Friday, April 16, 2010

cita-cita

.... sejak kecik lagi, kita selalu diasak dengan pertanyaan
'apa cita-cita ko ek, bila besar nanti ?

sama je, bila isi biodata..personal details lah, kena tulis cita-cita...


semua orang ada cita-cita, nyata kita pun ada cita-cita..

dari kecik lagi, memang da tanamkan dalam diri..
nak jadi cikgu la nanti bila besar..
boleh ajar orang macam ummi ... =)

bila umur da meningkat sikit,
da tau term2 yang lebih hebat..
eh eh, kita nak jadi pensyarah la pulak..

sampai.. kalau nak jadi profesor, boleh tak ?

huhu... tapi 'base'nya semuanya cenderung kepada mendidik..
mengajar sesuatu perkara..

bagi kita,
bila dapat mengajar, memberitahu, share something..
daripada apa y diorang tak tahu jadi tahu,,
itu suatu kepuasan..

kalau nak mengajar,
mestilah ada benda @ subjek yang kita ajar..
betul tak?

sebab minat arab dulu, so plan cam nak mengajar arab..
bila da kenal akaun, rasa sayang pulak dekat akaun..

tapi still sayang arab jugak..
macam konflik dengan diri sendiri plak ..
mana satu subjek yang nak dipilih ?

perasaan yang sama saat aku terpaksa memilih course time UPU..
pilih satu antara dua yang anda suka,, uh, peritnyaa..

just 4 ur info ;
time pilih upu dulu

1 - asasi arab UIA
2- asasi arab UDM
3- tamhidi accounting USIM

even result boleh la tahan.. tapi pilihan 1 n 2 x dapat pun..
Usim plak yang terima..uh uh..

alhamdulillah, hikmah yang Allah tunjuk bila aku masuk USIM..

walaupun belajar apa2 course kat USIM, u have to take arabic classes .. it's a compulsory..

see ?,, belajar account plus belajar arab..
kalau kat tempat lain.. mana nak dapat??

syukur sangat,.. kecintaanku makin bertambah kepada USIM.. ho ho ho

so, bila da masuk uni ni, macam2 kita tulis dalam planner..

nak amik degree accounting,
then, apply jadi tutor..
lepas tu sambung master in accounting..
kerja sekejap.. biar ada pengalaman dalam bidang account kat dunia sebenar..
then apply balik jadi pensyarah..
agak2 cam da 4-5 tahun mengajar..
apply untuk sambung Ph.D.. tang ni biar uni sponsor..

* kalau ada pengalaman, gaji lebih banyak.. hehe.. tapi bukan itu yang dituju sebenarnya.. at least, bila nak terangkan dekat student suasana sebenar bidang accounting ni, x de la tergagap-gagap nak jawab..

ni semua perancangan sahaja.
as people always said 'man proposes, God disposes'

perlu diingat juga ;

orang yang tidak merancang untuk berjaya sebenarnya merancang untuk gagal..

buatlah perancangan dengan baik, berusahalah dengan tekun..

bila kita yakin yang kita mampu untuk realitikan apa yang kita impikan,
sebenarnya, kita perlu lebih yakin dengan pertolongan Allah..
siapalah kita tanpa rahmat dan kasih-Nya..


*uhuk, bila nak grad ni,, x sabar nak keje


p/s : ehem, ehem.. cita2 anda apa pula ya ?!!

No comments: