da nama pun manusia kan?
manusia manalah yang tak lari dari masalah
okay, unless orang gila laa
tapi rasanya diorang pun ada masalah kan?
kalau tak, macam mana boleh jadi gila?
oh .. stop..stop.. banyak pula persoalan..heh
kawan-kawan,
jangan tengok pada besarnya masalah
tapi bagaimana cara kita untuk mengatasi masalah itu
adakah duduk-duduk goyang kaki saja?
nangis tak henti-henti ? T_T
tengok filem -konon hati tenang ?
tak.. bukan macam tu
mula-mula senaraikan apa yang kita perlu buat
yang penting dan yang tidak penting
berusahalah untuk menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul
biar lambat, asalkan konsisten ..
jangan tak mula buat kerja langsung...
tu pun masalah juga ..
cubalah untuk bangkit..
berdiri di kaki sendiri..
kata kuncinya - berdikari ...
anda runsing?
Kaunselor Maha Mendengar kan ada ?
cara nak minta pertolongan?
solat, sabar
dan kalau nak mendefinisikan dua perkara ni pun rasanya semua orang da tahu.
tinggal nak amal je kan.. :)
saya yakin semua kawan-kawan saya rajin kan?
anda tahu ?
apa sahaja yang tidak membunuh anda
akan menjadikan anda lebih kuat
percayalah !
akhir kalam,
senyumlah pada setiap dugaan yang mendatang
kerana padanya pasti ada hikmah yang tersembunyi
dan
bergurulah dengan kehidupan supaya setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup, kita dapat mengambilnya sebagai pelajaran dan pengajaran buat menghadapi hari mendatang .
May Allah Bless Us
2 comments:
واستعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
bila datang masalah pada kita cuba kita bandingkan masalah dgn org lain yang lebih teruk diuji..
InsyaALLAH kita akan lebih bersyukur..
=)
insya-Allah
semoga Allah menjaga hati-hati kita.. ameen
Post a Comment