it's time to share..
1) Apa itu Isra' Mi'raj dari segi istilah?..
Isra' : perjalanan hamba (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari masjidil haram ke masjidil aqsa...
Mi'raj : perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari langit dunia naik sehingga ke Sidratul Muntaha.
2) Mengapa berlakunya Isra' Mi'raj ?
Sebenarnya ada 3 sebab yang membawa kepada berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj.
=Pertama, kematian isteri Nabi yang sangat dicintainya iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Khadijah ni saudara-saudara sekalian, di saat orang lain menidakkan nabi, beliau membenarkan nabi. Di saat orang lain menghina nabi, beliau memberi sokongan kepada nabi. Malah, beliau merupakan orang pertama yang memeluk Islam.
Indahnya akhlak Khadijah sehingga pada suatu hari Malaikat Jibril turun ke bumi dan mengkhabarkan kepada nabi bahawa Allah mengirim salam kepada Khadijah. Allahu Akbar 3x.. Saudara saudari sekalian, itu Allah s.w.t yang mengirim salam kepada Khadijah bukan manusia biasa, Allah Tuhan sekalian Alam. Bahkan, Malaikat Jibril turut menyampaikan berita gembira bahawa istana untuk Khadijah di syurga telah siap dibina walhal beliau belum lagi meninggal dunia.
Saidatina Aisyah juga pernah cemburukan Khadijah coz even beliau telah meninggal dunia, bibir Nabi kadang-kadang tersebut nama Khadijah. Betapa sayangnya Nabi kepada Khadijah !!
=Kedua, 1 bulan 2 minggu selepas kematian Khadijah, bapa saudara nabi iaitu Abi Talib pula meninggal dunia. Sehingga dinamakan tahun itu dengan nama Amul Hazni (tahun kesedihan) bagi nabi.
Abi Talib ni telah menjaga nabi sejak nabi berusia 7 tahun. Abi Talib sangat sayangkan nabi berbanding anak-anaknya yang lain. Contohnya, ketika Abi Talib hendak pergi berniaga ke Syria, anak-anaknya hendak mengikutnya, tapi beliau melarang. Tetapi bila nabi melambai-lambai ke arah Abi Talib, tiba-tiba timbul rasa sedih dalam hati beliau, lalu dibawanya nabi bersama-sama untuk berniaga ke Syria.
Sepanjang nabi berjuang menegakkan Islam, Abi Talib selalu defend nabi dari orang kafir sehingga orang kafir menawarkan kepada Abi Talib seorang pemuda yang lebih kurang baik, amanah dan hensem seperti nabi untuk ditukar dengan nabi. Kemudian, apa Abi Talib jawab?.. "adakah kamu gila menyuruh aku menyerahkan Muhammad untuk kamu bunuh ?"..
Malah orang kafir pernah menawarkan 3 ta kepada nabi melalui perantaraan Abi Talib iaitu wanita, harta dan takhta.
kemudian nabi bersabda, " jika sekalipun engkau meletakkan bulan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku, aku x akan berganjak dalam memperjuangkan agama Allah ini"..
saudaraku sekalian, apa yang membuatkan nabi menjadi sangat sedih ialah orang yang paling dekat dengan baginda, orang yang selalu defend baginda iaitu Abi Talib mati dalam keadaan yang kufur. Benarlah hidayah itu milik Allah..
=Ketiga, Peristiwa di Taif. Setelah kematian dua orang yang nabi sangat sayangi, nabi teruskan berdakwah (lihat betapa sabar dan tabahnya nabi)...
Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama dengan anak angkatnya iaitu Zaid bin Harithah pergi ke Taif untuk berdakwah. Mereka pergi ke Taif dengan berjalan kaki pergi balik selama 10 hari 10 malam. Namun, nabi diuji dengan tiada seorang pun yang memeluk Islam.
Malah, penduduk Taif memaki hamun nabi dan membaling mereka dengan kayu dan batu. Sehingga dikhabarkan sepatu nabi penuh bertakung dengan darah dan kulit kepala Zaid terkoyak. Nabi dan Zaid pun lari meninggalkan Taif.
Semasa perjalanan pulang ke Taif, nabi singgah di bawah satu pohon dan datanglah seorang hamba yang bernama Addas membawa makanan dan minuman untuk nabi kerana dia melihat nabi berada dalam keadaan yang cedera parah.
Maka, nabi pun menerima juadah yang diberi dan membaca basmalah dengan kuat sebelum memakan makanan tersebut (x ingatla, rasanya kurma).
Hamba itu terkejut dengan perlakuan Nabi dan dia pun bertanya "Siapakah engkau?"dan nabi menjawab "Akulah Rasulullah". Selepas itu juga hamba itu mengucapkan syahadah di hadapan nabi. Lihat cara nabi berdakwah, walaupun ditohmah oleh penduduk Taif nabi tidak berputus asa untuk menyebarkan Islam. Biarlah bukan semua yang memeluk Islam, mengislamkan seorang hamba pun adalah satu hidayah oleh Allah.
Kemudian, nabi berjalan lagi dan baginda berhenti untuk solat malam. Nabi membaca ayat-ayat Al-Quran dengan kuat sehingga menyebabkan sekumpulan Jin yang berada di kawasan berhampiran itu mendengar bacaan ayat suci Al-Quran dan akhirnya kesemua jin itu masuk Islam. Hebatnya cara Nabi berdakwah.
Atas sebab kesabaran dan ketabahan nabi menghadapi kematian 2 orang yang dikasihinya dan kesediaan nabi untuk terus berdakwah, Allah menghadiahkan nabi dengan hadiah Isra' dan Mi'raj. Satu perkara yang tidak dinikmati oleh nabi-nabi lain kecuali kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Alangkah beruntungnya kita menjadi ummat akhir zaman di mana Allah mengangkat darjat Nabi kita lebih tinggi daripada nabi-nabi sebelumnya.
marilah kita berselawat ke atas Nabi s.a.w.. 3x
6 comments:
subhanallah...
part khadijah di sayangi nabi tu sngt menusuk jiwa...
hebatnye siti khadijah jd sayap kiri nabi muhammad
n i miss our prophet..huuu
err..
hajar,
cmne ko bole rindu..cm pnh jumpe je..
klo sayang 2 akal ak ni bole terime lg..
klo rindu 2,no komen..
hehe
allahuamma solli ala sayyidina muhammad...
>siti
kita sama-sama sayang n rindu nabi ye..
"ya Rasulullah ya Habiballah, x pernah ku tatap wajahmu, ya Rasulullah ya Habiballah, kami rindu padamu, ku tahu bimbangnya kau tentang kami, syafaatkan kami"
>syakir
no comment...'o'
>futureavicenna
ni sapa ye? x kenal pun..
hmm, musykil2..
Post a Comment