Friday, January 15, 2010

buat yang masih hidup

MATI ?
Sahabatku sekalian,
Iman kita meningkat dan menurun..
Ada masanya, iman kita meningkat laju bagaikan roket.. dan ada masanya juga iman kita turun menjunam bagaikan payung terjun.
Tetapi.. adakah kita sedar bahawa nikmat yang paling besar yang dianugerahkan kepada kita adalah nikmat IMAN dan ISLAM?
Allah s.w.t berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim”
( 3 : 102)

Ayat ni memberi petunjuk kepada kita supaya bertaqwa kepada-Nya.

Biarlah kita mati dalam keadaan Iman dan Islam. Kita kena ingat selalu ingat tentang mati.. sebab apa ?.. sebab setiap saat yang berlalu semakin mendekatkan kita dengan kematian..

Dikhabarkan bahawa malaikat maut menemui kita sebanyak 70 kali sehari.. maka, adakah kita bersedia andainya sudah tiba masanya untuk kita pergi menghadap-Nya??. Renungkanlah duhai sahabat.

“ Katakanlah, ‘ Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan”
( 32 : 11)


Dari Allah kita datang dan kepada-Nya lah kita akan dikembalikan.

Wahai teman, rakan dan taulan !

Ketahuilah bahawa kita boleh memilih untuk mati dalam keadaan Iman atau mati dalam keadaan kafir.. hidup ini suatu pilihan, bukan?..

3 kali Allah ingatkan kita tentang mati ;

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”
( 3 : 185 )

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami”
( 21 : 35 )

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan”
( 29 :57)

See?.. tiga kali Allah bagi peringatan kita tentang mati.. tetapi berapa kali kita ingat dan sedar hakikat yang akan berlaku itu??

So, kita semua mestilah memperbanyakkan doa supaya kita dapat mati dalam Islam.

Sebab apa?.. sebab bila-bila masa saja, malaikat maut boleh datang dan mencabut nyawa kita..

Tapi, kalau kita yakin dengan Iman kita..insha-Allah, kita pasti bersedia untuk menghadapi mati..bila-bila masa, walau di mana jua..

Tahukah sahabat bahawa Allah telah tetapkan tarikh kematian untuk setiap manusia?..
“ Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun”
( 7 : 34 )

Mengapa perlu mati dalam Iman ?..

Mengapa perlu mati dalam Islam ?..

Sebab target akhir kita sebagai manusia ialah untuk mencapai Syurga Allah..
Dan syurga Allah ini hanya dapat dimasuki oleh orang yang benar-benar layak sahaja..

Maka sahabat, muhasabahlah diri dan tetapkanlah pendirianmu..

Adakah mati kekufuran yang engkau kejari ?..
Atau..
Mati dalam keimanan yang engkau cari ?..


Wallahu a’lam

p/s : asif buat semua sahabat.. penulis sangat sibuk memenuhi tuntutan belajar.. so, tak dapat nak update banyak-banyak.. sorry ey?.. =(

No comments: