Sunday, February 22, 2009

salah tanggap mengenai coklat



COKLAT. Ia satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian - baik hari jadi mahupun majlis perkahwinan.

Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’.

Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.

Coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah ketagihan. Pemakanannya boleh dihentikan pada bila-bila masa.

Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.



Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat.


Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan adalah orang yang terbaik untuk mamberi nasihat mengenai pengurusan berat badan.



Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat


Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya.Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.

Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid.

Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.



Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.


p/s= who want to be the next person giving chocolate to me?

2 comments:

Zahra Ameerah said...

whoa..!
choc is heaven..!
hehe

Nurul Athirah said...

betul3,
nikmatila kelazatan coklat..
coklat!
aku kangen sama kamu!!