Siapa yang harus terlibat dalam dakwah ini?
Dakwah kampus adalah dakwah yang dilakukan di dalam kampus yang meliputi pelbagai golongan dan bukan sahaja para pelajar tetapi juga pensyarah-pensyarah dan komuniti yang ada di dalamnya.
Di mana kita boleh melakukannya?
Sama ada di dalam atau di luar kampus seperti di taman-taman,restoran dan di mana-mana sahaja kerana muka bumi Allah ni kan luas.
Bagaimana kita hendak menjalankan dakwah ini?
Dengan melakukan dakwah fardhiah iaitu dakwah yang dilakukan secara bersendirian. Dakwah yang boleh kita lakukan melalui imej kita, akhlak dan budi pekerti kita.
Pernah kita dengar slogan ini?
DULU,KINI DAN SELAMANYA..
tapi, bagaimana dengan DAKWAH?
DULU,KINI DAN..
Kita pun x pasti sama ada dakwah ini akan berterusan atau pun tidak. Kalau bukan syabab-syabab, siapa lagi yang akan akan meneruskannya? Adakah orang-orang tua sahaja yang memikul tanggungjawab ini? Renung-renungkanlah..
TO BE CONTINUED..
1 comment:
bgus, nk terlibat ngn dakwah... da ada azam,
hehe.. even the blog could b the mdium
Post a Comment