Monday, January 3, 2011

semakin tua..


alhamdulillah. hari ni saya masih diberi kekuatan untuk bernafas.. mati sekejap dan dihidupkan semula.. begitulah rutin dan akhirnya akan mati yang sebenar dan dibangkitkan di padang mahsyar..

saya tersenyum apabila mendapat mesej spt ini:
" berakhirlah hidup sebagai belasan"

bagi saya, umur kita cuma angka.. ya, ada sebahagian yang merungut, tahun ni dah x 19 tahun.. da masuk 20..

padahal, sedar x sedar.. setiap hari kita semakin tua.. dan bukan kita, semua orang.. dunia juga semakin tua..

setiap saat
setiap minit
dan setiap jam yang berlalu
mendekatkan kita kepada kematian

kematian yang datang tiba-tiba
bukan pun kita boleh jangka
orang muda pun boleh mati kan?

jangan kira umur sweet 20 sesuka ati nak buat apa saja atas dunia ni macam dunia ni kita yang punya!

kalau nak happening sangat, carilah dunia yang lain, bumi yang lain !


jangan duduk bumi Tuhan,
jangan berpijak di alam ciptaan-Nya,
jangan makan nikmat dan rezeki-Nya?
pergilah cari dunia lain!

boleh?.



mampu ke bai??



kita ni lemah je beb.. even nak cipta lalat pun kita tak mampu... nak bagi benda "bernafas" n bley gerak-gerak pun payah..

so, jomla kita sesama menginsafi diri.. opss, perkataan yang lebih sesuai kat sini ialah ----> sedar diri..

sedar diri tu hamba
sedar diri tu manusia
sedar diri yang kita ni punya agama --> Islam
dan sedar hidup perlu bertuhan

korang pernah tak terfikir, kenapa Allah baik sangat dengan korang?

korang buat jahat, buat dosa banyak-banyak
gelak-gelak tak ingat dunia,

tapi korang still dapat makan..
dapat nikmat bernafas.. jantung korang masih berdegup laju.. dub dab dub dab.. sihat lagi

dapat nikmat melihat.. dapat tengok ciptaan Tuhan yang indah-indah, yang ajaib dan yang berwarna-warni..

dapat nikmat tidur..

dapat nikmat IMAN dan ISLAM..

dapat banyak.. banyak sangat dan saya kira kalau saya nak sebutkan dan nak senaraikan terlalu banyak.. cukuplah kita mensyukurinya..

adakah kita mensyukurinya?
adakah kita menggunakan semua nikmat kurniaan Tuhan ni untuk mencapai redha-Nya?
ADAKAH?

kawan-kawan..
sama-sama kita tajdid niat..
sama-sama kita bangun, dan hadapi setiap hari baru dengan azam AKU INGIN MENJADI SEORANG YANG BENAR-BENAR MENGAMALKAN ISLAM..

JOM KITA BINA BALIK BI'AH SOLEHAH MCM ZAMAN DOLU-DOLU

SEBAB KALAU NAK PATAH BALIK, MASUK SEKOLAH AGAMA NAK JADI BAIK, SEMUA MASA TU DA BERLALU

BELAJARLAH UNTUK MENJADI DEWASA

DEWASA BERSAMA MASA DAN USIA

BIAR KITA YANG HIDUPKAN BALIK BI'AH TU

BIAR KITA YANG BANGKIT SEBAGAI PAHLAWAN DAN SRIKANDI ISLAM
YANG MENJULANG KALIMAH TAUHID " TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH-NYA"

dan peluang untuk hidup hari ni jangan sia-siakan.. sebab esok, tiada guarantee yang kita boleh melihat dunia lagi..


sebab kita semua kena ingat, masa usia kita yang telah lalu, memanglah boleh kita nak kira.. tapi berapa usia kita yang tinggal tetap menjadi rahsia Pencipta..

so, akhir sekali.. zaman kanak-kanak mengajar kita menjadi dewasa, jangan biarkan diri kita masih kanak-kanak sedang kita sudah semakin tua..


May Allah Bless Us

5 comments:

AmirSyafiq said...

apa.salah.happening?

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

i mean happening y x kena tempat la..
got it?

siti-situ-sana-sini said...

jom blaja jd dewasa..
yeah2. i am!!:D

siti-situ-sana-sini said...

jom blaja jd dewasa..
yeah2. i am!!:D

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

> aja

u are =)