Wednesday, July 29, 2009

pecah rekod

aku nak exam2 ni pun, sempat online..hehe
rajin betull..

hmm,
alhamdulillah, semalam..aku telah mengarang esei bahasa arab dengan melebihi 200 patah perkataan..

untuk apa ek?
aku masuk acara menulis esei bahasa arab paling ramai (1427 peserta)untuk Malaysia book of records..hehe, actually tercabar ngan amir fikri tu coz dy pun ada rekod..

you knoiw what, kira klu org cina nak describe aku, dyorang sebut, miss kiasu..maknanya..cari sendiri..haha..

Monday, July 27, 2009

sibuk

2 minggu ni akan menjadi minggu yang sibuk antara minggu-minggu yang tersibuk kita..

hurm, minggu depan kita ada mid-term exam..

so, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat result yang terbaik.. it's worth trying, right?..life is just short, too short..

hopefully, korang dpt doakan kejayaan kita ek..

wsalam.. ^_^Y

Saturday, July 25, 2009

new

kita try tukar baru..
okay x?

ada x apa-apa y x kena?
y korang rasa kena ubah?

thanks, sorry..

vote for me..
chaoss~

Friday, July 24, 2009

complicated haa~~

wawawa,
kita rasa malas la nak study kat umah ni,
pagi2 baca buku, wat latihan,
petang lak on9, pastu tgk tv, mata kelip-kelip, fikiran ke lain,
malam study balik, tertidur lak, study balik..

adakah cara nak mengatasi malas ni?
hehe..sendiri tanya sendiri tau jawapan senanya..huahua

ok, saja je nak rilek rilek,
pastu x de point da nak update blog ni..

1 novel da abes, kuang kuang..bab novel memang semangat..heh

ramai la kawan2 nak fly-fly,
jangan jadi flies sudah..hehe..men-men je lor, jangan amik jantung!
cikin fly pegi jordon, sama ngan hatta ngan hasrul,
firdaus o wat u call him? fidot?..hmm, that one fly gi morocco

aja fly jugak, dy pegi mesir (kita promote aja ni, belanja tau..hehe)
tapi hati dy tertinggal kat Malaysia..
haha,
sama macam lagu indon plak,
cintaku tertinggal di Malaysia..kuang-kuang

hehe,
kita fly juga tau..
ada satu negara ni..
nama dy Malaysia ..kenal x?..hak..
okla negara tu, not bad..klu x hujan, panas.. klu x panas, hujan..huu
raya bleh balik umah..haha

assignment bertimbun ni..
1 da siap tinggal lagi 2..sempat kot, Insya-Allah..
keje tutorial?..Alhamdulillah, da abes wat..
study da cket2, pastu hafal Al-Quran Hadith,
kuat lagi kot ingatan ni..
t nak bawak sampai exam,
klu boleh selagi hayat di kandung badan
Aminn..

wat i am talking about just now?..hak
dari pasal malas2, pastu psl kwn2 fly, pastu pasal keje..
hehe,
well, girls are complicated but i am more complicated..hak

apa-apa pun, jadilah diri sendiri,
dalam segala keadaan..

Thursday, July 23, 2009

hijab ?



apa pandangan anda ?

di antara 2 tangisan

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur.

“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

Wednesday, July 22, 2009

the solar eclipse

Awe and disappointment greet longest solar eclipse of the century as cloud and rain obscure spectacle

Wednesday, 22 July 2009

A mixture of awe and disappointment greeted the longest solar eclipse of the 21st century as it cut a path across Asia and out into the Pacific.

Jay M Pasachoff, an astronomer and eclipse chaser reporting for the New York Times TierneyLab science blog, described the diamond rings seen at the totality of the eclipse as "spectacular". Japan also enjoyed some of the clearest views of the totality of the eclipse, as this striking footage from NHK television shows.

The solar eclipse of July 22, 2009 was the longest total solar eclipse of the 21st century, lasting as much as 6 minutes and 39 seconds in some places

you guys try to understand what the japanese talk about okay!..one thing for sure, they were talking about the eclipse, no doubt..heh..

be patient ..let the video buffer first, only then you can press play..



say what?
Masya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Monday, July 20, 2009

aneh + batak

peristiwa aneh yang berlaku :

kita solat maghrib sorang2 dalam bilik kat kampus. kita kunci pintu bilik tau. kita baca fatihah sekadar dapat didengar oleh telinga sendiri. Pastu masa rakaat 2, part amiinn tu..kita terdengar ada orang belakang sambut sekali..aminn..waa~

adakah kita tersalah dengar atau makhluk dibelakang benar2 wujud? Wallahua'lam


kak long bataK :

kita ngan ummi n ayah pegi la lawat kak ngah (nurul tasnim, f4) dengan appa (azfar hakimi, f2) kat samer..whoa, rindu betul..da 2 bulan x jumpa diorang..huu

guess what? suara appa da besar..hahaha..da macam lelaki..kita gelak je..kelakar sungguh..pastu batak tengok appa lama2..biar betul budak ni..huu..apa-apa pun semoga appa akan menjadi lelaki sejati..

appa dapat no.3 pertandingan hafazan kat samer tu..oklah tu, nice try !!. yang dapat no.1 form 5 arr kan..hmm..ok..da x de apa nak cakap..


ni la appa !!



ok, yang sebelah appa tu ajik (azhad haziq, drjh 4)..dia ni la pengarang jantung ummi ngan ayah coz kitorang x duk kat umah, kita (kak long la maknanya) duk kampus..appa ngan kak ngah plak duk asrama..dia la yang dok pok pek kat umah tu..haha




muka budak berdua ni macam sama je kan.. selalu ajik yang smackdown appa..haha..appa mengalah je..alih-alih dia yang sakit..


nak citer pasal kak ngah plak, waa..lupa nak cakap kat kak ngah , bagi la balik novel aA + bB yang kak long punya tu..isk isk..menyesal tol bagi dia bawak kat asrama..

tahun ni kak ngah sma, kak long harap sangat kak ngah boleh buat yang terbaik.. jangan banding dengan result kak long punya, kak ngah just buat apa yang kak ngah mampu okeh ?!...

ok, da penat nak membebel..see ya

cute overdose..

Enjoys all the pictures okay, coz i am speechless..huk





penangan pemilik cintaku

hee..
mesti korang ingat apalah kan tajuk macam ni?...haha

actually, kita ada baca satu buku ni



tajuk : Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul
penulis : Fatimah Syarha (penulis novel tautan hati)
terbitan: Telaga Biru

buku ni nipis je..tapi best sangat taw, bagi kita la..two thumbs up !!

buku ni menekankan ruginya bercinta di zaman remaja yang penuh dengan kelalaian dan angan-angan yang x kesampaian. Ia mengisahkan seorang wanita yang bernama Qani'ah. Qani'ah ni berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan dirinya daripada terjebak dalam cinta sebelum nikah. Alhamdulillah, akhirnya beliau berkahwin dengan seorang pemuda soleh yang bernama Dr.Muslih, sesolehah dirinya..

pendapat kita la kan, cerita ni sebenarnya pasal diri fatimah kot coz suami dia pun seorang doktor..hehe..nak citer lebih-lebih, takut korang x paham..so, apa kata korang try beli n baca sendiri kays !

pengajarannya : wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik..

so, soleh dan solehahkanlah diri anda ...

Saturday, July 18, 2009

tentang isra' mi'raj..

it's time to share..

1) Apa itu Isra' Mi'raj dari segi istilah?..

Isra' : perjalanan hamba (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari masjidil haram ke masjidil aqsa...

Mi'raj : perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari langit dunia naik sehingga ke Sidratul Muntaha.


2) Mengapa berlakunya Isra' Mi'raj ?

Sebenarnya ada 3 sebab yang membawa kepada berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj.

=Pertama, kematian isteri Nabi yang sangat dicintainya iaitu Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Khadijah ni saudara-saudara sekalian, di saat orang lain menidakkan nabi, beliau membenarkan nabi. Di saat orang lain menghina nabi, beliau memberi sokongan kepada nabi. Malah, beliau merupakan orang pertama yang memeluk Islam.

Indahnya akhlak Khadijah sehingga pada suatu hari Malaikat Jibril turun ke bumi dan mengkhabarkan kepada nabi bahawa Allah mengirim salam kepada Khadijah. Allahu Akbar 3x.. Saudara saudari sekalian, itu Allah s.w.t yang mengirim salam kepada Khadijah bukan manusia biasa, Allah Tuhan sekalian Alam. Bahkan, Malaikat Jibril turut menyampaikan berita gembira bahawa istana untuk Khadijah di syurga telah siap dibina walhal beliau belum lagi meninggal dunia.

Saidatina Aisyah juga pernah cemburukan Khadijah coz even beliau telah meninggal dunia, bibir Nabi kadang-kadang tersebut nama Khadijah. Betapa sayangnya Nabi kepada Khadijah !!


=Kedua, 1 bulan 2 minggu selepas kematian Khadijah, bapa saudara nabi iaitu Abi Talib pula meninggal dunia. Sehingga dinamakan tahun itu dengan nama Amul Hazni (tahun kesedihan) bagi nabi.

Abi Talib ni telah menjaga nabi sejak nabi berusia 7 tahun. Abi Talib sangat sayangkan nabi berbanding anak-anaknya yang lain. Contohnya, ketika Abi Talib hendak pergi berniaga ke Syria, anak-anaknya hendak mengikutnya, tapi beliau melarang. Tetapi bila nabi melambai-lambai ke arah Abi Talib, tiba-tiba timbul rasa sedih dalam hati beliau, lalu dibawanya nabi bersama-sama untuk berniaga ke Syria.

Sepanjang nabi berjuang menegakkan Islam, Abi Talib selalu defend nabi dari orang kafir sehingga orang kafir menawarkan kepada Abi Talib seorang pemuda yang lebih kurang baik, amanah dan hensem seperti nabi untuk ditukar dengan nabi. Kemudian, apa Abi Talib jawab?.. "adakah kamu gila menyuruh aku menyerahkan Muhammad untuk kamu bunuh ?"..

Malah orang kafir pernah menawarkan 3 ta kepada nabi melalui perantaraan Abi Talib iaitu wanita, harta dan takhta.

kemudian nabi bersabda, " jika sekalipun engkau meletakkan bulan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku, aku x akan berganjak dalam memperjuangkan agama Allah ini"..

saudaraku sekalian, apa yang membuatkan nabi menjadi sangat sedih ialah orang yang paling dekat dengan baginda, orang yang selalu defend baginda iaitu Abi Talib mati dalam keadaan yang kufur. Benarlah hidayah itu milik Allah..


=Ketiga, Peristiwa di Taif. Setelah kematian dua orang yang nabi sangat sayangi, nabi teruskan berdakwah (lihat betapa sabar dan tabahnya nabi)...

Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama dengan anak angkatnya iaitu Zaid bin Harithah pergi ke Taif untuk berdakwah. Mereka pergi ke Taif dengan berjalan kaki pergi balik selama 10 hari 10 malam. Namun, nabi diuji dengan tiada seorang pun yang memeluk Islam.

Malah, penduduk Taif memaki hamun nabi dan membaling mereka dengan kayu dan batu. Sehingga dikhabarkan sepatu nabi penuh bertakung dengan darah dan kulit kepala Zaid terkoyak. Nabi dan Zaid pun lari meninggalkan Taif.

Semasa perjalanan pulang ke Taif, nabi singgah di bawah satu pohon dan datanglah seorang hamba yang bernama Addas membawa makanan dan minuman untuk nabi kerana dia melihat nabi berada dalam keadaan yang cedera parah.

Maka, nabi pun menerima juadah yang diberi dan membaca basmalah dengan kuat sebelum memakan makanan tersebut (x ingatla, rasanya kurma).

Hamba itu terkejut dengan perlakuan Nabi dan dia pun bertanya "Siapakah engkau?"dan nabi menjawab "Akulah Rasulullah". Selepas itu juga hamba itu mengucapkan syahadah di hadapan nabi. Lihat cara nabi berdakwah, walaupun ditohmah oleh penduduk Taif nabi tidak berputus asa untuk menyebarkan Islam. Biarlah bukan semua yang memeluk Islam, mengislamkan seorang hamba pun adalah satu hidayah oleh Allah.

Kemudian, nabi berjalan lagi dan baginda berhenti untuk solat malam. Nabi membaca ayat-ayat Al-Quran dengan kuat sehingga menyebabkan sekumpulan Jin yang berada di kawasan berhampiran itu mendengar bacaan ayat suci Al-Quran dan akhirnya kesemua jin itu masuk Islam. Hebatnya cara Nabi berdakwah.


Atas sebab kesabaran dan ketabahan nabi menghadapi kematian 2 orang yang dikasihinya dan kesediaan nabi untuk terus berdakwah, Allah menghadiahkan nabi dengan hadiah Isra' dan Mi'raj. Satu perkara yang tidak dinikmati oleh nabi-nabi lain kecuali kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Alangkah beruntungnya kita menjadi ummat akhir zaman di mana Allah mengangkat darjat Nabi kita lebih tinggi daripada nabi-nabi sebelumnya.

marilah kita berselawat ke atas Nabi s.a.w.. 3x

Friday, July 10, 2009

A note of advice

Assalaa mualaikum,

How's the laptop? Already setup?

The laptop is for :

1) downloading lecture notes
2) emailing to lecturers for asking any questions from downloaded materials and also for communication with friends

Hope the multimedia facility will not distract your daily college works. Do concentrate on your study and avoid hanging up to internet for too long. Your only mission there is to perform every semester with CGPA of 4.0

Ayah

ana nak tanya ??

Assalamualaikum,,,

di sini, ana nak tanya,,,
macam mana kita nak tegur kawan baik sendiri?

masalahnya sekarang,
dia x jaga pergaulan dia dengan ajnabi
contohnya dia dan ajnabi tu belajar berdua-duan,,
walaupun di tempat y terbuka,
benda tu salah kan?

tapi selagi ada perempuan,
kan sepatutnya dia berbincang dengan perempuan..

ana ada la tanya kat dia..
'macam mana ko boleh belajar sama-sama dengan dia tu '

pastu dia jawab,
'laki tu yang nak duduk belajar kat situ (laki tu seorang hafiz)

n then dia y lak y kasi laki duk situ..

pastu boleh lak gurau-gurau, gelak-gelak,
kira salah la kan??

hmm..
ana tak taw nak cuba cara macam mana
ana rasa berdosa sangat sebab ada sorg sahabat ana cakap
yang kita akan kena tempias dosa sahabat kita tu sebab kita x tegur dia
n pada masa y sama kita adalah sahabat dia..

ana tahu ada 3 cara nak mencegah kemungkaran ni
1) tangan (kuasa pemimpin)
2) lidah ( menasihati)
3) hati ( berdoa) cara ni selemah-lemah iman

tapi ana seboleh-bolehnya x nak guna cara y ke-3 ni sebab kalau ana hanya berdoa,
manfaatnya hanya dapat pada diri ana sedangkan sahabat ana masih melakukan kemungkaran y sama..

hmm,
ana x de kekuatan sebab dia seorang y sensitif, emosional n mudah terasa.

tolongla ana...help

Monday, July 6, 2009

Nescafe 3 in 1

Nescafe 3 in 1 CAN DAMAGE YOUR KIDNEY AND HEART

Try to avoid Nescafe cause its can damage your kidney & heart.
The reason is due to Nescafe 3 in 1 using non dairy creamer.
(chemical creamer)

Sharing is caring.

Dear Friends,
I strongly agree on these issues because it happened to one of my
friends in HSS Integrated Consultant. He is now under dialysis
treatment for every 3 days Now its been already 9 years he is suffering
with this kidney problem. The doctor said, the main cause is:

1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Afternoon break also with Nescafe.
5. Night supper with Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Thursday, July 2, 2009

i just 1 2 3

Semua warga Asrama Seri berlari-lari seakan hari sudah qiamat. Lenaku yang panjang terpaksa dihentikan dek terkejut dengan jeritan kak Siti. “Bangun Tiqa, bangun, cepat siap, lari dari sekolah ini”, ujar kak Siti dengan cemas. “Kenapa kak, apa yang dah berlaku ?”. soal Tiqa bertubi-tubi. “Sudah tidak ada masa untuk soalan itu Tiqa”, sampuk kak Ida. Dalam keadaan mamai dan minda penuh persoalan, aku terus menyiapkan diri dan lari dari asrama sama seperti pelajar-pelajar yang lain.

Seluruh asrama itu bergema dengan suara ketua Aspuri, Nurin yang sibuk mengarahkan para pelajar supaya berkumpul di kantin. Nurin tidak memerlukan speaker untuk membesarkan suranya kerana suaranya sudah sememangnya kuat. “Semua warga Aspuri, berkumpul di kantin dengan kadar segera”, laung Nurin dengan beberapa kali tanpa menghiraukan suaranya yang semakin serak dan menghilang. Aku benar-benar terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan olehnya pada saat-saat genting begini.


x x x x x x x x x x

Aku turut menunggu arahan berikutnya daripada cikgu. Memang diakui penantian suatu penyeksaan. Kelihatan ramai juga pelajar-pelajar yang berani keluar daripada kantin, khusyuk memerhatikan ‘sesuatu’. Aku jadi bingung sendirian dan oleh sebab tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung, aku turut keluar dari kantin tersebut.

Mataku terbeliak dan mulutku ternganga, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. “Ha… Halim. Kenapa jadi macam ni”, aku bermonolog sendirian. Halim yang kukenali tidak seperti dahulu. Dia telah bertukar menjadi seperti mutant sehingga mencecah ketinggian 500 meter. Aku menggosok-gosok mataku beberapa kali dan mencubit lenganku. Aku mengaduh kesakitan.

Ternyata kejadian ini bukanlah mimpi, fantasi atau illusiku semata-mata tetapi ia adalah suatu realiti. Tanpaku sedari, mutiara-mutiara kecil gugur dari ekor mataku. Aku mengelap air mataku. Perlahan.

Menyedari semua pelajar membawa beg masing-masing , baru aku perasan aku belum mengemas beg lagi. Dalam keadaan kelam-kabut itu, aku ternampak seorang makcik ‘cleaner’ yang sedang merenung kearahku. Lantas, aku berlari kepadanya dan memintanya agar menemaniku naik semula ke asrama untuk mengemas barang. Dia akhirnya menggangguk setuju. Hatiku beransur lega.

x x x x x x x x x x

Derap langkahku kian laju, moga-moga aku terselamat daripada pandangan Halim kerana kemungkinan besar sikapnya juga berubah akibat bertukar menjadi mutant. Usai mengemas barang, makcik cleaner itu menasihatiku supaya lari meninggalkan asrama itu secepat mungkin. Aku menurut sahaja Tetapi, seperti yang ku jangka, Halim perasan kehadiranku lantas dia menoleh.

Aku tidak mampu untuk berlari lagi. Aku hanya mampu memandang Halim, ternyata dia lebih tinggi daripada bangunan asrama itu. Kemudian dia menundukkan dadanya dan menghulurkan tangannya. Memahami maksudnya, aku melangkah naik ke atas tangannya. Lalu, dia meletakkanku di atas bumbung asrama. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang menanggung kesengsaraan yang amat sangat.

“Kenapa Halim, kenapa jadi macam ni ?”, soalku memulakan topik perbualan, memberanikan diri.

“Sumimasen ( aku minta maaf ), Halim tak tahan Tiqa, papa Halim selalu paksa Halim supaya jangan berkawan dengan Tiqa sebab Tiqa anak orang miskin, berlainan darjat. Halim tak fahamlah dengan sikap papa, lagipun dalam Islam kedudukan semua orang adalah sama di sisi Allah melainkan orang yang bertaqwa, betul tak apa yang Halim cakap ni ?”, ujar Halim dengan penuh ketegasan. Ada nada sedih disitu. Mata hazelnya yang berwarna coklat merenungku, meminta kepastian.

“Apa yang Halim cakap tu betul, tapi apa yang Halimn buat ni salah. Halim dah membuatkan semua orang-orang yang sayang Halim risau tau ! ”,aku berlembut dengannya.

“ Termasuk Tiqa?”, soalnya lagi.

Aku hanya membatukan diri. Menggangguk tidak menggeleng pun tidak. Aku hanya menjawab ‘ya’ di dalam hati. “Maafkan Tiqa, Halim. Tiqa tak layak untuk dilayan sebegini rupa”, aku bermonolog sendirian.

“Tiqa, Halim sayang Tiqa, Aii Shii Tea Ruu ( Aku mencintaimu )”, ujar Halim dengan penuh romantis. Memang diakui, Halim memang kacak. Dia seorang kacukan Melayu dan Jepun. Ramai perempun yang tergila-gilakannya tetapi mengapa aku yang dia pilih ?. Persoalan itu aku biarkan dibawa angin lalu.

“Papa Halim sayangkan Halim, lebih daripada Halim sayangkan Tiqa, percayalah“, ujarku dengan nada memujuk.

“Tak dia tak sayangkan Halim langsung, dia tak pernah cuba untuk memahami isi hati Halim, dia hanya materialistik”, Halim memotong percakapanku.

Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala, tidak mahu lagi menambahkan kekusutan di fikirannya. Aku mengusap pipinya sebelum dia menurunkanku ke tanah. Tiba-tiba kami mendengar suatu jeritan.

“Halim, Halim, papa dah dengar semua nak. Hmm..papa minta maaf”, ujar papa Halim dengan nada sedih.

Halim menggigil ketakutan. “Pergi kau dari sini, pergi, aku kata pergi”, jerit Halim sambil menekup kedua-dua telinganya dengan tangan.

Papa Halim memandangku sayu, penuh pengharapan agar aku dapat mengubah tanggapan Halim terhadap papanya. Aku menggangguk perlahan. “Halim, dengar cakap papa awak tu, dia dah minta maaf. Dia sayangkan awak”, pujukku berulang kali.

Dahi Halim berkerut-kerut memikirkan kesahihan kenyataanku. Akhirnya, badannya melurut ke bawah, memberi peluang kepada Profesor Bryan untuk menyuntiknya agar kembali kapada keadaan asal. Terlintas di mindaku, segalanya tidak mustahil pada era 2020 ini.

x x x x x x x x x x

Lima tahun kemudian…

Halim terpaksa mendapat rawatan sebulan sekali untuk merawat luka di badannya. Dia kini semakin beransur pulih. Aku menolak daun pintu biliknya di hospital.

“Assalamualaikum”, sapaku mesra. “Oh, Tiqa, Wa’alaikumussalam, masuklah”, sambut Halim. Setelah Halim habis menjalani rawatannya, aku memberinya semangkuk bubur.

“Tiqa, Halim dah fikir masak-masak. Kelembutan dan keprihatinan dalam diri Tiqa membuatkan Halim jatuh hati pada Tiqa, erm..sudikah Tiqa menjadi permaisuri dalam hati Halim ?”, lamar Halim.

“Aku tergamam. “Alamak, apa aku nak jawab ni ?”, ujarku di dalam hati. Mukaku merona kemerah-merahan.

“Erm, bagi saya masa Halim, untuk fikirkan hal ni”, ujar Tiqa lambat-lambat. Atiqah mula bertindak menggangkat kaki. Halim pantas menyambar lengan Atiqah.

“Tiqa, saya dah tunggu awak lama, saya dah tak boleh tunggu lagi. Baiklah saya cakap terus terang, Nur Atiqah Binti Alias, sudikah awak menjadi isteri saya ?”, ujar Halim sambil melutut. Atiqah terkaku. “Saya tidak akan bangun sehingga awak setuju”, ugut Halim dengan senyuman sinisnya.

Akibat malu yang tak tertahan, Atiqah mencapai sehelai kertas lalu mencoretkan sesuatu. Kemudian, dia menghulurkan kertas itu kepada Halim. Kertas itu berbunyi:

Khas buat Halim,

“Cintaku bukan lahir dari simpati,
Tapi tumbuh dari keikhlasan hati,
Hanya untuk pemuda yang benar-benar berani,
Menawan hatiku tanpa berbelah bagi”
Sincerely,
Nur Atiqah Alias,
(Aii Shii Tea Ruu)

Akhirnya, Halim tersenyum bahagia.

.:THE END:.

p/s : i just 1 2 3.. i just love you!!
Sometimes you might feel that u will happier alone
Bit it’s always nice to have someone to laze around
Someone to think about
Someone to share your joy
So take a chance
Until u have really tried,
So if there’s somebody you miss..
Tell them that u do

Cause there’s something only love can do

pOSteD bY TiRa,
11.02a.m.
@ 05/12/08

Wednesday, July 1, 2009

mmm

i am spechless..

assignment dengan latihan tutorial banyak sangat..
semakin hari semakin busy..

minggu depan kita ada test sebelum mid term break.
korang jangan lupa doakan taw..

alhamdulillah,
kita da boleh sesuaikan diri dengan keadaan kat Usim ni..
best sangat..

bersyukur dengan apa yang ada..

but, now..
kita rasa macam ada masalah la..

kita da jadi pemalu balik..waa
bila nak bincang dengan laki pun tunduk je
padahal dulu masa sekolah boleh je..
maybe, awal-awal je kot..
sebab x kenal kan?..

korang ada x cara nak mengatasi malu x bertempat ni..
harap komen pasal mende2 ni dari golongan muslimat kay..

last but not least,
i know that he will never read my blog and he might not know the existence of my blog..one thing for sure, i miss him..