cuba..try..test..hehe
perkataan yang semuanya membawa maksud yang sama..
hurm, chef tira da kembali membawa resepi yang mudah untuk disediakan.
cuma memerlukan bahan-bahan dan sedikit kerajinan..hoho
PIZZA FRENZY
Bahan-bahan :
-3 cawan tepung gandum
-1 cawan air suam
-2 sudu teh minyak
-2 sudu teh yis/ibu roti
-1 sudu teh garam
-6 sosej (dipotong kecil)
-2 keping keju cheddar(diparut halus)
-sos tomato secukupnya
Cara Membuatnya :
1) Masukkan air suam, minyak,garam dan yis. Kacau rata
2) Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Perapkan doh selama satu jam.
3) Bentukkan doh pizza menjadi leper setebal 3 cm. Sapu sos tomato atas doh. Taburkan sosej dan keju cheddar di atasnya.
4) Bakar pizza selama 20 minit dengan suhu 180'C.
SELAMAT MENCUBA !!
No comments:
Post a Comment