Thursday, April 30, 2009

hepi belated besday

kat sini, kak long nak ucapkan Selamat Hari Lahir y ke-16 kat kak ngah..

kak long taw, bila kak ngah balik asrama..
kak ngah akan baca sume yang kak long tulis kat blog ni..

hmm..
kak long harap kak ngah akan jadi lebih matang lepas ni..
tahun ni kan kak ngah amik sma..
so..cuba buat yang terbaik

nothing is impossible to a willing heart, kak ngah..
kak long yakin kak ngah boleh berjaya..
asalkan kak ngah berusaha n berdoa..

walaupun selama ni kak long selalu gaduh ngan kak ngah..
tapi sebenarnya x bermaksud untuk melukakan hati kak ngah..
biasalah adik-beradik en..

n kak long nak kak ngah tau yang kak long SAYANG SANGAT kat kak ngah..
walau apa pun yang terjadi..
kak long kan ego..so klu face to face..
susah nak cakap..hehe

okaylah kak ngah,
sampai di sini dulu k..
salam

tag oleh deenie

1. What is your mobile phone brand?

~ SONY ERICSSON W910i


2. When did you buy it?

~ bulan mac 2009


3. What color your mobile phone is?


~ warna putih + coklat cair..warna dia limited edition..hehe


4. How many messages are in your inbox?

~ 216 mesej..haha..banyaknya..


5. Who gave you SMS recently ?

~adibah ibarahim, hajar, khaliesah


6. What picture became your wallpaper?

~ guna phone punya gambar..gambar autumn


7. Please stated :

~ Missed called : adibah husna
~ Received called : khaliesah
~ Dialled Numbers : 1111 (ni call celcom coz nak tanya pasal upax)..hehe


8. Why you like your mobile phone?


~sbb itu present daripada ummi..apa2 barang sekalipun..kalau ianya adalah hadiah..kita sangat appreciate..ni handset kedua kita..ada 3G..ada camera..ada walkman..boleh access internet..handset ni kita yang pilih sendiri sebab ummi kata pilihla yang mana berkenan..so, memang kena dgn taste kita la..hehe..handset boleh rasa ke?


9. How long did you use your mobile phone?

~ sebulan setengah( baru lagi)


10. Tag who? :


~ hajar
~ najwa
~ auriss haira
~ nextgen
~ azim
~ fuad

Wednesday, April 22, 2009

kecilnya dunia..

Assalamualaikum semua!!

lama aku x menaip kat blog nih..rasa kesian pulak..huu~
well, aku nak citer..

AHAD lepas, pagi-pagi lagi..
aku n family aku pergi book fair kat PWTC..

datang-datang je..
aku nampak satu booth besar warna ungu..
da lama da aku cari upax atau sox,
kat sini baru jumpa..huh

terus aku tarik ummi,
'ummi, jom la..uyu nak beli y sox punya..nanti jimat'
banyak kali aku cakap mcm tu..
merengek-rengek macam budak kecik lak..hehe

ummi pon hulur la duit RM 10..
mata aku bersinar-sinar terus bila nampak duit kertas merah tu..
yeay~ baik sungguh ummi ni..thanks ya!

aku pon suruh je cina tu pilih mana2 nombor.
aku pon x de la jenis y choosy sangat..
ni nombor baru aku taw.. 0133456789..hahaha..
(salin jgn x salin)

itu baru nampak sox..belum nampak buku lagi..heh

waa,ramai sungguh orang..excited betul aku tgk banyak sangat buku..
rasa nak angkut bawa balik sume je..heh..
(bajet banyak duit)..

dari satu booth ke satu booth,
aku n ummi jalan-jalan..

aku tengok..
banyak buku y ajar budak2 untuk mahir dalam bahasa inggeris..
noody la, disney la..
tinggal pilih je nak yang mana, sume ada

pastu kitorang naik tingkat atas,
bestt sangat..

kat bahagian alaf 21,
aku pon capai la 3 novel sekali amik..hehe~

antaranya :
-rooftop rant (hlovate)
-sungguh aku ... (anis ayuni)
-jasmines on the 4th floor (mclean patrick)

hantu novel sungguh..huahua..
tapi aku x de la gila sangat..

bahagaian al-hidayah pon aku pegi taw!

ummi cakap nak beli 10 yasin sekali..
nanti senang kalau nak buat majlis kat rumah ke..
nak baca satu keluarga sama-sama ke..

aku pon tolong la carikan yasin yang ada terjemahan
n harga berpatutan kat bahagian al hidayah tu..
tertunduk-tunduk aku nak pilih yasin..

tiba-tiba,
zappp..
aku ternampak seorang dari kaum adam ni..
terus berdiri tegak aku macam kena sambar petir,
terkejut betul..

laki tu kawan aku laa,azim..
kawan lama aku masa form 3..
dia ni jenis yang pendiam n x banyak tegur banat..

so,
aku pon x de la nak buat sesi ramah-mesra kat situ plak kan?
aku pandang je la...tunjuk la muka yang aku ni still ingat member..heh

pusing-pusing kat bahagian tu,
aku ternampak lak daleela n syafiqah..
kawan aku lagi ..

syoknya ramai kawan..
aku pon pegila tegur diorang..
diorang pun beli banyak buku juga la..

da letih aku n ummi berjalan,
kitorang pun decide nak pergila makan sket kat satu kafe kat situ..

aku ni jenis jalan straight je..
x de la pandang kiri kanan..

then,
ada lak suara dari belakang..
macam panggil nama aku je..
'athirah..athirah'

aku x berpaling pon..
ingatkan diorang panggil orang lain..

tiba-tiba,
ada sorang girl ni capai lengan aku..
aku pun berpaling la..

nak terjerit aku..
kawan lama aku time form 3 gak laa..
nama diorang nabihah n fairuz..
taw x, aku rindu gila taw kat korang..rindu tahap gaban taw!

tergelak-gelak aku ngan diorang..
ada ke patut kata aku ni x membesar?..heh

aku borak pon sekejap je ngan diorang,
coz diorang keje kat situ..(x taw la production y mana).
huuu

time kebulur tu..
ummi belikan la,
1 burger + 1 fresh orange = RM 8

mahal tol laa..
kalau taw mcm ni,
baik makan kat stall luar je..haish..
kot ye pon jangan la cekik darah sampai mcm tuhh..
hmm..


tangan aku da penuh kiri kanan angkut buku yang banyak2 tu..
aku pon ajak la ummi n ayah balik..
'ummi, uyu da x larat da ni..'

yeay,
akhirnya kitorang pon balik

dalam perjalanan balik tu,
kitorang pon berhenti la sekejap kat jejambat sg.buloh
nak solat zuhur + lunch..

tapi x sangka sangat,
time kat situ jugak..
ada sorang ni terjerit nama aku ..
'athirah..'

aku pon pandang la,
huhu..terjumpa khaliesah n aisyah muda plak kat sini..

waa,
kecil sungguh dunia..
hari tu aku da jejak kasih dengan 7 kawan aku..
alhamdulillah..

mungkin hari tu,
Allah nak tunjuk kat aku yang pentingnya ada kawan,
jangan nak sombong berjalan atas muka bumi Allah ni
sebab alih-alih kita akan jumpa orang yang sama..

bagi aku,
walaupun berkawan dengan seribu orang..
itu belum cukup ramai..

dan walaupun bermusuh dengan seorang..
itu sudah cukup banyak..

fikirkan sendiri..

Thursday, April 16, 2009

lihat, dengar dgn mata hati

dengarla lagu ni sampai habis..
perhatikan setiap bait lirik tu..
n marilah kita bersama-sama muhasabah diri....

* kalau video tersekat, tekan pause dulu..biarkan video upload sampai habis..then tekan play balik..okay =)





ha..
macam mana perasaan korang..
ok x nasyid ni??

hmm,
x de terasa apa-apa dalam hati ke?

okay..tak pe
try tengok ni pula k..





korang perasan something x?
bila dilihat dari atas melalui satelit,
sekitar kaabah itu bercahaya..

disaat planet-planet berputar mengelilingi matahari,
pada masa yang sama ..
jutaan ummat manusia tawaf mengelilingi kaabah..

Subhanallah..



pintu taubat masih terbuka..
selagi matahari belum terbit sebelah barat..
selagi nyawa belum tersekat di kerongkongmu..

sebutlah,
astaghfirullahalzim 3x

n perbaharuilah syahadahmu
.....

p/s : pesanan khas yang ditujukan buat diriku yang sering lupa..

Wednesday, April 15, 2009

siapakah si dia yang tidak boleh dicuri?

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?




































Dia-lah yang bernama senyuman!

Senyum-senyum selalu!

Monday, April 13, 2009

graduan sambest

i have a lot of pictures to share with all of you..
have a look :)

pic ni masa dalam dewan..baju aku sama ngan warna background blog ni la..ehehe..i love pink and black..a very suite pair..


..aku x pakai spek time pergi majlis ni..umi kata muka aku nampak tua kalau pakai spek..ouh,kalau x pakai spek nampak muda la ye,ummi?..hehe


this is anati..my ex-classmate..dulu kat dalam kelas kitorang selalu compete..akhirnya kitorang dapat score straight A's dalam spm..alhamdulillah~


ok..memperkenalkan izzan fariha -pelajar mithali puteri..she deserves it..a lot..dia gak ex-ketua aspuri..sepanjang aku kenal dia..i really respect her..'dalam kelembutan ada ketegasan'..hopefully i can be just like her or more..


candid gambar nasuha..hehe..cun la dia ni..straight A1 scorer


syafiqah tengah sambung blaja kat dq..aku agak jelez n memendam perasaan di dasar hati..tapi aku still gembira coz ada gak kawan=kawan aku yang bakal jadi hafiz n hafizah..i really proud of them..kat sebelah syafiqah lak, nik farzana..hoho..ni la rakan seperjuangan aku..dari sambbst then kitorang pindah kat sambest..sorry nik, since kita da x sama kelas, kita da x dapat nak kacau nik lagi..hehe..just kidding!


aku n fatin atiqah..nak describe apa ea pasal dia ni?..hurm..fatin ni pemalu n she is very adorable girl..lagi satu, dia ada critical mind taw!!..jangan main-main..huu


bila da abis je majlis..tetiba ummi datang menghampiriku..n she gives me the roses..taw x apa maksud 3 kuntum bunga ros?? haha..i really love you, ummi!


perasan x apa-apa y pelik kat tangan ku..i am single but not available..ehehe~


aku n anati again..jubah tu yang besar taw..
bukan aku yang gemuk..
jangan salah faham ea..lalala~


hopefully, aku dapat lagi memakai jubah macam ni bila time degree lak..
wish me luck ok..
till then..salam

Thursday, April 9, 2009

sehari bersama sahabat...


atie_liesa

seawal 5.50 pagi lagi aku bangun..menyiapkan diri untuk pergi sekolah..katanya ada rehearsel Hari Anugerah cemerlang...hmm, tiba-tiba plak ada sorang sahabat aku ni call..time tu aku dalam kereta..dah nak sampai da pon...dia kata.."athirah, rehearsel batallah.."..waa, malu betul la...semangat je datang.

so,aku pon ajak arr salah seorang sahabatku pergi mydin..kebetulan dia pun memang ada urusan kena datang subang...but can u imagine? the whole day kat mydin..whoa!..then, kitorang pon decide nak wat meeting pasal program yang kitorang handle dengan beberapa orang sahabat yang lain..

Guess what?..tunggu punya tunggu, dari pukul 9.00 pagi sampai la 12.30 tengah hari x nampak batang hidung...da puas da kitorang tawaf kat mydin tu..ingat nak shopping tapi takut orang yang ditunggu tu datang pulak..serba-salah jadinya..

Aku pon suruhla sahabat aku call orang tu (sapa la tu?)...nak taw orang tu cakap apa?

dia cakap kat subang tu hujan..so, x boleh nak datang..

ha?..mana ada..aku pon pegila keluar dari mydin tu semata-mata nak tengok cuaca..huh..guess what?..panas terik je...ni kes aniaya ni..penantian satu penyeksaan..

akhirnya kitorang buat keputusan untuk shopping..untuk enjoy da whole day..



ni la makanan tengahari kitorang.. nampak sahaja menyelerakan..tapi rasanya..hanya Tuhan yang taw..nasib baik kitorang kongsi..kalau x nak claim balik je duit tuh..huh..time makan tu, kami sembang-sembang arr ngan seorang promoter wah chan..n dia suggest kan kitorang tengok wayang kat summit..

kebetulan, aku dan sahabatku x pernah menjejakkan kaki ke pawagam..buat julung-julung kalinya...dengan perasaan yang sangat teruja, kami sanggup berjalan kaki dari mydin ke summmit..x jauh mana pon sebenarnya n x sampai 5 minit kitorang da sampai..
tak taw la sama ada kitorang yang jalan laju (tgh excited ni) ataupun tempat tu memang dekat...

sampai je kat pawagam tu, ada satu citer je yang tengah ditayangkan..
citer seramla..selama ni kalau ada iklan cerita seram kat tv pon aku tutup mata.. ni kan lagi nak tengok filem nya..

tapi sebab sahabat aku da terlepas cakap nak beli 2 tiket dari kaunter..aku pon dengan "beraninya" ikutla dia..

masuk je pawagam tu, aku ibarat rusa masuk kampung..x leh duduk diam..dengan kegelapan yang sangat pelik..tv yang sangat besar..aku meninjau-ninjau keadaan sekeliling n dengan bataknya..aku pon cakapla kat sahabatku..ehh, ada speaker la kat belakang kita..(jangan gelakla..eeiii) bayangkan, orang lain sume khusyuk tengok citer hantu tu..kitorang plak gelak-gelak..agaknya dengar ke suara kitorang ea?

sampai kat klimaks citer seram tu, aku pon ajakla dia balik..waa, dia nak tengok sampai habis..aku pon..ye la, ikut je..

citer bertambah seram..n aku tutup mata dengan tangan je..dengar suara orang jerit-jerit dari speaker..bising betul..(padahal takut ni)..

taw aku buat apa? aku pon pasangla lagu kat handphone kuat-kuat..ceiit, ada orang memandang ke arah ku n sahabatku pon mencuitku sambil berkata "kuatnya pasang"..ooo..i see..baru perasan..

aku pon sumbatla telinga aku dengan handsfree n pasang lagu kuat-kuat..nak lawan speaker yang seram tu kat belakang kitorang..punya la takut..tangan aku ni sejuk je..sahabat aku penat tahan gelak duduk sebelah aku..

tengok-tengok, aku boleh je habiskan menonton filem tu dengan mata terbuka..x seram mana pon sebenarnya..berani je ea aku ni..

pastu, da lewat petang..kitorang pon balikla rumah..


p/s : kalau nak pergi pawagam n tengok citer seram..jangan lupa bawa handsfree..hehe~

Tuesday, April 7, 2009

l really like this song..i don't know why

Never Had A Dream Come True

Everybody's got something

They had to leave behind

One regret from yesterday

That just seems to grow with time

There's no use looking back, or wondering

How it could be now or might've been

All this I know

But still I can't find ways to let you go



Chorus:

I never had a dream come true

'til the day that I found you

Even though I pretend that I've moved on

You'll always be my baby

I never found the words to say

You're the one I think about each day

And I know no matter where life takes me to

A part of me will always be with you



Somewhere in my memory

I've lost all sense of time

And tomorrow can never be

Cause yesterday is all that fills my mind

There's no use looking back,oh wondering

How it should been, now oh might've been

All this I know

But,still I can't find ways to let you go


(Chorus)


You'll always be the dream that fills my head

Yes you will,

Say you will,

You know you will oh baby

You'll always be the one I know I'll never forget

There's no use looking back,oh wondering

Because love is a strange and funny thing

No matter how hard I try and try

I just can't say good bye

no no no no


(Chorus)

Friday, April 3, 2009

so competitive

seawal 5.30, aku bangun..menyiapkan diri..i have a date with JPA.
agak nerveous..selepas subuh, ayah n aku terus bertolak ke putrajaya..

kami sampai lebih kurang pukul 7.40 pagi.kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu mencari nama mereka.aku juga tidak ketinggalan..

memang diakui penantian satu penyeksaan..aku menunggu daripada pukul 8.00 pagi sampai pukul 11.30 dengan perut yang x henti-henti menyanyi..aku hanya bersarapankan sebiji gula-gula hacks perisa lemon yang diberi oleh Yusra..alhamdulillah..dapat juga makan..

sekitar pukul 8.00-10.00 pagi

let me introduce u..ni ah peng..dia kena pergi plkn..cuma dapat 4 hari cuti je untuk pergi interview ni.hoho, dengar citer dia pasal plkn..gerun sih. sesapa je yang lambat untuk sebarang aktiviti akan dikenakan denda..dan antaranya ialah menarik katil ke mana sahaja dia pergi selama seminggu..penat + malu kan?



kat depan aku ni, ada seorang perempuan..she looks beautiful..yang serba kuning ala-ala puteri raja tu..



ok, ni pulak Yusra..kami sama bezday..whoa, aku jumpa dua orang yang sama bezday..Yusra n Danielle (Ella). x caya ?



ni alibi taw!





nampak macam aku ni x de keje kan? hmm, lama sangat..perasaan nervous bertukar kepada curious n impatient..

sekitar pukul 11.30



lebih kurang pukul 11.30, baru kami (Yusra,Ella,Pei Yei dan aku)dipanggil masuk..sume perempuan..haha

mula-mula kena introduce diri masing-masing dalam bm.
-nama
-adik-beradik
-course
-pekerjaan mak n ayah

kemudian panel-panel tu bertanya dalam bi..
?-kenapa kami memilih course tersebut
Yusra n Ella = sains sosial (psikologi)
Pei Yei = business administration
aku = accountancy
?-sumber inspirasi..
?-karakter yang perlu ada untuk mejadi apa yang diimpikan..

so far, okla..but i know i can do better..hurm..
sekarang yang penting adalah doa dan tawakkal.

melalui interview ni, i realize something..aku ni peramah juga ye..haha~

untuk perancangan masa hadapan..aku membuat beberapa plan..

plan A- tunggu jawapan JPA
plan B- terima upu..buat degree dalam negara kemudian sambung master kat overseas
plan C- masuk matrik..it's okay what?

the cutest child..

ummi n i go to our neighbour's house.. there i found a very cute lil child..she is her daughter..she is sooo cute!!

have a look..



adorable rite??





takpe la kalau x de adek perempuan yang kecik-kecik..tengokla adek orang..hehe