kehidupan sebagai pelajar
kita memang sentiasa akan bersaing dengan masa
sama ada kita yang memotong masa
atau masa yang akan memotong kita
dengar macam pelik je kan? haha
itulah..
terasa 24 jam yang Allah beri kat kita tu macam tak cukup
tapi sebenarnya cukup je
setiap orang mendapat 24 jam sehari
dan tiada yang terlebih,
tiada yang terkurang
tetapi bagaimana kita menghabiskan masa kita...
bagaimana kita mengisi setiap detik dalam hidup kita..
itulah yang membezakan kita dengan orang lain
sahabat-sahabat,
andai lidah pernah mengungkapkan
"tak cukup masa la nak buat assignment"
"tak sempat nak hafal asalib" .. erkk
muhasabahlah balik
kita renungkan kembali
ke arah mana masa kita dihabiskan ?
seolah-olah perkara yang tidak perlu, yang tidak penting
itu yang lebih menjadi prioriti
movie.. novel.. facebook..chatting.. ym ...texting...dan macam-macam lagi
habis ketawa berdekah-dekahlah Yahudi bila kita asyik lalai dengan setiap hiburan yang disuap oleh mereka.. ibarat ayam kelaparan, mematuk apa sahaja yang ada di depan mereka!! (boleh ganti uncle karam ni, hehe)
tak salah hendak berhibur
asalkan masa kita juga turut teratur
relevankah andai masa yang banyak itu diluangkan untuk perkara yang sia-sia?
saya berpegang kepada : apa yang kita lakukan pada hari ini, menentukan siapa kita pada hari esok..
ya, kita mahu berjaya
kita mahu menjulang kembali Islam itu
kita mahu bangkit sebagai mujahid, mujahidah Islam
yang tegar berjuang sehingga ke titisan dakwat pena yang terakhir (pelajar)
yang tegar berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir (tentera Allah)
yang tegar berjuang berperang dengan diri sendiri (kita juga tentera Allah)
saat hati berbelah-bahagi,
arah mana masa itu mahu dihabiskan
pilihlah yang lebih bermanfaat untuk anda
andai anda bertanya kepada saya : bila masa rehat ?
kerehatan sebenar itu bila anda diseru menghadap Tuhan =).. YAKINLAH !!
jadi, jangan sia-siakan walau sesaat cuma dalam hidup anda kerana semua yang kita lakukan akan dihisab di depan Allah .. jangan lupa itu !!
May Allah Bless Us
3 comments:
nice post! xsempat hafal asalib? haha. kte yg tangguh2kan. ustaz da btau lama da..
insyaAllah. moga kita akan terus istiqamah.
Rehat yang akan tiba nanti. Bergetar baca.
> mar mp
erm.. tau tak pe
> aesyulillah
menghadapi esok yang belum pasti
mudah-mudahan selamat~
Post a Comment