Sunday, October 3, 2010

prank call


okay.. tajuk pun macam da terang semua

lately, dapat prank call.. no no
not prank call .. crazy call..

3 kali panggilan dari nombor yang sama
sampai aku da save nombor tu jadi unknown

kalau ujian tu,
memang kena dekat semua orang kan?

punyala aku betul-betul menjaga sebaris nombor ni
nampak macam remeh,
tapi sebaris nombor jugak banyak melalaikan hati ramai remaja luar sana..

aku pernah tanya pendapat sorang kakak ni
just called her kak cahaya

akak, masalah couple ni memang banyak kan?

ya adik, kat sekeliling kita.. 360'.. tapi kita tak boleh diam diri kan?

aku angguk mengiyakan.. siap berkongsi satu straw.. aku yang memandang jadi malu sendiri. apa nak jadi ? da tak sayang diri ke?

kak cahaya meneruskan pandangannya

benda ni, semua orang kena uji.. tambah lagi kita da masuk universiti.. lagi banyak ujiannya

sekali lagi aku bersetuju,,
dan sekarang aku betul-betul terkena..

mula-mula ingatkan tersalah nombor..
okay, abaikan..

kali kedua dia missed call
aik? nombor yang sama??

kali ketiga, siap ada voice mail
aku cuba call 1313
pelik.. yang kedengaran cuma hilai tawa manusia

dengan sangka baik
aku cuba call balik
mungkin perempuan
sebab perempuan yang ramai ada nombor aku
dan aku tak pernah ralat pun kalau takde nombor laki

* * * * *
tuut..tutt

er..helo, assalamualaikum (harap-harapla perempuan, please)

helo

ni sapa ni? (terkejut aku.. suara macam pakcik2)

ni qayyum ..

oh..erk..em.. salah nombor kot

tiba-tiba suaranya memintas

duduk mana?

oh.. sorry sorry,, salah nombor ( takleh lama-lama ni..jarum syaitan dimana-mana) . assalamualaikum

lantas punat merah ku tekan..

* * * * * *

astaghfirullahalazim.. ku picit kepala berulang kali..

astaghfirullahalazim..

menggeletar tanganku memegang fon.. fon ku letak ke tepi..

mungkin bagi orang lain, ini biasa
bagi aku tak
dan aku tak nak biasakan..
hanya dengan yang halal..
dan lambat lagi

buat mereka yang pernah diuji juga
abaikanlah prank call seperti ini
hal ini hanya menggambarkan mereka pengecut
jika benar berani,
call la parent
buat apa call aku?
hanya membazir masa
ahh, jangan ditambah lagi dosa aku
jangan kau ragut ketenangan hati ini !

Allah,,, kuatkanlah hatiku

Allah,,,, tabahkan hatiku

sahabat, andai aku terjatuh.. hulurkanlah tanganmu untuk membantuku.. memapahku agar aku kembali ke jalan-Nya yang lurus..

kini, kulihat
ramai yang hanyut.,
arus membangun kiat pesat
manusia semakin bijak pandai..
makin ramai juga yang makin jauh dari Tuhan

mereka memandang membangun - bertamadun
dari segi lahiriah
- ada blog, ada facebook, pemakaian dan sebagainya

tapi mereka lupa untuk membangunkan rohani
membangunkan apa yang ada di dalam
yakni- hati
supaya cintakan Tuhan

tak salah hidup maju
tak salah hidup membangun
asal selari dengan syariat

letakkanlah segala macam benda duniawi itu di tangan
bukan di hati..
gunakanlah kemudahan yang ada sebagai satu wadah menuju Tuhan
bukan untuk lalai
bukan untuk jauh dari-Nya

Allah,, kuatkanlah hati-hati kami

berilah kami ketenangan
saat kami susah
saat kami senang

dan bantulah kami..
jangan Engkau biarkan kami walau dengan kadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat dari itu..

ALLAH,
pandanglah kami
peliharalah kami
jagalah kami
agar kami tetap teguh di jalan-Mu

p/s : sahabat, jadilah dirimu permata yang menyinar, berseri di jalan dakwah, biarlah terpaksa dilukai onak duri, demi merasai manisnya kasih Allah, kiranya tiada cinta insani, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu kepada Allah s.w.t.


May Allah Bless Us

1 comment:

Iqmal Hisham Kamaruddin said...

Trtarik dgn ayat saudari...

"jika benar berani,
call la parent
buat apa call aku?"

pnuh tersurat & tersirat...