Monday, April 26, 2010
tahan marah.. huh..
'marah' is a common word.. is it ?..
kita marah bila orang sakitkan hati kita
kita marah bila diri tak mencapai target yang sepatutnya
kita marah bila ada je yang tak kena
kita marah bila ada yang mempersoalkan kita
kita MARAH... MARAH dan terus MARAH !!
persoalannya..
perlukah sifat marah ini sahabat-sahabat ??
ya .. ia perlu..
tetapi perlu juga meletakkan marah ini pada tempat yang perlu sahaja (faham ke ni?)
marah adik-adik bila solat dilewat-lewatkan.. (ya betul..hehe)
okay, okay.. yang sebenarnya bukan marah tapi tegur ...dengan baik..
ada satu benda yang pernah berlaku dalam hidup kita,
membuatkan kita marah ..
sangat-sangat marah..
tapi tahan je..
mata da bertakung..
still tahan lagi..
sebab dengan member2 en..
tak kan nak sembur diorang plak..
muka memang x bley nak senyum..
gila disappointed time tu..
habis kerja grouping tu,
terus menapak balik masuk rumah..
sabarlah wahai diri, hati terus mengingatkan
balik bilik memang da x ingat apa dah
tak study,, x sentuh buku langsung
memang menduga iman
dan menuntut diri supaya melaksanakan ilmu yang dipelajari
supaya tahan MARAH..
terus je baring atas katil
tidur dalam tangis.. sedu sedan..
x siapa tahu.. Allah sahaja yang tahu..
esoknya terus demam-demam..
tahan marah punya pasal..
x pe, asal ukhuwah masih terjalin.. =)
pagi esoknya bangun..
dengan niat memaafkan semua orang
even orang yang salah tu tak minta maaf pun x pe
kita da maafkan
hey, it's really work okay..
rasa senang hati
dapat berlapang dada..
ketenangan menerjah hati yang lara..
cubalah ya sahabat-sahabat !!
marah itu datangnya dari api..
siramlah dengan air (yakni wudhu')
kita ada satu hadis ni..
nak share dengan sahabat-sahabat..
HADITH ;
Daripada Anas r.a. katanya, “ Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata: “Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada harta Allah apa yang ada pada kamu,” Maka rasulullah s.a.w berpaling kepadanya sambil ketawa. Kemudian baginda memerintahkan supaya diberikan sedekah kepadanya”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah.
2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat-sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.
3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati mereka kepada Islam.
i hope you could gain something from this post..
see ya !!
May Allah Bless
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment