Friday, October 30, 2009

cari diri..

satu hari tu, mar tanya kat aku

mar : tira, aku ada benda la nak tanya kat kau.. nanti laa ek, lepas exam aku cakap..

aku : hmm, benda ape sebenarnya ?.. laa, bagitau je la sekarang.. exam tu lama tau

mar : aku nak tanya, macam mana ek nak kuat.. means, nak jaga diri n penampilan semua tu.. kita semua kan dalam proses mencari diri...

aku : kita pun tak kuat juga sebenarnya.. memang kena mujahadah habisan..

mar : tapi aku nampak macam kau dah jumpa diri kau je..

aku : haishh, mana ada.. belum lagi laa.. belum lagi..


semua orang dalam proses mencari diri..
mencari diri yang sebenar..
membentuk identiti diri..
begitu juga dengan aku..

aku pun belum jumpa diri aku lagi..

aku still egomaniac..
selalu nak menang je..

sensitif x tentu tempat..
tapi selalu pendam je dalam hati kalau terasa dgn org pun..
orang kata kalau marah, jangan pendam2, nanti jadi pendendam..
aku x nak jadi pendendam.. aku x nak..

k.ayu ada kata dalam bersahabat kita kena selalu lapangkan hati..
biarlah orang buat buruk atau jahat kat kita,
tapi jangan kita buat orang macam tu..
macam mana nak lapangkan hati ni?

selalu aku buat muka x berperasaan..
orang ingat macam aku ni x de mood, bengang ke apa..
padahal aku biasa je..

bila umi ngan ayah suruh buat kerja pun,
buat tu buat..
tapi lambat nak gerak..
belum lagi capai tahap solehah..

susahnya.. Tuhan..

n bila orang kata " kau ni baik + bla bla bla"

aku just tersenyum pahit..
padahal aku sama je macam diorang..
diorang x tau pun,
susah bila nak jadi baik..

susah bila nak meletakkan Allah pada tempat pertama dalam segala hal..

orang lain cakap senang la..
sabarla, mujahadah la....
tapi aku y merasa susahnya..

...Allah..beri aku kekuatan.. bantu aku Ya Allah.. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.. Jalan orang-orang yang Kau redhai.. bukan jalan orang yang kau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat...

Ameen

aku hanyalah seorang biasa.. ibarat ribuan puzzles y berserakan di atas lantai.. dan untuk menyempurnakan, untuk meletakkan even sekeping puzzles perlu kena pada tempatnya.. ya! it's take time.. it's take time to rebuild myself and transform into a good one.. =)

it takes time to realise..

2 comments:

e l d y said...

kwn akak tu tanya soalan pelik a .. pe maksud dgn menjadi kuat tu ? ..

Athirah said...

hmm..
adek,
kitorang en duk dalam kampus..
kira student life la..

so,
kat sini,
banyak dugaan..

sbb kita nak kekalkan dgn identiti kita sendiri n supaya x cepat terpengaruh..

kira walaupun org couple,
walaupun org pakai tudung sempang,
walaupun orang hu ha..

kita pun bleh hu ha gak,
tapi jangan ikut cara diorang..
kita adalah kita
n mereka adalah mereka..

itu je y dimaksudkan oleh kwn akak tu..

faham x ?..adek