Tuesday, December 29, 2009

a game..

peace be upon you, guys..

last Tuesday, i have an English class. miss A asks us to play a game..
everybody has to stand up in a big circle...*yeah, for sure we have to play the game with the boys too.. shoot.. :(

the rules are we have to ask question in a very polite way using 'could' and 'would' , then shout name of any person.

guess what?..

there were two silly guys asking me about two stupid questions..huh

boy X : would you be my wife...athirah ?
me : (da ternganga).. ermm..sorry but i have someone special in my heart


boy Y : could i have one of your pictures because you are so special in my life?
me : i am sorry but i don't have any latest pictures..(hati da rasa sakit)


ni ke remaja Islam ?.. xde benda lain ke nak tanya?

dalam kelas pula tu? depan semua orang? depan lecturer?


ahh.. aku seolah-olah dipermainkan..
mungkin sebab aku kurang berbicara dengan "mereka" ..
aku pula yang menjadi sasaran untuk di'test' dan sebagainya..


bukan ni caranya..
kalau pun nak tanya..
bukan aku... bukan sekarang


NOT ME, NOT NOW..



bak kata Fatimah Syarha ;

kalau nak mengelak benda2 macam ni.. anda semua boleh menyatakan bahawa anda belum bersedia ataupun anda sudah berpunya..

bukanlah bermakna anda ingin menipu mereka tetapi ini sebagai helah..

tapi betul apa- sekarang ni tumpuan kita adalah menuntut ilmu.. makanya jauhkanlah diri daripada maksiat.. ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap..ingat tu, sahabat!!


bangkitlah remaja Islam !!
jangan hanyut dek dunia..
arus yang maju menggila..
kau semakin menyembah nafsu
sebagai raja..

p/s : kalaupun ada someone special in my heart.. just let it be a secret.. let it be..

Sunday, December 27, 2009

larii

ada satu hari ni aku mimpi..
time tu lepas zuhur..
penat sangat buat kerja sampai tertidur..

aku mimpi la kene kejar dengan something,
sampai rasa cam nak jatuh gaung je..
nafas pun macam semput je sebab semangat sangat lari.

sampai bila tersedar dari tidur aku terduduk..
"eh, aku kat universiti rupanya..huh"

pengajaran : bacalah doa sebelum tidur!

Jadilah pemberi

Satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan, bukan?

“tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah”

Selalu kita dengar peribahasa arab ni..
Tapi bagaimana aplikasinya di dalam kehidupan seharian?..

Ada seorang ustaz ni pernah bagi ceramah ;
Beliau cakap.. nak murah rezeki ni, kita kena banyak bagi sedekah..jadi kamu semua sebagai students ni nak amalkan sedekah ni senang saja.. selalulah belanja kawan makan..itu pun sudah cukup..

Sebab apa cukup ?..sebab Allah bukan menilai kita dengan barang, harta atau nilai hadiah yang kita beri..
Tetapi dengan keikhlasan di hati..

Lagi banyak yang kita beri pada orang, maka berganda-gandalah hasilnya yang akan kita perolehi.

Sama juga dalam bab ilmu,
Kalau ada yang tak faham, kalau ada yang kurang mahir..
Bantulah mereka agar mereka juga bisa mencapai kejayaan sepertimu..

Janganlah menunggu sehingga mereka datang bertanya kepadamu,
Sebaliknya engkaulah dahulu yang perlu menawarkan bantuan..
Cara begitu lebih baik dan mulia..

Ada satu cerita ni yang berlaku di sebuah asrama.. bukanlah untuk membuka pekung sesiapa tetapi sebagai pengajaran untuk dihayati bersama..

Azizi dan Borhan berkawan baik. Mereka adalah pelajar tingkatan satu di sekolah seri megah alam perwira..

Satu hari, Azizi meminta pertolongan Borhan

“Bo, kau boleh tak tolong aku”

“haa..apa dia ?..cakap ar, kalau boleh aku tolong ar, kalau tak..boleh blah”

“aku ada setin biskut ni.. aku nak makan dalam dorm tapi kalau abang-abang form 5 nampak, tak merasa la aku biskut nih”

“so ??.. haha, kedekut jugak ek ko ni”

“erkk..whatever ! aku nak minta ko kunci aku dalam locker ni.. aku nak makan biskut senyap-senyap.. nanti sebelum prep kau bukak la balik locker ni, boleh tak??”

“hahaha.. oklah..Small matter je..no problem” kata Borhan dengan bangga sambil menaikkan ibu jari tangannya..
Nak dijadikan cerita, si Borhan ni lupa nak bukak balik locker Azizi tu..

Ustaz Hisyam yang bertugas di asrama meronda kawasan aspura.. Tiba-tiba, bunyi yang aneh kedengaran..

…krukk..krakk..krukk..krakk.. (bunyi biskut sedap yang rapuh)

Aik?..bunyi apa pulak ni.. ustaz pantas mengesan lokasi bunyi tersebut dan kini beliau berada dihadapan locker tersebut..

“bunyi apa ni?.. buat saspen je” getus ustaz hisyam di dalam hati..

Taraa… ..

Terkejutlah si Azizi tu tadi.. dengan muka yang bersalah dan perut kekenyangan biskut, dia memandang ustaz..

dia seakan cair dengan renungan ustaz itu..

You know the rest of the story.. hehe


*so, kita boleh tengok kat sini.. gara-gara kedekut biskut, Azizi terlepas prep dan yang paling best – terkantoi dengan ustaz hisyam..

Kesimpulannya
= jadilah orang yang tidak lokek memberi !!

Saturday, December 26, 2009

jatuh

Jatuh, membawa tiga maksud yang berbeda.. sama ada anda terjatuh ketika tengah berjalan atau terjatuh di tangga… ia juga boleh membawa maksud di mana sebuah syarikat jatuh muflis.. dan mungkin jatuh cinta ??..(Uh, aku tak nak cakap pasal hal ni)

Apabila berjalan-jalan, aku bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang cuai..aku berjalan pandang depan je tapi tak pandang bawah.. apa yang ada atas jalan pun tak tau, main redah je..of course la selalu jatuh en.. tapi nak wat cane ?..cover2 macam ambil barang yang terjatuh..erkk?

Tapi, bila aku jatuh.. sengaja aku melambat-lambatkan masa untuk bangun.. sekadar cuba untuk menilai orang sekeliling… Ahh, tentu sahaja mereka ketawa melihat keadaanku begitu.. mengapa begitu ? mengapa ketawa sinis yang didahulukan sebelum tangan menghulur bantuan ?..

Kebanyakan manusia, lebih senang melihat seseorang itu jatuh tersungkur daripada berjalan dengan tenang.. ahh, ini semua pasti berkaitan dengan hati.. soal hati yang berpenyakit, hati yang tidak betah melihat kesenangan dan kecukupan orang lain..

Analoginya begini.. Labu dan Labi adalah adik-beradik. Masing-masing mempunyai syarikat sendiri.. malangnya, Labi mempunyai hutang yang banyak dengan pihak bank dan akhirnya dia diisytiharkan sebagai muflis.. pada akhirnya, Labu ketawa lantang melihat nasib yang menimpa adiknya, Labi.. tidak sedikit pun rasa kasihan yang terbit di hatinya malah dia berasa lega melihat Labi muflis.. sekurang-kurangnya hilanglah seorang pesaing di dalam industri perniagaan tersebut.

See, walaupun adik-beradik sendiri .. darah yang mengalir dalam diri mereka berdua adalah sama ..tapi sikap sombong yang ditonjolkan Labu seolah-olah mereka langsung tiada hubungan..

Sama juga seperti kita.. aku dan engkau.. sama-sama bersaudara. Selagi kita terus mengucap syahadah, pastinya ikatan persaudaraan itu terjalin.. tetapi untuk mengeratkannya, agar kita sama-sama berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. peliharalah hatimu, jagalah hatimu..

andai hati sudah berkarat, maka perbanyakkanlah istighfar dan membaca Al-Quran.. andai hati sudah tiada rasa, maka pohonlah kepada yang Maha Esa agar engkau dikurniakan hati yang baru kerana hatimu sudah tidak berfungsi lagi..

Satu cerita untuk dihayati bersama ..

Syira dan Mira adalah kawan baik.. ke mana sahaja Syira pergi pastinya Mira ada sekali.. bak kata orang, mereka ibarat belangkas..

Suatu hari, Syira menyatakan hasratnya kepada Mira..
“mira, aku teringinlah nak makan mee kari.. mak cik kantin tu pandai masakla..aku suka makan mee dia.. ko nak cuba tak?” tanya Syira sambil mengangkat kedua-dua keningnya..

“ok.. aku cuba tapi kau belanja.. hehe” mira menayangkan barisan giginya yang teratur.

“yelah, yelah.. lain kali kau belanja aku pulak, ok?

“ok boss, haha”

Sedang mereka asyik berjalan sambil memegang mangkuk mee,sepasang mata yang tidak berpuas hati melihat kegembiraan mereka sedang memerhati..

Dengan cepat, Giant melanggar Syira sehingga dia terjatuh dan mee kari yang dibawanya tertumpah di atas uniform sekolah yang berwarna putih itu.. Syira kaget dengan apa yang berlaku.. perasaan malu menyerbu wajahnya.. mata tiba-tiba rasa panas..

Murid-murid yang melihat sama kejadian itu ketawa berdekah-dekah melihat keadaan Syira..

Mira yang baru sahaja sedar dengan apa yang berlaku ke atas Syira terus membuat aksi seperti terjatuh dan menumpahkan mee karinya ke atas uniformnya pula..

“eh, kenapa kau buat macam tu.. kau bukannya terjatuh pun kan?” soal Syira kehairanan.

“aku tak nak kau malu sorang-sorang.. susah senang, biar kita harungi sama-sama okay” ujar Mira sambil menghulurkan tangan kepada Syira.

Mereka terus bangkit dan berpelukan..

-Tamat-


Sekarang, nilailah diri kita..

Adakah kita seperti Giant yang berusaha melihat Syira jatuh tersungkur?

ATAU

Adakah kita seperti murid-murid lain yang ketawa bila meilhat Syira jatuh ?

ATAU

Adakah kita mampu menjadi seperti Mira yang tulus hatinya dan sanggup menanggung malu bersama-sama dengan Syira?..

bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri..

p/s : cubalah untuk tumpang gembira meihat kesenangan orang lain dan merasa sedih apabila musibah menimpa mereka..

seKian

Thursday, December 24, 2009

mari tadabbur al-quran !

16]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
[17]
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
[18]
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)..

Surah Qaaf (16-18)

Monday, December 21, 2009

oh..noo

salam sejahtera buat blogger sekalian..
huhu.

saje je nak cakap kat sini..
ari khamis petang aritu balik rumah..

ari sabtu lak, ramai keluarga datang kat rumah..
saje-saje nak jalan-jalan dan beramah mesra dgn keluargaku..
uh.. bila keluarga berkumpul begini..
nikmat ukhuwah itu jelas terasa..

so, aku yang rajin...
bersama kak ngah yang 'rajin' juga..
menolong apa yang patut di dapur..
walaupun sebenarnya banyak kerja lagi y perlu dibuat..
tetamu datang..kena la raikan, betul tak?..hehe

and now,
kerja tutorial and assignment bertimbun tak siap lagi..
waaaaaaa--------

p/s : jangan balik rumah selagi kerja tak siap.. aduhai athirah !!

Saturday, December 19, 2009

mahabbah


عجبا للمحبه في اللّه

مهما شتتها حطام الدنيا

يبقى صدق الأخوة يجمعها

كم أتمنى أن ألتقى بك

يا أختي*نورالعطيرة



Thursday, December 17, 2009

aku menang 650,000 USD ??

salam buat semua..

baru-baru ni, aku ada dapat e-mail dari sorang mat salleh ni..
dia kata e-mail aku terpilih untuk memenangi satu hadiah ni..wang tunai berjumlah 650,000 USD..

Dear Beneficiary,

I am Dr. tok janggut the Secretary of bla bla bla, organisation in Asian. I acknowledge your e-mail and wish to inform you that you have been entitled to a cash grant of [ 650,000.00 usd ]. This Grant was promoted and sponsored by United Nations Trust Fund-UN, Malaysia in conjunction with the European Council.

These funds are not meant or given out to promote terrorism or any illicit acts, but geared towards eradicating poverty in Africa, Asia , America, Europe and the world at Large by the year 2010. We therefore encourage you to utilise the funds deligently in setting up projects that would enhance the social-economic development of your country.

To facilitate the disbursement of this noble donation to you, Kindly fill the claims requirement form attached to this e-mail.



ok..then, aku try la reply e-mail ni..
beri nama n no,fon sume..

tetiba tengah hari tadi dia caLL aku..
and he speak english..(laju gila) n obviously aku tak faham sangat sebab slang dia pekat.. macam Australian kot..

dia kata cek tu akan sampai esok dari London..
apa yang aku kena buat sekarang adalah 'straight go to *** bank and deposit RM 800'

ha ha..
duit aku dalam bank pun ada sikit je..
ada hati nak korek duit aku ke???..
tengok spec la brother !

aku pun cakap la.. "i have to inform my parent first and let them know that i have to pay you RM 800"..

guess what?.. dia terus halang aku.. dia cakap jangan bagi tau sesiapa..

so.. aku pun fikir pelik la..
kalau fikir relevan en, kenapa dia tak kasi aku bagitau sume orang en?..

of course la..he is cheating on me..

and then, dia try physco aku,
cakap aku da hilang kelayakan jadi pemenang n aku da lepaskan peluang untuk menang..

pastu dia blah n cakap babai..


HAHA..

aku pun gelak-gelak ar.. n then citer benda ni dekat kak ngah (aku sekarang kat umah)..

tetiba dia call sekali lagi..
dia cakap dia da hantar disclaimers and whatsoever laa..
pernyataan yang aku da x menang duit 650,000 USD..


DISCLAIMERS FORM

This is to certify that Mr/Mrs................................................. the legal approved winner of the bla bla organizations does not wish to proceed with the claims process of my winnings. This is as a result of my inability to meet up with the statutory claims requirement.

I will want all the legal documents backing my winnings and my international certified bank cheque to be remitted/refunded back to the United Nations(UN) (NGO MALAYSIA) headquarters as unclaimed prize.



alhamdulillah,
mata aku tidak dibutakan dengan jumlah wang yang begitu besar..
mungkin ini ujian dari-Nya untuk menguji tahap cinta duniaku ini..

lepas tu, aku rasa tenang je..
kita tidak perlu menjadi yang terkaya untuk menikmati hidup..

maybe aku menang n maybe aku kena tipu..

dua kemungkinan yang berbeza bukan?..

RM 800 - jumlah realiti ada dlm bank aku yang selamat x dihantar kepada tok janggut..

650,000 USD - jumlah realiti dan fantasi yang aku sendiri tidak tau kewujudannya atau ilusi semata..

additional info:
- aku tanya dia macam mana aku boleh terpilih jadi pemenang n dia kata aku ni punya e-mail active.. macam mana dia tau?..maybe dia seorang hacker (penggodam komputer)

- at last tu, dia macam marah kat aku coz aku macam melepaskan 'opportunity' yang ada untuk menjadi kaya.. aku senyap je la en.. da kena sound.. tapi last skali aku meletakkan telefon n mengucapkan bye bye dengan naDa yang paling gembira yang dibuat-buat.. haha..


p/s :

aku bagitau ni sebab nak minta anda semua hati-hati..
dunia dah semakin maju dan mungkin kegiatan macam ni adalah rompakan keatas wang anda tanpa sedar..

makanya, letaklah akal dan agama dihadapan sebelum membuat sesuatu keputusan..

seKian

Wednesday, December 16, 2009

silalah jangan

erm.. sekadar meluahkan apa yang terbuku dihati..

as you all know, aku ni accounting student, okay..

pendapat aku la kan..
setiap subjek ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri..
ada kesusahan dan kesenangannya yang tersendiri juga..

so, kalau korang asek nak compare je ngan subjek lain..
contoh : accounting lagi senang r daripada subjek ini..itu
TAK FAIR LAA..aku ulang sekali lagi..X FAIR !!

eh.. satu soalan la en aku nak tanya kat korang..
korang ni ada basic accounting tak?
korang pernah belajar accounting tak ?
tau tak susahnya macam mana?
senangnya macam mana ?..
tau ke??..

stop ar weyh..
rasa bangga diri sangat ke belajar subjek2 yang lain tu ?..


silalah jangan
pandang rendah dekat student2 yang amik course accounting ke, ataupun course bahasa..

kalau korang nak buat account pun x reti en..
sama la, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing gak..

aku pantang ar bila orang kata "account itu senang"..
bak tajuk khaliesah dalam post latestnya 'SHUT UP -MAKSUDNYA DIAM'

sorry kalau ada yang terasa..
sekadar ingin berbicara dengan blog ni..
tak lebih dari itu..

jika tak suka,
silalah ke luar..

terima kasih

ehem, gambar muslimahkah ini?

dipetik dari:paksi.net

Khusus utk semua muslimah, para isteri dan suami, para ibu dan ayah..


“ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim; 6)



Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.



Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.


Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

Sunday, December 13, 2009

botak

untuk sem 2 ni..

kena struggle lebih banyak berbanding sem lepas..

semakin banyak yang kena dibaca dan difahami..

agak sukar bagi insan kerdil sepertiku untuk menempuhi ujian ini..

uh, adakah aku akan botak akhirnya kerana membaca 'OVERDOSE' ??

Saturday, December 12, 2009

bangun pagi deh !

استيقظ مبكرا

ذات اليوم استيقظ من النوم مبكرا. أنيت لأداء قيام الليل وحمد الله في الساعة الرابعة صباحا اقادر أن استيقظ من النوم.اغسل وأصلي سنة التهجد والتوبة لإبتغاء مرضات الله ومغفرته.


بعد ذلك اأخذ الحاسوب واجلس امام الشباك في بيته. افتح الشباك واشعر الريح الصفي ينتفخ اٍٍلى وجهي. في هذا اليوم الجو معتدلا مع ظهور كميات من الغيوم العالية. سبحان الله. اصبحنا واصبح الملك لله والحمدلله لا شريك له لا اٍله اٍلا هو واٍليه النشور.


جلال الدين محمد رومي (۱۲۷۳- ۱۲۰۷)هو المسلم وفيلسوف كبير قال : "الريح في الصبح تملك الأسرار لاٍعلامك فلا تنام بعد تستيقظ".


اتجاول بالاٍنترنت واستمع اذان الصبح. بسرعة اترك حاسوبي وأصلي فرض الصبح. بعد عشرة دقائق استعد الفطور لأسرتي. بعد اجل ذلك استمع الطيور تغرد فوق الشجرة امام البيت. اأخذ الكاميرا لقبوض صور الطيور ولكن في هذه الساعة توجد كثير الظلمات من النور في السماء.


اذكر السؤال من الله في الفرقان:


"ألم يروا اٍلى الطير مسخرات في جو السماء ما يمسكهن اٍلا الله ج اٍن في ذلك لأيات لقوم يؤمنون" (النحل,۷۹)


"أولم يروا اٍلى الطير فوقهم صآفات ويقبضن ج ما يمسكهن اٍلا الرحمن ج اٍنه بكل شئ بصير " (الملك,۱۹)


الأيتين تدل على دليل الواضح عن عظمة الله. هل تشعر قلبك تحرك بسرعة؟ هل تشعر السكينة بتصور الطيور يطير فقط؟


ذلك احدى عجائب من خَلق الله. الله أكبر.


Assalamualaikum buat komuniti blogger yang sudi meluangkan masa di ruangan kecilku ini.


Esei arab ni aku yang tulis. Aku translate dari buku ”Life is an open secret” yang ditulis oleh Sis Zabrina. Buku ni bagus sangat untuk meningkatkan motivasi untuk semua peringkat umur.


Okay, mesti korang pelik en.. gila ke translate English terus ke bahasa Arab?..hehe.. tapi ada gak yang buat macam tu.. haha


Sebenarnya nak minta tolong korang ni. Sebab ku ada ramai kawan yang pandai-pandai bahasa arab ni, tolong semakkan kaedah nahu aku dengan perkataan yang aku gunakan ey ?.. boleh tak?..thanks friends !

Cuba anda tengok dekat فقرة الثاني (perenggan kedua).. aku guna perkataan اأخذ ..untuk maksud = aku mengambil.. actually, aku tau perkataan tu salah tapi aku tak tau untuk perkataan أخذ , bila nak tukar jadi فعل مضارع ..untuk ضمير

أنا’ jadi apa ey ?..


Aku harap sangat ada yang membantu dan syukran kepada yang sudi dan berusaha membantu.. aku amat menghargai jasa kalian..


هيا بالعربية

seKian~~!

Thursday, December 10, 2009

soal hati

soal hati dan perasaan ?


saya tiada masa..


masa tidak mengizinkannya..


hanya membuang masa pada waktu ini..


hanya satu yang mampu kukatakan :



MAAF..

Tuesday, December 8, 2009

kita tak dapat

hidup tidak selalunya indah..
..langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang..
..itulah lukisan alam..
begitu aturan Tuhan..

pastinya setiap dari kita ada impian, bukan ?
ada cita-cita.. ada misi..ada visi.. ada goal sendiri yang nak kita semua capai..

tapi kadang-kadang (most of the time),
kita tak dapat apa yang nak..
kita plan lain, tapi yang jadinya benda lain..

sebab tu kita pernah dengar
"Man proposes, God disposes"

manusia hanya merancang,
tetapi Tuhan yang mengaturkan segala-galanya..
sebab Tuhan Pencipta kita..
Tuhan tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya..

Contohnya :

Alia minat sangat dengan biologi n dia memang bercita-cita nak jadi doktor.. Tetapi, dia dapat tawaran untuk belajar engineering.. mula-mula, memang la tak minat.. tapi lama-lama, engineering tu pula yang serasi dengan dirinya sampai dia boleh berjaya dengan cemerlang.. see ?..

setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..
sampai Allah ada berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

cuba kita fikir.. kenapa Allah tak bagi yang kita nak ?
sebab Allah mahu supaya hamba-Nya memohon kepadanya..
malah, untuk menguji sejauh mana keimanan kita terhadap qada' dan qadarnya..

tetapi dalam pada itu,
Allah bagi apa yang kita perlu..

sebab mungkin apa yang kita nak..apa yang kita suka..
sebenarnya kita tak perlu pun benda tu..

tapi apa yang kita tak nak,
itulah yang terbaik untuk kita..
itulah yang mengajar kita erti kehidupan..

bayangkan..
kalau semua yang kita nak, kita dapat..
maka, hidup ini tiada cabaran.

sehingga manusia boleh menjadi lalai dan leka
di dunia yang hanya menjadi singgahan semata..

oleh itu,
setiap apa yang berlaku ke atas diri kita..
qada' dan qadarnya..
terimalah dengan redha

kerana pada akhirnya pasti ada kebahagiaan yang akan menjadi milik kita..


I asked for Strength.........
And God gave me Difficulties to make strong.
I asked for Wisdom.........
And God gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity.........
And God gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage.........
And God gave me Danger to overcome.
I asked for Love.........
And God gave me Troubled people to help.
I asked for Favours.........
And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted
I received everything I needed
My Prayer has been answered

Monday, December 7, 2009

mari shalawat

Lirik Lagu Wali – Mari Shalawat

Shalatullah Salamullah, ‘Ala Thaha Rasulillah
Shalatullah Salamullah, ‘Ala Yasin Habibillah
Tawasalna Bibismillah, Wa Bilhadi Rasulillah,
Wa Kulli Mujahidin Lillah, Bi Ahli Badri, Ya Allah

Daripada Kita Pacaran
Lebih Baik Kita Shalawatan
Daripada Kita Berduaan
Nanti Bakal Di Hasut Setan

Awas Jangan Dekat-Dekatan
Kitakan Belum Ada Ikatan
Daripada Dekat-Dekatan
Mending Kita Shalawatan

Bukan Aku Tak Suka Padamu
Bukan Aku Tak Mau Denganmu
Tapi Aku Mau Lihat Dulu
Setebal Apa Imanmu

Sudahlah Engkau Lupakan
Anggap Saja Kita Ta’arufan
Sudahlahku Jangan Kau Fikirkan
Mending Kita Shalawatan

anda boleh download lagu tersebut di SINI

p/s : lagu baru daripada wali band.. tertarik kepada liriknya.. jadi aku share terus dengan kamu-kamu di sini dong !!

Saturday, December 5, 2009

ujian

setiap dari kita tidak terlepas daripada ujian kehidupan..
ujian-ujian yang datang kepada kita sebenarnya bertujuan untuk mengukur sejauh mana keimanan kita kepada-Nya..

dan kadang-kadang,
ujian yang ditimpakan kepada seseorang bukanlah kerana mereka sendiri..
tetapi untuk menguji reaksi orang sekeliling apabila kita ditimpa musibah..

ujian untuk setiap orang berbeza, bukan ?

teringat aku dengan ayah.
ayah ada penyakit diabetes..

kesian ayah..
aku hanya mampu memandang simpati..
kalau nak empati, aku tidak mampu..
membayangkan dan cuba merasai kesakitan yang ayah rasa..

gula dalam darah ayah da tak terkawal,
setiap hari,
ayah kena inject dengan insulin supaya dapat mengawal keadaan gula dalam darah..
bak kata ayah "kena jadi doktor sendiri"..

lepas tu,
kena test darah..
kalau orang biasa - 5.5 ml mole..
ayah - 15 ml mole.. tinggikan gula dalam darah ayah ?..

dulu, time kecik-kecik..
aku rapat sangat dengan ayah..
nak pergi mana-mana pergi ayah..
pegang tangan ayah...
suruh ayah dukung laa..

tapi sekarang,
aku da besar..
macam lebih rapat dengan ummi..
kongsi minat yang sama pun dengan ummi...

kadang-kadang,
aku melawan cakap ayah..
tak buat pun apa yang ayah suruh..
teruk kan aku ni..

aku tak nak sampai satu masa aku menyesal sebab tak balas jasa ayah..
sebab tak buat apa yang ayah suruh,
sebab sakitkan hati ayah..

jauh di sudut hati aku,
aku sayang sangat dengan ayah..

tapi,
aku tak tau nak buat apa..
sayang tak terluah..

sedaya-upaya..
aku akan cuba untuk ubah diri aku..
rendahkan emo aku..
jatuhkan ego aku..

sebab aku tau..
"Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa"

sampai ada yang cakap..
syurga itu dibawah tapak kaki ibu..

so, kenapa susah sangat kita nak buat baik dekat ibu bapa kita ?

siapa yang tak nak kita masuk syurga ?
pastinya iblis dan syaitan, bukan !

sebab iblis dah berjanji depan Tuhan..
membuat segala tipu daya bagi menyesatkan anak-anak adam..
dam meramaikan penghuni neraka..
aku tak nak masuk situ..
aku tak nak masuk neraka..

ibubapa..kunci..syurga..iblis..escort..neraka..

pasti anda boleh menyelesaikan ayat diatas bukan?..

selagi nafas dikandung badan,
biarpun jasad dimamah usia,
jangan lupa tanggungjawab kita kepada Tuhan,
jangan lupa tanggungjawab kita kepada ibu bapa..

lakukan perubahan..

mulakan sekarang,
mari bersama saya !

Tuesday, December 1, 2009

nilai ilmu

Salam buat semua blogger yang sudi hadir untuk memeriahkan blog ini.

Aku sangat menghargainya.

Cuma kini, aku bakal menghadapi kesibukan yang teramat memandangkan semester 2 baru sahaja bermula. Buku-buku yang baru pun wajib dibeli. Ada yang menyatakan harganya mahal. Tetapi bagiku, nilai ilmu adalah lebih daripada itu..

Usahlah berkira dalam menuntut ilmu kerana sebenarnya ia adalah satu pelaburan yang berbaloi jika kita menyedarinya.. membeli buku bukanlah sekadar untuk belajar, hafal, faham untuk peperiksaan semata-mata.. jika itu tanggapan kita, maka apalah sangat degree yang bakal diperolehi..

Kita pasti tidak dapat menuntut ilmu seandainya sekadar duduk ditepi longkang dan berhasrat untuk mencapainya dengan mudah..

Seingat aku, ada 3 syarat dalam menuntut ilmu :

1) Kita tidak boleh sombong dalam menuntut ilmu. Sombong yang dinyatakan disini ialah malu untuk bertanya.. usahlah malu untuk mengungkapkan ‘saya tidak tahu’ daripada berlagak pandai, akhirnya anda akan digelar bodoh sombong pula.

2) Kita perlulah berasa tamak dalam menuntut ilmu. Sebenarnya ilmu Allah ini terlalu luas. Andai ingin dicedok, hanya setitis sahaja ilmu yang kita ada. Tetapi dalam setitis ilmu itu, berapa banyak sebenarnya yang kita perolehi ? Oleh itu, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya dan manfaatkanlah ia.

Pepatah Arab ada menyatakan :

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah

Ataupun

Ilmu tanpa amal ibarat awan tanpa hujan

3) Kita juga perlu menerima ilmu itu dengan hati yang lapang. Analoginya begini, seandainya anda pernah mendengar tentang sesuatu perkara dan ada seorang guru yang akan berbicara tentang hal yang serupa, maka terimalah ilmu dengan hati yang lapang.

Hati yang bongkak seolah-olah dia mengetahui segala-galanya seperti gelas yang berisi penuh. Sekiranya dituangkan lagi air ke dalamnya pastilah air itu akan melimpah keluar, bukan ? .. ia seperti sia-sia.

Oleh itu, jadikan gelas itu kosong semula yakni hati anda, ia pasti dapat diisi semula dengan mudah dan jadikan ilmu itu sebagai peringatan kepada kita..

Kalau nak diikutkan banyak lagi syarat-syarat dalam menuntut ilmu termasuklah hormat kepada guru yang merupakan syarat paling utama dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar ini untuk post kali ini.

Terima kasih daun keladi,
Lain kali singgahlah baca lagi..

p/s :Jangan tunggu aku. Ana masyghul jiddan. asif (n_n)