Friday, February 27, 2009

amore?

Baru-baru ni, aku ada membaca novel. 3 hari = 3 novel.
it's sound crazy but that's me. haha..
aku jenis layan je sume novel
asal jalan citernya ok n x melalut sgt..hehe
layan je laa ( i am not jiwang okay !)

so,
sekarang ni aku nak jadi pengulas novel x bertauliah..
;)hehe

novel 1 = selagi ada dia

tajuknya ok laa..
cerita pasal pengkhianatan cinta pertama ..
dan sukarnya menerima cinta kedua..
haha,
x paham sangat cintan-cintan ni..
tapi,
mee cap cintan aku makan..huu

tapi bila difikirkan..
ada lagi ke cinta sejati.
heh,
apa punya soalan ni?

hmm,
bagi aku,
ada lagi..
tapi 1 dalam seribu..
klu kita mengharapkan jodoh yang baik,
kita mestilah berusaha untuk jadi baik dulu..
betul x?

ok, abis novel 1..

novel 2 = setulus cinta

novel ni cerita pasal seorang perempuan tua
yang setia dengan suaminya..
walaupun suaminya tinggalkan dia..
hmm,
cinta suci x berbalas..

tapi,
yang aku kagum,
walaupun ditinggalkan suami,
perempuan ni berjaya mendidik anak-anaknya
menjadi manusia yang berguna..

dan di akhir hayatnya,
dia dapat mengecapi cinta sejati..
hmm.. kira ok la..

novel 3 = sakitnya sayang

cerita pasal abang tiri yang cintakan adik sendiri,
memangla sakit..
sapa suruh cari penyakit? ..

bagi aku,
masalah sosial ni perlu kita bendung,
dan kita kena halang sumbang mahram daripada berlaku
dalam masyarakat kita..

novel ni la yang paling panjang n berjela..
letih gila nak baca..
bayangkan 690 muka surat.

tapi,
yang best pasal cerita ni..
hero laki ialah seorang chef
dan taat pada maknya..

bestnya..
masak sedap-sedap..
kasi keluarga makan
(mulala nak berangan) hehe

p/s = nak baca novel boleh, tapi kena pandai pilih.. n yang paling penting klu baca novel, jgn lupa nak baca Al-Quran pulak!! ha..ingat tu..

Wednesday, February 25, 2009

kisah ibu menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."


p/s: so, lelaki kena faham kenapa perempuan itu kerap menangis..

Jaga 7 sunnah Rasulullah


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Tuesday, February 24, 2009

lipas vs cicak

ha..tajuk kali berkaitan tentang haiwan
mesti korang pelik, apalah yang aku nak cakapkan?huhu~

LIPAS
ramai perempuan yang geli dengannya,
tapi aku bukanlah termasuk dalam kategori seperti itu..
aku terlebih berani..haha

(terimbau kisah lama)
aku masih ingat,
dulu,
ketika aku berada di asrama..
di dorm A1:1,
pantang ada lipas..
semua kawan-kawan aku melompat atas katil..
then,
diorang sume jerit nama aku..
ATHIRAH..
ni ada lipas ni..
cepat tangkap..
haha~ ingat aku muka lipas ke?

n disebabkan aku da banyak kali menumpaskan lipas..
diorang bagi aku gelaran "cockroach hunter"
haha~ aku tergelak je bila diorang bagi aku gelaran tu..

n nak dijadikan cerita,
masa pagi 6 0gos 2008,
ada la seekor lipas ni wat onar kat dorm aku,
diorang pon suruh la aku tangkap lipas tu..
n bila aku berjaya je tangkap lipas..
diorang sume nyanyi lagu happy birthday to you..
haha~ betul-betul terharu..

harijadi yang tak pernah aku lupakan..


sebut pula pasal..
CICAK
aku memang gerun dan geli dengan cicak..
cicak selalu mengeluarkan bunyi menciut yang menyeramkan..

pernah suatu hari,
dalam kelas,
aku berdiri berhampiran dinding,
dan apabila aku menoleh sahaja,
aku ternampak seekor cicak yang sedang menatapku..
waa,
aku terkejut bukan main,
nasib baik aku tak menjerit..

aku pun ada pengalaman dengan cicak,
hehe~
satu hari,
kat asrama..
aku hampir melelapkan mata..
tapi kejadian yang aku terkejut ternampak cicak
masih bermain-main di fikiranku..

nak dijadikan cerita,
farha jalila(bukan nama sebenar) pegi lalu sebelah katil aku,
n menciut macam cicak..
waa,
aku betul-betul terkejut kerana ketika itu,
aku baru menutup mata..

haa,
aku pon buka silat cekak hanafi, gayung dan harimau..
aku terus ambil bantal dan memukul-mukul farha..
hehe~ sorry farha,
akak tak normal masa tu.

malu sihh,
pasal cicak pon aku sampai boleh mengalirkan air mata..
betul-betul cewek girl..hehe~

ummi dan aku berkongsi banyak persamaan,
kami berani menghadapi lipas,
tapi geli dengan cicak..eeeii

sampai di sini sahaja omonganku,
hingga ketemu lagi ya!

Sunday, February 22, 2009

salah tanggap mengenai coklat



COKLAT. Ia satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian - baik hari jadi mahupun majlis perkahwinan.

Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’.

Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.

Coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira. Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah ketagihan. Pemakanannya boleh dihentikan pada bila-bila masa.

Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.



Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat.


Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan adalah orang yang terbaik untuk mamberi nasihat mengenai pengurusan berat badan.



Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat


Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya.Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.

Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid.

Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.



Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.


p/s= who want to be the next person giving chocolate to me?

Saturday, February 21, 2009

speechless

hmm,
i got nothing to say..
just feeling so sad at this moment..

please,
help me!
i am upset with myself..
full of sadness and i am crying in agony..

i need your advice,
support me!
bring my smile back!
please..

p/s= you don't need to know my problem.just give me some advices and i will be okay with that. TQ

Thursday, February 19, 2009

sahabat


ni budak-budak kecik yang cute dan baik..hehe






which one is me?

waa, rindula kat sekolah n especially kelas 5 Khaldun..
semoga kita sama-sama berjaya mencapai apa yang diimpikan..

Wednesday, February 18, 2009

is it a coincidence?

Pernahkah anda terfikir, adakah ianya suatu kebetulan mempunyai best friend yang sama nama?.. well, selama duduk bercuti ni, aku telah menjadi seorang yang agak introvert dan memikirkan banyak perkara dalam satu masa..

Aku mempunyai 3 orang sahabat yang amat akrab denganku dan kesemuanya bernama ashikin..haha

shikin 1..
Aku mengenalinya di sekolah rendah. Pada mulanya, kami agak tidak serasi dan selalu bertikam lidah. Tapi, lama-kelamaan aku menjadi salah seorang kawan baiknya. Sehingga kini, aku masih memikirkan bagaimana aku telah menjadi kawannya?..benarlah kata orang tua-tua, jangan terlalu membenci seseorang itu, kelak ia akan bertukar menjadi sayang..
MySpaceMySpace
shikin 2..
Dia seorang kawan yang aku kenali semasa menengah rendah. Bagiku, dia seorang yang baik dan berlemah-lembut jika hendak dibandingkan dengan diriku. Aku selalu tertanya-tanya..kenapa dia selalu ada medical check-up setiap minggu? dia sakit apa? serius sangat ke?

Sehinggalah suatu hari, aku memberanikan diri untuk bertanyakan kepadanya di dalam dewan.
"Shikin, awak sakit apa? teruk sangat ke? takkan leukimia kot?" aku sekadar bertanya.

Dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya Allah, aku seakan-akan tidak percaya..
"Tak kan la, Shikin tipu" ujarku..Aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Betul Athirah, buat apa kita nak tipu awak" tegas Shikin.
MySpace
Serentak dengan itu, aku terus menangis dan memeluknya. Walaupun ramai mata yang memandangku ketika itu. Ya Allah, beratnya ujian yang kau timpakan kepada sahabatku ini. Bantulah dia Ya Allah, Ringankan bebannya Ya Allah. Ya Allah, dengarlah suara hatiku ini..

shikin 3..
Seorang sahabat yang ku perolehi ketika menengah atas. Dia seorang yang penyayang, lembut dan sentiasa tersenyum. Dan yang paling penting, everytime i make a joke, she will laughing. Walaupun lawak yang ku ucapkan bukanlah kelakar mana.
MySpace
For me, she is adorable girl. Pernah satu hari aku tersinggung dengannya(merajuk la kiranya). Aku mendiamkan diri sahaja dan tidak bercakap walau sepatah pun dengannya. Dia sedar akan perubahanku. Kemudian, dia datang ke dormku dan meminta maaf. Forgiving is everything, rite?
Kami pun terus bersahabat sehingga kini..


as a conclusion,

Sometimes you might feel that u will happier alone
But, it’s always nice to have someone to laze around
Someone to think about
Someone to share your joy
So take a chance
Until u have really tried,
So if there’s somebody you miss..
Tell them that u do

Cause there’s something only love can do



ukhuwah fillah abadan abada..

Monday, February 16, 2009

ukhuwah yang terjalin

Baru-baru ini, aku menyertai satu kem kat kem Raudah, Gombak. Program motivasi untuk Mahasiwa Dinamik & Unggul (MADU). Aku amat-amat bersyukur kerana dipilih oleh Allah sebagai salah seorang peserta.

Aku melihat dan memerhati begitu ramai akhawat. Mereka sangat lemah-lembut, baik terhadapku dan menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang muslimah. Aku berasa malu terhadap diriku sendiri. Walaupun aku pernah belajar di sekolah agama, tetapi apabila berada di luar, aku masih tidak mampu untuk mengekalkan imej sebagai muslimah yang bertudung labuh. Tapi, aku akan berusaha ke arah itu. Insya-Allah..

Ukhuwah yang terjalin di antara kami amat erat walaupun sekadar 3 hari 2 malam kerana kami benar-benar mengharapkan keredhaan Illahi. Aku sempat bersahabat dengan seorang Akhawat yang berbangsa cina. Aku memanggilnya dengan gelaran Kak Raja. Sungguh, budi bahasa dan perilaku Kak Raja membuatkan ku tertarik dengannya. Dia mendahulukan aku dalam segala hal dan aku merasa terlalu dekat dengannya walaupun kami baru sahaja berkenalan. Sehingga aku merasa begitu sayangkannya sebagai saudara sesama Islam.

Kumpulan kami diberi nama Layyinul Harir yang bermaksud selembut sutera. Mudah-mudahan, dengan nama ini, kami mampu untuk menjadi muslimah yang sejati. Muslimah yang mampu menegakkan syiar Islam. Muslimah yang mampu berdiri di belakang lelaki dan memberi sokongan dan bantuan dalam membaiki nasib ummat masa kini.

Melalui kem ini, aku mempelajari pelbagai ilmu baru dan aku berharap agar aku masih diberi kesempatan untuk menggali seberapa banyak ilmu di atas dunia ini dan aku sempat untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik sebelum nafasku terhenti. Sebelum jasadku menjadi kaku. Sebelum aku menutup mata..

Amin.

ratu hatiku

"Nurul cakap betul-betul kat ummi, Nurul coupel ke?",tanya ummi dengan tegas. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepala. Air mataku mula bergenang. Aku rasa sangat bersalah, membuat ummi yang sangat aku sayangi menangis dan kecewa keranaku. Anak yang disangkanya baik ini.

Memang salah diriku..Melakukan sesuatu tanpa berfikir. Sehingga menerima cinta kaum Adam semasa usia yang sangat muda dan jagung. "Nurul takkan buat ummi sedih lagi, Nurul takkan buat umi kecewa lagi, Nurul janji ummi, Nurul janji" tekadku di dalam hati.

Untuk mendidikku, ummi hantar aku ke sekolah agama. Alhamdulillah, banyak perkara baru yang aku pelajari di sini, tentang agama, tentang usrah dan yang paling penting sekali tentang kekasihku yang kekal abadi iaitu Allah.

Dan kini, aku amat-amat bersyukur. Kerana kesalahan masa lalu,aku telah mengambil banyak khibrah(pengajaran). Aku bukan lagi Nurul yang dahulu. Aku mampu untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Aku belajar bersungguh-sungguh agar aku berjaya dan ummi gembira. Segala yang aku lakukan adalah untuk ummi tersenyum dan bangga mempunyai anak sepertiku.. Segalanya untukmu, ummi.

Berkat doa ummi di depan Kaabah agar aku berubah ke arah yang lebih baik, aku menjadi lebih prihatin dengan pandangan orang lain kepadaku dan aku semakin sayang kepada keluargaku. Pelajaranku juga semakin meningkat prestasinya.

Aku bersyukur padamu, Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang ummi yang hebat dan bersungguh-sungguh menginginkan aku menjadi muslimah yang solehah di atas muka bumi ini. Subhanallah, Allahu Akbar !!

Kepada ummi,

"million-million terima kasihku ucapkan kepada ummi,
yang telah melahirkanku,
yang telah membesarkanku,
yang telah menyayangiku,
yang telah mendidikku,
pengorbanan yang kau curahkan,
tak dapat ku balas,

walau aku diberi kesempatan untuk hidup 100 tahun lagi,
pengorbananmu sungguh mulia,
dirimu tiada galang ganti,
engkaulah ummi sejati,
Aku sangat bersyukur mempunyai ibu seperti dirimu,
Engkaulah ummi,
RATU HATIKU..
Nurul sayang ummi.."



just the real one..

Sunday, February 15, 2009

The zikr

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


Lirik lagu nyanyian kumpulan The Zikr yang membawa seribu pengertian dalam hidup ku. Selama hayat aku di atas muka bumi ciptaanNya, mungkin sudah bergunung dosa yang dihitung di kiri bahu aku. Tapi DIA tidak penah meninggalkan aku jauh. Malah sekali ingatan ku padaNya, tanpa henti DIA mencurahkan nikmat dan kurniaanNya kepada ku. Kadang kala aku malu untuk meminta, mengenang betapa aku sentiasa lupa padaNya.

Di kala aku buntu, aku menadah tangan ke atas, menangis, menyerah moga diberi keampunan. Aku takut, andai satu pagi aku terjaga dari tidur dan melihat jasad ku terbaring. Kaku, tidak bergerak. Dimana lagi ingin aku memohon keampunan? Siapa yang akan menghilangkan perasaan takut saat berhadapan dengan azabNya?

Ya Allah…berikan keampunan kepada ku. Seandainya esok adalah subuh ku yang terakhir, aku mohon padaMu matikanlah aku didalam rahmat iman dan Islam.

Amin.

Apa itu dakwah kampus?

Siapa yang harus terlibat dalam dakwah ini?

Dakwah kampus adalah dakwah yang dilakukan di dalam kampus yang meliputi pelbagai golongan dan bukan sahaja para pelajar tetapi juga pensyarah-pensyarah dan komuniti yang ada di dalamnya.

Di mana kita boleh melakukannya?

Sama ada di dalam atau di luar kampus seperti di taman-taman,restoran dan di mana-mana sahaja kerana muka bumi Allah ni kan luas.

Bagaimana kita hendak menjalankan dakwah ini?

Dengan melakukan dakwah fardhiah iaitu dakwah yang dilakukan secara bersendirian. Dakwah yang boleh kita lakukan melalui imej kita, akhlak dan budi pekerti kita.

Pernah kita dengar slogan ini?

DULU,KINI DAN SELAMANYA..

tapi, bagaimana dengan DAKWAH?

DULU,KINI DAN..

Kita pun x pasti sama ada dakwah ini akan berterusan atau pun tidak. Kalau bukan syabab-syabab, siapa lagi yang akan akan meneruskannya? Adakah orang-orang tua sahaja yang memikul tanggungjawab ini? Renung-renungkanlah..

TO BE CONTINUED..

palestin

Setiap hari, penduduk Palestin terpaksa berperang dan menjadi pelarian di negara sendiri..dan mungkin pada tanggapan kita, bilangan penduduk Palestin semakin berkurang,tetapi tanggapan tersebut adalah salah..dikhabarkan bahawa ibu-ibu di Palestin bertekad untuk melahirkan seberapa ramai anak agar anak mereka menjadi syuhada'yang mempertahankan Al-Quds. dan hingga kini, jumlah kelahiran anak adalah dua kali ganda daripada jumlah penduduk Palestin yang terkorban.

Bayangkan sekiranya, 5000 orang yang terkorban..Berapa ramai lagi yang bakal lahir? Allahu Akbar.. sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan siapa lagi yang lebih benar janjinya selain Allah?..

Baru-baru ini, wakil rakyat Palestin telah datang ke UIAM. Beliau menyatakan bahawa berita-berita mengenai kegagalan Hamas yang diuar-uarkan oleh pihak media adalah salah sama sekali. Hamas telah mengambil tindakan dengan mewajibkan agar para pengikutnya menghafal Al-Quran dan hingga kini telah lahir 5000 orang huffaz..Masya Allah.. Sebenarnya Hamas telah MENANG..ALLAHU AKBAR 3x..

Dan pada akhir ucapan beliau, beliau menekankan 3 perkara yang seharusnya kita lakukan sebagai MUSLIM iaitu:

1- kita mesti bantu agama Allah .
2- Percaya bahawa Allah pasti menurunkan bantuan kepada kita.
3- Yakin dengan janji Allah.

Wahai syabab, wahai fatayat..bangkitlah!!
tegakkan agama yang suci ini, jangan biar ada noda yang mengotorinya..

Thursday, February 12, 2009

tolong sampaikan pada dia..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…



the true love..

nasihat ustazku

Assalamu’alaikum Wth. Wbt…
Segala puji hanya untuk Allah SWT, puja puji paling sempurna dan tinggi, Selawat dan salam khusus buat Nabi Junjungan SAW, kepada keluarga Baginda yang suci, para sahabat Baginda yang baik-baik, serta pengikut jejak langkah dakwah dan ibadah Baginda sehingga ke hujung masa…

Adikku…
Ujian, semua manusia akan merasainya dan itulah Sunnatullah yang pasti terjadi… Kerana limpahan kasih sayang Nya SWT, Dia memberikan ujian sesuai dengan ketahanan dan tahap keimanan seseorang hamba Nya… Semakin kuat iman seseorang itu, semakin tinggilah ujian yang akan diberikan kepadanya…

Tujuan ujian, hanya 1, iaitu untuk menaikkan darjat seseorang hamba di sisi Nya SWT… Mungkin lebih dekat jika kita bayangkan ujian itu seperti peperiksaan di bangku sekolah… Lebih tinggi tahap pendidikannya, semakin sukar pula ujiannya/soalannya… Malah lebih mencabar cara pembelajarannya… Justeru, semakin bernilai dan tinggi pula sijil yang diperolehinya…

Setiap orang menghadapi ujian tidak sama… Ada orang yang lemah jiwanya, dengan ujian yang sedikit, mereka kecundang… Mudah ditipu belit oleh syaitan yang sentiasa membisikkan was-was hatinya terhadap Allah SWT… Na’uzubillah… Bisikan-bisikan itu kadangkala sangat menekan jiwanya, sehingga tergelincir dari landasan keimanan… Mereka mula menyalahkan Allah SWT… Mereka kecundang… Kalah… Mudahnya, tak kandas periksa, tak dapatlah sijil yang diharapkan…

Tapi bagi orang yang imannya kukuh, ujian adalah anugerah nikmat yang sangat manis… Mereka faham kenapa Allah SWT berikan ujian itu kepada mereka… Mereka sedar siapa diri mereka sebagai hamba, yang tidak layak untuk mengeluh dengan pemberian Allah SWT… Mereka dengan Allah SWT ibarat sang kekasih, biar buruk dipandangan orang lain, kekasih tetap menyanjung tinggi cinta hatinya… Mereka menang… Biasalah, orang berjaya markahnya tinggi, sijilnya berharga…

Ada orang menyangka kesusahan, kesedihan, kesempitan, kekurangan, doa tidak terkabulkan adalah tekanan hidup yang sangat dibenci… Sedangkan itu adalah mehnah (galang ganti) kepada dosa, supaya tidak dikenakan azab diakhirat… Jika dia berjaya melaluinya, maka Allah SWT bayar lelahnya dengan Syurga… Dan ada orang sangat senang (hingga leka untuk bersyukur) dengan kemewahan, kesenangan, kelapangan, kebahagiaan, dan doa terkabul, sedangkan di dalamnya juga ada ujian… Iaitu, ujian untuk menilai ketinggian rasa syukurnya… Tapi kadang kala mereka tenggeam dengan nikmat, lalu hanyut dibawa arus nafsu… Akhirnya dengan nikmat yang tidak terbayar itu, mereka berhutang dengan Allah SWT, maka dicampakkan mereka ke neraka…

Justeru, hayatilah firman Nya untuk kekuatan hati kita tatkala menerima ujian : “Kadang kala kamu suka sesuatu itu (kamu sangka ia baik untuk kamu) sedangkan ia sebenarnya tidak baik untuk kamu, dan kadangkala kamu membenci sesuatu berlaku (kerana kamu sangka ia menyusahkan kamu) sedangkan itulah yang baik bagi kamu, (ketahuilah) Allah Maha Tahu (rahsia pemberian Nya) sedangkan kamu tidak mengetahui (perkara ghaib)…”

Dan jangan hendaknya kita jadikan diri kita seperti firman Nya : “Adapun manusia (yang lemah imannya) apabila diuji oleh Allah SWT dengan kemuliaan dan kelapangan hidup, mereka berkata : Tuhan memuliakan aku… Tetapi apabila diuji oleh Allah SWT dengan kehinaan dan kesempitan hidup, mereka mengeluh : oh…kenapa Tuhan menghina aku…”

Oleh itu, ujian itu sebenarnya ada dimana-mana, dan dengan bermacam cara… Kuncinya 2, seperti sabda Nabi SAW dalam hadis Qudsi : “ Allah SWT berfirman… Aku kagum dengan peribadi mukmin sejati… apabila diuji dengan nikmat, mereka BERSYUKUR, maka mereka Aku berikan kebaikan, dan apabila diuji dengan kesusahan, mereka BERSABAR, maka Aku berikan mereka kebaikan lagi… Sungguh Aku sangat kagum dengan orang mukmin…”
Muhasabahlah…

Daripadaku seadanya,
Al Faqir Wal Haqir Ila Rabbihil A’la…
Ustaz ad Ramly bin Abdul Rahim Al Qari’
Melaka…

Monday, February 9, 2009

yum..yum..

saya saja je nak share resipi2 ngan korang sume..especially hajar..hoho,okay hajar-tinggal copy n paste je la yer..hehe..klu korang cuba try test, hehe..insya-Allah.. jadi punya.. :)

p/s= aku x pandai masak sangat..n aku sediakan page ni supaya korang dapat masak untuk aku..haha



Puding Roti

12 keping roti putih - dibuang kulit tepi
125 gm mentega
175 gm buah-buahan campuran kering
125 gm gula perang/kastor
300 ml susu segar
300 ml susu cair
2 biji telur
1 camt vanilla

1. Sapu mentega pada roti kemudian hiris bentuk tiga segi atau empatsegi.
2. Atur selapis di dalam mangkuk/tin (lengser dengan sedikit mentega) yang boleh memuatkan 1.7 liter cecair.
3. Taburkan separuh buah-buahan dan separuh gula. Lapiskan lagi dengan roti. Taburkan baki buah-buahan dan gula di atas sekali.
4. Pukul susu segar, susu cair, telur dan vanila. Tapiskan ke atas roti. Biar selama 1 jam supaya roti kembang.
5. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga puding keperangan.

Pai Epal

Bahan pastri:
2 1/3 cawan tepung gandum
½ camt garam
¾ cawan mentega
4-5 camb air ais
Bahan inti:
8 biji epal hijau, dikupas
1 cawan gula perang
3 camb tepung jagung
½ camt serbuk kayu manis
3 camb mentega
3 camb susu cair + 1 biji kuning telur

Untuk pastri: Gaul tepung, garam dan mentega hingga seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit demi sedikit air, uli perlahan menjadi doh. Bungkus doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min. Setelah itu, bahagikan dua. Canai setebal 4-5 mm dan alas dasar acuan pai 23 cm. Canai baki adunan berbentuk bulat. Potong epal berbentuk kiub1 cm. Gaul dengan gula, tepung jagung dan kayu manis. Isikan ke dalam kulit pai. Bubuh mentega di atas epal tadi rata-rata. Basahkan kelilingnya pai dan tutup dengan baki adunan. Potong sekelilingnya supaya kemas. Sapu dengan susu bercampur kuning telur di atas pai. Cucuk dengan hujung pisau sebanyak 6 kali di atas kulit tadi. Bakar pada suhu 195 C selama 40-45 minit atau hingga keperangan.

Aiskrim Goreng

2 liter aiskrim (perisa ikut suka)
minyak utk menggoreng terendam
lidi sate (jangan terlalu panjang)
serbuk atau reja kek span
serbuk roti secukupnya (jenis putih atau buat sendiri dgn mengisar kepingan roti yg sudah dibiarkan di atas rak di dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Kepingan roti itu tidak perlu dibungkus.)

Bahan salut
125 g tepung gandum
¼ cawan susu segar
¼ cawan air
3 biji putih telur
Ambil aiskrim menggunakan ‘scoop’ aiskrim. Bungkus setiap bebola dengan kertas aluminium. Susun di dalam bekas besar dan tutup kemas bekas tersebut. Turunkan suhu peti pembeku (freezer) ke tahap paling minima (paling sejuk). Biar aiskrim di dalam peti pembeku selama 12 jam.
Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek span. Bungkus dengan kertas aluminium semula dan letak di dalam peti pembeku sekali lagi selama 12 jam.
Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaup-balikkan ke dalam adunan tepung. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk (rak bawah) selama 45-60 min. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut. Golek di dalam serbuk roti. Bubuh semula di dalam peti pembeku selama 2-3 jam.
Panaskan minyak (jangan terlalu panas hingga berasap), kemudian goreng bebola (jangan terlalu banyak pada satu masa) hingga keemasan. Sajikan segera.


Dendeng

600 g daging
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 kuntum bunga cengkih
1/2 camt serbuk lada hitam (kurangkan jika tidak mahu pedas)
1 cawan air asam jawa
10 biji cili merah, dikisar halus
garam, gula secukupnya
Potong daging nipis-nipis dan ketuk sedikit supaya lembut.
Rendam dengan air asam jawa serta sedikit gula selama 30 min. Toskan hingga kering. Goreng dalam minyak panas hingga tiga suku masak. Dalam 5 camb minyak, tumis cili, bawang besar, lada hitam dan bunga cengkih. Bila wangi, masukkan daging dan kacau hingga daging masak sempurna (tambah sedikit air jika terlalu kering).



Pai epal ala McD

2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk
2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan minyak sayuran


1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT..

Mihun Goreng Singapura

25o g mihun (direndam/tos)
150 g ayam (dipotong kecil)
4 biji bawang merah /dikisar
2 ulas bawang putih /dikisar
3 cm halia /dikisar
5 biji cili padi /dikisar
50 g lada hitam (ditumbuk)
50 g sawi (dipotong kecil)
1 kiub pati ayam
Garam dan bahan perasa

1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 2.Masukkan lada hitam bersama ayam dan biarkan masak. 3.Perasakan dengan garam, kiub pati ayam dan kacau rata. 4.Masukkan bihun yang ditos dan kacau rata. 5.Akhir sekali, taburkan sayur sawi dan biarkan sayur masak.

Muffin Coklat

100 g margarine/mentega 100 g gula pasir 2 butir telur ayam 100 g tepung gandum biasa ½ sudu teh baking powder 100 g coklat masak (lelehkan) 50 g coklat masak (cincang)

1.Kocok margarin dan gula hingga lembut dan kental. 2.Masukkan telur satu persatu sambil kocok hingga rata. 3.Tambahkan tepung gandum dan baking powder.Aduk rata. 4.Tuangi coklat leleh,aduk rata. 5.Tambahkan coklat cincang,aduk rata. 6.Tuang ke dalam loyang muffin. Ratakan. 7.Panggang dalam oven panas 180 c selama 20 minit hingga matang. 8.Angkat dan dinginkan.

Roti Telur Perancis

1 batang roti keras(dipatahkan) 4 biji telur ½ cawan susu cair 1 paket sosej ayam(dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu) 1 sudu besar esen vanilla

1.Masukkan semua bahan. 2.Bakar dalam ketuhar,375 c selama 45 minit.