Monday, January 11, 2010

soul mate

em.. pernah tak anda rasa yang anda kenal someone y bakal jadi soul mate anda..

memang tak pernah bertegur sapa, tak pernah mengenali..
tak pernah berbicara dan tidak pernah bertentang mata..

hati hanya mampu memendam rasa.. argh.. biarlah dia menjadi rahsia..

menjadi manusia, kadangkala hati kita pasti terusik dengan kehadiran orang sekeliling..

yang pasti.. ia tidak perlu diluahkan kepada orang tersebut.. mengapa perlu tersua-sua?.. tiba masa, saatnya akan tiba..

aku bukanlah tak suka, bukannya apa-apa.. cuma terfikir.. mengapa manusia gemar untuk berchenta??..

perlu dijelaskan..

Islam tidak mengalang cinta..
Islam tidak pernah menghalang fitrah manusia itu..
dan Islam bukanlah anti-cinta..

cuma,
apa yang Islam ajar ialah salurkan perasaan cinta tu ke jalan yang betul...

bukan dengan coupel2 ni..
apa gunanya?..
mainan perasaan yang sementara..
jangan nanti kau terleka dan akhirnya terluka..
ibarat menghiris pisau di nadi sendiri..
frust menonggeng nanti..

dan akhirnya..
siapakah yang akan kau cari?..

family ?.. mereka ada banyak komitmen lain..

adik-beradik ?.. sekadar mendengar celotehmu dan gelak sakan dalam diam mentertawakanmu..

kawan-kawan ?.. banyak kerja lain yang hendak dilakukan daripada mendengar rintihanmu.. masalah yang engkau jemput sendiri sedangkan terdapat banyak cara untuk mengelakkannya..

akhinya..
kau akan menyedari...
bahawa cintakan Allah adalah cinta hakiki

cinta agung nan suci...
tiada kekesalan yang bersarang di pangkal hati..
dan pasti,
kebahagiaan hakiki bakal kau genggami..

maka carilah cinta..
cinta yang tidak melalaikan..
cinta kepada-Nya,,
cinta untuk syahid di jalan-Nya,,
cinta untuk bertemu kekasih-kekasih-Nya,

CINTA UNTUK BERTEMU DENGAN-NYA

No comments: