alhamdulillah, saya sudah mengkhatamkan novel Tautan Hati. Tulisan Kak Fatimah Syarha.
Penulisannya sangat mematangkan. Dari helaian awal sehingga helaian terakhir, beliau begitu pandai mengolah ayat dan mempersembahkan dalam bentuk yang Islami..
okay, baiklah..
sekadar rumusan novel ini..
Fatimah Syarha memulakan karyanya dengan mengenengahkan masalah akidah dalam kalangan ummat Islam. Terutamanya para remaja dan siswazah.
ungkapan "Dia Tak Sama" oleh Asiah Yusra. Dia tidak sama maksudnya Allah tidak sama dengan makhluk. Kita tidak boleh menerewang terlalu jauh sehingga memikirkan Zat-Zat Allah, jangan sampai kita berfikir siapa yang mencipta Allah.. ini sangat bahaya. syaitan cuba menghasut pemikiran kita dan kalau dibiarkan masalah akidah ini akan berlarutan. Pincanglah masyarakat..
Andai timbul keraguan di dalam hati..
Beristighfarlah dan memohon dijauhkan daripada hasutan syaitan dan iblis.
ingat
DIA TAK SAMA !!!
seterusnya, kisah mengenai Elya Khadeeja dan Asiah Yusra yang bersahabat baik. Mereka saling berhubungan walaupun terpisah tempat tetapi matlamat mereka masih sama. Ke mana pun mereka pergi, mereka masih mengekalkan identiti-identiti Islam itu sendiri. Mereka tahu tanggungjawab mereka kepada masyarakat sangat besar, justeru merekalah duta-duta Islam kepada masyarakat. Kita perlu tunjukkan teori dihayati dan diterjemahkan melalui amalan.
apa yang menjadikan novel ini istimewa pada saya?
mengapa pula tajuknya Tautan Hati ?
novel ini sangat menarik
hati-hati mereka tertaut kerana cintakan Allah.
hubungan mereka lebih kekal kerana mereka terikat dalam satu akidah yang sama.
tautan hati yang dibina dalam halaqoh amat berbeza dengan hubungan biasa2 dengan kawan2 biasa.
dalam halaqoh la kita boleh berkongsi musykilah, ilmu dan peringatan antara satu sama lain.
alhamdulillah, saya mudah untuk memahami buku ini kerana kehidupan di dalamnya sedikit sebanyak saya sudah lalui.
saya juga sudah merasa manisnya halaqah =)
mungkin bagi mereka yang tidak biasa dengan kalimat-kalimat Islami akan pelik dengan perkataan2 halaqah, usrah, akhawat, ikhwan dan lain-lain lagi.
tetapi apabila anda mendalami buku ini hingga ke helaian yang terakhir, anda akan jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh Fatimah Syarha.
tetapi apabila anda mendalami buku ini hingga ke helaian yang terakhir, anda akan jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh Fatimah Syarha.
Buku ini tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Sesuai sahaja untuk dibaca oleh semua peringkat umur..
di pengakhiran novel, diceritakan bagaimana cara yang benar untuk membina baitul muslim- melalui taaruf dan sebagainya. semuanya menurut aturan Islam. cantik sungguh hasil garapan beliau. cantik lagi Aturan Allah yang telah tersedia untuk kita mengamalkannya.. tak nak atau tak mahu? tepuk Iman tanya Amal.
akhirnya, segala yang kita lakukan perlulah dikembalikan kepada Allah..
bertawakkal dan redha dengan qada' dan qadar yang ditentukan..
Hassan Al-Banna bisa menjadi Imam Asiah Yusra,
siapa sangka Umar Al-Mujahid yang berjaya memiliki hatinya??
okay, anda mesti tak faham kan? takpe.. buat2 faham je kay.. :P
sungguh, hati saya tertawan dengan buku ni..
serasa masa-masa yang terluang untuk menghabiskan novel yang mempunyai 785 halaman ini bermanfaat.
ketika membacanya, sedar-sedar sahaja saya sudah mengalirkan air mata.
menghayati barangkali :)
pesanan penaja : milikilah buku ini. buku ini ada roh islami. senang nak faham. gaya penulisan yang santai dan hujah2 yang lengkap tersedia untuk menjawab sebahagian persoalan anda tentang Islam. percayalah, anda tidak akan menyesal mengorbankan RM 29.90. anda akan memperoleh mutiara-mutiara pengisian yang lebih mahal dari itu.. percayalah!
_______________________________________________________________________
2 kali kedatangan kak Fatimah Syarha ke Nilai.
kali pertama, beliau datang bersama Ustaz Pahrol Juoi di Masjid Nilai. Membicarakan soal cinta remaja. dengar kata, pelajar uia bersungguh-sungguh membetulkan lcd untuk menonton gambar2 perkahwinan kak Fatimah Syarha yang bersederhana itu.. tak hairanlah, saya juga mengkagumi beliau. =)
kali kedua, beliau datang ke USIM. pengisian selepas solat Jumaat. tentang cara2 menggapai taqwa. time tu bulan Ramadhan. ramai juga yang datang memenuhi lecture hall untuk mendengar taujih daripada beliau dan suaminya.
dan kedua-dua kali kedatangan beliau tidak dapat saya raikan. T_T
disebabkan ada hal yang lebih penting.
tapi tidak mengapa.. saya sayangkan beliau kerana Allah
melalui penulisan beliau, pendirian saya terhadap Islam lebih kukuh.
saya perlu ada Izzah sebagai Islam, bukan riak dan sombong (Ya Allah, Jauhkanlah)
buku ini mendorong saya supaya berusaha menjadi lebih baik.. insya-Allah
Apa lagi yang lebih membahagiakan selain daripada menyerahkan sepenuh kehidupan untuk Allah? ~ athirah solehah~
kalau sahabat yang baik ialah sahabat yang apabila kita memandangnya, ingatan kita akan kembali kepada Allah.
samalah juga buku yang baik ialah buku yang membawa kita supaya mengingati Allah.
saranan buku lain :
Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul – Fatimah Syarha
Denyut Kasih Medik – Farhan Hadi
Terasing – Hilal Asyraf
9 Nyawa – Ramlee Awang Mursyid
Apa ertinya saya menganut Islam – Fathi Yakan
Syahadatul Haq – Abul A'la Al maududi
Nota Fikir untuk Zikir – Ust Pahrol Juoi
kalau sahabat yang baik ialah sahabat yang apabila kita memandangnya, ingatan kita akan kembali kepada Allah.
samalah juga buku yang baik ialah buku yang membawa kita supaya mengingati Allah.
saranan buku lain :
Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul – Fatimah Syarha
Denyut Kasih Medik – Farhan Hadi
Terasing – Hilal Asyraf
9 Nyawa – Ramlee Awang Mursyid
Apa ertinya saya menganut Islam – Fathi Yakan
Syahadatul Haq – Abul A'la Al maududi
Nota Fikir untuk Zikir – Ust Pahrol Juoi
Versus - Hlovate
dan banyak lagi
p/s : datang ke nilam dengan tangan kosong, sedar-sedar berlambak buku yang saya beli tersusun dalam locker. lebih banyak daripada buku teks kot .. haha :) ..
May Allah Bless Us
11 comments:
Alhamdulillah
athirah dpt abiskan novel tu..=)
semoga pemilik buku tu juga memperoleh pahala dan kebaikan krn tlh meminjamkan buku itu dan insyaallah memberi manfaat kpd pembacanya..=)
dan semoga sedikit sebyk kita dpt amlkan bersama2..amiin
> yati
thanks ey bagi pinjam
tapi kita ingat kita nak beli untuk sendiri punya
hehe
walaupun mcm da lama buku ni publish.
kita baru baca T__T
ketinggalan ~ uhuk
ei, bku2 yg tira bce same cam bku2 kte bace. yg kt saranan tuh, byk bku same.. heh
saranan lagi 1, cuba cari buku 'cinta di rumah hasan al bana.. bermanfaat sangat.. insyaAllah =)
> fadh
sama itu penting..he
tapi menghayati tu lebih penting, kan? =)
thanks..
nati kte try cari..
bagus-bagus. tulis lagi dan lagi..
athirah,
baguslah rajin baca novel
penuh penghayatan dan kefahaman
bagi nasihat sikit,
macam mana nk naikkn minat muna baca novel?
hanya 1 novel yg pernah dhabiskn spnjg hidup ni, novel "hari2 dalam hidupku-zainab alGhazali"
hurm..
> nidzam
insya-Allah
> muna
sepanjang hidup?? satu novel?
novel time pmr n spm?
cincai kira 3 la tu.. =)
rujuk wahyu pertama,
mungkin boleh jadi motivasi.
melalui pembacaan, kita boleh tau banyak perkara,
pemikiran, kehidupan, tempat2 luar sana..
umat Islam kena kuasai ilmu,
jadilah muslim profesional,
protaz ^_^..
bgus larh mak cik athirah simpan bebanyak novel ilmiah,pastu budak tni gie bace kat kl keyh ! hhahaha ! ^_^
haha..
tini, i am ur cousin la
not ur makcik .. ceh !
meh la datang ziarah kat kl ni..
boleh jenjalan sesama =)
ha'a..ahad nih,insyaAllah smpai umah kak long....wakakakaka..k.long,leh x follow blog tni..but jngan bcer pape tau..malue..kbudak2-budakkan...hehehe
Post a Comment