Thursday, June 10, 2010

sorokkan tangan kiri


pasti anda pernah dengar kan lirik ni ;

'tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri'

ayat ni sebenarnya memberi gambaran kepada kita supaya ikhlas dalam memberi.. agar ia tidak membawa kepada ujub dan riak..

Islam sangat menganjurkan penganutnya agar menjadi seorang yang suka memberi..

malah, jika dihayati..
dalam solat, kita diajar untuk memberi
memberi segala puji kepada Allah
memberi selawat kepada nabi
seusai solat, kita memberi salam pula kepada para malaikat..

nah,
pemberian kita tidak terhenti setakat itu sahaja,
malah ketika Ramadhan,
kita diwajibkan membayar zakat fitrah
juga untuk memupuk nilai-nilai supaya kita menjadi seorang yang pemurah

itu jika dilihat dari sudut ibadat

mari kita luaskan skop agar kita terus menjadi pemberi dalam kehidupan seharian..

saya datangkan satu contoh,
seandainya kita memberi kewangan, tidaklah akan dibalas dengan kewangan jua..
tetapi, kita akan dibalas dengan kesihatan .. yakni satu nikmat yang sering dilupakan oleh manusia.. nikmat untuk berjalan bebas tanpa tongkat atau kerusi roda, nikmat untuk menghirup oksigen tanpa hidung tersumbat, nikmat untuk berbicara tanpa ada lendir hijau yang tersekat di kerongkong..

anda mungkin boleh membeli semua makanan termahal di dunia tetapi anda tidak dapat membeli selera makan

anda mungkin boleh membeli semua aset dan harta dunia tetapi anda tidak dapat membeli kebahagiaan

anda mungkin boleh membeli lambakan buku-buku, tetapi anda tidak dapat membeli ilmu yang terisi di dalamnya jika anda tidak membaca

* * * * * * * * * *

saya ada membaca buku pakcik John Gray.. dia ada menulis dalam bukunya- Men are from Mars and Women are from Venus..

katanya.. too much giving is tiring
he means in term of relationship..
both side should have an equal give and take in their life..

so, boleh saya translatekan kat sini..
kira macam bukan orang perempuan je kerja masak n basuh pinggan kat dapur,
lelaki kerja baca suratkhabar n goyang kaki kat rumah..
that was so wrong on so many level

macam ada sorang kaunselor kat ikim ada cakap
dia sampai bahagikan masa
3 hari dia masak, then 3 hari lagi suami dia masak ..
kira sama2 saling memberi dan menerima
barulah bahagia rumah tangga..

tak salah apa kalau lelaki pun tolong masak..
tolong lipat kain..
tolong basuh pinggan..
yang saya cakap ni bukan in term of husband n wife je..
even, kita sebagai anak pun boleh tolong parent pe..

benda baik kan.. kenapa tak nak buat ?

* * * * * * * * * *

berilah
walau sekadar seulas senyuman dan saling bertukar salam..

you know what,
kalau kita senyum kan,
macam ada satu magnet @ tarikan yang akan buat orang senyum balik..
walaupun dengan stranger..

walaupun dengan makcik2 yang jual pisang goreng,
walaupun dengan pak guard..

kita senyum.. dan mereka pun akan turut tersenyum..
rasa macam da kenal lama walaupun tak kenal..
betul tak?.. hehe

tapi kena ingat ya..
senyum pun kena bertempat..
jangan nak senyum kat ajnabi pulak..
tu da bertukar jadi gatal + miang namanya..

Islam ni cantik.. cantik sangat..
kalau kita betul2 ikut apa saranan Allah dan Nabi..
insya-Allah..
jalan yang lurus pasti terbentang di hadapan kita..

* * * * * * * *

bak kata ustaz Hasrizal plak..
erti hidup pada memberi..

kalau baca buku beliau, memang banyak pengajaran dapat dikutip..
even buku Aku terima nikahnya.. banyak sangat moral values,,
kalau saya tulis pun, tak kan sama dengan feel yang saya rasa time baca buku tu
so, saranan saya- belilah buku beliau dan hayati isi tersiratnya.. okay.. hehe

* * * * * * * * *
when you made other people happy,
you yourself will feel happy..

kita akan turut merasa bahagia pabila orang dikeliling kita bahagia..

ingatlah
orang yang tidak pernah memberi kepada orang lain kecuali dirinya sahaja sebenarnya dia tidak pernah memberi - quote ikim

so, jadilah manusia yang suka memberi.. insan yang tidak lokek memberi..

kelak akan ada sesuatu yang akan menantimu


jangan bimbang jika diri tidak dihargai,
tetapi bimbanglah andai diri sudah tidak berharga lagi..

May Allah Bless Us

6 comments:

nora said...

eh..tira da bce buku john gray? sme2..kita bce gak..tp lom abes2..he..best buku tu:))))

Nurul Athirah said...

haha
ait nora, kita beli time buku ari tu,,

cam kte dua ni da jaoh ke hadapan jek..
hehe,,
taperlaa ..
persediaan..
:)

Syakir Uzair said...

post2 dlm blog nh mmg byk psal kekeluargaan n pcintaan la..try la hntr kat mne2 majalah..mjalah Keluarga ke...

Nurul Athirah said...

hahaha

ko nih..
baca semua post aku ke?

:P

Syakir Uzair said...

x sume..tp asal ak bkk je..
mmg tema cmnh la ade..
xpe..x jd masalah pon..
asalkn bole diambil pngajarn..
anything'll b fine

Nurul Athirah said...

=)