ilmuwan Islam, Syed Naquib Al-Attas pernah berkata;
“manusia yang bertamadun ialah manusia yang dapat membebaskan dirinya daripada kekuasaan dan pengaruh mana-mana makhluk sehingga hanya tunduk kepada Pencipta Alam”
* * * * * * * *
sebenarnya, peperiksaan akhir untuk semester 1 sudah lama berakhir tapi kitorang still kena datang kampus sebab ada program ALSP dan ELSP ..
ALSP = ARABIC LANGUANGE SUPPORT PROGRAM
ELSP = ENGLISH LANGUANGE SUPPORT PROGRAM
ramai pelajar yang macam bengang gak la sebab program pengukuhan bahasa ni ambil cuti kitorang. daripada cuti 3 minggu, alih-alih tinggal 2 minggu je cuti. tapi, kira okay gak en sebab still ada cuti daripada tak cuti langsung.. betul tak? he
untuk program ALSP ni, Alhamdulillah, kitorang dapat ustazah yang sangat cool. Namanya Ustazah Nursyafawati. Lulusan Universiti Mu’taah, Jordan dalam bidang Usuluddin. Orangnya tenang sahaja. Walaupun ustazah tak major dalam bahasa arab, tapi ustazah still dapat menyampaikan ilmunya dengan berhikmah.
saya rasa cukup bertuah dapat mengenali beliau. seorang yang mempunyai izzah yang tinggi sebagai seorang Islam.
saya masih teringat lagi nasihat beliau
“kamu kalau nak jadi baik, betulkan solat.. betulkan solat..betulkan fatihah kamu dulu, baru akhlak, sikap dan peribadi kamu akan menjadi baik”
saya amat bersetuju dengan ustazah dalam hal ni. nampak ketegasan ustazah bila beliau mentaukidkan perkataan ‘ betulkan solat, betulkan solat kamu dulu’.
ya, solat sangat berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang muslim yang mukmin..
bak kata Ustaz Pahrol dalam solusi isu No.26
Rukun Iman (input) + Rukun Islam (proses) = Ihsan (taqwa)
dalam Rukun Iman, kita cuba membentuk keyakinan dan kepercayaan terhadap Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan Qada’ dan Qadar.
tidak cukup dengan hanya percaya, sebab tu la gak kita kena follow Rukun Islam. maksudnya, test teori kita dengan amalan praktikal. syahadah kita, solat kita, puasa, zakat dan haji bagi yang berkemampuan. sudah terlaksanakah atau belum? sempurnakah atau tidak?
so, kita nampak kat sini, world view kita sebagai seorang Islam ialah hidup menurut landasan syariat. Bukan sahaja luaran, tetapi dalaman yang lebih penting seperti pemikiran, percakapan dan perlakuan.
masalah yang berlaku pada hari ini, ramai yang melihat Islam seperti pengganas, kejam dan sebagainya. sepatutnya kita berbalik kepada diri kita balik, adakah kita benar-benar mengikut ajaran Islam yang sebenar atau hanya mengambil sebahagiannya saja?.. hmm, fikir-fikirkanlah..
okay, berbalik kepada program ALSP
setiap kumpulan wajib membuat persembahan. dan ianya dikira pertandingan.
saya berharap dapat musamarah (choral speaking) ataupun nasyid(laki je yang nyanyi, hoho)
but then, bukan apa yang selalu kita harapkan akan menjadi kenyataan kan?
kumpulan kami terpilih untuk membuat persembahan boria..
omg, selama ni saya tak pernah naik pentas untuk boria ! never!
wargh.. serabut otak fikir..
takkan akhawat nak kena menari atas pentas tu pulak??
dalam kitorang sibuk-sibuk duk wat musyawarah untuk persembahan ni, tetiba ustazah mencelah..
ustazah kata :
“kamu nak buat persembahan ni, kamu betulkan balik niat kamu.. kamu bukan nak naik pentas saja-saja tapi kamu nak share dan ajak kawan-kawan kamu supaya menggunakan bahasa arab dalam kehidupan seharian”
“dan pernah tak kamu terfikir
boleh ke akhawat menari atas pentas ? suara perempuan hukumnya apa?”
kami semua menundukkan kepala. suasana dalam kelas berubah. diam. ustazah menyambung;
“kamu cuba elakkan daripada menarik perhatian lelaki atas pentas tu. jaga maruah diri kamu” (masa ni just akhawat je yang ada dalam kelas sebab syabab pergi solat jumaat)
cuba kamu bagitau ustazah, perkara apa yang kalau kamu buat akan menarik perhatian budak lelaki?
“suara…. lenggok badan… cara jalan… cara berpakaian” (masing2 cuba memberikan pandangan sendiri)
tiba-tiba syabab masuk kelas.
ustazah mengajukan soalan itu kepada syabab pula:
“perkara apa yang akhawat buat akan menarik perhatian kamu??”.. Malunya rasa time ni..
seorang syab cuba menjawab.. “ catwalk kot”..
semua diam.
“macam mana ni ? syabab kenalah jaga akhawat ! takkanlah akhawat pula yang nak menari kat atas tu?.”
“ sekarang ni pandai-pandaila kamu fikir, cari cara sendiri agar kamu dapat mempersembahkan boria kamu.. boleh je kamu buat boria versi islamik, tidak semestinya kita kena ikut boria dulu-dulu.. cuba buat transformasi.. walaupun kamu buat cara Islam, ia tidak sepatutnya menyekat kamu daripada menyampaikan persembahan kamu dengan baik”
masing-masing mengganguk.
persediaan dalam masa semalaman diberikan.. tidak cukup masa rasanya.
daripada lirik dan gaya, semuanya kitorang perlu sediakan sendiri.. okay, plus semua dalam bahasa arab..
Alhamdulillah, kitorang dapat mempersembahkan boria dengan baik..
walaupun dengan cara Islami dan berpakaian Islami..
dan kitorang dapat no.2 dalam pertandingan tu .. =)
say what? Alhamdulillah..
مرحا يا الاصدقاء !
SYABAS SAHABAT-SAHABAT!
p/s : victory is not so important, moments are more important and Islam is the most important!
masa nak berpisah dengan ustazah tu.. saya sempat request kat ustazah..
“ustazah, pesanan terakhir?”
“erm, kamu nak pasal study ke pasal hidup ??”
kitorang pilih pasal hidup
“okay, ustazah nak tanya.. kalau kamu bangun pagi, mana yang penting dulu?..akhlak, ibadah, aqidah atau taqwa?
“ aqidah”.. serentak kami menjawab
“ ya, sebab tu la pagi-pagi kamu kena mengucap 2 kalimah syahadah.. aqidah tu lah asasnya.. barulah diikuti dengan ibadah, akhlak dan taqwa.. ustazah nak pesan, kamu kalau kamu betul-betul nak jadi baik, jaga solat kamu.. .. okay, jujur dengan ustazah, selalu kalau kamu dengar azan kamu buat apa?
diam.
“ maybe buat kerja lain dulu kot”.. sorang mencelah
“ sekali lagi, ustazah pesan.. jaga solat kamu.. baru semua benda akan terjaga.. dan ingat, bila kamu menghadapi ujian, cuba buat 2 benda ni.. sabar dan tenang..insya-Allah, apa pun yang kamu bakal tempuhi, semuanya akan dipermudahkan Allah"
saya tersenyum..insya-Allah..
sungguh semua yang terucap dari bibir ustazah adalah hikmah.. dan perlu dihayati sedalamnya.. perlu jua diaplikasi dalam kehidupan seharian..
bertemu dengan ustazah ibarat bertemu sebutir mutiara yang amat berharga.. saya berharap dapat berjumpa dengannya lagi pada masa akan datang.
May Allah Bless Us
10 comments:
alhamdulillah dapat jumpa mujahidah macam tuh. syukur sangat.
Ya, kita generasi islam perlu tiupkan ruh islam dalam apa jua perkara.
Teringat kata-kata Buya Hamka, "tidak ada yang tetap dalam dunia ini, yang tetap hanyalah perubahan"
Yok, mari berubah ke arah Islam yok!
bestnye pesanan ustazh korg.. em. gambar ustazah xd ke? nk tgk.. hehe
pesanan2 ringkas nilah yg beri kita kekuatan mnghadapi ketakutan (takut futoor)..
> syazwan
yup, alhamdulillah..
satu pertemuan yang bermakna walaupun 4 hari saja..
membangun bersama Islam.. takbir!
> mar
gambar?..
insya-Allah, kalau ada nanti ..
adalah.. he
> hanis zikri
betul3
sebab kita manusia dan perlu saling ingat-mengingatkan..
btw, muallim hanis mesti lagi hebat kan? =)
aqidah + ibadah + akhlak = taqwa
i knew you read it too =)
syukran..
masyaALLAH, peranannya melebihi seorg mua'limah.
alhamdulillah, lsp yg kita rungut2kn itulah hakikatnya mengajar 1 lagi erti hidup..love alsp!
kenape kita t'pilih untuk boria pon ade hikmahnya..menguji sejauh mana kita b'amal dgn syariat.
nice post athirah..
> imah
^__^
2: 216
ewahh.(boria.)
err??
Post a Comment