Friday, June 25, 2010

disconnected


don't click..



1.53 pm
26 June 2010
May Allah Bless Us

untitled..

i have one week more

n i have started missing my mum, home, kinder garden n my own room

you called it girlish
you called it cliche
you called it emo

n i say

welcome to my life

Wednesday, June 23, 2010

lesen 'hiasan'

mengambil lesen P atau L bukanlah suatu yang mudah..
tetapi, tidaklah ia menjadi sesuatu yang mustahil..

selalunya, orang akan ambil lesen ni lepas spm..
time tu en lepak2, tak de benda nak buat..
lagi kalau duk goyang kaki kat rumah coz x kerja en..
n aku cerita bukan pasal orang lain ..( pasal orang la)

tapi memang perit la kalau time nak test2 uh..
dengan komputernya lagi
praktikal dgn jpj sume

tahniah ar kpd asma aboj
setelah berkali2 test,
akhirnya, beliau lulus dgn jayanya..
huhu..
kira kita berdua ni seri la.. hihi

dan sekarang ni
setelah berpeluang memegang lesen P
kubiarkan saja ia beradu dalam dompetku..ha

bukan tak nak bawak..
bukan tak de kereta
bukan takut laaa
cuma tak berani.. :( heh

ni nak masuk degree,
ayah kata nak kasi kereta
aku kata tak pe la

duit boleh buat benda lain
adik2 aku yang sekolah asrama ni macam mana?
da la sume demand tinggi2
nak beli barang stok mcm loaded sangat.. ceh..
luku kepala karang..
(garang ni)

lagipun, berlambak bas2 usim menanti..
walaupun lambat gler gerak
at least.. ada la ..
daripada tak de kan?

prebet2 yang murah .. kot?
teksi? mahal gler..
mana ada orang caj rm 15 sbb balik dari Giant ?
cekik darah tol..

then, kalau ada kereta pun
ikat perut laa aku nak makan kang
da la harga minyak naik..
n aku x sanggup minum air kotak je
setelah berhempas pulas dgn akaun tu.. heh

so, berdikari la sikit en, tira?

berdiri di kaki sendiri..
biar susah sekarang, senang kemudian.. :)

May Allah Bless Us

Tuesday, June 22, 2010

sunyi.sepi.

rasa sunyi ?

rasa sedih ?

rasa sepi ?

rasa down gler?

nak cari sape ni??

nak luahkan segala rasa ni kat siapa?

kaunselor berbayar ?
doktor psikologi ?
kucing parsi?
daun-daun tepi jalan ?

sebelum mengadu dengan manusia

sebelum mengadu dengan makhluk

mengadulah dengan Allah..

nanti, kalau dah mengadu dengan Allah, baru mengadu dengan manusia..

okay ??


credits to kak ummi.. u are the best akak..

Monday, June 21, 2010

peace, no war


orang yang hanya tahu menyakiti dan membenci

kelak, dia tidak akan tahu

cara untuk menyayangi dan menghargai

Saturday, June 19, 2010

silaturrahmi

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan * , dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -

(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, – mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

* mengadakan hubungan silaturahmi dan tali persaudaraan

( Surah Ar-Ra'd, Ayat 19-26)


p/s : shikin, cepat la balikkkkk
aten, nak kasi pinjam versus ni
imah, rindu x kt kak ummi?
yam, jumpa lg d' usim
fatin safiqa, uit2 jd cikgu elok2
miss all my friend..
bila nak bergabung ni? eiiiyaah

Thursday, June 17, 2010

dilema anak sulong

aku tak tau kalau aku sorang je yang rasa macam ni..

sebagai kak long.. banyak tanggungjawab en
kadang-kadang aku rasa aku kuat..

tapi sampai satu masa,
aku sedar aku taklah kuat mana, taklah setabah yang selalu aku fikirkan..

selalu je aku tipu diri sendiri, aku kata aku kuat..
orang kuat tak nangis.. tapi aku x mampu
'kaca' itu juga peneman setia..

mungkin sebab time kecik,
result x okay time upsr (aku ingat sampai sekarang)
aku rasa macam dah kecewakan parent aku
tapi time tu aku x nangis..
tak rasa apa..

makin besar,
aku perasan.. aku semakin sensitif..
aku sensitif kalau parent aku sedih

sebab tu aku belajar kuat2,
untuk gembirakan parent aku..
nak jadi contoh untuk adik2 lagi..
bukan senang..

rasa macam cepat je masa berlalu,
pmr okay, masuk sekolah okay,
abes spm, masuk usim..

alhamdulillah,
semua dipermudahkan
walaupun dalam perjalanan hidup tu,
ada duri yang mencakar
ada jarum yang tertusuk
tapi aku yakin itu semua ujian..

ni nak masuk degree,
risau lagi.. boleh ke buat yang terbaik?
duduk rumah da 2 bulan..
otak da berkarat..
nanti kena study balik..
masuk u, kena buat betul2

orang kata anak sulong ni keras,
ya, aku memang keras, nakal gler..
semua ada..
tapi aku pun nak jadi baik gak..

aku tengok keliling..
orang sibuk duk ber'couple'2..
aku tak letak benda tu prioriti
sebab tu aku rasa benda tu tak penting
buang masa..
aku tegas dengan diri aku sendiri

kadang2,
agak-agak rasa nak ter'jatuh'
aku terus mengingatkan diri..
have a grip, athirah.. don't loose control

aku bukan robot,
aku pun manusia
aku pun ada perasaan
tapi kalau asek nak layan perasaan pun,
tak guna jugak

tipu la kalau aku kata aku x rasa apa..
cam aku da cakap tadi, bukan prioriti..

sekarang,
masa belajar, masa balas jasa

jadi anak sulong,
bukan senang..
nak bayar masuk u ni pun da seribu lebih..
gaji aku pun x cukup..

nanti habis belajar,
nak cari kerja..
tanggung keluarga..
ramai lagi adik2 aku tengah belajar..

soal cinta, soal perasaan
tak pe la..
aku berkorban..
bukannya sakit pun kan?

aku percaya cinta lepas kahwin
mungkin, orang kata..
fikiran macam orang tua2..
entah, aku lagi setuju cara ni..

biarlah aku tegas
biarlah aku garang
biarlah orang kata aku kerek sekalipun
sebab aku tak layan lelaki..
asalkan aku tau aku di jalan yang betul..

aku x ketepi soal muamalat
memang kena jaga
kalau aktiviti berkumpulan
aku okay je..
sebab aku tau, ni pasal kerja.
pasal belajar..

aku tak kacau orang..
dan sebab tu la aku harap tak de sapa kacau aku..

da tak tau nak cakap apa
aku harap aku boleh jadi kuat..

Wednesday, June 16, 2010

amurah jiddan

















saya pun mahu jadi solehah

p/s : أخذ هذه صوار من عاشقين..
لا تغضب يا اخت .. hehe =)

Tuesday, June 15, 2010

vacation @ kedah

assalamualaikum w.b.t

wahh, lega rasanya dapat pulang ke rumah..
pengalaman bercuti di Kedah selama 4 hari 3 malam begitu berharga sekali..

banyak nak cerita..
tapi tak larat nak taip..
tengok gambar je la ey


rumah yang kami kunjungi di Baling, Kedah



menghayati keindahan alam (konon2 jek..) haha


banyak gler rambutan kan?
try amik satu.. :)

kami pergi ke kolam air panas ulu legong
best sangat
tell you what, air dia memang panas
then, jumpa gak dengan anak2 orang asli kat situ

ramainya orang
mana saya ni?

adik saya ada di dalam gambar
the weirdo... haha

ziarahi kadang-kadang
akan menambahkan kasih sayang

ni la yang bestnya bila balik kampung
macam baru balik beli buah kat kedai..



kelakar habis bila tengok gambar nih
adoyai adikku, bila nak matang?

kami sempat singgah di Siong
dua taring tu mcm simbolik tentang sejarah Siong di kampung ni
malah, menurut Pak Ngah - ada satu dewan tu yang menjadi tempat pengistiharan
Raja Bersiong..

harap2 da tak de da spesies yang makan darah macam siong ni
buat naya je kan?

tapi cerita2 twilight tu ramai juga orang tengok
sheesh.. x faham :P

sweet kan atuk n nenek ni

tapi saya pun nak naik motor jugakk
nenek, tolong bawak ye.. he

orang kata, kalau singgah Alor Star,
tak sah kalau tak pergi Pekan Rabu

binaan bangunan ni amat kreatif sekali
susunan tangga yang kemas !!

abaikan si baju hitam..
sebab actually nak tangkap gambar tangga jekk..hehe


terjumpa kamus ni kat Pekan Rabu
cam tak caya je

kamus Nurul ?
hahaha..
walaweyh, namaku boleh dikomersialkan jadi mukjam..


kami berpeluang untuk melawat sebuah keluarga yang pernah menjadi jiran kami
rumah ala-ala bollywood
serasa aku, rumah yang paling cantik kot kat kawasan tu
sebab keliling rumah tu banyak rumah2 kampung

terima kasih buat keluarga mejar sani dan auntie syah
buat susah2 je masak untuk menyambut kehadiran kami.. :)

ada masa, kami datang lagi..

sibling's bonding

singgah makan di gerai2 japp..

makan kat tepi jalan lagi sedap kan?

kita tidak memerlukan yang termahal untuk
menikmati hidup..


masjid al-bukhary
pembinaannya ditampung oleh Bukhary 100%

berdekatan dengan masjid ni gak
ada yayasan al-bukhary
dengan kolej swasta miliknya

muzium padi

nampak macam real kan?
tapi sebenarnya ni hasil lukisan tangan
yang dipamerkan di muzium tersebut

cantik kan?

jauh perjalanan
luas pemandangan

psst : penat tak habis lagi.. saya rehat dulu la ye..

May Allah Bless Us

Friday, June 11, 2010

budak akaun.. yeay

tadi dapat mesej dari maisara,
dia cakap result dapat kos untuk degree da keluar..

actually saya pilih ;
pertama - accounting
kedua - muamalat n management
ketiga - corporat
keempaat - marketing

alhamdulillah :)

MAKLUMAN TAWARAN KEMASUKAN LEPASAN STPM / SETARAF
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2010/2011


No. Daftar :
-------------
No. Kad Pengenalan : ------------
Nama : NURUL ATHIRAH BINTI MOHD SOBRI

Tahniah atas kejayaan saudara/i,

Saudara/i berjaya ditawarkan tempat di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA untuk mengikuti program :
IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN ( QE02 ) .

* * * * * * * * * *

kawan-kawan saya mesti ramai yang tengah cari biasiswa kan sekarang..
so, kat sini nak share sikit2 yang mana saya tau la

kalau korang berminat dalam bidang pendidikan,
korang boleh apply biasiswa ministry of education (moe)
kira amik 4 tahun degree plus 1 tahun diploma pendidikan..
terus jump masuk bidang mengajar.. mcm ummi

kalau bidang2 lain,
antara mara atau jpa..
madam linda ada cakap.. dia prefer korang apply mara (ingat tak?)
sebab mara ni cam lebih khusus untuk orang melayu..
lagipun kalau korang amik pinjaman mara,
korang boleh tukar loan tu jadi biasiswa dengan syarat success with flying colours..

kalau apply jpa,
kena bersaing dengan cina n india lak..
tapi takpela untuk korang yang berdaya saing
tak salah mencuba kan?

ada lagi satu,
aku tau benda ni dari ayah..
yayasan selangor offer biasiswa untuk anak kelahiran selangor..automatik dapat..
bagi yang tak lahir kat selangor, tapi dengan syarat da duduk kat selangor ni lebih 10 tahun, korang boleh apply gak..

yayasan tenaga nasional berhad pun ada bagi biasiswa jugak..

aku ada post kat tamhidi accounting punya blog.. boleh tengok kat sidebar.


nak tau lebih lanjut,
boleh tanya pak cik google n uncle yahoo kay..


p/s : esok, insya-Allah saya dan keluarga akan pergi kedah.. gathering kat sana.. tak sangka pulak lajur keturunan aku ni ada jugak orang kedah..haha..see you soon kay.. saya nak cuti !!!

May Allah Bless Us

Thursday, June 10, 2010

sorokkan tangan kiri


pasti anda pernah dengar kan lirik ni ;

'tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri'

ayat ni sebenarnya memberi gambaran kepada kita supaya ikhlas dalam memberi.. agar ia tidak membawa kepada ujub dan riak..

Islam sangat menganjurkan penganutnya agar menjadi seorang yang suka memberi..

malah, jika dihayati..
dalam solat, kita diajar untuk memberi
memberi segala puji kepada Allah
memberi selawat kepada nabi
seusai solat, kita memberi salam pula kepada para malaikat..

nah,
pemberian kita tidak terhenti setakat itu sahaja,
malah ketika Ramadhan,
kita diwajibkan membayar zakat fitrah
juga untuk memupuk nilai-nilai supaya kita menjadi seorang yang pemurah

itu jika dilihat dari sudut ibadat

mari kita luaskan skop agar kita terus menjadi pemberi dalam kehidupan seharian..

saya datangkan satu contoh,
seandainya kita memberi kewangan, tidaklah akan dibalas dengan kewangan jua..
tetapi, kita akan dibalas dengan kesihatan .. yakni satu nikmat yang sering dilupakan oleh manusia.. nikmat untuk berjalan bebas tanpa tongkat atau kerusi roda, nikmat untuk menghirup oksigen tanpa hidung tersumbat, nikmat untuk berbicara tanpa ada lendir hijau yang tersekat di kerongkong..

anda mungkin boleh membeli semua makanan termahal di dunia tetapi anda tidak dapat membeli selera makan

anda mungkin boleh membeli semua aset dan harta dunia tetapi anda tidak dapat membeli kebahagiaan

anda mungkin boleh membeli lambakan buku-buku, tetapi anda tidak dapat membeli ilmu yang terisi di dalamnya jika anda tidak membaca

* * * * * * * * * *

saya ada membaca buku pakcik John Gray.. dia ada menulis dalam bukunya- Men are from Mars and Women are from Venus..

katanya.. too much giving is tiring
he means in term of relationship..
both side should have an equal give and take in their life..

so, boleh saya translatekan kat sini..
kira macam bukan orang perempuan je kerja masak n basuh pinggan kat dapur,
lelaki kerja baca suratkhabar n goyang kaki kat rumah..
that was so wrong on so many level

macam ada sorang kaunselor kat ikim ada cakap
dia sampai bahagikan masa
3 hari dia masak, then 3 hari lagi suami dia masak ..
kira sama2 saling memberi dan menerima
barulah bahagia rumah tangga..

tak salah apa kalau lelaki pun tolong masak..
tolong lipat kain..
tolong basuh pinggan..
yang saya cakap ni bukan in term of husband n wife je..
even, kita sebagai anak pun boleh tolong parent pe..

benda baik kan.. kenapa tak nak buat ?

* * * * * * * * * *

berilah
walau sekadar seulas senyuman dan saling bertukar salam..

you know what,
kalau kita senyum kan,
macam ada satu magnet @ tarikan yang akan buat orang senyum balik..
walaupun dengan stranger..

walaupun dengan makcik2 yang jual pisang goreng,
walaupun dengan pak guard..

kita senyum.. dan mereka pun akan turut tersenyum..
rasa macam da kenal lama walaupun tak kenal..
betul tak?.. hehe

tapi kena ingat ya..
senyum pun kena bertempat..
jangan nak senyum kat ajnabi pulak..
tu da bertukar jadi gatal + miang namanya..

Islam ni cantik.. cantik sangat..
kalau kita betul2 ikut apa saranan Allah dan Nabi..
insya-Allah..
jalan yang lurus pasti terbentang di hadapan kita..

* * * * * * * *

bak kata ustaz Hasrizal plak..
erti hidup pada memberi..

kalau baca buku beliau, memang banyak pengajaran dapat dikutip..
even buku Aku terima nikahnya.. banyak sangat moral values,,
kalau saya tulis pun, tak kan sama dengan feel yang saya rasa time baca buku tu
so, saranan saya- belilah buku beliau dan hayati isi tersiratnya.. okay.. hehe

* * * * * * * * *
when you made other people happy,
you yourself will feel happy..

kita akan turut merasa bahagia pabila orang dikeliling kita bahagia..

ingatlah
orang yang tidak pernah memberi kepada orang lain kecuali dirinya sahaja sebenarnya dia tidak pernah memberi - quote ikim

so, jadilah manusia yang suka memberi.. insan yang tidak lokek memberi..

kelak akan ada sesuatu yang akan menantimu


jangan bimbang jika diri tidak dihargai,
tetapi bimbanglah andai diri sudah tidak berharga lagi..

May Allah Bless Us

Wednesday, June 9, 2010

coret2

assalamualaikum w.b.t..

lama rasanya aku tidak mencoretkan sesuatu..
sengaja..
walaupun aku mampu untuk berada di depan lappy setiap masa..
tapi itu bukan mahuku..
aku cuma mahu waktu sendiri
berfikir, menerobos tentang diri..
tentang masa lalu, masa sekarang dan masa depan

semua pasti ada kaitan dengan masa bukan?
berfikir dan menafsir alam
pasti ada sebab di balik kejadian yang berlaku

aku punya segala macam idea
untuk dimuntahkan
dengan menaip di keyboard ni

cuma
belum masanya..

nantilah
kalau aku rasa nak cakap
nanti aku post..

i just need my time
..alone..

aku cuba mencari tenang itu
sendiri...

korang semua jangan lupa baca love letter compilation kay

here it is ---------------------> LoVe LetteR

chill, take care
May Allah Bless Us

Saturday, June 5, 2010

gtg


assalamualaikum w.b.t...
guys, sorry for anything
and thanks for everything

chill, take care

I'll be back
Miss Serenity
3.51 pm/ 5 June 2010

May Allah Bless Us

Thursday, June 3, 2010

ikim.. maher zain.. me

assalamualaikum w.b.t

i am always not good with introduction .. heh..
ok, memang haru klu nak post benda baru tatau nak letak tajuk pe..
sebab banyak benda nak tulis... banyak la sangat

haha
ok ok..
straight to the point

hari tu, aku pasang la IKIM..
cam rasa insaf kejap..
best pulak layan nasyid kat situ

tetiba dengar lagu Maher Zain
aik?? biar benor..
lagu for the rest of my life plak tu..
tak ke terharu aku time mengajar budak-budak tu?
then, aku berdiri..
muka sengih sorang2..

baru ar best woo..
IKIM cam ni
da universal..
even lagu Zain Bikha dengan Yusuf Islam pun da banyak diorang pasang..
bak kata aku.. mantap arr

yelah,
sebelum ni aku duk layan Red Fm..
bajet cool la sangat..

tapi bila sedar,
benda tu tak bawak pun aku ingat Dia..

so,
baik tak payah laa

lantak la orang nak kata aku apa..
cakap aku macam ustazah ke..

nanti kat padang Mahsyar,
ada sesapa nak tolong aku jawab dengan Tuhan
tentang nikmat telinga aku nih..
adakah digunakan dengan sebaiknya?

okay, tetiba serius lak :)..

aku pergi pkns minggu lepas,
beli cd Maher Zain
Album- Thank You Allah
Music Version
Edaran Inteam record

even harga dy RM 27.90
it's worth buying..
serius tak tipu..
tak caye try ar beli satu .. ^__^

kalau korang tanya aku, apalaa yang best sangat pasal Maher Zain
so, ni jawapannya..

first, aku memang suka sangat kat semua lirik2 lagu dia..
meaningful..
touche'

second, suara dia memang sesuai untuk nyanyi lagu2 tu
senang kata, dia gifted..
yang bukan semua orang bley sentuh hati aku dgn lagu y dyorang nyanyi tuh..

tu je kot..
nak describe banyak..
taste orang lain2 kan ?
so, pilih la sendiri..kay


then,
nak cakap pasal IKim lak

kalau pagi-pagi
dengar Ustaz Zahazan bagi talk..
banyak boleh ambil pengajaran..
kisah-kisah nabi,
realiti kehidupan sume tu..

then,
lebih kurang pukul 8.20 camtu,
Ustaz Pahrol Juoi plak yang akan bagi motivasi
kira cam pagi yang terisi la
daripada duk melangut saja2 n melamun kan?

duduk kat rumah ni buat aku sedar
takkan nak biar otak berkarat gak en?
kalau ikut cuti, memang ar cuti beb !!

tapi,
hati kalau tak terima ilmu, nasihat lebih 3 hari
da bley kacau-bilau tau takk..

so,
guna la masa sebaiknya
guna nikmat yang Allah bagi tu juga sebaiknya
jangan sampai satu masa kita menyesal
nangis air mata darah mintak balik kat dunia pun da tak guna..

konklusinya
lu pikir la sendiri..

May Allah Bless Us

Tuesday, June 1, 2010

dream


ye know..

it's doesn't hurt to dream

those yang tak berani nak ada impian pun takkan succeed tau..

so, dare yourself to dream

i didn't mean that ye have to follow Mat Jening's style

i mean

dare yourself to dream, and dare yourself to fulfill it !!

malah, ada satu hadis ni

" dan jika kalian meminta kepada Allah,maka mintalah syurga firdaus sebab ia adalah syurga yang paling tinggi " Riwayat Imam Bukhari

boleh kita faham kat sini yang Allah dan Rasulullah sendiri mahu kita bercita-cita besar, bercita-cita tinggi..

dan dalam bercita-cita tu, kita kena ingat cita-cita kita yang paling utama dalam hidup ialah..

mardhatillah

Redha Allah



to love someone is nothing
to be love my someone is something
to be love by someone you loved is interesting
but, to be love by Allah is Everything
Allah loves you

roodftop rant - hlovate
May Allah Bless Us