
gila kaku pegang pisau tu..
lelama get used balik laa..

ok, petang ni nak cuba resepi cakoi plak..
heh, kalau rajin..

mesti korang pelik en..
asek nak masak je..
biarlah..ceh.. sibuk je.. pergi men jauh-jauh..
nama pun perempuan en..

oklah, ciaoo