Saturday, October 30, 2010

you could choose, dude !

when life knocks you down,



you could choose whether or not to get back up ..



p/s : never say "never"

karate kid mood

Friday, October 29, 2010

syahadatul haq

Syahadatul haq bermaksud ; penyaksian yang benar

Sahabat,
andai dihitung kembali ..
berapa kali kita mengucap setiap hari ?

ya, 9 kali..
dan dalam 9 kali itu..
adakah setiap kali kita mengucapkan syahadah itu , kita benar-benar menghayatinya?

Mari kita memperbaharui syahadah sama-sama ;

أشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

sahabat,
jika diperhatikan pada syahadah itu ada kalimah illah ..

apa maksudnya ?
illah bukan sekadar bermakna Tuhan tetapi ia bermaksud sembahan ..

maknanya,
undang-undang kena guna syariat yang Allah tentukan
cara berpakaian – cara berakhlak – cara hidup
semuanya mengikut aturan Allah

duhai kawan,

TIDAK TERTEGAKNYA SYARIAT ALLAH ADALAH SATU MALAPETAKA YANG SANGAT BESAR..

mengapa saya menyatakan demikian ??..
lihat sahaja di keliling kita
isu-isu yang berlaku zaman sekarang
isu buang bayi, zina, bunuh, merompak dan sebagainya

apa yang terjadi pada orang-orang Islam zaman sekarang ?
mengapa dibiarkan syahadah yang kita ucapkan setiap kali solat itu bagai angin lalu yang meniti di bibir sahaja ?
ini semua berlaku kerana tiada penghayatan syahadah
saya ulang sekali lagi - TIADA PENGHAYATAN

inikah harga yang kita perlu bayar untuk sebuah kemajuan ?

bila diri rasa tidak bertuhan ..
bila Tuhan tidak ditakuti
macam-macamlah yang terjadi

sahabat,
tidak terasa kah bahawa Allah itu Maha Melihat ?
tidak terasa kah bahawa ajal itu kian dekat, maut kian menghampiri ?

hidup kita bukan sekadar terhenti di dunia – mati dan tidak dibangkitkan
tapi kita masih akan ada hidup yang panjang di akhirat
tempat pulang kita sama ada syurga atau neraka
dan untuk itu kita akan dihisab

sebelum kita dihisab, maka hisablah diri kita dahulu !!

sekarang, saya ingin mengajukan soalan kepada anda sekalian, dalam situasi dikelilingi maksiat ini, selamatkah kita ? Akan selamatkah kita ?

mari saya bawa anda ke zaman 1511 ..

apa yang familiar tentang 1511 ?

ya, anda benar
1511 – kita diajar melalui sejarah adalah tahun di mana jatuhnya kegemilangan kerajaan Melayu Melaka .

tapi ada peristiwa tersirat di sebalik sejarah ini
ketika itu, kerajaan Melayu Melaka telah berada di bawah kekuasaan khilafah Uthmaniyyah ..
jatuhnya Melaka disebabkan jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah yang digulingkan oleh Mustafa Kamal Attaturk.. datangnya teori wise-man burden.,. kononnya tanggungjawab mentamadunkan manusia dipikul oleh Barat.

Nah, kita dapat melihat bahawa kejatuhan Islam ini bukan bermula sejak kita merdeka tetapi sejak tahun 1511 lagi..

andai kita renung sejenak..

adakah dengan senang-senang penjajah ingin memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu?
malah, tanpa menumpahkan darah ?

pasti ada agenda dan muslihat tersembunyi yang telah mereka rancang..
mereka ingin kita merdeka dengan acuan mereka..

pihak British membiarkan sahaja jika orang Melayu mahu membuat sekolah pondok, tetapi mereka juga giat membina sekolah-sekolah sekular seperti sekolah Assunta, St.John, Convent Bukit Nanas dan lain-lain..

hasilnya bila pelajar pondok yang tidak diberi bantuan tamat pengajian, mereka dibandingkan dengan pelajar sekolah-sekolah sekular ini..

sekolah agama dan sekolah tidak agama ?
agama pada nama sekolah kah?

bukankah agama Islam itu yang tertinggi ?
tiada yang tertinggi daripadanya !

malah,
jika diperhatikan dalam sistem pemerintahan sendiri
ada pula Jabatan Agama
LIHAT !!
agama pula telah diperjabatkan !
dan Jabatan Agama pula telah diperkecilkan tugasnya kepada skop soal nikah, cerai dan pembahagian harta pusaka sahaja..

saya tidak merujuk kepada mana-mana parti politik
tapi saya ingin menjelaskan tentang perancangan Barat sejak 700 tahun dahulu..

mengapa kamu mengambil sebahagian daripada Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain?
ambil bila suka, buang bila tak suka ?
adakah begitu?

perlu difahami bahawa Agama Islam itu cara hidup
Islam itu syumul- merangkumi politik, ekonomi, sosial , akidah, syariat dan akhlak..
dan sekarang peranan Islam sebagai cara hidup itu terpecah-pecah..

APA SOLUSINYA ???
APA TANGGUNGJAWAB KITA ?

Nabi Muhammad s.a.w diturunkan membawa risalah tauhid iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Tugas kita adalah sebagai penyambung risalah Rasul..

satu profesion yang sangat hebat ialah pendakwah
dan kini diamanahkan tugas itu kepada kita..
profesion para Nabi dan Rasul
ganjaran syurga bagi sesiapa yang menyanggupinya

mahukah kita melepaskan peluang ini??

melihatkan tanggungjawab kita sebesar ini, adakah kita mahu menyelitkan sisa hidup kita dengan cinta picisan semata-mata ????

ada orang mempertikaikan
“kalau aku tak bercinta, nanti tak ada jodoh.. kalau tak ada jodoh, nanti tak kawen”

aduh,
ceteknya akal anda jika menyatakan demikian !

soal jodoh itu Allah punya urusan,
cepat atau lambat itu telah termaktub di Lauh Mahfuz
apakah yang dirisaukan ?
tidak yakinkah anda dengan janji Tuhan – perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ?

mahu yang soleh, ya kena solehah dulu !

KITA PUNYA MISI YANG LEBIH BESAR..
KITA MAHU SELAMATKAN UMAT
KITA MAHU JADI AGEN PERUBAHAN
JADI, KITALAH YANG KENA BERUBAH DULU
BERUBAH DARI SEGI PEMIKIRAN , AKHLAK DAN SEBAGAINYA
DAN PERCAYALAH !
HIDUP KITA LEBIH BERMAKNA DENGAN MENGEJAR CINTA KHALIQ
DARIPADA MENGEJAR CINTA MAKHLUK

p/s : Buktikan bahawa syahadah kita bukan sekadar ucapan lisan semata-mata. Zahirkan syahadah dalam kehidupan..Agar kita diredhai Tuhan..

May Allah Bless Us

Thursday, October 21, 2010

bowling freak

alhamdulillah, percaturan memilih sukan bowling sebagai subjek ko-kurikulum 2 kredit adalah pilihan yang tidak silap..

walaupun aku ni student yang paling lampi nak faham cara nak baling bowling tu ( dgr macam lame je kan?)

a bunch of thanks to our couch - Mr. Ali Hanafiah
couch yang sangat sporting..

walaupun setiap kali aku melontarkan bola bowling tu ibarat doraemon tangan bulat melemparkan bebola api dragon ball .. dush.. masuk longkang.. tapi coach still bagi semangat.. tepukan semangat :).. tak kan nak gelakkan ?.. sebab tu la beliau jadi coach..

dan bila sesekali strike atau spare ,
bibir menguntum senyum sendiri..
nothing is impossible kan ?

walaupun cam kecik
kira mampu lagi la nak pegang bola bowling seberat 8 kg tu..

zillion-zillion terima kasih untuk team B
qurratu' aini, asma' dan fadlli

terima kasih sebab tak gelakkan aku masa bola tercampak ke belakang
masa bola semuanya masuk longkang

minta maaf sebab x dpt nak menang pape T_T

* * * * * * *

inti pengalaman ;

1) kita memerlukan seseorang yang boleh memahami kita
memberi sokongan tatkala lemah dan tiada semangat ..

dan kala susah menjelma
kita tahu siapa kawan, siapa lawan

terima kasih buat nadhirah,
enti terlampau baik
* erk, don't stalk me kat toilet la.. buat kantoi je tgh hujan .. ceh

2) markah ..

orang menilai pencapaian melalui markah..
ey? ada tgk 3 idiots tak ??

aku tak menilai dari markah
i judge myself by improvement

46-47-56

markah game yang mampu aku dapat time tournament hari tu..
tipu la kata kalau tak sedih..
tipu la kalau tak leleh..

but then,
boleh la senyum tawar
at least improve.. kan kan? :)

3) esok.. Jumaat 22/10/2010

group tutorial akan buat tournament bowling kat seremban parade
best best.. game start pukul 2.30..

objektif- eratkan ukhuwah for sure..

premis 1 = seremban parade jimat kos
premis 2 = alamanda mahal
premis 3 = seremban parade menang !!..

haha .. da tak ingat formula ni.. i miss math like heaven..
tolongla ajar statistic.. please?? hmm..

p/s : fokus itu penting....^_^

May Allah Bless Us

Friday, October 15, 2010

saat hati berbelah-bahagi

kehidupan sebagai pelajar
kita memang sentiasa akan bersaing dengan masa

sama ada kita yang memotong masa
atau masa yang akan memotong kita
dengar macam pelik je kan? haha

itulah..
terasa 24 jam yang Allah beri kat kita tu macam tak cukup
tapi sebenarnya cukup je

setiap orang mendapat 24 jam sehari
dan tiada yang terlebih,
tiada yang terkurang

tetapi bagaimana kita menghabiskan masa kita...
bagaimana kita mengisi setiap detik dalam hidup kita..
itulah yang membezakan kita dengan orang lain

sahabat-sahabat,
andai lidah pernah mengungkapkan

"tak cukup masa la nak buat assignment"

"tak sempat nak hafal asalib" .. erkk


muhasabahlah balik
kita renungkan kembali
ke arah mana masa kita dihabiskan ?

seolah-olah perkara yang tidak perlu, yang tidak penting
itu yang lebih menjadi prioriti

movie.. novel.. facebook..chatting.. ym ...texting...dan macam-macam lagi

habis ketawa berdekah-dekahlah Yahudi bila kita asyik lalai dengan setiap hiburan yang disuap oleh mereka.. ibarat ayam kelaparan, mematuk apa sahaja yang ada di depan mereka!! (boleh ganti uncle karam ni, hehe)

tak salah hendak berhibur
asalkan masa kita juga turut teratur


relevankah andai masa yang banyak itu diluangkan untuk perkara yang sia-sia?

saya berpegang kepada : apa yang kita lakukan pada hari ini, menentukan siapa kita pada hari esok..

ya, kita mahu berjaya
kita mahu menjulang kembali Islam itu

kita mahu bangkit sebagai mujahid, mujahidah Islam
yang tegar berjuang sehingga ke titisan dakwat pena yang terakhir (pelajar)

yang tegar berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir (tentera Allah)

yang tegar berjuang berperang dengan diri sendiri (kita juga tentera Allah)


saat hati berbelah-bahagi,
arah mana masa itu mahu dihabiskan
pilihlah yang lebih bermanfaat untuk anda

andai anda bertanya kepada saya : bila masa rehat ?

kerehatan sebenar itu bila anda diseru menghadap Tuhan =).. YAKINLAH !!

jadi, jangan sia-siakan walau sesaat cuma dalam hidup anda kerana semua yang kita lakukan akan dihisab di depan Allah .. jangan lupa itu !!


May Allah Bless Us

Tuesday, October 12, 2010

dunia akhir zaman

zaman ini

masih lagikah kita bertamadun?

kata syed naquib al-attas ;

tamadun adalah pencapaian tertinggi sesuatu bangsa dari segi penciptaan dan ketinggian tingkah laku dan keluhuran budi

masih lagikah bertamadun?

sejauh manakah kebenaran tamadun manusia yang diajar oleh Barat ???

mari kita singkap jendela kebenaran ;



semoga dapat ambil pengajaran buat diriku dan diri anda juga ..

buang yang keruh, ambil yang jernih



May Allah Bless Us

Sunday, October 10, 2010

sangka baik dengan Allah

* an email from a very good friend

Assalamualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Kita sebagai seorang Islam, wajib beriman dengan Qada' dan Qadar yang telah
ditentukan. Sememangnya, ALLAH MAHA KUASA untuk menentukan apa yang selayaknya
untuk kita.

Jawapan ini, saya rujuk dalam buku bertajuk Benteng Diri Ahli Hakikat, karangan
Saiyid Ahmad Ar-Rifa'i, terjemahan oleh Syed Ahmad Semait. Bicara 4, yang
bertajuk "Mengapa kamu menyembah ALLAH?"

Diriwayatkan bahawa Malik bin Dinar dan Tsabit Al-Bunani, moga-moga Allah
menurunkan rahmat kepada keduanya, mereka datang menemui Rabi'ah al-Bishriyah,
maka Rabiah berkata kepada Malik: Sila beritahuku, mengapa engkau menyembah
Allah? Menjawab Malik: Kerana keinginanku kepada syurga! Kemudian Rabi'ah
berpaling kepada Tsabit dan bertanya: Dan engkau pula si pembantu? Jawab Tsabit:
Kerana takut kepada api neraka!

Maka Rabiah lalu menyatakan kepada Malik: Engkau, wahai Malik! seumpama si orang
yang mengambil upah yang buruk. Engkau tidak bekerja kecuali kerana tamak kepada
bayaran. Dan kemudian Rabi'ah berpaling kepada Tsabit dan berkata: Dan engkau
pula, wahai Tsabit! Engkau seperti hamba yang buruk. Engkau tidak bekerja
melainkan kerana takut dipukul tuanmu!

Ketika itu pula kedua-dua Malik dan Tsabit berkata kepada Rabi'ah: Baiklah, dan
engkau pula wahai Rabi'ah, bagaimana pula?! Jawab Rabi'ah: Aku menyembah Allah
kerana cinta kepadaNya dan terlalu ingin untuk menemuiNya!

Itulah antara bicara mereka. Jadi, saya mahu tanyakan, mengapa kita menyembah
Allah?
Jawapan, sudah jelas! Kerana kita hamba. Hanyalah hamba. Kita menyembah Allah
yang telah menciptakan kita, kerana kita hamba.

Maka, saya tanyakan pula, adakah layak yang dicipta mengkritik Pencipta? sifat
Pencipta (ALLAH), Maha Hebat, Maha Tahu, Maha Penyayang. Yang dicipta? Hanya
tahu apabila dapat ilmu. Ada kelebihan jika diberi. Terpulanglah pada Pencipta
kita untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita. Itu hak ALLAH.

Maka, ALLAH memberitahu kepada kita dalam firmanNya: "Aku selalu mengikuti
sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa bersama-samanya ketika ia
mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya
dalam diriKu (DzatKu). Jika ia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan
mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Jika ia
mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika ia mendekatiKu
sehasta, Aku akan mendekatinya dua hasta. Jika ia mendatangiKu dengan berjalan
kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari."

Benar, Jodoh , Maut dan segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Ada yang
kekal tak boleh berubah, cth maut. Ada yang telah ditentukan dan Allah beri
peluang kepada kita untuk berubah (sifat Allah yang Maha Mengetahui pasti tahu
kita akan berubah atau tidak, dalam erti kata yang mudah, ketika kita tidak tahu
kita akan berubah atau tidak, Allah sudah tahu kita akan berubah atau tidak. Ini
ilmu tasawuf dan perlukan pengertian yang mendalam). Contoh wang dalam tangan.
Jika kita ditentukan hidup miskin, jangan kata.. Takpala.. Dah ni nasib aku.
ALLAH NAK KITA BERUSAHA. Segala rezeki memang ALLAH SAHAJA yang bagi, tapi kita
sebagai manusia kena berusaha. Nak pandai, kena banyak menuntut ilmu terutama
ilmu agama. Nak kaya, kena kuat usaha.

Teringat kisah sahabat Rasulullah (saya tak ingat namanya), menuju ke suatu
tempat dengan seorang temannya. Lalu, mereka mendapat berita bahawa di kawasan
tempat tuju mereka itu ada penyakit (saya tak ingat penyakit apa). Maka, sahabat
Rasulullah itu berpatah balik dan tidak mahu meneruskan perjalanan ke tempat
itu. maka, sahabatnya yang bersama-samanya bertanya, mengapa dia tak teruskan je
perjalanan? maka, dia menjawab bahawa dia mahu lari dari takdir itu dan berpatah
balik untuk mencari takdir yang lebih baik. macam ni, sahabatnya tanya, mengapa
dia tak teruskan perjalanan sedangkan perjalanan itu telah ditentukan Allah.
maka, dia menjawab memang segalanya Allah yang menentukan, namun dia selaku
hamba perlu berusaha untuk mengelak nasib yang buruk (takut2 terjebak dengan
penyakit di kawasan itu), maka diapun berpatah balik. itu juga takdir Allah.
perlu fahami secara perlahan-lahan. ..

Citer lain pula..

Ade yang kata, aku dah berusaha tapi tak dapat pun.

Persoalan saya, layakkah kita berkata begitu????

Jawapannya, LANGSUNG TIDAK LAYAK

Dua syarat utama diperkenankan doa, iaitu TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MEMUTUSKAN
SILATURRAHMI.

Sejauh manakah kita telah taat kepada ALLAH?

Tanyakan pada diri

TAAT sekadar dua tiga jam, kemudian lupa? Adakah TAAT sebegitu, namun harapkan
yang hebat-hebat? ??

Pernahkah kita dengar, orang yang tidak menyembah ALLAH tidak dapat merasa
makanan seumur hidupnya?? Tidak bukan... Itu sahaja sudah jelas menunjukkan
kasih sayang Allah kepada SEMUA HAMBANYA..

Maka, ada yang masih tidak puas hati malah selalu menyalahkan takdir.
Saya malu untuk menyatakan kerana saya juga manusia yang banyak kelemahan. Ada
yang berkata, "kenapa aku? kenapa mesti aku? kenapa aku yang miskin? kenapa aku
yang diuji? kenapa hidup aku tak senang, orang lain senang lenang?

Mari kita bahaskan di sini

ALLAH yang MAHA Pengasih Penyayang, bersifat Maha Pengasih Maha Penyayang
terlalu sayangkan kita... Terlalu.... Jika kita mengira kasih sayang Allah, kita
tak mampu kira... Tak mampu. Kumpulkan seluruh makhlukNya dan cantumkanlah semua
kasih dan sayang itu, lalu hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah, PASTI
kasih sayang Allah tetap nombor satu.

BUKTI???
Tangan diberi untuk pegang sesuatu, kaki untuk berjalan, akal untuk berfikir,
mulut untuk merasai nikmat makanan. Diberi kepada siapa semua ini????? KEPADA
SELURUH HAMBANYA.

Cuba fikirkan....

Oklah, untuk lebih mudah faham penerangan saya yang agak meleret dan
memeningkan, saya mahu bawa satu pendekatan kepada diri saya dan anda semua.

Pernah lihat drama bertajuk CHINTA? TV3, 6.30 PETANG...

Chinta binti Musa, seorang gadis yang baik. Solat. Memakai pakaian yang tidak
ketat. Baik.. Namun, Chinta binti Musa diuji dengan satu musibah yang amat berat
dan menderitakan hidupnya, sehingga tidak mahu kahwin. Chinta berhijrah ke Kuala
Lumpur dan bekerja di sebuah studio. Pernah pula tinggal dengan seorang makcik,
yang juga bekerja di studio. Makcik itu bertanya, "makcik tengok, telekung tak
terusik...". makcik tanya Chinta, Chinta solat tak? Chinta kata TAK. Chinta
kata, selama dia solat, asyik benda-benda buruk je yang berlaku kat dia. dia
kata, solat ke, tak solat ke, sama je. Sampaikan, dia mempermainkan hati seorang
lelaki bernama Eddi. Dia marah dengan semua lelaki kerana hidupnya telah
dihancurkan. Dia juga melayan lelaki yang mahu memuaskan nafsu syaitani.

Persoalannya di sini........ ...

Layakkah Chinta berkelakuan begitu?

Jawapannya, TIDAK LAYAK.

Saya jawab persoalan ni bukannya kes untuk memahami perasaan Chinta.. namun,
jawapan selaku hamba.. Chinta tak redha. Dia salahkan takdir. Dia benci dengan
kehidupannya, sampaikan dah taknak solat. buat perkara terlarang.

Chinta telah mengambil jalan yang salah....... ...

Kerana rasa marahnya dengan musibah yang menimpa (dia pernah dizalimi), dia
semakin menjerumuskan dirinya ke lembah maksiat. Kerana dendam, dia cuba untuk
menghancurkan lagi hidupnya dan orang lain.

Sepatutnya.. ..

Chinta mesti redha dengan apa yang telah terjadi padanya. Dan, Chinta memang
perlu hijrah. Hijrahnya bukan untuk palitkan sejarah hitam, tapi hijrah untuk
mendekatkan diri kepada Allah.

pastu, ada orang yang cakap, "kau cakap senangla!!"

JAWAPANNYA, IMAN PERLU DIBUKTIKAN DENGAN AMAL.. CONTOH, BILA DAPAT REZEKI, KITA
SOLAT. BILA DAPAT MUSIBAH, KITA TETAP WAJIB SOLAT. IMAN PERLU DIBUKTIKAN DENGAN
AMAL..

Chinta bersalah pada dirinya.. Kerana orang telah menzaliminya, dia sudah tidak
redha.. dengan itu, meninggalkan jalan Islam dia begitu saja. Sedih... Kalaulah
drama 'Chinta' tu dorang bawak watak iblis, kan lagi nampak salah Chinta. Tapi,
watak iblis takde dalam tu.. So, lihatlah cerita cinta dengan pandangan agama.
Bukan dengan nafsu atau dendam yang melanda.. Nauzubillah. (mungkin lari tajuk,
maaf)

SELAMI KISAH RABIATUL ADAWIYAH BETUL-BETUL. . WANITA SUFI MENCARI ISLAM..
BILA DISIKSA, TERSIKSA, DAN MENDERITA...
DIA NAMPAK KASIH SAYANG ALLAH PADANYA..
PENDERITAAN SELAKU HAMBA ABDI KEPADA MAJIKANNYA MENJELASKANNYA,
BETAPA KEJAMNYA MANUSIA...
BETAPA CINTANYA ALLAH PADANYA..
DIA NAMPAK KASIH SAYANG ALLAH
HAMBA ABDI MAJIKAN TERSIKSA
HAMBA ALLAH KAN DIJAGA SENTIASA..
SEDAR DIRINYA...
MAKAN MINUMNYA ALLAH YANG BERI, MAJIKAN CUMA WADAH SAJA..
MERINDUKAN ALLAH
DIA BAHAGIA...
MALAM TAHAJUD PERKARA BIASA BAGINYA
TIDAK TAHAJUD DIA PASTI MENANGIS HIBA..
SENANG ATAU SUSAH DUNIA..
BUKAN JAMIN KITA MASUK SYURGA...
YANG JAMIN KITA HANYA ALLAH YANG MAHA ESA..
Chinta, PERLU BELAJAR KISAHNYA..

Mungkin, Chinta akan kata...
BAGAIMANAPUN AKU TAK MAHU JADI MERANA
LUPAKAH DIA DUNIA INI UJIAN IMANNYA
Chinta MASIH INGKAR PADANYA
SOAL Chinta
AKU TAK TERIMA NASIB DERITA
SEDARKAH Chinta, BAHAWA YANG TERJADI ADA HIKMAHNYA
Chinta TIDAK NAMPAK KERANA DIA MANUSIA BIASA
AGAMANYA TIDAK NAMPAK TERANG NYATA
BILA DIUJI HATINYA MERONTA
MENYALAHKAN PULA ALLAH YANG MAHA KUASA
APAKAH DIA TIDAK TAKUT API NERAKA?
Chinta MASIH MAHU KESENANGAN SAJA
TAK REDHA HIDUPNYA DIZALIMI DERITA
TAK GUNAKAN MUSIBAH UNTUK MERENDAHKAN DIRI PADANYA
APALAH NASIB Chinta..
PADA DUNIA TAMAK HALOBA
APAKAH SYURGA AKAN MENJEMPUTNYA. .
JANGAN SAMPAI DI PADANG MAHSYAR SANA
BARU KATA SANGGUP MEMEGANG AGAMA SELAMANYA
DAN MERINTIH KECEWA
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH, ADALAH KEYAKINAN MULIA....
MARILAH BERTAUBAT DIRIKU DAN SEMUA...

moga Allah yang memberikan kalian kefahaman.. agar kalian sentiasa merindui
Allah.. yang sentiasa menjaga kalian tika susah dan senang.. nyawaku dan kalian,
adalah nikmat dariNya (^_^)

May Allah Bless Us

Monday, October 4, 2010

Sunday, October 3, 2010

why serenity?

disebabkan waktu lapang yang Allah bagi..
nak nak pula minggu ni banyak kali berjumpa komputer dan pinjam broadband sahabat..
so, macam-macam benda yang aku dapat
yang aku nak share dengan korang

firstly
ada orang tanya aku (yang tau aku ada blog la)

kenapa letak nama miss serenity?
serenity tu maksudnya apa?

okay,
kat sini nak explain
serenity tu maksudnya ketenangan
jumpa perkataan ni masa baca novel judith mcnaught (once and always)
then macam curious sangat
sebab tu cari
bila jumpa tu, rasa happy sangat..

sebab tu nama athirah tu boleh je tetiba transform jadi miss serenity
nama tu mendoakan.. betul tak? =)
my real name pun best apa, cuma ni konon nama pena la..

dalam penghayatan aku kan..
ada satu benda yang penting sangat dalam hidup ni
tak kiralah kalau Allah beri susah ke
Allah beri senang ke
Allah beri dugaan
Allah beri kita musibah
Allah beri kita nikmat
Allah beri kita kaya
Allah beri kita miskin

apa yang penting ialah ketenangan hati

qalb is the crucial part

then, bagilah apa-apa ujian pun, kita dapat menghadapinya dengan berlapang dada dan bersikap tenang.. insya-Allah

tapi bukannya ketenangan hati ni boleh dibeli dimana-mana
kalau ada yang menjual, aku pasti ramai jutawan yang ghairah untuk membelinya
sayangnya, ia tidak boleh dibeli

tapi ingat
Allah yang mencipta manusia
Allah juga tahu manusia akan mempunyai banyak masalah
dan untuk menghadapi masalah2 tu pun,
Allah dah bagi pemudah cara dekat kita
cuma kita je kadang-kadang leka

pernah dengar tak ayat ni?
hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang

kat sini, ada satu video
aku betul-betul nak share dengan anda semua
so, da terlajak singgah ke my crystal ni
silalah menonton ya ! (aku benar-benar berharap)
hanya 8 minit 44 saat.. luangkanlah



May Allah Bless Us

prank call


okay.. tajuk pun macam da terang semua

lately, dapat prank call.. no no
not prank call .. crazy call..

3 kali panggilan dari nombor yang sama
sampai aku da save nombor tu jadi unknown

kalau ujian tu,
memang kena dekat semua orang kan?

punyala aku betul-betul menjaga sebaris nombor ni
nampak macam remeh,
tapi sebaris nombor jugak banyak melalaikan hati ramai remaja luar sana..

aku pernah tanya pendapat sorang kakak ni
just called her kak cahaya

akak, masalah couple ni memang banyak kan?

ya adik, kat sekeliling kita.. 360'.. tapi kita tak boleh diam diri kan?

aku angguk mengiyakan.. siap berkongsi satu straw.. aku yang memandang jadi malu sendiri. apa nak jadi ? da tak sayang diri ke?

kak cahaya meneruskan pandangannya

benda ni, semua orang kena uji.. tambah lagi kita da masuk universiti.. lagi banyak ujiannya

sekali lagi aku bersetuju,,
dan sekarang aku betul-betul terkena..

mula-mula ingatkan tersalah nombor..
okay, abaikan..

kali kedua dia missed call
aik? nombor yang sama??

kali ketiga, siap ada voice mail
aku cuba call 1313
pelik.. yang kedengaran cuma hilai tawa manusia

dengan sangka baik
aku cuba call balik
mungkin perempuan
sebab perempuan yang ramai ada nombor aku
dan aku tak pernah ralat pun kalau takde nombor laki

* * * * *
tuut..tutt

er..helo, assalamualaikum (harap-harapla perempuan, please)

helo

ni sapa ni? (terkejut aku.. suara macam pakcik2)

ni qayyum ..

oh..erk..em.. salah nombor kot

tiba-tiba suaranya memintas

duduk mana?

oh.. sorry sorry,, salah nombor ( takleh lama-lama ni..jarum syaitan dimana-mana) . assalamualaikum

lantas punat merah ku tekan..

* * * * * *

astaghfirullahalazim.. ku picit kepala berulang kali..

astaghfirullahalazim..

menggeletar tanganku memegang fon.. fon ku letak ke tepi..

mungkin bagi orang lain, ini biasa
bagi aku tak
dan aku tak nak biasakan..
hanya dengan yang halal..
dan lambat lagi

buat mereka yang pernah diuji juga
abaikanlah prank call seperti ini
hal ini hanya menggambarkan mereka pengecut
jika benar berani,
call la parent
buat apa call aku?
hanya membazir masa
ahh, jangan ditambah lagi dosa aku
jangan kau ragut ketenangan hati ini !

Allah,,, kuatkanlah hatiku

Allah,,,, tabahkan hatiku

sahabat, andai aku terjatuh.. hulurkanlah tanganmu untuk membantuku.. memapahku agar aku kembali ke jalan-Nya yang lurus..

kini, kulihat
ramai yang hanyut.,
arus membangun kiat pesat
manusia semakin bijak pandai..
makin ramai juga yang makin jauh dari Tuhan

mereka memandang membangun - bertamadun
dari segi lahiriah
- ada blog, ada facebook, pemakaian dan sebagainya

tapi mereka lupa untuk membangunkan rohani
membangunkan apa yang ada di dalam
yakni- hati
supaya cintakan Tuhan

tak salah hidup maju
tak salah hidup membangun
asal selari dengan syariat

letakkanlah segala macam benda duniawi itu di tangan
bukan di hati..
gunakanlah kemudahan yang ada sebagai satu wadah menuju Tuhan
bukan untuk lalai
bukan untuk jauh dari-Nya

Allah,, kuatkanlah hati-hati kami

berilah kami ketenangan
saat kami susah
saat kami senang

dan bantulah kami..
jangan Engkau biarkan kami walau dengan kadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat dari itu..

ALLAH,
pandanglah kami
peliharalah kami
jagalah kami
agar kami tetap teguh di jalan-Mu

p/s : sahabat, jadilah dirimu permata yang menyinar, berseri di jalan dakwah, biarlah terpaksa dilukai onak duri, demi merasai manisnya kasih Allah, kiranya tiada cinta insani, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu kepada Allah s.w.t.


May Allah Bless Us

Saturday, October 2, 2010

masalah

ya, hari-hari kita ada masalah
da nama pun manusia kan?
manusia manalah yang tak lari dari masalah

okay, unless orang gila laa
tapi rasanya diorang pun ada masalah kan?
kalau tak, macam mana boleh jadi gila?
oh .. stop..stop.. banyak pula persoalan..heh

kawan-kawan,
jangan tengok pada besarnya masalah

tapi bagaimana cara kita untuk mengatasi masalah itu
adakah duduk-duduk goyang kaki saja?
nangis tak henti-henti ? T_T
tengok filem -konon hati tenang ?

tak.. bukan macam tu
mula-mula senaraikan apa yang kita perlu buat
yang penting dan yang tidak penting

berusahalah untuk menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul
biar lambat, asalkan konsisten ..
jangan tak mula buat kerja langsung...
tu pun masalah juga ..

cubalah untuk bangkit..
berdiri di kaki sendiri..
kata kuncinya - berdikari ...

anda runsing?
Kaunselor Maha Mendengar kan ada ?

cara nak minta pertolongan?
solat, sabar
dan kalau nak mendefinisikan dua perkara ni pun rasanya semua orang da tahu.
tinggal nak amal je kan.. :)
saya yakin semua kawan-kawan saya rajin kan?


anda tahu ?

apa sahaja yang tidak membunuh anda
akan menjadikan anda lebih kuat

percayalah !

akhir kalam,
senyumlah pada setiap dugaan yang mendatang
kerana padanya pasti ada hikmah yang tersembunyi
dan
bergurulah dengan kehidupan supaya setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup, kita dapat mengambilnya sebagai pelajaran dan pengajaran buat menghadapi hari mendatang .

May Allah Bless Us