Semua warga Asrama Seri berlari-lari seakan hari sudah qiamat. Lenaku yang panjang terpaksa dihentikan dek terkejut dengan jeritan kak Siti. “Bangun Tiqa, bangun, cepat siap, lari dari sekolah ini”, ujar kak Siti dengan cemas. “Kenapa kak, apa yang dah berlaku ?”. soal Tiqa bertubi-tubi. “Sudah tidak ada masa untuk soalan itu Tiqa”, sampuk kak Ida. Dalam keadaan mamai dan minda penuh persoalan, aku terus menyiapkan diri dan lari dari asrama sama seperti pelajar-pelajar yang lain.
Seluruh asrama itu bergema dengan suara ketua Aspuri, Nurin yang sibuk mengarahkan para pelajar supaya berkumpul di kantin. Nurin tidak memerlukan speaker untuk membesarkan suranya kerana suaranya sudah sememangnya kuat. “Semua warga Aspuri, berkumpul di kantin dengan kadar segera”, laung Nurin dengan beberapa kali tanpa menghiraukan suaranya yang semakin serak dan menghilang. Aku benar-benar terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan olehnya pada saat-saat genting begini.
x x x x x x x x x x
Aku turut menunggu arahan berikutnya daripada cikgu. Memang diakui penantian suatu penyeksaan. Kelihatan ramai juga pelajar-pelajar yang berani keluar daripada kantin, khusyuk memerhatikan ‘sesuatu’. Aku jadi bingung sendirian dan oleh sebab tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung, aku turut keluar dari kantin tersebut.
Mataku terbeliak dan mulutku ternganga, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. “Ha… Halim. Kenapa jadi macam ni”, aku bermonolog sendirian. Halim yang kukenali tidak seperti dahulu. Dia telah bertukar menjadi seperti mutant sehingga mencecah ketinggian 500 meter. Aku menggosok-gosok mataku beberapa kali dan mencubit lenganku. Aku mengaduh kesakitan.
Ternyata kejadian ini bukanlah mimpi, fantasi atau illusiku semata-mata tetapi ia adalah suatu realiti. Tanpaku sedari, mutiara-mutiara kecil gugur dari ekor mataku. Aku mengelap air mataku. Perlahan.
Menyedari semua pelajar membawa beg masing-masing , baru aku perasan aku belum mengemas beg lagi. Dalam keadaan kelam-kabut itu, aku ternampak seorang makcik ‘cleaner’ yang sedang merenung kearahku. Lantas, aku berlari kepadanya dan memintanya agar menemaniku naik semula ke asrama untuk mengemas barang. Dia akhirnya menggangguk setuju. Hatiku beransur lega.
x x x x x x x x x x
Derap langkahku kian laju, moga-moga aku terselamat daripada pandangan Halim kerana kemungkinan besar sikapnya juga berubah akibat bertukar menjadi mutant. Usai mengemas barang, makcik cleaner itu menasihatiku supaya lari meninggalkan asrama itu secepat mungkin. Aku menurut sahaja Tetapi, seperti yang ku jangka, Halim perasan kehadiranku lantas dia menoleh.
Aku tidak mampu untuk berlari lagi. Aku hanya mampu memandang Halim, ternyata dia lebih tinggi daripada bangunan asrama itu. Kemudian dia menundukkan dadanya dan menghulurkan tangannya. Memahami maksudnya, aku melangkah naik ke atas tangannya. Lalu, dia meletakkanku di atas bumbung asrama. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang menanggung kesengsaraan yang amat sangat.
“Kenapa Halim, kenapa jadi macam ni ?”, soalku memulakan topik perbualan, memberanikan diri.
“Sumimasen ( aku minta maaf ), Halim tak tahan Tiqa, papa Halim selalu paksa Halim supaya jangan berkawan dengan Tiqa sebab Tiqa anak orang miskin, berlainan darjat. Halim tak fahamlah dengan sikap papa, lagipun dalam Islam kedudukan semua orang adalah sama di sisi Allah melainkan orang yang bertaqwa, betul tak apa yang Halim cakap ni ?”, ujar Halim dengan penuh ketegasan. Ada nada sedih disitu. Mata hazelnya yang berwarna coklat merenungku, meminta kepastian.
“Apa yang Halim cakap tu betul, tapi apa yang Halimn buat ni salah. Halim dah membuatkan semua orang-orang yang sayang Halim risau tau ! ”,aku berlembut dengannya.
“ Termasuk Tiqa?”, soalnya lagi.
Aku hanya membatukan diri. Menggangguk tidak menggeleng pun tidak. Aku hanya menjawab ‘ya’ di dalam hati. “Maafkan Tiqa, Halim. Tiqa tak layak untuk dilayan sebegini rupa”, aku bermonolog sendirian.
“Tiqa, Halim sayang Tiqa, Aii Shii Tea Ruu ( Aku mencintaimu )”, ujar Halim dengan penuh romantis. Memang diakui, Halim memang kacak. Dia seorang kacukan Melayu dan Jepun. Ramai perempun yang tergila-gilakannya tetapi mengapa aku yang dia pilih ?. Persoalan itu aku biarkan dibawa angin lalu.
“Papa Halim sayangkan Halim, lebih daripada Halim sayangkan Tiqa, percayalah“, ujarku dengan nada memujuk.
“Tak dia tak sayangkan Halim langsung, dia tak pernah cuba untuk memahami isi hati Halim, dia hanya materialistik”, Halim memotong percakapanku.
Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala, tidak mahu lagi menambahkan kekusutan di fikirannya. Aku mengusap pipinya sebelum dia menurunkanku ke tanah. Tiba-tiba kami mendengar suatu jeritan.
“Halim, Halim, papa dah dengar semua nak. Hmm..papa minta maaf”, ujar papa Halim dengan nada sedih.
Halim menggigil ketakutan. “Pergi kau dari sini, pergi, aku kata pergi”, jerit Halim sambil menekup kedua-dua telinganya dengan tangan.
Papa Halim memandangku sayu, penuh pengharapan agar aku dapat mengubah tanggapan Halim terhadap papanya. Aku menggangguk perlahan. “Halim, dengar cakap papa awak tu, dia dah minta maaf. Dia sayangkan awak”, pujukku berulang kali.
Dahi Halim berkerut-kerut memikirkan kesahihan kenyataanku. Akhirnya, badannya melurut ke bawah, memberi peluang kepada Profesor Bryan untuk menyuntiknya agar kembali kapada keadaan asal. Terlintas di mindaku, segalanya tidak mustahil pada era 2020 ini.
x x x x x x x x x x
Lima tahun kemudian…
Halim terpaksa mendapat rawatan sebulan sekali untuk merawat luka di badannya. Dia kini semakin beransur pulih. Aku menolak daun pintu biliknya di hospital.
“Assalamualaikum”, sapaku mesra. “Oh, Tiqa, Wa’alaikumussalam, masuklah”, sambut Halim. Setelah Halim habis menjalani rawatannya, aku memberinya semangkuk bubur.
“Tiqa, Halim dah fikir masak-masak. Kelembutan dan keprihatinan dalam diri Tiqa membuatkan Halim jatuh hati pada Tiqa, erm..sudikah Tiqa menjadi permaisuri dalam hati Halim ?”, lamar Halim.
“Aku tergamam. “Alamak, apa aku nak jawab ni ?”, ujarku di dalam hati. Mukaku merona kemerah-merahan.
“Erm, bagi saya masa Halim, untuk fikirkan hal ni”, ujar Tiqa lambat-lambat. Atiqah mula bertindak menggangkat kaki. Halim pantas menyambar lengan Atiqah.
“Tiqa, saya dah tunggu awak lama, saya dah tak boleh tunggu lagi. Baiklah saya cakap terus terang, Nur Atiqah Binti Alias, sudikah awak menjadi isteri saya ?”, ujar Halim sambil melutut. Atiqah terkaku. “Saya tidak akan bangun sehingga awak setuju”, ugut Halim dengan senyuman sinisnya.
Akibat malu yang tak tertahan, Atiqah mencapai sehelai kertas lalu mencoretkan sesuatu. Kemudian, dia menghulurkan kertas itu kepada Halim. Kertas itu berbunyi:
Khas buat Halim,
“Cintaku bukan lahir dari simpati,
Tapi tumbuh dari keikhlasan hati,
Hanya untuk pemuda yang benar-benar berani,
Menawan hatiku tanpa berbelah bagi”
Sincerely,
Nur Atiqah Alias,
(Aii Shii Tea Ruu)
Akhirnya, Halim tersenyum bahagia.
.:THE END:.
p/s : i just 1 2 3.. i just love you!!
Sometimes you might feel that u will happier alone
Bit it’s always nice to have someone to laze around
Someone to think about
Someone to share your joy
So take a chance
Until u have really tried,
So if there’s somebody you miss..
Tell them that u do
Cause there’s something only love can do
pOSteD bY TiRa,
11.02a.m.
@ 05/12/08
6 comments:
ye, sye sudi jd permaisuri hati awk...
tanx!
tanx!
tanx!!
hak
aii shii tea ruu
you belong wif me.
lalala~~
Assalamualaikum,
Semoga segalanya sihat sejahtera hendaknya.
Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya untuk exchange link atau bertukar pendapat.
http://www.faridrashidi.com
moral die best! hehe. we need someone..
someone..
someone to love!!
huhu~
>siti hajare - kalau saya x sudi ?..hehe :P
>khaliesah - oooh ek?...sarang hae you (bahasa korea plak)...eheh
>farid rashidi - ni sapa ni? camne sesat kat page ni..isk, isk..x kenal2..len kali kenalkan diri k..kalau nak kita link anda punya, sila follow saya dulu taw!!
>deenie - ok, deenie paham gekk..
Post a Comment