Monday, February 16, 2009

ukhuwah yang terjalin

Baru-baru ini, aku menyertai satu kem kat kem Raudah, Gombak. Program motivasi untuk Mahasiwa Dinamik & Unggul (MADU). Aku amat-amat bersyukur kerana dipilih oleh Allah sebagai salah seorang peserta.

Aku melihat dan memerhati begitu ramai akhawat. Mereka sangat lemah-lembut, baik terhadapku dan menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang muslimah. Aku berasa malu terhadap diriku sendiri. Walaupun aku pernah belajar di sekolah agama, tetapi apabila berada di luar, aku masih tidak mampu untuk mengekalkan imej sebagai muslimah yang bertudung labuh. Tapi, aku akan berusaha ke arah itu. Insya-Allah..

Ukhuwah yang terjalin di antara kami amat erat walaupun sekadar 3 hari 2 malam kerana kami benar-benar mengharapkan keredhaan Illahi. Aku sempat bersahabat dengan seorang Akhawat yang berbangsa cina. Aku memanggilnya dengan gelaran Kak Raja. Sungguh, budi bahasa dan perilaku Kak Raja membuatkan ku tertarik dengannya. Dia mendahulukan aku dalam segala hal dan aku merasa terlalu dekat dengannya walaupun kami baru sahaja berkenalan. Sehingga aku merasa begitu sayangkannya sebagai saudara sesama Islam.

Kumpulan kami diberi nama Layyinul Harir yang bermaksud selembut sutera. Mudah-mudahan, dengan nama ini, kami mampu untuk menjadi muslimah yang sejati. Muslimah yang mampu menegakkan syiar Islam. Muslimah yang mampu berdiri di belakang lelaki dan memberi sokongan dan bantuan dalam membaiki nasib ummat masa kini.

Melalui kem ini, aku mempelajari pelbagai ilmu baru dan aku berharap agar aku masih diberi kesempatan untuk menggali seberapa banyak ilmu di atas dunia ini dan aku sempat untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik sebelum nafasku terhenti. Sebelum jasadku menjadi kaku. Sebelum aku menutup mata..

Amin.

6 comments:

aeisyulillah said...

salam..
hehe...naper tuk banin paksi tak buat ye?
hmm.. btw, ble bce blog nh.. i kinda get a sense dat i'm readind deeni's blog.. no offence ye!!! mayb juz my feelin..

narumi-shika said...

haha..nonsense..
aku tetap aku!!

dEe-Nie said...

whatver n bla bla bla..

straight to the point my dear,

u know what, my old fren also participate this MADU thing..

hmm.. jd MADU ni wt kt mne ek?? cbe athirah tgk followers blog kte, tgk nme 's.h.s'.. cbe bce blog dia.. dia ada cte psl MADU dan dia jmpe dak ex-sambest.. kte khuatir korg pgi kem yg sme.. cbe tgk, knl x dia?? hmm..

s.h.s said...

haha jap kte confuse athirah yg mne...
mke camne eh?
klu tgk muke insyaAllah igt..

s.h.s said...

jap2 tetibe teringat...awk yg kecik2 n cute uh en...pakai spek..kenal2

narumi-shika said...

waa, kita cute ke? tanx..tapi awak salah pandang kot!