Wednesday, February 18, 2009

is it a coincidence?

Pernahkah anda terfikir, adakah ianya suatu kebetulan mempunyai best friend yang sama nama?.. well, selama duduk bercuti ni, aku telah menjadi seorang yang agak introvert dan memikirkan banyak perkara dalam satu masa..

Aku mempunyai 3 orang sahabat yang amat akrab denganku dan kesemuanya bernama ashikin..haha

shikin 1..
Aku mengenalinya di sekolah rendah. Pada mulanya, kami agak tidak serasi dan selalu bertikam lidah. Tapi, lama-kelamaan aku menjadi salah seorang kawan baiknya. Sehingga kini, aku masih memikirkan bagaimana aku telah menjadi kawannya?..benarlah kata orang tua-tua, jangan terlalu membenci seseorang itu, kelak ia akan bertukar menjadi sayang..
MySpaceMySpace
shikin 2..
Dia seorang kawan yang aku kenali semasa menengah rendah. Bagiku, dia seorang yang baik dan berlemah-lembut jika hendak dibandingkan dengan diriku. Aku selalu tertanya-tanya..kenapa dia selalu ada medical check-up setiap minggu? dia sakit apa? serius sangat ke?

Sehinggalah suatu hari, aku memberanikan diri untuk bertanyakan kepadanya di dalam dewan.
"Shikin, awak sakit apa? teruk sangat ke? takkan leukimia kot?" aku sekadar bertanya.

Dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya Allah, aku seakan-akan tidak percaya..
"Tak kan la, Shikin tipu" ujarku..Aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Betul Athirah, buat apa kita nak tipu awak" tegas Shikin.
MySpace
Serentak dengan itu, aku terus menangis dan memeluknya. Walaupun ramai mata yang memandangku ketika itu. Ya Allah, beratnya ujian yang kau timpakan kepada sahabatku ini. Bantulah dia Ya Allah, Ringankan bebannya Ya Allah. Ya Allah, dengarlah suara hatiku ini..

shikin 3..
Seorang sahabat yang ku perolehi ketika menengah atas. Dia seorang yang penyayang, lembut dan sentiasa tersenyum. Dan yang paling penting, everytime i make a joke, she will laughing. Walaupun lawak yang ku ucapkan bukanlah kelakar mana.
MySpace
For me, she is adorable girl. Pernah satu hari aku tersinggung dengannya(merajuk la kiranya). Aku mendiamkan diri sahaja dan tidak bercakap walau sepatah pun dengannya. Dia sedar akan perubahanku. Kemudian, dia datang ke dormku dan meminta maaf. Forgiving is everything, rite?
Kami pun terus bersahabat sehingga kini..


as a conclusion,

Sometimes you might feel that u will happier alone
But, it’s always nice to have someone to laze around
Someone to think about
Someone to share your joy
So take a chance
Until u have really tried,
So if there’s somebody you miss..
Tell them that u do

Cause there’s something only love can do



ukhuwah fillah abadan abada..

3 comments:

deenierodzhan said...

salam athirah yg cute-mute.
Ini semua takdir dr Allah.
Alhamdulillah awak ada nasib sebaik ini.
Semoga hubungan itu terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

pe jd kat kwn ko shikin2 tuh? siannya...

Nurul Athirah said...

hmm..
sekarang ni dia sihat je..
tapi selalu ada medical check-up
n kena makan ubat byk2..