Saturday, January 15, 2011

loves cheese?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..

alhamdulillah, ana masa ada waktu untuk melihat dunia ni..
kesian para pembaca blog ana ni kan? ana asyik post yang pendek2 je.. hihi
jangan marah naa! ni baru ana ada masa nak post panjang sket.

masa jadual untuk sem 2 ni terlalu pack.
ana tak kisah sebenarnya..
tapi dalam terkejar-kejar nak ke kelas tu,
ana harap sangat ana dikurniakan ketenangan dalam hati
mencari tenang dalam keserabutan..heh
kelas mula pukul 8.00 pagi sampai 10 malam..
tak ke rasa nak nangis?.. tapi macam cewek je..
orang kat Palestin tu berjuang pagi, petang, malam
ana kat sini just bertarung dengan mata dan pen je kan?
tak pe.. ana rasa ana kuat.. dan ana tahu ana memang kuat
ana pun ada sahabat-sahabat.. ana tahu ana bukan sorang-sorang
dan yang paling penting sekali
ana ada Allah yang boleh teman ana, yang boleh tolong ana bila-bila masa je kan?

semalam, ana join satu Explorace ni
dekat area Seremban.. anjuran Pembina dengan Isma..
ramai akhawat dengan syabab yang join..
alhamdulillah, masih ramai lagi yang ada fikrah islami..
peserta-peserta dari uia nilai, usim, kolej mara seremban, uniti dan sekolah menengah pun ada..
kalau tak silap ada 22 kumpulan yang join.

setiap kumpulan boleh mula dengan syarat mereka menghabiskan 2 sudoku dengan cepat..
ukhti aten cepat je pikap sudoku tu..
ana terkial-kial nak siapkan.. hehe..
tapi alhamdulillah, kami dapat gerak dulu sebab siap awal..
kami kumpulan akhawat yang ke-2 gerak dulu..

klu 1 : tempat yang sesuai bagi para atlet ditemani nemo dan mermaid..

kami terus berlari-lari ke taman tasik seremban tu..
nampak je urusetia, kami tahu kami di tempat yang benar.. ceh.. hehe
kat situ, kami diberi tugasan untuk mencari benda-benda yang tersembunyi di sebalik pantun yang diberikan..

actually, kena cari gam, pen, kertas, tali dan plastik

plastik la yang paling payah nak cari sebab kami tak faham pantun tu sangat..haishh
tapi alhamdulillah, mata ukhti imah dapat detect plastik tu..
marha marha!!

klu 2 : kehidupan di bandar amat membosankan dan perit bagi mereka yang tidak dapat membeli belah..

kami terjemahkan perit tu mungkin parade kot.. haha
terus je berjalan-jalan ke Seremban Parade..
da lelah nak berlari..

kami ditugaskan untuk memberi flyers tentang KONVENSYEN MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA



bila kami dapat je flyers tu, terus kami aim untuk sebarkan dekat ktm seremban..
yang peliknya, bila sampai ktm tu, kami perasan semua tangan da pegang flyers ni..
cepatnya la kumpulan lain bertindak kan?..

hoho..
tiba-tiba muncul ilham yang bernas dari ana yang biasa-biasa ni,
apa kata kita selit flyers ni dekat cermin kereta?.. haha
idea ana dapat sambutan.. so, dengan cepat, kami meletakkan flyers2 tu dekat kereta2 dan motor yang bertuah..

klu 3 : syamsul yusuf loves cheese

klu ni la yang paling susah..
kami terjemahkan cheese tu sebagai keju.. haha, fikir yang senang je..
habis semua fast food dekat bandar seremban tu kami terjah
you just name it.. McDonald, KFC, Secret Recipe, King's Bakery, Pizza Hut

kami berlegar-legar sehingga ke Terminal 1, Parkson dan entah mana-mana lagi..
ikut hati, memang nak balik je.. kami macam sesat kat tengah bandar tu lebih kurang 3 jam
dan kami tak nampak pun urusetia atau mana-mana peserta lain..

tapi kami teruskan perjuangan jugak
ukhti aten sempat bagi nasihat, kuatkan semangat sebab semangat akan mengatasi keletihan..
letih tahap gaban tau.. tak pernah ana berjalan non-stop..

orang kata, malu bertanya sesat jalan..
kami ada la bertanya dekat sorang pakcik teksi ni, bangsa dirahsiakan..
dia kata maybe tempatnya dekat Jalan Syamsul Yusuf..

Masya-Allah !
cari punya cari.. mana ada jalan syamsul yusuf ! jalan datuk temenggung camtu ada la!
sabar je.. tersalah tanya pun payah jugak kan?..

ana da tak larat dah.. sampai tanya dekat polis pun, polis tak tau..
kesian polis, da menambahkan tugas diorang pulak..
menyelesaikan klu explorace kami ni.. haha.. rasa lawak je..

polis tu boleh pula tergelak-gelak n suruh kami kongsi duit kalau menang..
omg, kalau da sesat macam ni, boleh ke menang?

akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi kat Seremban parade tu
and guess what?

akak setiausaha tu kata klu syamsul yusuf loves cheese tu sebenarnya dekat bangunan kraftangan !!

relevannya.. kan ada jenama cheese "Kraft" yang kena boikot tu..
aaaa~~ sadis betul.. memang tak tercapai akal kami..

dari parade tu, kami pun berjalan la ke bangunan kraftangan.
jauh jugak la sebab kami da lalu masjid negeri, bangunan mufti dan jabatan pelajaran negeri..
baru sampai..

kat situ tugasan kena buat tikar guna reben dan saletep je..
plus kena buat tengkolok dari kertas macam tengkolok negeri sembilan..
kami pun buat je walaupun muka semua merah macam udang bakar..

klu 4 : Muz and I have an aquarium..

terus kami detect muzium.
muzium ni lagi la jauh.. dah dekat dengan highway plak..

so, senang, kami amik teksi je..
tapi teksi taknak amik 5 orang sebab risiko tinggi n nanti diorang boleh kena saman
dan kalau apa-apa terjadi pun, insurans tak boleh guna sebab penumpang da lebih 4 orang..

tapi alhamdulillah la ada sorang pakcik teksi ni faham yang kami ni dalam race..
dia terima la kami ni..

kat muzium lak,
kami kena buat kotak origami .. susah kot sebab tak faham direction kat kertas tu sangat..
ukhti imah bukak balik sample kotak yang da ada n then, kami dapat siapkan kotak tu..

and then, kami kena minum air pulak
guna 5 straw yang disambung-sambungkan..
sangatlah panjang straw tu.. first and last time kot, minum air mcm tu..
mula-mula ukhti imah yang cuba minum,
lepas tu ana
last sekali ukhti zahidah.. haha.. cepat je air habis..
dahaga sangat kot.. huhu

klu 5 : syamsul's garden is now open publicly..

ni mesti taman...
kami nak amek teksi juga untuk ke taman ni walaupun tak tahu taman mana satu

tiba-tiba sorang akhawat yang jadi urusetia suruh kami naik kereta beliau untuk keselamatan akhawat..

rupa-rupanya ada satu group akhawat sebelum ni yang cuba dilarikan oleh pakcik teksi..
gerun kami mendengarnya dan group tersebut telah pun menarik diri sebab mereka da trauma dengan kejadian tu..

so, berhati-hatilah akhawat kat luar sana..
jangan masuk teksi sorang-sorang dan kalau boleh, sebelum masuk teksi tu,
baca bismillah n hafal plat teksi tu.. bukan apa, untuk keselamatan akhawat jugak kan?

tempat yang terakhir ialah Taman Malaysia
kami da bersemangat nak habiskan explorace tu, alih-alih urusetia kata game da tamat sebab da ada 11 group yang sampai kat Masjid Negeri.. rupanya hadiah sampai group 11 je.. kami ni da group ke-13 dan ada lagi 3 group yang tak habis race lagi..

kami kecewa sikit la
bukan sebab tak menang, kami tak kejar pun RM 300 untuk tempat pertama tu
tapi sebab kami tak dapat nak habiskan permainan ni.. hishh
tak pe la.. takde rezeki kan.. nak buat macam mana..

tapi yang pasti
ukhuwah antara kami yang satu usrah ni makin erat
yelah.. kan kalau kita nak kenal sahabat-sahabat kita dengan cara kita bermusafir dengan mereka kan?

dan sahabat-sahabat ana okay je
kami tak kekok pun nak share straw tu sama-sama
nak tunggu sorang ukhti ni masuk bilik air ke..
sebab bukan menang yang kami kejar

alhamdulillah
ana dapat lebih dari apa yang ana jangkakan
lebih nilainya dari rm 300 tu..

dan kalau nak ikutkan,
keletihan dan rasa tak puas hati kami ni sikit je..

kalau nak bandingkan dengan sahabat nabi , salman al-farisi ..
memang jauh beza
sebab salman al-farisi sanggup je nak bermusafir dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari agama yang benar sehinggalah salman berjumpa dengan Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam..

sampai Nabi pernah bersabda :

" Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."


ana harap ana pun dapat capai bintang suraya tu ..
dan ana harap kita semua sama-sama mencontohi semangat Salman Al-Farisi tu..

ana rasa group ana da bagi yang terbaik dan kami tak benarkan kepenatan membuatkan kami menyerah kalah!

hakikatnya, kalian dah menang di mata ana
biarlah tidak diumum sebagai johan sekalipun.. =)

dan kita da ronda satu seremban tu dalam 4 jam lebih
dan takde pun yang pengsan.. alhamdulillah
baru ana nampak yang sebenarnya tenaga syabab dengan akhawat ni sangatlah kuat..
kita tidak akan tahu sehingga kita tak mencuba kan?
so, gunakanlah kelebihan yang kita ada ni sebaik-baiknya..


sekian, sampai disini sahaja..
mohon maaf atas salah dan silap ana selama ni

May Allah Bless Us

8 comments:

zikrulmaut said...

salam ukhti..

waaa...
banyak nama ana dalam ni..

ana tetap x suka klu 3 & 4. menyakitkan hati betul...hu


kenapa mesti Syamsul Yusof????
kenapa mesti akuarium????
sape la yg buat ni...haih..


apapun, kita dah buat yg terbaik en..
tarbiyyah ALLAH melalui xplorace mmg manis.


thanks for everything
~ukhuwahfillH

analisiszikri said...

akak,bestnyer....

GrEeN CrYsTaL said...

Salam..erm..cm na explorace 2?mnarik kn?sbnrnya pgurusn nk wat yg lbih complecated lg tp bla pkir blik wat yg cm ari 2 pon dh nmpk cm sukr dh...
apa pon thniah wat para pmenang n trima ksih byk2 pd smua psrta krna sudi mluangkn dri dlm program ne...

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

> imah

org y salu kita sebut nama tu la y dekat dgn hati kita kan? =)

ukhuwah hingga ke syurga, insya-Allah

> hanis

hehe.. meh datang sini

Muhammad Nidzam Yatimi said...

style lah explorace cmni. semoga ada banyak lagi yang macam ni jugak. jasmani dipenuhi,rohani terisi.

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

> zam

hidup biar stylo.. ha

nurfadhlinashaari said...

salam.
nape sy x dpt info pn pasal explorace ni =(( sedihnye.
ke memang untuk area sana je?heh.

xde rezki ni namenye. he

konvensyen tu mcm mnarik. tapi nape la jauh sgt=(

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

jauh bukan penghalang

nak join ke ? jom yuk!
bley msg kte atau maryam..

bisa diatur.. insya-Allah