Wednesday, November 3, 2010

delete atau tidak -sebab musabab

hmm, da lama sebenarnya nak post pasal benda ni..
rangka semua dah ada - tertulis di dalam otak .. dan kini aku mengorek-korek kembali isinya..
memuntahkan dalam bentuk aksara-aksara .. (okay, x best)

kesian semua pembaca blog ini..
saya memang pelik kan? (i am judging myself.. ha ha)
kejap mahu menulis blog dan kejap mahu membungkusnya
bukan kerana tidak tetap pendirian.,.

bayangkanlah, ketika anda moody, berjauh hati, dan senang kata tengah sedih..
dan internet terpasang.. blog di depan mata..
apa yang anda fikirkan hanya ingin menutup blog..

okay, saya dapati kawan-kawan saya juga ada yang berbuat begitu..
mungkin juga mereka berasa seperti tidak real
berkomunikasi dalam alam virtual memang tidak sama dengan realiti

sedih itu juga mungkin datang dari blog
okay, ha ha..
saya lebih sukakan komentar yang berbentuk buah fikiran

buat kaum adam, sila jaga kata-kata anda kerana saya boleh terjatuh hati..
jagalah kesucian hati anda juga..
blog ini bebas untuk sesiapa sahaja - respon atau apa sahaja
cuma gunakanlah bahasa yang baik (budi bahasa budaya kita)

saya tidak berjauh hati kalaupun post2 saya tidak ada orang komen
sebab niat saya berkongsi ..
dan sebab tu saya letak traffic feed dan bilangan pengunjung..
saya tahu ada orang baca ..
ataupun saja-saja singgah sebab nak pergi kat link2 kat sidebar tu..
tapi saya tak kisah...
tak ambil hati pun..
tak komen post ni pun taper =).. sebab niat saya berkongsi..

tapi cam pelik sebab ada juga singaporean yang baca.. terharu..hoho
kalau mesir n jordan = mestilah hajar,shikin dan sekutu-sekutu
terengganu = fatin safiqa, adibah ibrahim, najwa
ha ha.. watch out.. i am watching you..
kira saya tahu je sapa yang datang blog ni..don't worry

dan bila saya uar-uarkan yang saya nak delete
dapat pula respon.. ha ha
lagi la saya tahu rupanya ada je pembaca blog ni

mula-mula saya buat my crystal suka-suka
kenal blog lepas spm..
post pun merepek-repek sikit.. (okay, banyak kerepek)

dan bila masuk usim
masuk alam siswi ni.. banyak input yang dapat
kehidupan memang mematangkan
bagaimana kita memandang kehidupan, itu yang penting

so, banyak input dapat..
why not share it with others?..
apa yang saya tulis pun dari apa yang saya rasa, apa yang saya dengar, apa yang saya baca..

penulisan saya memang begini..
saya tidak pandai tulis pendek-pendek..
saya tidak pandai bermain kata..
saya suka buku, saya suka membaca, saya suka perkataan
sebab tu saya tulis panjang-panjang.
-dengan harapan daripada banyak-banyak yang saya taip tu, kira ada la 2 atau 3 benda yang sampai dekat pembaca..

dan bila saya buat keputusan nak bungkus blog ni
tiba-tiba dapat banyak inf0, some sort of ilmu
dah terbiasa share dalam blog, takkan nak tulis dlm diary plak? heh

memandangkan ada demand, so kena la ada supply
kalau tak, tak praktikal ekonomi y saya belajar tu..
permintaan dari hati untuk terus menulis
permintaan dari kawan-kawan .. (ada kot.. ha perasan)
akhirnya, saya buat keputusan untuk terus menulis..

yup, blog ini mungkin terhenti..
cuma tidak tahu bila..
sehingga saat itu izinkan saya untuk menyebarkan walau satu ayat cuma..


p/s : mungkin boleh jadi rujukan anak cucu :P
ha ha.. gurau je la..

8 comments:

tepianmuara said...

oh begitu..


terpulanglah


ada post, aku baca.
dan hargai.


eh, aku dari jordan juga tau!

mar mp 86 said...

eh! jangan la delete..

bnyk input yg sy dapat.. =)

Nurul Athirah said...

> tepianmuara

heh..
itu aku tau..


> mar mp

baik miss kete beetle !
my pleasure..

AmirSyafiq said...

perkara.biasa.
lumrah.blogger.

[amirS] biar.masa.menentukan.segalanya.

morsmode said...

ha, nak delete?






tak payahlah delete.. ok?



he he he

Nurul Athirah said...

> amirsyafiq

kita yang melalui masa-masa,
kitalah yang mengisi masa juga..

biar masa ini menjadi pertolongan jwb mungkar nakir nanti..
masa yang dihabisi, ada juga yang dikongsi.. moga bermanfaat.


> matadore

eh, eh..
akak tak cakap pun nak delete la..
tu peristiwa lampau..

berharap ke ni?

Aishah Nur Hakim said...

akak pun datang tau, tapi dari seremban. ada?

;p




emm..emosi selalu buat kita rasa nak tutup blog. mungkin sebab blog ada pintu2 kecil ke hati kita, yang kita takut bisa diceroboh orang yang entah sipa2. kan? ke?

Nurul Athirah said...

terima kasih

ya, sebolehnya kita tutup segala jalan yang boleh melalaikan kita daripada-Nya..


hatiku Milik Allah
Athirah Solehah