Tuesday, January 12, 2010

mak aii ,,, beratnya

assalamualaikum w.b.t kepada semua komuniti blogger..

satu persoalan ditujukan untuk anda....
anda pernah tak rasa kena tindih ??

means kena tindih time tidur..
maybe ada 'something' yang duduk mendiami kat tempat kita..

aku en..
da sampai 3 kali kena tindih..
dekat apartment ni..

mm..
ada orang cakap,
kalau kita tinggalkan rumah kita lebih daripada 3 hari tanpa penghuni,
nanti akan ada 'benda lain' yang duduk dalam rumah kita tu..
uuu.. scary me..

'benda-benda ni kita tak perlu takut'..
cuma kita kena percaya yang mereka juga wujud di dunia ni..

ada sekali tu,
aku study ar sampai pukul 1.30 pagi.. (*haha, rajin sangat sebab mata tak ngantuk lagi)
pastu... terkejut tengok jam... khusyuk sangat belajar..
ouuh.. da pukul 1 lebih ni.. kena tidur, nanti besok tak bangun pula nak pergi kelas..

guess what ?.
tak sampai 5 minit dalam usaha aku melelapkan mata tu,
tetiba je.. badan jadi kaku.. * aik, pehal lak ni??
kaki menggeletar...
dengan susah payahnya..
aku cuba membuka mata kembali..

Ya Allah,
aku tak nampak 'benda-benda' atau 'makhluk asing'
tapi, aku tak dapat nak menggerakkan badan..
langsung kaku.. rasa ada benda berat sangat yang menghempap badanku..

maybe sebab aku tidur melentang,
so, benda tu senang nak tindih..

dengan mengerahkan segala kekuatan..
aku cuba mengangkat tangan kanan dengan penuh lelah..
sambil bibir mengucapkan "Allahu Akbar !!" tetapi suara tersekat di anak tekak,,
akhirnya, aku berjaya melawan benda tu..

terus aku tidur mengiring
dan baca doa semua..
actually, da baca doa sebelum tidur tadi..
tapi, benda nak jadi kan?..

maybe,
ada yang kurang..
sebab tu, aku amik inisiatif baca Ayatul Kursi 7 kali lepas tu..

hurm..
kecut sangat..
coz time tu sorang-sorang je dalam bilik..
room-mate tak balik lagi..
dia balik rumah esok..

akhirnya, aku tidur sambil menggigil dan bibir tanpa putus membaca Ayat Kursi,,
Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini..

* apa-apa yang berlaku sekalipun, mohonlah perlindungan dari Allah kerana Dia lah yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui..

No comments: