Monday, February 9, 2009

yum..yum..

saya saja je nak share resipi2 ngan korang sume..especially hajar..hoho,okay hajar-tinggal copy n paste je la yer..hehe..klu korang cuba try test, hehe..insya-Allah.. jadi punya.. :)

p/s= aku x pandai masak sangat..n aku sediakan page ni supaya korang dapat masak untuk aku..haha



Puding Roti

12 keping roti putih - dibuang kulit tepi
125 gm mentega
175 gm buah-buahan campuran kering
125 gm gula perang/kastor
300 ml susu segar
300 ml susu cair
2 biji telur
1 camt vanilla

1. Sapu mentega pada roti kemudian hiris bentuk tiga segi atau empatsegi.
2. Atur selapis di dalam mangkuk/tin (lengser dengan sedikit mentega) yang boleh memuatkan 1.7 liter cecair.
3. Taburkan separuh buah-buahan dan separuh gula. Lapiskan lagi dengan roti. Taburkan baki buah-buahan dan gula di atas sekali.
4. Pukul susu segar, susu cair, telur dan vanila. Tapiskan ke atas roti. Biar selama 1 jam supaya roti kembang.
5. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga puding keperangan.

Pai Epal

Bahan pastri:
2 1/3 cawan tepung gandum
½ camt garam
¾ cawan mentega
4-5 camb air ais
Bahan inti:
8 biji epal hijau, dikupas
1 cawan gula perang
3 camb tepung jagung
½ camt serbuk kayu manis
3 camb mentega
3 camb susu cair + 1 biji kuning telur

Untuk pastri: Gaul tepung, garam dan mentega hingga seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit demi sedikit air, uli perlahan menjadi doh. Bungkus doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min. Setelah itu, bahagikan dua. Canai setebal 4-5 mm dan alas dasar acuan pai 23 cm. Canai baki adunan berbentuk bulat. Potong epal berbentuk kiub1 cm. Gaul dengan gula, tepung jagung dan kayu manis. Isikan ke dalam kulit pai. Bubuh mentega di atas epal tadi rata-rata. Basahkan kelilingnya pai dan tutup dengan baki adunan. Potong sekelilingnya supaya kemas. Sapu dengan susu bercampur kuning telur di atas pai. Cucuk dengan hujung pisau sebanyak 6 kali di atas kulit tadi. Bakar pada suhu 195 C selama 40-45 minit atau hingga keperangan.

Aiskrim Goreng

2 liter aiskrim (perisa ikut suka)
minyak utk menggoreng terendam
lidi sate (jangan terlalu panjang)
serbuk atau reja kek span
serbuk roti secukupnya (jenis putih atau buat sendiri dgn mengisar kepingan roti yg sudah dibiarkan di atas rak di dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Kepingan roti itu tidak perlu dibungkus.)

Bahan salut
125 g tepung gandum
¼ cawan susu segar
¼ cawan air
3 biji putih telur
Ambil aiskrim menggunakan ‘scoop’ aiskrim. Bungkus setiap bebola dengan kertas aluminium. Susun di dalam bekas besar dan tutup kemas bekas tersebut. Turunkan suhu peti pembeku (freezer) ke tahap paling minima (paling sejuk). Biar aiskrim di dalam peti pembeku selama 12 jam.
Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek span. Bungkus dengan kertas aluminium semula dan letak di dalam peti pembeku sekali lagi selama 12 jam.
Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaup-balikkan ke dalam adunan tepung. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk (rak bawah) selama 45-60 min. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut. Golek di dalam serbuk roti. Bubuh semula di dalam peti pembeku selama 2-3 jam.
Panaskan minyak (jangan terlalu panas hingga berasap), kemudian goreng bebola (jangan terlalu banyak pada satu masa) hingga keemasan. Sajikan segera.


Dendeng

600 g daging
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 kuntum bunga cengkih
1/2 camt serbuk lada hitam (kurangkan jika tidak mahu pedas)
1 cawan air asam jawa
10 biji cili merah, dikisar halus
garam, gula secukupnya
Potong daging nipis-nipis dan ketuk sedikit supaya lembut.
Rendam dengan air asam jawa serta sedikit gula selama 30 min. Toskan hingga kering. Goreng dalam minyak panas hingga tiga suku masak. Dalam 5 camb minyak, tumis cili, bawang besar, lada hitam dan bunga cengkih. Bila wangi, masukkan daging dan kacau hingga daging masak sempurna (tambah sedikit air jika terlalu kering).



Pai epal ala McD

2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk
2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan minyak sayuran


1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT..

Mihun Goreng Singapura

25o g mihun (direndam/tos)
150 g ayam (dipotong kecil)
4 biji bawang merah /dikisar
2 ulas bawang putih /dikisar
3 cm halia /dikisar
5 biji cili padi /dikisar
50 g lada hitam (ditumbuk)
50 g sawi (dipotong kecil)
1 kiub pati ayam
Garam dan bahan perasa

1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 2.Masukkan lada hitam bersama ayam dan biarkan masak. 3.Perasakan dengan garam, kiub pati ayam dan kacau rata. 4.Masukkan bihun yang ditos dan kacau rata. 5.Akhir sekali, taburkan sayur sawi dan biarkan sayur masak.

Muffin Coklat

100 g margarine/mentega 100 g gula pasir 2 butir telur ayam 100 g tepung gandum biasa ½ sudu teh baking powder 100 g coklat masak (lelehkan) 50 g coklat masak (cincang)

1.Kocok margarin dan gula hingga lembut dan kental. 2.Masukkan telur satu persatu sambil kocok hingga rata. 3.Tambahkan tepung gandum dan baking powder.Aduk rata. 4.Tuangi coklat leleh,aduk rata. 5.Tambahkan coklat cincang,aduk rata. 6.Tuang ke dalam loyang muffin. Ratakan. 7.Panggang dalam oven panas 180 c selama 20 minit hingga matang. 8.Angkat dan dinginkan.

Roti Telur Perancis

1 batang roti keras(dipatahkan) 4 biji telur ½ cawan susu cair 1 paket sosej ayam(dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu) 1 sudu besar esen vanilla

1.Masukkan semua bahan. 2.Bakar dalam ketuhar,375 c selama 45 minit.

4 comments:

deenierodzhan said...

athirah! kte ske ice cream goreng dgn puding roti!! tlg watkan utk kte, please!!!!

Nurul Athirah said...

haha..

pegimatir said...

yoo..ak suke r..nk try!nk try!

nora said...

Hak..dendeng 2 nme lain'y dging msam manis.dtgla knduri2 kawin ak t,t ak wt.haha..kt kampung2 byk..
Ha..puding roti plak,alaa..2 bndr pnye puding roti..kampung pnye ag sdp..gne roti keras,santan,gula..dibalut dgn daun pisang,kukus..pergh,hidup org kmpung!!