Monday, February 16, 2009

ratu hatiku

"Nurul cakap betul-betul kat ummi, Nurul coupel ke?",tanya ummi dengan tegas. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepala. Air mataku mula bergenang. Aku rasa sangat bersalah, membuat ummi yang sangat aku sayangi menangis dan kecewa keranaku. Anak yang disangkanya baik ini.

Memang salah diriku..Melakukan sesuatu tanpa berfikir. Sehingga menerima cinta kaum Adam semasa usia yang sangat muda dan jagung. "Nurul takkan buat ummi sedih lagi, Nurul takkan buat umi kecewa lagi, Nurul janji ummi, Nurul janji" tekadku di dalam hati.

Untuk mendidikku, ummi hantar aku ke sekolah agama. Alhamdulillah, banyak perkara baru yang aku pelajari di sini, tentang agama, tentang usrah dan yang paling penting sekali tentang kekasihku yang kekal abadi iaitu Allah.

Dan kini, aku amat-amat bersyukur. Kerana kesalahan masa lalu,aku telah mengambil banyak khibrah(pengajaran). Aku bukan lagi Nurul yang dahulu. Aku mampu untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Aku belajar bersungguh-sungguh agar aku berjaya dan ummi gembira. Segala yang aku lakukan adalah untuk ummi tersenyum dan bangga mempunyai anak sepertiku.. Segalanya untukmu, ummi.

Berkat doa ummi di depan Kaabah agar aku berubah ke arah yang lebih baik, aku menjadi lebih prihatin dengan pandangan orang lain kepadaku dan aku semakin sayang kepada keluargaku. Pelajaranku juga semakin meningkat prestasinya.

Aku bersyukur padamu, Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ummi yang hebat dan bersungguh-sungguh menginginkan aku menjadi muslimah yang solehah di atas muka bumi ini. Subhanallah, Allahu Akbar !!

Kepada ummi,

"million-million terima kasihku ucapkan kepada ummi,
yang telah melahirkanku,
yang telah membesarkanku,
yang telah menyayangiku,
yang telah mendidikku,
pengorbanan yang kau curahkan,
tak dapat ku balas,

walau aku diberi kesempatan untuk hidup 100 tahun lagi,
pengorbananmu sungguh mulia,
dirimu tiada galang ganti,
engkaulah ummi sejati,
Aku sangat bersyukur mempunyai ibu seperti dirimu,
Engkaulah ummi,
RATU HATIKU..
Nurul sayang ummi.."



just the real one..

3 comments:

MR NERD said...

erm..cte2 mnarik..
tp an,pe kte an,wat cte in english..kelainan skit..versatile skit..hehe

Ardiana Arshad said...

waaah. hebat nya awak. kita hormat. :)

Nurul Athirah said...

tanx ardiana..
nice to meet u!!