Sunday, January 31, 2010

open your eyes



Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

sedih

rasa terkilan bila satu hari..

terserempak dengan member sekolah rendah..

x de la rapat sangat..

tapi masing-masing kenal laa antara satu sama lain..

dia dah free hair..

time tu, nak tunggu makanan kat restoren..

memang terkejut habis..

sedih bila pandang..

sedih bila ingat kembali..

kenapa da jadi macam ni kawanku?..

aku rasa bersalah pula..

aku tak nak jadi baik sendirian..

aku mahu kita semua sama-sama jadi baik,,

tapi,

kau di duniamu

dan aku di duniaku..

mungkin satu hari nanti,

kita akan ketemu jua teman..

hingga saat itu ,..

aku berharap agar pintu hidayah terbuka buatmu..

dan pabila sudah bersua..

kita sama-sama punya satu misi..

tegakkan Islam yang satu

suara kecil di dalam hati bersuara,
7.44 a.m / 1 Februari 2010

jangan hina

adakah anda pernah rasa teraniaya,,
rasa cam hina dan rendah diri sangat,,
mungkin sebab keadaan fizikal...
ataupun keadaan mental...

ada orang rasa bangga diri dan lebih cantik dari orang lain..
memandang orang lain dengan begitu jelek..
seolah-olah..dialah sang merak yang begitu anggun berbanding yang lain..
maka, cuba kita selami perasaan orang yang rasa terhina..

........................

ada orang rasa lemah..
kurang bijak berbanding yang lain..
tetapi cepat pula mengalah dan berputus asa..
maka, mereka tertanya-tanya, bila pula akan berjaya..

saat bertanyakan soalan y x difahami kepada bijak pandai..
sang bijak pandai pula memalingkan muka dan sombong dengan ilmu di dada..
ibarat mereka tahu segala..
tapi mereka lupa..
ilmu mereka hanyalah ibarat setitis air di lautan..
berbanding dengan ilmu dan pengetahuan Tuhan..

......................

ada orang rasa mereka rendah..
maknanya dari segi fizikal..
sampai ada yang memberi gelaran y x sedap didengar,
dan bermacam-macam lagi ..
sehingga dia rasa terhina..


........................

dalam hidup bermasyarakat ni..
jangan rasa dunia ni kita yang duduk sorang2..
jangan nak bangga diri dengan apa yang kita ada..

ingat..
hidup ni ibarat roda,
hari ni mungkin kita di atas..
esok lusa, siapa tahu..kita pula yang akan berada di bawah..

jadi,
hiduplah dengan sederhana..
sebagai manusia yang mensyukuri nikmat Tuhan
dan tidak mendabik dada dengan manusia yang lain..

bagiku,
biarlah kita dipandang hina disisi manusia

tetapi
mempunyai darjat yang tinggi disisi-Nya..

Friday, January 29, 2010

why do you blogging?

assalamualaikum w.b.t

i felt that i am not online for ages.. waa~

and now.. i am wondering,, why do i need to write on a blog ?..

for others, they might have their own reasons,, same like me ;

1) i want to share my opinion about current issues or maybe a good discussion about the fact and future..

2) share with my friends all over the world about my dull life (but not ALL, remember!)

3) share with you about interesting facts, some knowledge that i gained from my usrah and etc. ( as a medium to spread the da'wa)

as conclusion.,,
my blog, is all about sharing okay!..

you may drop your comment,

or

just become my silent readers

or

you may leave.. i don't mind k..


i have 83 followers right now and it was so surprised..
my blog is just an ordinary blog,, same like the owner,,
i don't know how they manage to click on the FOLLOW button..haha
thank you so much for choosing my crystal .. i am really appreciated it !

^_^

Thursday, January 21, 2010

da lama tak kena "tagged"

I have been tagged by my friend - Nur Afiqah Binti Abdul Razak (hehe, siap letak nama penuh lagi.. ti belanja tau !..)

1. adakah anda rasa anda HOT?

erm.. tak ...
hot mendenya ?..
tak panas..
sejuk pun tak..

i am a mammal, remember?..

tapi kalau orang cari pasal..

memang hot ar..
(erk, ada kaitan ke?)

2.Upload 1 gmbar yg anda suka




3. cerita pasal gambar

hmm.. tah nape letak gambar ni..
rasa happy je tengok pic ni..
then, kita pilih la..

bila pandang,
rasa ukhuwah tu melalui di saluran urat nadi..
sebab UKHUWAH itu DIHATI

4. selain nama sendiri, ape pggilan yg orang guna untuk pggil ko?

nurul ( family je yang panggil nama ni)
athirah ( member suma ske panggil aku athirah - tau la wangi)
kak long ( special for my siblings je, okay !.. )
uyu ( untuk orang yang kenal aku since umur 4 tahun.. hehe.. sebab nak panggil nurul - masing2 pelat 'r', so.. daripada nurul - nuyul - uyu )

sound weird, i thought.. haha


5. tag lagi 6 orang

1) Qurratu' Aini
2) Siti Hajar
3) Fathin Nur Aqila
4) Deenie
5) Fuad
6) Hatta

6. siapakah gerangan no 1 pada anda

member aku ar..
ske datang lepak rumah aku yang cantik..ngee~
tapi tak pe..
aku tak kisah ...
aku lagi ske..

friends 4 eva ya !

7. kata sesuatu mengenai org no 5

okay,
erm, pandai english..
tau cakap malay time darjah 3 (haha, auta ke ni)
da fly da..

amik dentist,
harap ko berjaya la k..

8. no 3 ada hubungan ape dgn anda?

kawan aku..
kenal time tingkatan 4..
tapi cam x rapat sangat time tu..

tingkatan 5..
detik menjadi pengawas menyaksikan persahabatan kita ( cewahh)

ni pun nak jadi doc jugak..
tapi en,..
baca blog aten cam ayat hlovate la..

you ulang novel hlovate tu berapa kali ey?

9.Bgmana pula dgn num 4?

ketua aku..
haha..
setahun jek..

tapi,
dia ini sangat rajin..
kalah aku..

well,
kengkadang marah dia sebab x wat keje.. hehe (kejam2)

tapi sebenarnya,
dia lagi banyak keje dari aku.,.. kot !!

pun bakal doktor gak...
semoga tercapai cita-cita k..

10. pesanan kepada org no 6.

hatta !!
haha, ko amik bahasa arab en..

balik mesia ti,
debat ngan aku ek.. hehe
*jangan nangis lagi sude

11. kelebihan pada no 2?

sangat penyabar...
pandai mengurut...
haha..

puji aja lebih2,
kang kembang2..
tak leh jadi ni.... hehe..

aja, chill..
jangan balik selagi ijazah belum di tangan !!
(uwaa, nangis la aja klu cam tu)

* saje tag korang, sebab macam ada potensi nak buat tag2 ni.. nama yang x tersenarai harap maaf k.. klu nak wat jugak, amik je soklan2 ni k.. i don't mind.. =)

kenali dirimu !

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.

Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

Anak Sulung


Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.


Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah


Anak Bongsu


Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

psstt ... sama tak dengan karakter korang ni ??

Monday, January 18, 2010

writing in english ?

i am writing on this topic to make it clear..

the reasons why i started to write in English on my crystal ;

firstly, of course i want to improve my English.. no doubt..

please don't get the wrong picture.. for those who are knowing me, they knew that my English was so weak..

so, i make this effort in order to improve myself, okey (how many time do i need to repeat the same fact ?.. hahaha.. lol)

Secondly, i am not showing off.. this is the real me..
i know, even though i am writing in English..
everybody can understand me ..
will ya ?

i am using such a simple language..
not like others, they can write better than me..
but sometimes, they are using the bombastic words and all those things..
it really hard actually to understand what they want to say actually..

but i guarantee that you could read my writing without repeating the same sentences over and over again.. sound sweet ?? hahaha..

actually, this is one of my intention writing a blog..
i want to post in English.. i really really like that !
( sound 'taukid' i thought )

but there come a problem when a person comment my English sarcastically..
hey, who are you ?
hehe.. but it's happen old time ago..

support me..

vote for athirah !!

Friday, January 15, 2010

a splendid memory I

hello everybody..

yesterday, my tutorial group and i were visiting Blue Lagoon at Port Dickson..
we are gathering together, having a splendid memory that everlasting forever..

to be continued..

p/s : inilah post terpanjang.. ngeee ~

buat yang masih hidup

MATI ?
Sahabatku sekalian,
Iman kita meningkat dan menurun..
Ada masanya, iman kita meningkat laju bagaikan roket.. dan ada masanya juga iman kita turun menjunam bagaikan payung terjun.
Tetapi.. adakah kita sedar bahawa nikmat yang paling besar yang dianugerahkan kepada kita adalah nikmat IMAN dan ISLAM?
Allah s.w.t berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim”
( 3 : 102)

Ayat ni memberi petunjuk kepada kita supaya bertaqwa kepada-Nya.

Biarlah kita mati dalam keadaan Iman dan Islam. Kita kena ingat selalu ingat tentang mati.. sebab apa ?.. sebab setiap saat yang berlalu semakin mendekatkan kita dengan kematian..

Dikhabarkan bahawa malaikat maut menemui kita sebanyak 70 kali sehari.. maka, adakah kita bersedia andainya sudah tiba masanya untuk kita pergi menghadap-Nya??. Renungkanlah duhai sahabat.

“ Katakanlah, ‘ Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan”
( 32 : 11)


Dari Allah kita datang dan kepada-Nya lah kita akan dikembalikan.

Wahai teman, rakan dan taulan !

Ketahuilah bahawa kita boleh memilih untuk mati dalam keadaan Iman atau mati dalam keadaan kafir.. hidup ini suatu pilihan, bukan?..

3 kali Allah ingatkan kita tentang mati ;

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”
( 3 : 185 )

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami”
( 21 : 35 )

“ Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan”
( 29 :57)

See?.. tiga kali Allah bagi peringatan kita tentang mati.. tetapi berapa kali kita ingat dan sedar hakikat yang akan berlaku itu??

So, kita semua mestilah memperbanyakkan doa supaya kita dapat mati dalam Islam.

Sebab apa?.. sebab bila-bila masa saja, malaikat maut boleh datang dan mencabut nyawa kita..

Tapi, kalau kita yakin dengan Iman kita..insha-Allah, kita pasti bersedia untuk menghadapi mati..bila-bila masa, walau di mana jua..

Tahukah sahabat bahawa Allah telah tetapkan tarikh kematian untuk setiap manusia?..
“ Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun”
( 7 : 34 )

Mengapa perlu mati dalam Iman ?..

Mengapa perlu mati dalam Islam ?..

Sebab target akhir kita sebagai manusia ialah untuk mencapai Syurga Allah..
Dan syurga Allah ini hanya dapat dimasuki oleh orang yang benar-benar layak sahaja..

Maka sahabat, muhasabahlah diri dan tetapkanlah pendirianmu..

Adakah mati kekufuran yang engkau kejari ?..
Atau..
Mati dalam keimanan yang engkau cari ?..


Wallahu a’lam

p/s : asif buat semua sahabat.. penulis sangat sibuk memenuhi tuntutan belajar.. so, tak dapat nak update banyak-banyak.. sorry ey?.. =(

Tuesday, January 12, 2010

mak aii ,,, beratnya

assalamualaikum w.b.t kepada semua komuniti blogger..

satu persoalan ditujukan untuk anda....
anda pernah tak rasa kena tindih ??

means kena tindih time tidur..
maybe ada 'something' yang duduk mendiami kat tempat kita..

aku en..
da sampai 3 kali kena tindih..
dekat apartment ni..

mm..
ada orang cakap,
kalau kita tinggalkan rumah kita lebih daripada 3 hari tanpa penghuni,
nanti akan ada 'benda lain' yang duduk dalam rumah kita tu..
uuu.. scary me..

'benda-benda ni kita tak perlu takut'..
cuma kita kena percaya yang mereka juga wujud di dunia ni..

ada sekali tu,
aku study ar sampai pukul 1.30 pagi.. (*haha, rajin sangat sebab mata tak ngantuk lagi)
pastu... terkejut tengok jam... khusyuk sangat belajar..
ouuh.. da pukul 1 lebih ni.. kena tidur, nanti besok tak bangun pula nak pergi kelas..

guess what ?.
tak sampai 5 minit dalam usaha aku melelapkan mata tu,
tetiba je.. badan jadi kaku.. * aik, pehal lak ni??
kaki menggeletar...
dengan susah payahnya..
aku cuba membuka mata kembali..

Ya Allah,
aku tak nampak 'benda-benda' atau 'makhluk asing'
tapi, aku tak dapat nak menggerakkan badan..
langsung kaku.. rasa ada benda berat sangat yang menghempap badanku..

maybe sebab aku tidur melentang,
so, benda tu senang nak tindih..

dengan mengerahkan segala kekuatan..
aku cuba mengangkat tangan kanan dengan penuh lelah..
sambil bibir mengucapkan "Allahu Akbar !!" tetapi suara tersekat di anak tekak,,
akhirnya, aku berjaya melawan benda tu..

terus aku tidur mengiring
dan baca doa semua..
actually, da baca doa sebelum tidur tadi..
tapi, benda nak jadi kan?..

maybe,
ada yang kurang..
sebab tu, aku amik inisiatif baca Ayatul Kursi 7 kali lepas tu..

hurm..
kecut sangat..
coz time tu sorang-sorang je dalam bilik..
room-mate tak balik lagi..
dia balik rumah esok..

akhirnya, aku tidur sambil menggigil dan bibir tanpa putus membaca Ayat Kursi,,
Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini..

* apa-apa yang berlaku sekalipun, mohonlah perlindungan dari Allah kerana Dia lah yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui..

Monday, January 11, 2010

soul mate

em.. pernah tak anda rasa yang anda kenal someone y bakal jadi soul mate anda..

memang tak pernah bertegur sapa, tak pernah mengenali..
tak pernah berbicara dan tidak pernah bertentang mata..

hati hanya mampu memendam rasa.. argh.. biarlah dia menjadi rahsia..

menjadi manusia, kadangkala hati kita pasti terusik dengan kehadiran orang sekeliling..

yang pasti.. ia tidak perlu diluahkan kepada orang tersebut.. mengapa perlu tersua-sua?.. tiba masa, saatnya akan tiba..

aku bukanlah tak suka, bukannya apa-apa.. cuma terfikir.. mengapa manusia gemar untuk berchenta??..

perlu dijelaskan..

Islam tidak mengalang cinta..
Islam tidak pernah menghalang fitrah manusia itu..
dan Islam bukanlah anti-cinta..

cuma,
apa yang Islam ajar ialah salurkan perasaan cinta tu ke jalan yang betul...

bukan dengan coupel2 ni..
apa gunanya?..
mainan perasaan yang sementara..
jangan nanti kau terleka dan akhirnya terluka..
ibarat menghiris pisau di nadi sendiri..
frust menonggeng nanti..

dan akhirnya..
siapakah yang akan kau cari?..

family ?.. mereka ada banyak komitmen lain..

adik-beradik ?.. sekadar mendengar celotehmu dan gelak sakan dalam diam mentertawakanmu..

kawan-kawan ?.. banyak kerja lain yang hendak dilakukan daripada mendengar rintihanmu.. masalah yang engkau jemput sendiri sedangkan terdapat banyak cara untuk mengelakkannya..

akhinya..
kau akan menyedari...
bahawa cintakan Allah adalah cinta hakiki

cinta agung nan suci...
tiada kekesalan yang bersarang di pangkal hati..
dan pasti,
kebahagiaan hakiki bakal kau genggami..

maka carilah cinta..
cinta yang tidak melalaikan..
cinta kepada-Nya,,
cinta untuk syahid di jalan-Nya,,
cinta untuk bertemu kekasih-kekasih-Nya,

CINTA UNTUK BERTEMU DENGAN-NYA

Saturday, January 9, 2010

jangan kita lupakan mereka !

let it buffer first, okay !




kita ada 'each other'

khas buat sahabat :

kau dan aku kini saling mengenali..
berpegangan tangan menghadapi masa mendatang..
tak kira susah, tak kira senang..
kita ada 'each other' untuk kongsi semua rasa..

kau dan aku.. kita semua

maka, sahabat..
terimalah aku seadanya..
pasti ada yang kurang dan pasti ada yang lebih..
itulah pentingnya 'each other'..
kita saling 'top up' antara satu sama lain..

usahlah bersahabat denganku,
andai kelebihanku itu yang menjadi fokusmu..
kelak nanti,
kau akan membenciku bila melihat kekuranganku..

terimalah aku..
seadanya aku..

duhai sahabat !

Friday, January 8, 2010

2 yang terpilih

saya meminati semua lagu opick..
setiap lirik lagunya mempunyai makna yang mendalam..
semua lagu opick sesuai untuk didengari
untuk semua peringkat umur..
2 lagu yang terpilih..
terimalah...opick.


Sedekah

Alangkah indah
orang bersedekah
dekat dengan Allah
dekat dengan surga

Takkan berkurang
harta yang sedekah
akan bertambah
akan bertambah

Allah Maha Kaya
yang Maha Pemurah
yang akan mengganti
dan membalasnya
Allah Maha Kuasa
yang Maha Perkasa
semoga kan membalas surga

Oh indahnya
saling berbagi
saling memberi
karna Allah

Oh indahnya
saling menjaga
saling mengasihi
karna Allah
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

download nasyid ini di SINI



Dibawah Langit-Mu

Dibawah langit-Mu bersujud semua memuji memuja Asma-Mu
Dan bertasbih semua makhluk-Mu tunduk mengharap cinta dan kasih-Mu

Cahaya Illahi hangatnya dihati
Di langkah sejuta wajah terbata penuh salah
Jalani sang hidup terluka, terhempas, berdosa

Subhanallah... Subhanallah... 7x

Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia
Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semua wajah kan di uji
Pada Allah kita kan kembali

download nasyid ini di SINI

Thursday, January 7, 2010

ini kata pemimpin kita ;

Let court resolve use of word 'Allah', says PM Najib

2010/01/07

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants all parties to let the High Court resolve the issue on the use of the word 'Allah'.
"We should take the attitude that this matter should be resolved through the court in an amicable way... we should not raise the tension level in this country.

"But, whatever it is, the authorities are prepared and I hope, if there are people who want to protest, it will not spill over into something more serious... hopefully, there will be a very minimal protest," he told reporters after launching the 1Malaysia Clinic in Kerinchi, Lembah Pantai here.

Najib was asked to comment on rumours that there would widespread protests tomorrow after Friday prayers, against the use of the word 'Allah' by the Catholic weekly magazine, Herald.

On another question, Najib said the government could not stop the protesters if they wanted to congregate within mosque compounds, as long as it was confined within that area.
- Bernama

Tuesday, January 5, 2010

oh quiz !

salam buat tetamu-tetamu..
jemput duduk,,
makan karipap,
minum teh..
jangan malu-malu..

ok, semalam hari Isnin..
hari yang sangat busy..
can u imagine?
start kelas pukul 8 pg sampai 1 petang..
pastu sambung balik..
dari pukul 2 petang sampai laa pukul 6 petang..
uh, saya sangat letih..

da pukul 6, baik solat asar dulu en?
tunggu bas ni takut babas asar plak (pukul 6 pun da babas rasanya)
habis solat,
tunggu bas..
batang hidung pun tak muncul-muncul..

guess what?..
bas datang pukul 6.50 petang..
ketika senjakala menjelma..

errkk.. dan aku sampai rumah pukul 7.30 malam..
terus 'rushing'.. bersihkan diri n solat magrib..
habis solat pukul 8.00 malam..

tetiba dapat mesej dari kawan ;

"athirah, kitorang da ada kat bawah, jom meeting"

meeting ke bendanya?.. um, biarlah rahsia..

dengan kaki yang berjalan macam da x jejak tanah..
mata kuyu +mengantuk semacam..
sedut oksigen macam tak cukup..
aku datang menadah telinga di meja perbincangan..

habis meeting 9.30 malam..
terus lari-lari, naik bilik and tidur..
bajet nak tidur setengah jam je..

alhamdulillah,
aku masih hidup,
10.02 malam bangun tidur..
solat isya' dulu..

start belajar business statistics sebab esok (hari selasa) ada quiz..
tapi tak sampai sejam lebih je..
time blaja pun, kepala macam nak sujud je..

11.12 malam.. terus masuk tidur..
tidur mati terus ..

n alhamdulillah,
pukul 4.00 pagi terbangun sendiri..
so, buat apa yang patut dulu..
n sambung study balik..

straight je blaja,,

n tadi alhamdulillah,
dapat jawab quiz dengan tenang..

kelas hari ni habis pukul satu..

otakku sudah tepu..

ahh, lebih baik bermain silang kata