Sunday, October 10, 2010

sangka baik dengan Allah

* an email from a very good friend

Assalamualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Kita sebagai seorang Islam, wajib beriman dengan Qada' dan Qadar yang telah
ditentukan. Sememangnya, ALLAH MAHA KUASA untuk menentukan apa yang selayaknya
untuk kita.

Jawapan ini, saya rujuk dalam buku bertajuk Benteng Diri Ahli Hakikat, karangan
Saiyid Ahmad Ar-Rifa'i, terjemahan oleh Syed Ahmad Semait. Bicara 4, yang
bertajuk "Mengapa kamu menyembah ALLAH?"

Diriwayatkan bahawa Malik bin Dinar dan Tsabit Al-Bunani, moga-moga Allah
menurunkan rahmat kepada keduanya, mereka datang menemui Rabi'ah al-Bishriyah,
maka Rabiah berkata kepada Malik: Sila beritahuku, mengapa engkau menyembah
Allah? Menjawab Malik: Kerana keinginanku kepada syurga! Kemudian Rabi'ah
berpaling kepada Tsabit dan bertanya: Dan engkau pula si pembantu? Jawab Tsabit:
Kerana takut kepada api neraka!

Maka Rabiah lalu menyatakan kepada Malik: Engkau, wahai Malik! seumpama si orang
yang mengambil upah yang buruk. Engkau tidak bekerja kecuali kerana tamak kepada
bayaran. Dan kemudian Rabi'ah berpaling kepada Tsabit dan berkata: Dan engkau
pula, wahai Tsabit! Engkau seperti hamba yang buruk. Engkau tidak bekerja
melainkan kerana takut dipukul tuanmu!

Ketika itu pula kedua-dua Malik dan Tsabit berkata kepada Rabi'ah: Baiklah, dan
engkau pula wahai Rabi'ah, bagaimana pula?! Jawab Rabi'ah: Aku menyembah Allah
kerana cinta kepadaNya dan terlalu ingin untuk menemuiNya!

Itulah antara bicara mereka. Jadi, saya mahu tanyakan, mengapa kita menyembah
Allah?
Jawapan, sudah jelas! Kerana kita hamba. Hanyalah hamba. Kita menyembah Allah
yang telah menciptakan kita, kerana kita hamba.

Maka, saya tanyakan pula, adakah layak yang dicipta mengkritik Pencipta? sifat
Pencipta (ALLAH), Maha Hebat, Maha Tahu, Maha Penyayang. Yang dicipta? Hanya
tahu apabila dapat ilmu. Ada kelebihan jika diberi. Terpulanglah pada Pencipta
kita untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita. Itu hak ALLAH.

Maka, ALLAH memberitahu kepada kita dalam firmanNya: "Aku selalu mengikuti
sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa bersama-samanya ketika ia
mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya
dalam diriKu (DzatKu). Jika ia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan
mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Jika ia
mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika ia mendekatiKu
sehasta, Aku akan mendekatinya dua hasta. Jika ia mendatangiKu dengan berjalan
kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari."

Benar, Jodoh , Maut dan segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Ada yang
kekal tak boleh berubah, cth maut. Ada yang telah ditentukan dan Allah beri
peluang kepada kita untuk berubah (sifat Allah yang Maha Mengetahui pasti tahu
kita akan berubah atau tidak, dalam erti kata yang mudah, ketika kita tidak tahu
kita akan berubah atau tidak, Allah sudah tahu kita akan berubah atau tidak. Ini
ilmu tasawuf dan perlukan pengertian yang mendalam). Contoh wang dalam tangan.
Jika kita ditentukan hidup miskin, jangan kata.. Takpala.. Dah ni nasib aku.
ALLAH NAK KITA BERUSAHA. Segala rezeki memang ALLAH SAHAJA yang bagi, tapi kita
sebagai manusia kena berusaha. Nak pandai, kena banyak menuntut ilmu terutama
ilmu agama. Nak kaya, kena kuat usaha.

Teringat kisah sahabat Rasulullah (saya tak ingat namanya), menuju ke suatu
tempat dengan seorang temannya. Lalu, mereka mendapat berita bahawa di kawasan
tempat tuju mereka itu ada penyakit (saya tak ingat penyakit apa). Maka, sahabat
Rasulullah itu berpatah balik dan tidak mahu meneruskan perjalanan ke tempat
itu. maka, sahabatnya yang bersama-samanya bertanya, mengapa dia tak teruskan je
perjalanan? maka, dia menjawab bahawa dia mahu lari dari takdir itu dan berpatah
balik untuk mencari takdir yang lebih baik. macam ni, sahabatnya tanya, mengapa
dia tak teruskan perjalanan sedangkan perjalanan itu telah ditentukan Allah.
maka, dia menjawab memang segalanya Allah yang menentukan, namun dia selaku
hamba perlu berusaha untuk mengelak nasib yang buruk (takut2 terjebak dengan
penyakit di kawasan itu), maka diapun berpatah balik. itu juga takdir Allah.
perlu fahami secara perlahan-lahan. ..

Citer lain pula..

Ade yang kata, aku dah berusaha tapi tak dapat pun.

Persoalan saya, layakkah kita berkata begitu????

Jawapannya, LANGSUNG TIDAK LAYAK

Dua syarat utama diperkenankan doa, iaitu TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MEMUTUSKAN
SILATURRAHMI.

Sejauh manakah kita telah taat kepada ALLAH?

Tanyakan pada diri

TAAT sekadar dua tiga jam, kemudian lupa? Adakah TAAT sebegitu, namun harapkan
yang hebat-hebat? ??

Pernahkah kita dengar, orang yang tidak menyembah ALLAH tidak dapat merasa
makanan seumur hidupnya?? Tidak bukan... Itu sahaja sudah jelas menunjukkan
kasih sayang Allah kepada SEMUA HAMBANYA..

Maka, ada yang masih tidak puas hati malah selalu menyalahkan takdir.
Saya malu untuk menyatakan kerana saya juga manusia yang banyak kelemahan. Ada
yang berkata, "kenapa aku? kenapa mesti aku? kenapa aku yang miskin? kenapa aku
yang diuji? kenapa hidup aku tak senang, orang lain senang lenang?

Mari kita bahaskan di sini

ALLAH yang MAHA Pengasih Penyayang, bersifat Maha Pengasih Maha Penyayang
terlalu sayangkan kita... Terlalu.... Jika kita mengira kasih sayang Allah, kita
tak mampu kira... Tak mampu. Kumpulkan seluruh makhlukNya dan cantumkanlah semua
kasih dan sayang itu, lalu hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah, PASTI
kasih sayang Allah tetap nombor satu.

BUKTI???
Tangan diberi untuk pegang sesuatu, kaki untuk berjalan, akal untuk berfikir,
mulut untuk merasai nikmat makanan. Diberi kepada siapa semua ini????? KEPADA
SELURUH HAMBANYA.

Cuba fikirkan....

Oklah, untuk lebih mudah faham penerangan saya yang agak meleret dan
memeningkan, saya mahu bawa satu pendekatan kepada diri saya dan anda semua.

Pernah lihat drama bertajuk CHINTA? TV3, 6.30 PETANG...

Chinta binti Musa, seorang gadis yang baik. Solat. Memakai pakaian yang tidak
ketat. Baik.. Namun, Chinta binti Musa diuji dengan satu musibah yang amat berat
dan menderitakan hidupnya, sehingga tidak mahu kahwin. Chinta berhijrah ke Kuala
Lumpur dan bekerja di sebuah studio. Pernah pula tinggal dengan seorang makcik,
yang juga bekerja di studio. Makcik itu bertanya, "makcik tengok, telekung tak
terusik...". makcik tanya Chinta, Chinta solat tak? Chinta kata TAK. Chinta
kata, selama dia solat, asyik benda-benda buruk je yang berlaku kat dia. dia
kata, solat ke, tak solat ke, sama je. Sampaikan, dia mempermainkan hati seorang
lelaki bernama Eddi. Dia marah dengan semua lelaki kerana hidupnya telah
dihancurkan. Dia juga melayan lelaki yang mahu memuaskan nafsu syaitani.

Persoalannya di sini........ ...

Layakkah Chinta berkelakuan begitu?

Jawapannya, TIDAK LAYAK.

Saya jawab persoalan ni bukannya kes untuk memahami perasaan Chinta.. namun,
jawapan selaku hamba.. Chinta tak redha. Dia salahkan takdir. Dia benci dengan
kehidupannya, sampaikan dah taknak solat. buat perkara terlarang.

Chinta telah mengambil jalan yang salah....... ...

Kerana rasa marahnya dengan musibah yang menimpa (dia pernah dizalimi), dia
semakin menjerumuskan dirinya ke lembah maksiat. Kerana dendam, dia cuba untuk
menghancurkan lagi hidupnya dan orang lain.

Sepatutnya.. ..

Chinta mesti redha dengan apa yang telah terjadi padanya. Dan, Chinta memang
perlu hijrah. Hijrahnya bukan untuk palitkan sejarah hitam, tapi hijrah untuk
mendekatkan diri kepada Allah.

pastu, ada orang yang cakap, "kau cakap senangla!!"

JAWAPANNYA, IMAN PERLU DIBUKTIKAN DENGAN AMAL.. CONTOH, BILA DAPAT REZEKI, KITA
SOLAT. BILA DAPAT MUSIBAH, KITA TETAP WAJIB SOLAT. IMAN PERLU DIBUKTIKAN DENGAN
AMAL..

Chinta bersalah pada dirinya.. Kerana orang telah menzaliminya, dia sudah tidak
redha.. dengan itu, meninggalkan jalan Islam dia begitu saja. Sedih... Kalaulah
drama 'Chinta' tu dorang bawak watak iblis, kan lagi nampak salah Chinta. Tapi,
watak iblis takde dalam tu.. So, lihatlah cerita cinta dengan pandangan agama.
Bukan dengan nafsu atau dendam yang melanda.. Nauzubillah. (mungkin lari tajuk,
maaf)

SELAMI KISAH RABIATUL ADAWIYAH BETUL-BETUL. . WANITA SUFI MENCARI ISLAM..
BILA DISIKSA, TERSIKSA, DAN MENDERITA...
DIA NAMPAK KASIH SAYANG ALLAH PADANYA..
PENDERITAAN SELAKU HAMBA ABDI KEPADA MAJIKANNYA MENJELASKANNYA,
BETAPA KEJAMNYA MANUSIA...
BETAPA CINTANYA ALLAH PADANYA..
DIA NAMPAK KASIH SAYANG ALLAH
HAMBA ABDI MAJIKAN TERSIKSA
HAMBA ALLAH KAN DIJAGA SENTIASA..
SEDAR DIRINYA...
MAKAN MINUMNYA ALLAH YANG BERI, MAJIKAN CUMA WADAH SAJA..
MERINDUKAN ALLAH
DIA BAHAGIA...
MALAM TAHAJUD PERKARA BIASA BAGINYA
TIDAK TAHAJUD DIA PASTI MENANGIS HIBA..
SENANG ATAU SUSAH DUNIA..
BUKAN JAMIN KITA MASUK SYURGA...
YANG JAMIN KITA HANYA ALLAH YANG MAHA ESA..
Chinta, PERLU BELAJAR KISAHNYA..

Mungkin, Chinta akan kata...
BAGAIMANAPUN AKU TAK MAHU JADI MERANA
LUPAKAH DIA DUNIA INI UJIAN IMANNYA
Chinta MASIH INGKAR PADANYA
SOAL Chinta
AKU TAK TERIMA NASIB DERITA
SEDARKAH Chinta, BAHAWA YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA
Chinta TIDAK NAMPAK KERANA DIA MANUSIA BIASA
AGAMANYA TIDAK NAMPAK TERANG NYATA
BILA DIUJI HATINYA MERONTA
MENYALAHKAN PULA ALLAH YANG MAHA KUASA
APAKAH DIA TIDAK TAKUT API NERAKA?
Chinta MASIH MAHU KESENANGAN SAJA
TAK REDHA HIDUPNYA DIZALIMI DERITA
TAK GUNAKAN MUSIBAH UNTUK MERENDAHKAN DIRI PADANYA
APALAH NASIB Chinta..
PADA DUNIA TAMAK HALOBA
APAKAH SYURGA AKAN MENJEMPUTNYA. .
JANGAN SAMPAI DI PADANG MAHSYAR SANA
BARU KATA SANGGUP MEMEGANG AGAMA SELAMANYA
DAN MERINTIH KECEWA
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH, ADALAH KEYAKINAN MULIA....
MARILAH BERTAUBAT DIRIKU DAN SEMUA...

moga Allah yang memberikan kalian kefahaman.. agar kalian sentiasa merindui
Allah.. yang sentiasa menjaga kalian tika susah dan senang.. nyawaku dan kalian,
adalah nikmat dariNya (^_^)

May Allah Bless Us

No comments: