Wednesday, October 14, 2009

it is hard to be me

aku susah untuk menjadi diriku sendiri..nape ye?
bukanlah aku mengatakan aku hipokrit..

tapi dalam kita hidup dgn masyarakat sekeliling, sedar x sedar sebenarnya susah untuk kita memuaskan hati semua termasuk hati kita juga..

pernah la ada sorang ajnabi tanya kat aku ( ym)

= nape ko asek wat muka ketat je aah bila jalan sebelah aku?
+ hmm, dah muka aku memang serius cam tuh, aku bukannya marah ko pun en..
= so, asal k0 x pernah senyum lak kat aku?
+ dah ko laki, x kan aku nak senyum2 lak..
= eh ?..hehe

susah bila orang x paham prinsip kita, bila orang rasa macam kita ni same je ngan pom2 yang len y boleh suka-suka ati nak borak or share something..

tapi alhamdulillah, bila aku cuba berubah n try pakai tudung y ok la ..org mula paham prinsip aku.. aku x ske diganggu..aku mahu ada privacy aku sendiri..i mean dgn laki..x proper la klu nak borak2 tanpa ada mende2 penting en..

jenis tudung , kecik o besarnya tudung, x dapat nak mengukur sejauh mana iman kita dengan Allah, betul x?.. tu sume depend la kat hati kita.. semoga hati-hati kita tergolong dlm hati y sentiasa mengingati Allah..

tapi pernah juga aku terdetik dalam hati, macam mana plak ngan golongan y dah ada ilmu agama, y tau batas pergaulan laki ngan pom tu mcm mana, y tau aurat tu apa.. nape still ada y x leh nak amalkan?..sedangkan kita tau orang y berilmu tp x mengamalkan ilmu y dimilikinya akan lebih dahulu diazab oleh Allah berbanding orang2 y jahil..

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

ada orang kata : nanti la sampai seru, aku pakai ar tudung..

tapi kita tau ke mati bila?.. x de sape y tahu tentang saat kematian mereka sendiri melainkan Allah.. sungguh kematian itu tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat..

bencana alam yang kian meningkat seharusnya memberi kesedaran kepada kita..

cuba kita lihat di sekeliling Malaysia iaitu Acheh(tsunami), Indonesia (gempa bumi di Padang n Jambi), Australia (tsunami kat Samoa).. sume da kena bencana..

Malaysia je y hidup aman damai ibarat x de apa2 pun y berlaku.. Jangan sampai Allah menjatuhkan azab yang lagi teruk ke atas Malaysia.. nauzubillahi min zalik..

sebab skg sedar x sedar, masalah sooooo siall kat Malaysia ni da kian teruk.. pernah je aku terbuka friendster y ada gambar teruk2.. siyes menyesal bukak.. bukan saje friendster, face book, my space la bagai y sebenarnya kian merosak iman ummat Islam.. ( kalau ada masa bacala sejarah facebook artikel kat iluvislam)

ade ke y menggunakan sume2 tu untuk berdakwah ? untuk memperingatkan antara satu sama lain? x de..klu ada pun, golongan minoriti je..

sebab tu la aku amik keputusan utk delete je friendster aku tu, supaya aku x lagi lalai.. sungguh fitnah dunia ni terlalu besar.. sangat besar sehingga ramai yang hanyut..

benarlah kata nabi s.a.w " ummat manusia pada akhir zaman itu ramai tetapi mereka ibarat buih" .

klu kita perhatikan sifat buih, ya ia boleh terhasil dgn banyak tapi ia juga senang meletup.. senang saje dipengaruhi oleh benda lain.. andaikan sekiranya satu jarum je mampu untuk memecahkan semua buih2 tu.. apa jarum tu ye ? fikir sendiri ..

so, tingkatkan amalan kita.. jangan fikir kita hidup di dunia buat selama-lamanya kerana akhirat menjanjikan y lebih baik untuk kita .. Itulah Syurga..

pengorbanan y pahit seperti hempedu perlu kita tempuh untuk mendapat Syurga yang lebih manis dari madu dan gula..

akhir kata ..salam juang... salam mujahadah.. teruslah menikmati cinta Tuhan dan menyintainya kerana Dia lah y berhak utk kita cintai..

peringatan untuk diriku juga

2 comments:

matadore said...

semoga kita tak tergolong dalam buih yang terlalu mudah untuk diletupkan itu.



saspen.

Athirah said...

aminn..

saspen ape ni?