Saturday, December 26, 2009

jatuh

Jatuh, membawa tiga maksud yang berbeda.. sama ada anda terjatuh ketika tengah berjalan atau terjatuh di tangga… ia juga boleh membawa maksud di mana sebuah syarikat jatuh muflis.. dan mungkin jatuh cinta ??..(Uh, aku tak nak cakap pasal hal ni)

Apabila berjalan-jalan, aku bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang cuai..aku berjalan pandang depan je tapi tak pandang bawah.. apa yang ada atas jalan pun tak tau, main redah je..of course la selalu jatuh en.. tapi nak wat cane ?..cover2 macam ambil barang yang terjatuh..erkk?

Tapi, bila aku jatuh.. sengaja aku melambat-lambatkan masa untuk bangun.. sekadar cuba untuk menilai orang sekeliling… Ahh, tentu sahaja mereka ketawa melihat keadaanku begitu.. mengapa begitu ? mengapa ketawa sinis yang didahulukan sebelum tangan menghulur bantuan ?..

Kebanyakan manusia, lebih senang melihat seseorang itu jatuh tersungkur daripada berjalan dengan tenang.. ahh, ini semua pasti berkaitan dengan hati.. soal hati yang berpenyakit, hati yang tidak betah melihat kesenangan dan kecukupan orang lain..

Analoginya begini.. Labu dan Labi adalah adik-beradik. Masing-masing mempunyai syarikat sendiri.. malangnya, Labi mempunyai hutang yang banyak dengan pihak bank dan akhirnya dia diisytiharkan sebagai muflis.. pada akhirnya, Labu ketawa lantang melihat nasib yang menimpa adiknya, Labi.. tidak sedikit pun rasa kasihan yang terbit di hatinya malah dia berasa lega melihat Labi muflis.. sekurang-kurangnya hilanglah seorang pesaing di dalam industri perniagaan tersebut.

See, walaupun adik-beradik sendiri .. darah yang mengalir dalam diri mereka berdua adalah sama ..tapi sikap sombong yang ditonjolkan Labu seolah-olah mereka langsung tiada hubungan..

Sama juga seperti kita.. aku dan engkau.. sama-sama bersaudara. Selagi kita terus mengucap syahadah, pastinya ikatan persaudaraan itu terjalin.. tetapi untuk mengeratkannya, agar kita sama-sama berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. peliharalah hatimu, jagalah hatimu..

andai hati sudah berkarat, maka perbanyakkanlah istighfar dan membaca Al-Quran.. andai hati sudah tiada rasa, maka pohonlah kepada yang Maha Esa agar engkau dikurniakan hati yang baru kerana hatimu sudah tidak berfungsi lagi..

Satu cerita untuk dihayati bersama ..

Syira dan Mira adalah kawan baik.. ke mana sahaja Syira pergi pastinya Mira ada sekali.. bak kata orang, mereka ibarat belangkas..

Suatu hari, Syira menyatakan hasratnya kepada Mira..
“mira, aku teringinlah nak makan mee kari.. mak cik kantin tu pandai masakla..aku suka makan mee dia.. ko nak cuba tak?” tanya Syira sambil mengangkat kedua-dua keningnya..

“ok.. aku cuba tapi kau belanja.. hehe” mira menayangkan barisan giginya yang teratur.

“yelah, yelah.. lain kali kau belanja aku pulak, ok?

“ok boss, haha”

Sedang mereka asyik berjalan sambil memegang mangkuk mee,sepasang mata yang tidak berpuas hati melihat kegembiraan mereka sedang memerhati..

Dengan cepat, Giant melanggar Syira sehingga dia terjatuh dan mee kari yang dibawanya tertumpah di atas uniform sekolah yang berwarna putih itu.. Syira kaget dengan apa yang berlaku.. perasaan malu menyerbu wajahnya.. mata tiba-tiba rasa panas..

Murid-murid yang melihat sama kejadian itu ketawa berdekah-dekah melihat keadaan Syira..

Mira yang baru sahaja sedar dengan apa yang berlaku ke atas Syira terus membuat aksi seperti terjatuh dan menumpahkan mee karinya ke atas uniformnya pula..

“eh, kenapa kau buat macam tu.. kau bukannya terjatuh pun kan?” soal Syira kehairanan.

“aku tak nak kau malu sorang-sorang.. susah senang, biar kita harungi sama-sama okay” ujar Mira sambil menghulurkan tangan kepada Syira.

Mereka terus bangkit dan berpelukan..

-Tamat-


Sekarang, nilailah diri kita..

Adakah kita seperti Giant yang berusaha melihat Syira jatuh tersungkur?

ATAU

Adakah kita seperti murid-murid lain yang ketawa bila meilhat Syira jatuh ?

ATAU

Adakah kita mampu menjadi seperti Mira yang tulus hatinya dan sanggup menanggung malu bersama-sama dengan Syira?..

bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri..

p/s : cubalah untuk tumpang gembira meihat kesenangan orang lain dan merasa sedih apabila musibah menimpa mereka..

seKian

3 comments:

morsmode said...

kalau jatuh lagi second time kat tempat sama, masa sama , buat2 pengsan je la.

Anonymous said...

athirah..jalan hati2 taw..

aten xd kat situ nk sambut athirah

kalo aten ad kat situ pn..bukn'y larat pn nk smbut athirah,,hik3

fall 7 times, stand up 8..!!!

miss u

Nurul Athirah said...

> farha

haha.. saje je awak ni..
akak banyak kerja la..
n akak x dibayar gaji utk berlakon
ngeh2..

> fathin

hehe..
kita da bertambah gemuk laa...
nanti jatuh ats fathin..
hempap sampai x leh bangun..hehe

kita buat aksi cam smackdown nak tak?

hehe