Friday, November 26, 2010

exam fever ~

assalamualaikum semua..
alhamdulillah 4 paper da habis.
tinggal lagi 3 paper
okay, baru final sem 1 okay?
banyak lagi y bakal dihadapi..

sini.. disediakan tips2 menghadapi peperiksaan oleh prof athirah.. he


kalau nak exam-exam ni en

ada yang cakap - lek luu, wat sempoi-sempoi jep..

ada lak yang begini - sembahyang, wirid .. takpe, tak payah usaha.. Allah dengar doa kita

ada pula - study, study dan study.. sampai solat jemaah da tinggal sebab housemate lambat sangat..

ada pula yang begitu - time nak exam, solat tahajud bagai.. bila da habis exam .. senang jep solat dilambat-lambatkan.. qiam pun da tak bangun..


senang ya? dekat dengan Allah bila perlu, jauhkan diri bila da senang??

perlu jelas, sama ada, ada exam @ takde exam..
hubungan dengan Allah kena jaga..
hubungan dengan manusia pun kena jaga..

lagi satu soal makan pun kena jaga..
actually, bagi student.. cubalah elakkan makan maggi atau fast food..
wohoo, just a suggestion.. jangan marah naa..
benda yang kita makan tu lah yang banyak mempengaruhi minda kita, kuat ke tak ingatan tu..

dan biasakan makan supplement yang dapat kuatkan minda dan seimbangkan emosi kita..
tak perlu supplement dari farmasi tu... pil-pil tak elok makan.. ia dadah.. haha

kalau boleh, biasakan makan kismis tiap pagi 7 biji.. selawat 7 kali..
cari air zam-zam kalau ada
dan minum madu 1 sudu besar sekali..
benda ni akan berkesan kalau mula dari awal..
selalulah istiqamah dan anda dapat melihat hasilnya betapa hensemnya ingatan anda..

saya sudah mengamalkan makan kismis sejak form 2..
tapi since masuk uni ni, top up sekali la dengan madu..wuhuu
plus nak exam ni, umi bagi air zam-zam.. thanks ummi =)

haa lagi satu, kalau nak hang out dgn member2 pun
cubalah elakkan pergi tempat yang terlalu ramai orang..
serius, saya pernah pergi mid valley sebab nak main boling dekat sana
dan apa yang saya lihat amatlah menyakitkan mata dan hati saya.. saya pasti anda tahu apa yang saya maksudkan..
plus lane bowling kat sana sangatlah licin dan x best..

as compared dengan lane dekat seremban parade, lagi best..
tapi tak bleh lawan megalanes dekat endah parade.. walla..haha

relevennya begini
ramai orang, banyak maksiat, 360 darjah pusing pun ada, kiri kanan.sume ada.
dengan amoi-amoi melayu lagi, saya pula yang terasa malu di situ walaupun sesama perempuan..hmm

nak dijadikan cerita, balik dari mid tu, saya mula la nak study malamnya
kenapalah payah sangat nak lekat malam ni, selalu biasa okay je saya belajar..
tak payah sampai nak ulang sampai 5 6 kali..
check check balik, rupanya sebab siangnya mata da terlihat aurat plus maksiat sume..
bila hati gelap, ilmu pula susah nak masuk sebab ilmu tu cahaya dan cahaya tidak akan masuk dalam hati yang kotor..

astaghfirullahalazim.. kejadian ni buat saya sedar, kalau nak melangkah kaki ke mana-mana tu, fikir la baik buruknya.. lagi2 kalau kl central atau jalan chow kit.. fikir sehabis baik.. bukan takat pikir 2 3 kali, tapi fikir 20 kali dulu.. baru buat keputusan nak gerak kemana..

bumi Allah ni luas dan banyak jep alternatif tempat yang lain untuk dijadikan tempat riadah =) betul tak? rasa nak cadang kat usim, buatla pusat bowling, boleh tak?..please?

part best --> selalulah minta doa dan kemaafan dari ibu dan ayah anda..
ingat tak betapa mustajabnya doa mak si Tanggang sampai dia tu boleh bertukar jadi batu?..
bila Alqamah payah nak mengucap sebab ibunya terasa dengannya yang melebihkan isterinya..

jadi, gunakanlah senjata doa ibu anda yang mustajab lagi barakah itu agar ibu anda sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anda..

saya tahu bila doa ummi tu mustajab..
sebab time pmr, ummi jadi pengawas peperiksaan,,
kiranya, beliau tahu tarikh dan masa saya menjalani peperiksaan..
and then ada seorang ustazah ni bagitau ummi suruh bacakan yasin untuk saya setiap kali saya mula exam pmr..
alhamdulillah, result okay.. =)
time tu nangis tersedu-sedan,, mana tak terharu woo..
time upsr dapat 3A 2B jep..

alhamdulillah, time spm pun sama ..result okay..
expect the unexpected~

untuk anda yang membaca, kalau nak fotostat jadual exam tu janganlah lokek untuk fotostat lebih untuk ibu anda,, bukannya memaksa ibu anda suruh baca yasin but at least, mereka mendoakan anda setiap kali anda berjuang di medan peperiksaan tu..
ingat doa ibu tu makbul.. lebih makbul dari doa anda.. percayalah =)

video di bawah ni ditujukan untuk semua ummi, ibu, mama, mami, maak seluruh dunia..


psst.. kreatifkan org yang buat video ni?


kadang-kadang kan , saya pelik gak bila ada orang cakap macam ni
" alaaah, kalau yang excellent gler dalam exam pun tak tentu boleh berjaya dalam hidup"

uiyoo, sesedap rasa buat ramalan nujum pak belalang
ya, saya akui result exam ni bukanlah kayu pengukur untuk kejayaan dalam hidup
sebab banyak lagi resepi untuk berjaya bukan takat atas paper jep..
but at least "org2 yang excellent gler" tu dah buktikan yang mereka sudah berusaha sehabis baik.. dan alhamdulillah hasilnya Allah beri kejayaan kepada mereka..

janganlah kita jadikan tak semua yang excellent berjaya dalam hidup sebagai tiket untuk mengambil remeh soal exam dan study cincai-cincai jep..
ingat dengan buat macam tu, masa depan anda pun terjamin ke?

p/s : jangan risau sebab saya tak terasa hatilah.. shh.. sebab belum lagi tergolong dalam org2 yang excellent gler.. payah gak en nak dapat 4 flat kat usim ni?.. haha.. saya just nak defend jep orang2 yang da kuat usaha, tapi senang2 jep orang lain nak perlekehkan pencapaian mereka.. tak gitu?

pada hemat sayalah kan, semua orang layak untuk mendapat A dan semua orang berhak..
halangan yang terbesar adalah diri anda sendiri..
perlu diingatkan bahawa cara belajar kat uni amat berbeza kalau nak banding dengan time sek men..
kalau kat sekolah tu, boleh la nak study time exam nak dekat jep..
tapi kalau kat uni, kena sentiasa peka bukan pekak.. plus dengan continous achievement lagi.. carry mark, assignment.. senang cakap banyak beza lar dengan zaman sekolah..

dan saya dapati ada masa kita perlu belajar sendirian agar kita dapat memahami dan menghayati apa yang telah kita pelajari dan ada masa kita perlu belajar dalam kumpulan agar saling berkongsi kepintaran antara satu sama lain..

macam sebelum exam buss econs hari tu
pura bertandang ke rumah jirannya iaitu saya untuk bertanya soalan
tersesat pula dengan anah yang mencari aina di rumah saya
aina pula datang untuk mengetahui khabar yaya
kemudian, menjelma pula mardhiah dan asma dari gunung untuk bertapa..

akhirnya terbentuklah sebuah bulatan macam halaqah dan kami sama2 berbincang..
alhamdulillah, semua dapat top up masing2 apa yang kurang

hakikatnya, saya manusia biasa.. cuma kita cubalah untuk berkongsi apa-apa yang terlebih tu biar semua orang dapat A.. insya-Allah..

mungkin ini tangga pertama dalam usaha menjadi seorang pensyarah.. insya-Allah =)

kita berusaha.. Allah jualah penentu natijah

kalau kita usaha,
kita yakin dengan usaha kita,
kita yakin Allah tak kan sia-siakan hamba-Nya..
insya-Allah kejayaan itu akan menjadi milik kita jua..

kalau tak sekarang, mungkin akan datang
kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat..

dan seharusnya kita re-check balik niat kita belajar selama ni..
adakah untuk exam semata-mata ?
lu pikirlah sendiri..

hakikatnya kita belajar kerana Allah
nak jadi orang beriman yang berilmu dan beramal

dan kalau kita nak buat sesuatu untuk Allah
mestilah kita buat dengan bersungguh-sungguh..

barula namanya mukmin profesional.. tak gitu?

nota kasut bata ;

okaylah, rasanya dah penat saya menaip.. dan sebenarnya banyak lagi resepi untuk berjaya dan saya hanya tulis seciput sahaja sebab itu jep yang saya tahu..

oh ya, jangan tinggal solat, ma'thurat plus mengaji quran ye..hmm, doakan saya jugak..
exam tak bermaksud segala kewajipan lain ada rukhsah.. okay?

May Allah Bless Us

2 comments:

Qurratu Aini said...

hehe,,sweet la lgu tuh..

Nurul Athirah said...

yup.. sweet mcm coklat =)