dihantar tadika islam
sekolah rendah agama
sekolah menengah agama
universiti islam
sekolah yang saya senaraikan itu semuanya merujuk kepada diri saya dan bukannya orang lain.. membesar dalam suasana yang memberi saya banyak ruang dan peluang untuk mendalami agama Islam ini.. alhamdulillah, saya berasa amat bertuah kerana saya di antara yang terpilih untuk mendapat pendidikan tentang Islam sejak dari kecil..
semasa kecil, saya selalu berfikir.. bila semua ilmu ni akan saya gunakan?.. saya pelik ramai kawan-kawan asyik menghafal buku untuk menjawab peperiksaan semasa sekolah rendah.. masa itu kawan terbaik saya adalah tv.. jangan tanya kenapa, saya memang belum ada kesedaran lagi pada waktu itu..yang peliknya paling teruk pun, saya akan dapat nombor 8 dalam peperiksaan.. haha.. saya rasa kawan-kawan saya pun tak belajar juga kot.. he
saya semakin membesar bersama masa dan usia. berjaya keluar daripada alam persekolahan membuatkan saya lega. oh, sebenarnya saya agak tidak menyukai sistem "exam oriented".. UPSR, PMR dan SPM.. kebanyakan manusia agak suka mengukur dan menghukum kami-para pelajar berdasarkan keputusan. mungkin disebabkan itu juga saya agak tekun dalam belajar.. sebab tak nak dikata orang ?.. ah, itu niat yang salah.. saya memperbetulkan niat.. jadi berjaya sebab Allah yang suruh !.. ha, barulah betul =)
habis SPM, masing-masing ada haluan sendiri.. ada yang stay dan ada yang fly.. di sinilah ramai yang diuji.. sejauh mana ilmu yang ada di dada akan teraplikasi atau hanya tinggal di atas kertas peperiksaan saja ?..
ada yang semakin dekat dengan Tuhan.. dan ada yang semakin jauh dengan Tuhan.. terlalu jauh sehingga saya berfikir, adakah saya dapat menariknya kembali ke jalan-Nya?.. sayu rasanya bila melihat gambar kawan-kawan saya di dalam FB.. ada yang bakal menjadi wartawan, malah profile pagenya juga bergambar dengan Fasha ***.. sedih, tersangat sedih.. mungkin saja membuat FB ada hikmahnya walaupun pada asalnya saya terlalu tidak mahu untuk membuat akaun FB.. mungkin saja Allah mahu tunjukkan kepada saya, semakin ramai kawan-kawan saya yang hanyut.. adakah saya mahu hanyut sama ??. apa peranan saya dapat dalam membantu kawan-kawan saya yang lain??..
terlalu lama lost contact dengan dia... saya mengutuk diri sendiri.. bagaimana ni?.. hmm, saya tidak boleh berputus asa.. saya perlu mencari jalan untuk terus berhubung dengannya.. saya tak mahu dia terus hanyut sama..
soal gejala sosial ni sebenarnya masalah ikhtilat dan hati.. dan sekarang ni trend da macam terbalik.. kalau dulu, ramai yang jahil.. tapi sekarang ramai yang berilmu and most of them dapat pendidikan agama dari kecik sampai la besar.. alangkah sia-sianya ilmu yang dipelajari tidak dapat diamalkan..
العلم بلا عمل كالسحاب بلا مطر
ilmu tanpa amal ibarat awan tanpa hujan
bukanlah hak saya untuk menghukum mereka.. ah! sungguh tidak layak.. tetiba saya teringat-hate the sin, not the sinner..
saya juga belum sempurna.. tapi saya mahu sama-sama jadi orang muttaqin bersama mereka.. duhai kawan, sedarlah.. hidup atas dunia ni tak lama.. sekejap je dan kalau nak diumpamakan hidup seperti jarak masa antara azan dan solat.. sanggup mati tanpa redha-Nya?
kalau tanya orang tua-tua, mesti mereka akan cakap "alangkah beruntungnya orang muda, masih ada masa, tenaga dan keringat untuk berjuang dijalan-Nya".. "alangkah malangnya aku mempersiakan waktu mudaku yang telah lalu.."
sedarlah diri dan sahabat sekalian, mahukah kita nanti .. bila dah tua, masih lagi mengucapkan penyesalan akibat tidak menggunakan masa muda sebaik-baik?.. mahukah masih lagi mengatakan " kalaulah".. "if and only if"... sedangkan kita ini masih lagi muda..
ayuh! jangan hidup dalam penyesalan..
semua perkara yang berlaku ada sebabnya.. dan benda-benda yang berlaku dalam kehidupan saya, membuat saya sedar bahawa ----> zon selesa itu membunuh!
diri terasa hebat sebab rasa ilmu terlalu cukup di dada.. buat apa jadi baik? aku da cukup baik.. dulupun sekolah agama.. takyah la nak tegur-tegur.. alah, bab-bab ni semua aku da belajar la kat sekolah.. ni apa tayang palestin2 nih, kat sekolah pun tayang, kat sini pun nak tayang lagi?.. lepak arr beb.. bosan ar!
kalau ada ungkapan-ungkapan ini yang pernah terlintas di dalam hati anda, mintalah pengampunan dari-Nya.. astaghfirullahalazim..
sedarlah !! Islam tidak memerlukan orang macam kita.. tapi kita yang perlukan Islam..
mungkin sebab kita Islam sejak lahir.. terlalu selesa dengan keadaan dimana kita berasa terlalu baik.. lebih baik daripada orang lain.. etnosentrisme yang menebal.. senang cakap, perasan bagus?
hebatkah diri jika dijulang manusia tetapi dihina Tuhan?
janganlah dinilai " baik" itu dari sisi manusia tetapi nilailah diri kita mengikut neraca Tuhan.
jadi kawan-kawan, please don't take things for granted..
pilihlah untuk menjadi Islam!..
pilihlah untuk mengangkat kalimah agung " لا إله إلا الله محمد رسول الله"
hidup yang penuh dengan pilihan.. jangan tersalah pilih !
kadang-kadang, saya terfikir..
hebat sangatkah saya dan kamu?
kita sama-sama hamba..
jangan berlagak menjadi Tuan Hamba
kita masih banyak kekurangan dan akan sentiasa melakukan dosa
hanya Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam sahaja yang maksum..
tetapi ingatlah bahawa Nabi pernah berpesan ;
”setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
(Hadis Riwayat Ahmad)
moga post ni dapat menjadi peringatan untuk kita semua.. peringatan untuk saya juga..
May Allah Bless Us
4 comments:
assalam 'alaiki
ya, berada di zon selesa mengajar kita bagaimana indahnya berada dlm bi'ah yg solehah..
tetapi, apbila bearada di zon 'tdk' selesa..hkkatnya mengajar kita bagaimana mahu MENCIPTA bia'ah itu kmbali..
krn ALLAH ada di mana2..
moga2 kita bukanlah manusia yg mnjadi anak kpd persekitarannya..
ALLAH telah meletakkan kita di sebaik-baik tempat..
beruntunglah kita semua masih hidup dlm suasana yg solehah..
bersahabat dgn muslihah..
sentiasa ingat- mengingati..
alhamdulillah..
trima ksih untuk posting nie...
sgt2 brguna dlm diri di sebalik sbg satu peringatan tpi jgk sbg kekuatan dlm diri untuk mnghadapi cabaran dn tomahan yg mkin brsifat complicated
alhamdulillah
sama-sama kita beringat kerana dunia kini telah tenat..
Post a Comment