Salam buat semua blogger yang sudi hadir untuk memeriahkan blog ini.
Aku sangat menghargainya.
Cuma kini, aku bakal menghadapi kesibukan yang teramat memandangkan semester 2 baru sahaja bermula. Buku-buku yang baru pun wajib dibeli. Ada yang menyatakan harganya mahal. Tetapi bagiku, nilai ilmu adalah lebih daripada itu..
Usahlah berkira dalam menuntut ilmu kerana sebenarnya ia adalah satu pelaburan yang berbaloi jika kita menyedarinya.. membeli buku bukanlah sekadar untuk belajar, hafal, faham untuk peperiksaan semata-mata.. jika itu tanggapan kita, maka apalah sangat degree yang bakal diperolehi..
Kita pasti tidak dapat menuntut ilmu seandainya sekadar duduk ditepi longkang dan berhasrat untuk mencapainya dengan mudah..
Seingat aku, ada 3 syarat dalam menuntut ilmu :
1) Kita tidak boleh sombong dalam menuntut ilmu. Sombong yang dinyatakan disini ialah malu untuk bertanya.. usahlah malu untuk mengungkapkan ‘saya tidak tahu’ daripada berlagak pandai, akhirnya anda akan digelar bodoh sombong pula.
2) Kita perlulah berasa tamak dalam menuntut ilmu. Sebenarnya ilmu Allah ini terlalu luas. Andai ingin dicedok, hanya setitis sahaja ilmu yang kita ada. Tetapi dalam setitis ilmu itu, berapa banyak sebenarnya yang kita perolehi ? Oleh itu, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya dan manfaatkanlah ia.
Pepatah Arab ada menyatakan :
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah
Ataupun
Ilmu tanpa amal ibarat awan tanpa hujan
3) Kita juga perlu menerima ilmu itu dengan hati yang lapang. Analoginya begini, seandainya anda pernah mendengar tentang sesuatu perkara dan ada seorang guru yang akan berbicara tentang hal yang serupa, maka terimalah ilmu dengan hati yang lapang.
Hati yang bongkak seolah-olah dia mengetahui segala-galanya seperti gelas yang berisi penuh. Sekiranya dituangkan lagi air ke dalamnya pastilah air itu akan melimpah keluar, bukan ? .. ia seperti sia-sia.
Oleh itu, jadikan gelas itu kosong semula yakni hati anda, ia pasti dapat diisi semula dengan mudah dan jadikan ilmu itu sebagai peringatan kepada kita..
Kalau nak diikutkan banyak lagi syarat-syarat dalam menuntut ilmu termasuklah hormat kepada guru yang merupakan syarat paling utama dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar ini untuk post kali ini.
Terima kasih daun keladi,
Lain kali singgahlah baca lagi..
p/s :Jangan tunggu aku. Ana masyghul jiddan. asif (n_n)
6 comments:
cepat betool stat,, ahhaha, bagus la tue... betol sume tue, palng penting tak kedekot..
> fid
Yup2. Dlm berguru, jgn lupa utk beradab. :)
sem bru..
smgt bru..
buku bru..
kasut bru..
biasiswa bru..
hihihi
azam bru..
pljrn bru..
kawan bru..
pakwe bru...opps!!
> habibwafiy
alhamdulillah..
kullun mataa' jadidun
wa lil insan,
nasykurullaha kaseeran..
> khaliesah
pakwe baru ?
x kot.. insya-Allah..
no love before marriage..
say no to couple2..
only one's love for a lifetime..
(n_n)
Post a Comment