Sunday, December 27, 2009

Jadilah pemberi

Satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan, bukan?

“tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah”

Selalu kita dengar peribahasa arab ni..
Tapi bagaimana aplikasinya di dalam kehidupan seharian?..

Ada seorang ustaz ni pernah bagi ceramah ;
Beliau cakap.. nak murah rezeki ni, kita kena banyak bagi sedekah..jadi kamu semua sebagai students ni nak amalkan sedekah ni senang saja.. selalulah belanja kawan makan..itu pun sudah cukup..

Sebab apa cukup ?..sebab Allah bukan menilai kita dengan barang, harta atau nilai hadiah yang kita beri..
Tetapi dengan keikhlasan di hati..

Lagi banyak yang kita beri pada orang, maka berganda-gandalah hasilnya yang akan kita perolehi.

Sama juga dalam bab ilmu,
Kalau ada yang tak faham, kalau ada yang kurang mahir..
Bantulah mereka agar mereka juga bisa mencapai kejayaan sepertimu..

Janganlah menunggu sehingga mereka datang bertanya kepadamu,
Sebaliknya engkaulah dahulu yang perlu menawarkan bantuan..
Cara begitu lebih baik dan mulia..

Ada satu cerita ni yang berlaku di sebuah asrama.. bukanlah untuk membuka pekung sesiapa tetapi sebagai pengajaran untuk dihayati bersama..

Azizi dan Borhan berkawan baik. Mereka adalah pelajar tingkatan satu di sekolah seri megah alam perwira..

Satu hari, Azizi meminta pertolongan Borhan

“Bo, kau boleh tak tolong aku”

“haa..apa dia ?..cakap ar, kalau boleh aku tolong ar, kalau tak..boleh blah”

“aku ada setin biskut ni.. aku nak makan dalam dorm tapi kalau abang-abang form 5 nampak, tak merasa la aku biskut nih”

“so ??.. haha, kedekut jugak ek ko ni”

“erkk..whatever ! aku nak minta ko kunci aku dalam locker ni.. aku nak makan biskut senyap-senyap.. nanti sebelum prep kau bukak la balik locker ni, boleh tak??”

“hahaha.. oklah..Small matter je..no problem” kata Borhan dengan bangga sambil menaikkan ibu jari tangannya..
Nak dijadikan cerita, si Borhan ni lupa nak bukak balik locker Azizi tu..

Ustaz Hisyam yang bertugas di asrama meronda kawasan aspura.. Tiba-tiba, bunyi yang aneh kedengaran..

…krukk..krakk..krukk..krakk.. (bunyi biskut sedap yang rapuh)

Aik?..bunyi apa pulak ni.. ustaz pantas mengesan lokasi bunyi tersebut dan kini beliau berada dihadapan locker tersebut..

“bunyi apa ni?.. buat saspen je” getus ustaz hisyam di dalam hati..

Taraa… ..

Terkejutlah si Azizi tu tadi.. dengan muka yang bersalah dan perut kekenyangan biskut, dia memandang ustaz..

dia seakan cair dengan renungan ustaz itu..

You know the rest of the story.. hehe


*so, kita boleh tengok kat sini.. gara-gara kedekut biskut, Azizi terlepas prep dan yang paling best – terkantoi dengan ustaz hisyam..

Kesimpulannya
= jadilah orang yang tidak lokek memberi !!

3 comments:

aeisyulillah said...

ada ke dak aspura cni?


haha..

valeria said...

another value y aten grasped is dat..
kwn y baek bukn kwn y cme m'iakan..
"Borhan" isn't worth called a fren..

Athirah said...

> syazwan

okeh..
diorang bukan dari sekolah kau..
dun worry

> fathin

yup..dalam berkawan x boleh nak jadi yes man je.. betul x?