kita sebagai pelajar hingga hujung nyawa tidak perlu malu untuk bertanya..
kadang-kadang ada yang beranggapan "malu nak tanya, nanti orang anggap aku bodoh"
ataupun " tak naklah tanya, takut tertanya soalan bodoh, buat malu jek"..
ada pula "aku da pandai, tak payah la tanya-tanya nih, buang karan jek"..
itu bodoh sombong namanya..
bertanyalah..
kerana bertanya itu adalah kunci kepada ilmu
dan ingatlah!
barangsiapa yang bertanya, dia bodoh sekali
tapi siapa yang tidak bertanya, dia bodoh selama-lamanya..
*kening double jerk"
ha.. sekarang pilih..
nak bodoh kejap ke nak bodoh selama-lamanya?? hmm..
malah dalam quran sendiri pun, Allah ada berfirman
" .....maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui"
tetapi dalam bertanya pun kenalah ada adabnya..
jangan nak main terjah je tanya membabi buta, sebaliknya buatlah pemerhatian terlebih dahulu agar soalan yang hendak diberikan lebih tersusun..
lagi satu elakkan bertanya
tentang benda2 yang melangkaui batas pemikiran kita yang terhad
sebagai seorang manusia
تفكروا في الخلق
ولا تفكروا في الخالق
' berfikirlah tentang ciptaan-Nya
dan janganlah engkau berfikir tentang Dzat-dzat Tuhan'
majulah ke hadapan sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang proaktif!!
oh ya lagi satu,
kurangnya sikap suka mencatat menyebabkan pelajar mudah lupa
apa yang telah mereka pelajari..
sebenarnya kitalah yang boleh mendidik diri kita sendiri
janganlah bermalas-malasan sahaja, okay?
sementara bibir-bibir para muallim menyampaikan ilmu
eloklah andai jari-jari anda turut menari-nari untuk mencatat
apa yang telah disampaikan oleh mereka..
tidak perlulah catat kesemuanya
hanya isi penting sahaja.. naahh, mudah kan?
ilmu itu ibarat kuda yang berlari pantas
ikatlah ia dengan kita menulisnya
May Allah Bless Us
No comments:
Post a Comment