" kak longg... nak air belimbing"
" kak long, hari ni makan apa?"
" kak long, cepatlah masak!!"
terkadang rasa macam bibik.. haha.. ataupun mamak kat restoren ..
balik rumah, tukar profesion terus..
walaupun kadang-kadang tak suka la adik-adik yang cepat lapar ni.
bila lapar, kurang sabarnya.. asik mengarah je kak long dia..
nak harap kak ngah?.. dia tersangat "rajin"
konon x dapat nak buka gas..shessh
da la terpilih masuk plkn 4 jan ni..
tapi saya pula yang duk pening fikirkan pasal barang dia serba-serbi..
yelah, umi tengah menanda paper spm tu,
tader siapa nak tolong risaukan dia tu
barang x kemas, check-up tak buat lagi..
and dia buat donno je.. omg... risau la
barang saya?.. tak siap juga
risau je takde mende la kalau x gerak kak long oii!
so, lebih baik kita pergi masak sebab kita akan gembira kalau orang lain gembira..
dan kalau makan tu bley buat orang gembira, apa salahnya..
kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita mampu menggembirakan orang lain dan bukanlah kehendak diri semata-mata.. (ok, da masuk falsafah)
saya gembira bila awak gembira
saya sedih bila awak sedih
sebab suasana yang memberi efek kepada emosi kita
anda tidak akan merasa bahagia jika orang sekeliling anda sedang bersedih kan?
saya tinggalkan anda dengan persoalan ni ..
* * * * * * * *
cuti .. memberi ruang dan peluang untuk bersama keluarga
idea untuk memasak datang dengan mencurah-curah
syukur kepada Tuhan, Pemberi Ilham..
resipi diberi nama ===) Trifle the Appetizer..
bahan-bahannya ;
beberapa keping roti
secawan tepung kastard
secawan air
4 sudu besar gula
setengah coklat bar
segenggam kacang hazel
3 sudu buttercup
cream ( untuk hiasan)
cara-caranya;
lapisan pertama
just susun roti dalam bekas ..
basahkan dengan sedikit air
lapisan kedua
campurkan secawan tepung kastard dan secawan air di dalam bekas yang berasingan
kemudian, baru masukkan kedalam periuk. seterusnya, masukkan 4 sudu besar gula.
kacau kastard sehingga betul-betul likat.
haa.. likat macam ni
curahkan ke atas lapisan pertama tadi
lapisan ketiga
cairkan bar coklat dalam periuk. kemudian, masukkan buttercup. kacau sehingga cair. kemudian, campurkan dengan hazel nut..
curahkan atas lapisan kedua tadi
masukkan dalam freezer lebih kurang 3 jam camtu
ni la hasilnya bila dipotong..
hiaskan dengan sedikit krim..
ha, da siap..
sila-sila
SELAMAT MENCUBA !!
9 comments:
(kriukk...)
-bunyi.perut.
chef Athirah!
k.long!hek elehhh..~
sambil angkat tgn..nadhirah bertanya:
"chef athirah,pd lapisan pertama, di atas roti tu ada sapu apa2 ke?"
> amir
buat sendiri, makan sendiri
> imah
imah pun chef jugak =)
> tini
respi baru.. bukan yang aritu..
tini jeles
> nad
atas roti just lembapkan dengan air.. pastu letakkan lapisan kedua -kastard (yang warna kuning tu)..baru letak coklat =)
selamat mencuba!
canggeh ar dia ni...hehe
bawa balik kk1 nnt! =)
perut berbunyi.
> siti
canggeh? bunyi cam robot je
> mar
haha.. x de2
bwk spagetti siam dtg sini!
> nizam
have a try
Post a Comment