Friday, October 30, 2009

sepanjang sem 1..

hipe, let's recall again.. apa yang da berlaku sepanjang sem 1 ni..

mula-mula, aku masuk usim en.. lihatlah muka semangat nak belajar ni..


mula-mula masuk memang ar sume nampak skema je..haha
semua dak tamhidi pakai kasut pegi kampus termasuk la aku ni ha..
yang peliknye senior2 majoriti pakai sandal je..

tapi sekarang, wuhuu..
pakai la pape pun,
janji pakai, jgn kaki ayam sudah laa..

dalam masa duk sibuk-sibuk study,
jangan lupa untuk bersahabat..


athirah ,, maryam

kat tasik depan apartment
arfah ,, imah ,, maryam

dalam bas, before exam..
aini, athirah, aina, athirah, mimie

best bila ada orang nama sama ni..
maknanya nama tu famous okay..
tapi susah sket bila orang panggil,
dua-dua toleh.. haha..
wat malu je..


harapanku bila timba ilmu banyak2..
dapat menyumbang bakti kepada semua..
nak list kan panjang plak kang..

okay
semoga aku dapat mengubah nama aku menjadi ;

Prof. Nurul Athirah Bt Ir. Mohd Sobri


angan-angan nak jadi Ph.d holder,
kita tengok nanti..
Athirah, I dare you !!

exam.. xoxo

alhamdulillah, aku da abis exam..
da balik rumah da pun..
huhu.. besh2x..
kak ngah dgn appa pun balik jugak..
appa da mula nak meninggi..
x suke2.. x best la kakak lebih "rendang" dari adek..
waa... x pe la.. k. long redha atas ketentuan-Nya..
ceh, babbling sorang2 plak.. haha

nak tau x, apa aku wat time study for my final ?

mestila study... haha.. x kan studoo plak en..
tapi bleh la kata dua-dua.. study + tido = studoo..
eh ke studio?.. pa pe la..


okay, ni aku punya meja.. serabut plus serabai time study.. but then, kena kemas jugak en?.. huhu.. gambar owner x de.. dia tgh sibuk study time tu.. lagi satu, sape lagi y nak tangkap pic ni klu bukan owner en?..

earphones terselit kat celahan kertas-kertas dibiarkan begitu shj tanpa mendapat perhatian sewajarnya.. haha, padan muka.. nak merajuk ke ha earphones ?.. pujuk diri sendiri laa.. *wink*.


okies, yang ni kertas kata-kata semangat.. nampak x ?..
kat sebelah tu ada bendera.. tau x tu bendera apa ?
pergila tanya pak cik google ke uncle yahoo ke..
for sure diorang tau punya.. hehe

bengang eh?
yela yela, aku bagitau..
tu bendera lambang sebuah negara Islam iaitu Palestin..
kalau remaja-remaja di sana tegar untuk berjihad dengan darah dan nyawa..

mengapa tidak aku berjuang dengan mata pena?..
mengapa tidak kamu juga melakukan sedemikian?


sesapa yang x tau "menatang" ni apa memang nak kena ketuk..
thanks a lot, dear spec..
i am blurred without you..

T.A.M.A.T

cari diri..

satu hari tu, mar tanya kat aku

mar : tira, aku ada benda la nak tanya kat kau.. nanti laa ek, lepas exam aku cakap..

aku : hmm, benda ape sebenarnya ?.. laa, bagitau je la sekarang.. exam tu lama tau

mar : aku nak tanya, macam mana ek nak kuat.. means, nak jaga diri n penampilan semua tu.. kita semua kan dalam proses mencari diri...

aku : kita pun tak kuat juga sebenarnya.. memang kena mujahadah habisan..

mar : tapi aku nampak macam kau dah jumpa diri kau je..

aku : haishh, mana ada.. belum lagi laa.. belum lagi..


semua orang dalam proses mencari diri..
mencari diri yang sebenar..
membentuk identiti diri..
begitu juga dengan aku..

aku pun belum jumpa diri aku lagi..

aku still egomaniac..
selalu nak menang je..

sensitif x tentu tempat..
tapi selalu pendam je dalam hati kalau terasa dgn org pun..
orang kata kalau marah, jangan pendam2, nanti jadi pendendam..
aku x nak jadi pendendam.. aku x nak..

k.ayu ada kata dalam bersahabat kita kena selalu lapangkan hati..
biarlah orang buat buruk atau jahat kat kita,
tapi jangan kita buat orang macam tu..
macam mana nak lapangkan hati ni?

selalu aku buat muka x berperasaan..
orang ingat macam aku ni x de mood, bengang ke apa..
padahal aku biasa je..

bila umi ngan ayah suruh buat kerja pun,
buat tu buat..
tapi lambat nak gerak..
belum lagi capai tahap solehah..

susahnya.. Tuhan..

n bila orang kata " kau ni baik + bla bla bla"

aku just tersenyum pahit..
padahal aku sama je macam diorang..
diorang x tau pun,
susah bila nak jadi baik..

susah bila nak meletakkan Allah pada tempat pertama dalam segala hal..

orang lain cakap senang la..
sabarla, mujahadah la....
tapi aku y merasa susahnya..

...Allah..beri aku kekuatan.. bantu aku Ya Allah.. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.. Jalan orang-orang yang Kau redhai.. bukan jalan orang yang kau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat...

Ameen

aku hanyalah seorang biasa.. ibarat ribuan puzzles y berserakan di atas lantai.. dan untuk menyempurnakan, untuk meletakkan even sekeping puzzles perlu kena pada tempatnya.. ya! it's take time.. it's take time to rebuild myself and transform into a good one.. =)

it takes time to realise..

Wednesday, October 28, 2009

my madness

paper salam sume..

aku semakin gila...whoah..help !!

kali pertama wat gila - time spm, baca ayat-ayat cinta lepas physics n habis sebelum paper bahasa arab...

ni pula time final, aku pergi tgk shin chan n habiskan sebuah novel ( kau laksana bulan )

and sekarang ni pula, apa yang aku tengah buat ?? pegi cc and update blog ?..Ha Ha..

adakah aku jatuh cinta dengan blog ku ?..walaupun lousy n agak buruk pun, tetap aku punya blog juga.. nanti la, bila ada masa, aku tukar layout n update banyak-banyak..

ada lagi 2 paper ni..maknanya lagi 2 hari lagi..

lepas tu.. Yada Yada Yada..Hehe

kegilaan yang semakin menjadi-jadi.. adakah aku berpenyakit ?..

atau penyakit pelikk ni datang time waktu-waktu genting n time exam..


apa-apa pun doakanlah aku sihat.. =_=

Thursday, October 15, 2009

c.i.n.t.a

now, athirah y kecik nak cakap pasal cinta..

apa itu cinta? adakah sebuah komputer ? atau seekor binatang?
tak, sebenarnya cinta tu satu perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu..

salah ke bercinta ni?
tak salah cuma ke arah mana kita salurkan perasaan cinta ni, itu yang penting..
sebab perasaan cinta tu fitrah. memang fitrah manusia ingin menyayangi dan disayangi..

cinta tu, cinta adam dengan hawa je ke?..
tak, jangan sempitkan pandangan anda dengan pemikiran sebegitu..

pembahagian cinta :

1) cinta kepada Allah..

cintailah Allah kerana pasti Dia juga akan membalas cintamu..
carilah Allah setiap masa, bukan hanya pada waktu susah..

kerana Allah itu pencinta yang setia..
tidak pernah menghampakan hambanya ..

Allah...Allah...Allah...Allah

aku cinta Allah..
aku saayang Allah..
aku rindu Allah..

bilakah kita akan bertemu?
dengan kematian..
ya, kematian bukanlah satu pengakhiran..
tetapi satu permulaan untuk berjumpa Mu, Ya Allah..

tetapi bersediakah aku ?
bersediakah aku untuk bertemu-Mu,
untuk menatap wajah-Mu yang mulia..
dan layakkah aku?

Allah,
aku ini hambamu yang hina..
tinggi menggunung dosaku pada-Mu ..
tapi rahmat-Mu melangit luas..

Ampunkanlah aku Ya Allah

Pandanglah aku Ya Allah

Sayangilah aku...Ya Allah


2) cinta kepada Nabi Muhammad S.a.w

kawan-kawan.. anda sayang nabi tak?

klu anda sayang, apa bukti anda sayang nabi?
ya, dengan cara mengamalkan sunnah2 nabi...

begitu sayangnya nabi dengan kita sehinggakan saat kematiannya, bibir baginda menyebut ummati, ummati, ummati ..

so, balaslah sayang nabi kepada kita dengan memperbayakkan selawat kepadanya..

اللهم صلى على سيدينا محمد وعلى ال سيدينا محمد

3) cinta kepada ibu bapa

berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup...

sayangilah mereka, berbuat baiklah kepada mereka dan patuhilah suruhan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama..

so, untuk semua kawan-kawan yang sedang menyambung pelajaran..
gunakanla peluang ni sebaik mungkin, kutiplah ilmu sebanyak-banyaknya
dan pada akhirnya berusaha untuk membalas jasa ibu dan ayah..
bukan saja dengan wang ringgit, tetapi dengan kasih sayang yang tulus ikhlas..

jangan sesekali hantar mereka ke old folk's home..
atau anda telah memberi nama untuk menjadi nama anak derhaka..

"redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa"

4) cinta adam dan hawa

orang kata, kalau tak pernah bercinta, jangan pernah nak bicara soal cinta..
aku pernah, so boleh la ek?
walaupun calf love, n nampak bodoh2..memang tu la kenyataannya..


manusia selalu memfokuskan erti cinta kepada golongan berlawanan mereka semata..

ya, cinta itu fitrah tapi salurkanlah ia kepada yang berhak menerimanya..

seperti yang Islam ajar kepada kita..
"cinta selepas nikah"

itu yang utama..
naa, sounds sweet, rite? =)

5) cinta kepada sahabat

sahabat.
tempat kita meluahkan segala rasa..
tempat kita berkongsi saat gembira dan sedih bersama

so, appreciate sahabat anda kerana anda juga akan dihargai..

kalau kita nak orang sayang kita, kita kena sayang orang tu terlebih dahulu..
am i right?

okay.. The End of hikayat c.i.n.t.a

psstt, carilah cinta hakiki

Wednesday, October 14, 2009

awak suka warna apa?

“Nabi suka warna merah jambu, hijau, dan biru. Kenapa? Kerana merah jambu itu warna kuku kita, lidah kita dan bibir kita. Hijau pula warna alam ini. Tidak kurang dengan biru. Biru adalah warna laut.”

it is hard to be me

aku susah untuk menjadi diriku sendiri..nape ye?
bukanlah aku mengatakan aku hipokrit..

tapi dalam kita hidup dgn masyarakat sekeliling, sedar x sedar sebenarnya susah untuk kita memuaskan hati semua termasuk hati kita juga..

pernah la ada sorang ajnabi tanya kat aku ( ym)

= nape ko asek wat muka ketat je aah bila jalan sebelah aku?
+ hmm, dah muka aku memang serius cam tuh, aku bukannya marah ko pun en..
= so, asal k0 x pernah senyum lak kat aku?
+ dah ko laki, x kan aku nak senyum2 lak..
= eh ?..hehe

susah bila orang x paham prinsip kita, bila orang rasa macam kita ni same je ngan pom2 yang len y boleh suka-suka ati nak borak or share something..

tapi alhamdulillah, bila aku cuba berubah n try pakai tudung y ok la ..org mula paham prinsip aku.. aku x ske diganggu..aku mahu ada privacy aku sendiri..i mean dgn laki..x proper la klu nak borak2 tanpa ada mende2 penting en..

jenis tudung , kecik o besarnya tudung, x dapat nak mengukur sejauh mana iman kita dengan Allah, betul x?.. tu sume depend la kat hati kita.. semoga hati-hati kita tergolong dlm hati y sentiasa mengingati Allah..

tapi pernah juga aku terdetik dalam hati, macam mana plak ngan golongan y dah ada ilmu agama, y tau batas pergaulan laki ngan pom tu mcm mana, y tau aurat tu apa.. nape still ada y x leh nak amalkan?..sedangkan kita tau orang y berilmu tp x mengamalkan ilmu y dimilikinya akan lebih dahulu diazab oleh Allah berbanding orang2 y jahil..

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

ada orang kata : nanti la sampai seru, aku pakai ar tudung..

tapi kita tau ke mati bila?.. x de sape y tahu tentang saat kematian mereka sendiri melainkan Allah.. sungguh kematian itu tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat..

bencana alam yang kian meningkat seharusnya memberi kesedaran kepada kita..

cuba kita lihat di sekeliling Malaysia iaitu Acheh(tsunami), Indonesia (gempa bumi di Padang n Jambi), Australia (tsunami kat Samoa).. sume da kena bencana..

Malaysia je y hidup aman damai ibarat x de apa2 pun y berlaku.. Jangan sampai Allah menjatuhkan azab yang lagi teruk ke atas Malaysia.. nauzubillahi min zalik..

sebab skg sedar x sedar, masalah sooooo siall kat Malaysia ni da kian teruk.. pernah je aku terbuka friendster y ada gambar teruk2.. siyes menyesal bukak.. bukan saje friendster, face book, my space la bagai y sebenarnya kian merosak iman ummat Islam.. ( kalau ada masa bacala sejarah facebook artikel kat iluvislam)

ade ke y menggunakan sume2 tu untuk berdakwah ? untuk memperingatkan antara satu sama lain? x de..klu ada pun, golongan minoriti je..

sebab tu la aku amik keputusan utk delete je friendster aku tu, supaya aku x lagi lalai.. sungguh fitnah dunia ni terlalu besar.. sangat besar sehingga ramai yang hanyut..

benarlah kata nabi s.a.w " ummat manusia pada akhir zaman itu ramai tetapi mereka ibarat buih" .

klu kita perhatikan sifat buih, ya ia boleh terhasil dgn banyak tapi ia juga senang meletup.. senang saje dipengaruhi oleh benda lain.. andaikan sekiranya satu jarum je mampu untuk memecahkan semua buih2 tu.. apa jarum tu ye ? fikir sendiri ..

so, tingkatkan amalan kita.. jangan fikir kita hidup di dunia buat selama-lamanya kerana akhirat menjanjikan y lebih baik untuk kita .. Itulah Syurga..

pengorbanan y pahit seperti hempedu perlu kita tempuh untuk mendapat Syurga yang lebih manis dari madu dan gula..

akhir kata ..salam juang... salam mujahadah.. teruslah menikmati cinta Tuhan dan menyintainya kerana Dia lah y berhak utk kita cintai..

peringatan untuk diriku juga

Wednesday, October 7, 2009

give it thought for sure

something interesting....

one big company was hiring new staff, the question of the written exam is :


You are driving a car..

on one big storm..

and you are passing a station..


there are three people who are waiting for the bus

- one old lady who is dying

- one doctor who saved your life

- one guy/lady who is someone you have been dreaming to set married to.


you can only choose one passenger, which one you will choose?..
please explain your answer..

p/s : you are given one month to answer this question.
think deeply before you answer it, okay !! daa~

Thursday, October 1, 2009

call ?

di malam raya yang hening, tiba-tiba kedengaran ringtones "fall for you" by secondhand serenade menyapa gegendang telinga..

jari terus menekan butang hijau tanpa ragu..

aku : helo ?

tiba-tiba suara garau menyapa..

pemanggil : helo, hmm boleh saya tau siapa bercakap?

aku : ..............( speechless n tak tau nak jawab apa)

kedengaran talian dimatikan dari hujung sana..


.:. sekarang, siapa y call siapa ?


p/s : alat telekomunikasi seolah-olah serampang dua mata.. sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya, kita yang memilihnya.. cuma jangan tersalah guna.. lu pikirla sendiri..

to live well or to live hell, you choose..your choice